You are on page 1of 1

KECEDERAAN DALAMAN

Jenis kecederaan dalaman merangkumi kecederaan retak,patah,terkehel,dislokasi dan konkusi.Jenis kecederaan dalaman ini melibatkan kecederaan organ dalaman yang tidak dapat dilihat oleh individu yang mengalami.Oleh itu,individu yang mengalami kecederaan ini akan mengalami simptom-simptom tertentu bergantung pada tahap kecederaan seseorang. Kecederaan retak ialah pecahan atau rekahan pada suatu tulang T erbahagi kepada 5 jenis iaitu keretakan ringan,retak seribu,keretakan Greenstick,ke retakan terbuka,keretakan tertutup . T ulang retak ialah tulang mengalami pukulan hentakan yg tidak tepat / tidak terus (hentakan sipi). Sebahagian tulang retak kerana ulangan.Pukulan / hentakan yg kerap akan menyebabkan k esakitan / kurang selesa pada tulang. PatahTertutup ialah patah keseluruhan tulang tetapi kulit tidak tercedera.Berlaku pendarahan dalam kulit sertabengkak, lebam & panas. Patah T erbuka pula patah keseluruhan tulang dan kulit / otot terkoyak / tendon terputus.Luka wujud di bahagian tulang patah. T ulang tertonjol keluar dan darah banyak mengalir keluar. Seterusnya ialah patah ranting . Sebahagian tulang patah dan darah tidak mengalir keluar.Bengkak,adalah contoh patah tulang selangka. Patah Melarat akanmengakibatkan organ sekeliling rosak.Paru -paru rosak kerana patah tulang rusuk,kerosakan otak kerana tengkorak pecah.Selain itu,berlaku pendarahan dalaman- berbahaya / kritikal. Tanda-Tanda Patah dan retak ialah pergerakan tidak normal / terhad,bahagian cedera berubah bentuk bengkak,muka pucat dan berlaku pendarahan serta bengkak & lebam. Simptom Patah dan Retak pula ialah kehausan, loya / muntah,badan lemah / tidak bermaya serta kebas / ngilu. Kecederaan patah atau tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan.Punca berlakunya kecederaan tulang patah ialah apabila berlakunya stress atau tekanan yang tinggi ke atas tulang. T ulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh.Sementara tulang -tulang kecil yang lain memerlukan masa 3-4 minggu. Kecederaan terkehel berlakukeadaan tulang yang berada dalam posisi yang tidak normal atau ia berpunca daripada pengecutan otot-otot yang terlalu kasar.Manakala,kecederaan dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu terkeluar dari tempat lekatnya. Tisu-tisu lembut seperti otot,ligamen,tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi sering berlaku di bahagian sendi bahu.Dislokasi biasanya mengakibatkan kehilangan (deformiti) bentuk sesuatu sendi itu. Kecederaan konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak.Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontek seprti bola sepak,ragbi,hoki,tinju dan sakan mempertahankan diri.Simptom konkusi tidak jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin.
.

You might also like