You are on page 1of 4

CONTOH KEJADIAN BULI

Masalah disiplin pelajar merupakan salah satu cabaran utama dalam dunia pendidikan dewasa ini. . Antara yang dimaksudkan adalah seperti masalah tingkah laku antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di kawasan sekolah (Fortin, L., 2003). Masalah ini semakin berleluasa dan meningkat ke tahap yang membimbangkan berdasarkan kepada laporan media dan kes-kes yang berlaku di sekolah pada masa sekarang. Akhbar-akhbar tempatan turut memaparkan pelbagai kes mengenai kemerosotan akhlak di kalangan pelajar. Beberapa kes yang menggemparkan negara telah berlaku dan melibatkan tingkahlaku buli. Antara kes yang menggemparkan negara bermula dengan kes Mohd Hafizi Jumhari yang mengalami kecederaan parah sehingga salah satu buah pinggangnya terpaksa dibuang akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Bahru pada Ogos 2003. Sherman Mohd Jaafar, 14, mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Kemudian, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli oleh lima pelajar setingkatannya hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita Harian, 23 Ogos 2005). Diikuti dengan kes Shahrul Fazrmee Salleh A Suhaimi yang mengalami kecederaan di kaki, belakang badan dan kepalanya akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK) Maahad Muar, Johor

pada 26 Julai 2005. Kira-kira seminggu sebelum itu, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Jalan Changkak Jong, Perak, juga dibelasah oleh 10 pelajar senior asrama sekolah itu menyebabkan mangsa, yang berusia 16 tahun, patah tangan kanan, lebam badan dan muka (Berita Harian, 23 Ogos 2005). Kemudiannya diikuti dengan kes kematian Mohammad Farid Ibrahim akibat pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul serta dipijak oleh lapan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Negeri Sembilan. Lebih setahun selepas kematian Muhammad Farid, sekali lagi masyarakat digemparkan dengan kejadian yang menimpa ke atas Muhammad Afiq Baharuddin yang hanya berumur tiga belas tahun. Kejadian ini berlaku pada April dan Mei 2005 di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) di Kuala Lipis, Pahang. Muhammad Afiq dibelasah, dipijak belakang badan dengan kasut kadet polis dan kepalanya dihentak ke almari. Muhammad Farid dan Muhammad Afiq masing-masing berkongsi nasib buruk, Kedua-dua pelajar tersebut merupakan mangsa buli pelajar senior di asrama (Berita Harian, 31 Julai 2005). Sebelum kejadian yang membabitkan Mohd Afiq, seorang pelajar tingkatan dua sekolah itu, Badri Zainal Ali telah ditampar oleh pelajar senior sehingga dia hampir mengalami risiko pekak. Kes buli ini telah mendapat perhatian menteri pendidikan pada masa itu iaitu YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau telah turun padang untuk mengetahui situasi yang berlaku. Jelas di sini bahawa kes buli ini amat dipandang serius dan sudah pasti mereka yang bersalah akan dihadapkan ke muka keadilan (Berita Harian, 31 Julai 2005).

Bagi murid sekolah rendah, gejala buli tidak kurang hebatnya. Beberapa kes yang berlaku menampakkan bahawa situasi berkaitan masalah disiplin murid di sekolah amatlah teruk. Seawal usia 7 tahun, telah berlaku gejala buli yang serius di sekolah rendah. Antara contoh kes buli di sekolah rendah yang dilaporkan adalah melibatkan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, Cherating. Murid tersebut telah dibelasah dengan teruk oleh lapan orang murid tahun empat dan tahun lima. Semasa peristiwa itu berlaku, mangsa telah dibogelkan oleh kumpulan pelajar terbabit. Jari manis mangsa telah dipijak dan cuba dipatahkan. Mangsa yang mengalami trauma akibat kejadian itu telah menjalani rawatan pakat psikiatri. Seorang murid tahun satu, Ashraf Aris, dari Kampung Cherating Baru dimasukkan ke Pusat Perubatan Kuantan selepas mengalami kencing berdarah. Bapa mangsa, Arif Sharif, 54 menyatakan bahawa, sikap Ashraf menjadi seorang yang ketakutan menjadi ketakutan, terkencing dalam seluar tanpa sedar dan menepuk dahi secara tiba-tiba. Ashraf menjadi demikian kerana telah dibuli di sekolah. Beliau menjadi sukar unttuk makan dan mengalami sakit dalam perut akibat ditendang dan sakit kepala akibat dihantuk ke dinding tandas oleh pembuli. Kes yang seterusnya ini telah menyebabkan kecederaan yang serius kepada mangsa buli. Akibat tidak berpuas hati kerana hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah. Perbuatan pembuli itu telah menyebabkan mangsa cedera teruk dan trauma

dengan kejadian tersebut.. Pembuli sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati mereka. Pembuli akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka hajati dan mempamerkan rasa tidak puas hati mereka.

You might also like