You are on page 1of 29

ISI KANDUNGAN

m/s

PENGENALAN

2-3

OBJEKTIF KAJIAN

SENARAI AHLI DAN TUGASAN

STRATEGI PERLAKSANAAN PROJEK

6-7

DAPATAN KAJIAN

8-24

PENGHARGAAN

25

REFLEKSI DAN KESIMPULAN

26

RUJUKAN

27

LAMPIRAN

28-30

1|Page

PENGENALAN
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak -anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak -anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja j uga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan. Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalk an konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa. Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap pros es pembelajaran. Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan
2|Page

mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata -mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan? Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar -besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan rema ja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

3|Page

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian saya ialah untuk :

a) Mengenal pasti punca berlakunya gejala sosial .

b) Memupuk semangat cinta akan diri sendiri dalam kalangan remaja.

c) Menghargai peranan remaja dalam pembentukan negara.

d) Menjadikan diri sebagai warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan maruah dan imej negara.

e) Mengatasi masalah sosial yang melanda golongan remaja .

4|Page

SENARAI AHLI KUMPULAN DAN TUGASAN

 Guru Penasihat : Pn. Leong Mei Yee

JAWATAN

NAMA

TUGASAN

Pengerusi

Nur Asilah Bt Abu Bakar

Naib Pengerusi

Nur Afiqah Bt Mohd. Latiff

- Mencari gambar-gambar pembuangan bayi. - Menyusun atur folio - Mencari maklumat tentang pembuangan bayi

Setiausaha

Anira Shazlin Bt Rahim

- Mencari maklumat dalam surat khabar. - Menaip folio.

Bendahari

Atikah Munirah Bt Mohd. Jaimi

- Mengumpul duit untuk kertas warna. - Menghias folio.

AJK Keceriaan

Siti Hawa Bt Ariffin

Hafizatunnor Bt Mohd. Ramli

- Menghias folio. - Menyusun atur folio. - Mencari maklumat dari sumber internet.

5|Page

STRATEGI PERLAKSANAAN PROJEK

a. Lokasi projek
- Kami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan maklumat melalui internet , akhbar dan buku jurnal biografi tokoh lain di Perpustakaan Awam. Selain itu, kami juga sering berbincang di rumah masing -masing mengenai folio yang akan disiapkan.

- Projek yang telah siap adalah dalam bentuk folio dan ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah untuk tatapan warga seko lah.

b. Langkah-langkah perlaksanaan projek


i. Pada 1 Julai 2011, perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk berbincang tentang tugas dan perkara -perkara yang akan dilakukan.

ii.

Mulai 18 hingga 25 Julai, kami mula mendapatkan surat makluman projek kami dari pada pihak sekolah untuk disampaikan kepada ibu bapa.

iii.

Pada 27 hingga 30 Julai, kami mula mencari maklumat di internet, surat khabar dan majalah untuk dijadikan panduan.

iv.

Pada 3 Ogos 2011, kami mula berkumpul kembali untuk membincangkan idea masing-masing.

v.

Seterusnya pada 6 Ogos 2011, kami mula membincangkan tentang stail dan reka bentuk folio .
6|Page

c. Masalah ketika perlaksanaan projek


- Sepanjang perlaksanaan projek ini, kami turut menghadapi beberapa kesulitan. Pertama sekali, kami menghadapi masalah kekangan masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja harian dan persediaan untuk peperiksaan yang bakal berlangsung. Walau bagaimanapun, kami dapat menyesuaikan masa belajar dan projek kami dengan baik akhirnya. - Seterusnya , kami turut mengalami masalah mengenai maklumat yang sering bercanggah apabila melayari internet. Kesukaran ini dapat diselesaikan apabila kami merujuk kembali kepada akhbar dan asas maklumat yang kuat.

d. Kos perlaksanaan projek

- Projek yang kami jalankan tidaklah melibatk an kos yang tinggi kerana kami hanya membeli kertas warna sahaja. Malahan kami juga berkongsi wang untuk membeli kertas warna yang bernilai RM7.20. - Selain itu, kami juga tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pengangkutan kerana ibu bapa kami bermurah hati untuk menghantar dan menjemput kami dari lokasi perbincangan. Seterusnya, kami juga mendapat khidmat internet percuma dari pihak Pusat Sumber Awam B entong.

7|Page

DAPATAN KAJIAN
Setel iteliti ecara ri asnya punca utama berlakunya kes pembuangan bayi lebi menjerumus ke arah gejala sosial yang melanda para remaja kini

KUNY KE PEM UANGAN AYI DALAM PUNC PUNC E KALANGAN EMAJA :

a) Kurang Didikan dan Kefahaman Agama - Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti

pergaulan bebas dan sebagainya.

8|Page

- Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut remaja yang hilang pegangan agama tidak teragakagak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.

- Lebih teruk lagi ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

9|Page

b) Pengaruh Rakan Sebaya - Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral.

- Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. - Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

10 | P a g e

c) Si p A

ot M s

- Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padan ya. - Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat.

Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.

11 | P a g e

d) Sika Ingin Tahu Remaja - Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang.

- Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. - Sebagai remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

12 | P a g e

K SAN-K SAN P MBUAN AN BA

MALA S A

- Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara.

- Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.

- Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada a. b. c. d. e. bayi ibu yang melahirkan keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi anggota masyarakat negara

13 | P a g e

a) K san kepada Bayi. - Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan -pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah yakni usia remaja.

- Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi -bayi ini telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi - bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini.

- Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi -bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.

14 | P a g e

- Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

- Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Ri ani am bdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. - Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.

15 | P a g e

b) Kesan kepada Ibu Bayi

- Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak.

- Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Sel ain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi.

- Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan ne gara.

16 | P a g e

c) Kesan kepada Institusi Kekeluargaan. - Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.

- Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong d an negatif dengan keluarga mereka.

- Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya.

- Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak -anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

17 | P a g e

d) Kesan Kepada Anggota Masyarakat - Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. - Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes -kes seperti ini daripada berlaku.

e)Kesan kepada Negara - Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. - Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. - Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kek al mereka. - Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

18 | P a g e

LANGKAH-LANGKAH MEM ENDUNG GEJALA PEM UANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA.

- Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak.

- Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

19 | P a g e

a) eranan Ibu bapa

- Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnyamemberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja.

- Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan.

Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri.Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa peng hargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja.

- Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

- Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya .

20 | P a g e

b)

eranan Sekolah

- Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini.

- Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk masalah sosial tiada penghujungnya , pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko -kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan pe nglibatan ibubapa.

- Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial.

- Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik .

- Bagi mencapai hasrat diatas, semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama, dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan .

21 | P a g e

c) encegahan Sebelum Berlaku Gejala Pembuangan Bayi - Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. - Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bek erjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi. Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini.

- Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini.

- Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program -program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka.

- Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat .

22 | P a g e

d) Bantuan Kepada Ibu-Ibu Hamil Luar Nikah - Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah.

Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.

- Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

23 | P a g e

RUMUSAN
Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk kita mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendun g masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, namun, semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja. Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi ke san yang sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah da n membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat .

Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat .

24 | P a g e

PENGHARGAAN

Sesungguhnya folio ini terhasil dari kerjasama sesama pasukan yang kuat selain dorongan dan sokongan dari pelbagai pihak. Justeru itu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada :

a) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , Puan Leong Mei Yee yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan buat kami untuk menjayakan projek yang bakal dilaksanakan.

b) Ibu bapa saya yang sanggup memberikan kebenaran buat kami menjalankan projek ini hinggalah terhasilnya folio ini. Mereka juga telah meluangkan masa untuk menghantar saya ke lokasi perbincangan projek ini.

c) Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail Bin Endot yang telah mengeluarkan surat kebenaran buat kumpulan saya melaksanakan projek ini.

d) Terima kasih juga buat rakan -rakan yang sudi membantu kami dengan berkongsi bahan dan maklumat tentang tokoh yang kami pilih untuk folio kisah tokoh yang mengharumkan nama malaysia dalam bidang sukan dan astronomi. Akhir sekali, ucapan terima kasih turut ditujukan kepada ahli-ahli kumpulan saya yang sememangnya memberikan komitmen yang penuh dalam menjayakan projek ini yang pastinya akan menjadi rujukan yang paling berguna buat warga sekolah.

25 | P a g e

REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , projek khidmat masyarakat ini dapat dihasilkan dengan sempurna sehingga berjaya menghasilkan folio Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja : Masalah Pembuangan Bayi . Diharapkan dengan adanya folio ini, warga sekolah terutamanya murid-murid akan mendapat pengajaran yang berguna hasil kupasan kami mengenai masalah yang kian meruncing ini. Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semangat setiakawan sepanjang perlaksanaan projek ini. Semangat inilah yang akhirnya mendorong kami untuk menjayakan projek ini sehingga ke akhirnya. Secara peribadi kami merasakan bahawa masalah pembuangan bayi ini adalah berkaitan dengan akhlak yang perlu dibajai sedari kecil . Seharusnya ibu bapa memainkan peranan utama dalam hal ini. Kami berharap a gar para belia mendapat pengajaran dari apa yang kami paparkan. Kesimpulannya, menerusi perlaksanaan projek ini, kami dapat memupuk jati diri yang teguh dalam diri kami sendiri. Sesungguhnya , kami amat berharap agar projek sebegini dapat diteruskan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan sekali gus menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar yang pastinya akan dapat melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang terpuji.

26 | P a g e

RUJUKAN
 Surat khabar  Majalah  Internet

27 | P a g e

Objektif projek

3-4

Lokasi projek

5-6

Strategi perlaksanaan projek

7-8

Langkah-langkah perlaksanaan projek

9 - 10

Masalah-masalah ketika perlaksanaan projek

11 - 12

Kos perlaksanaan projek

13 14

Tempoh perlaksanaan projek

15 - 16

Hasil kajian

17 - 37

Penghargaan

38 - 39

Refleksi dan Kesimpulan

40 - 41

Lampiran

42 - 50

Rujukan

51 - 52

28 | P a g e

29 | P a g e

You might also like