You are on page 1of 4

PENGERTIAN RUKUN IMAN Rukun Iman ialah perkara yang wajib dipercayai dan diyakini oleh orang Islam.

Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan

Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukunrukun Iman iaitu sebanyak enam perkara:

1. Beriman kepada Allah s.w.t 2. Beriman kepada Malaikat 3. Beriman kepada Rasul-Rasul 4. Beriman kepada Kitab 5. Beriman kepada Han Akhirat 6. Beriman kepada Qadha dan Qadar Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya. (al-Baqarah 2:285) Juga sabda Nabi saw yang bermaksud: Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik dan buruk. (Riwayat Muslim)

KESAN BERIMAN KEPADA RUKUN IMAN Sebagai manusia yang menganut agama Islam, kita wajib beriman kepada rukun iman dengan sesungguhnya. Hal ini kerana, iman adalah elemen yang sangat penting kerana ia merupakan kayu ukur keislaman seseorang. Dalam erti kata lain iman adalah pengukur antara iman dan kufur. Beriman kepada rukun iman akan mendatangkan kesan yang baik terhadap diri individu itu sendiri. Ini berlaku kerana melalui keimanan ini, kita akan percaya dan yakin apa sahaja yang datang daripada Allah dan Rasulnya. Antara kesan beriman kepada rukun iman adalah:

1. Takut melakukan maksiat 2. Redha dengan ketentuan Allah 3. Taat perintah Allah dan melakukan apa yang disuruh Allah 4. Mendapat keberkatan hidup 5. Iman bertambah kukuh 6. Sentiasa bersyukur kepada allah AKIBAT TIDAK MEMPERCAYAI RUKUN IMAN Sekiranya rukun iman di pandang temeh dan Allah tidak diletakkan sebagai matlamat utama dalam ibadah, maka tiada lagi roh Islam dalam hati seorang muslim. Seseorang yang menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah akan memberi kesan buruk kepada imannya. Antara akibat buruk tidak mempercayai rukun iman ialah: 1. Tiada pegangan hidup 2. Jiwa tidak tenteram 3. Berkekalan melakukan maksiat 4. Tidak selamat di dunia mahupun di akhirat kelak

PENGERTIAN BERIMAN KEPADA ALLAH Beriman kepada alllah bermaksud mengaku dan yakin bahawa Allah itu ada. Kita sebagai hambaNya perlu percaya bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam.

DALIL NAQLI TENTANG KEWUJUDAN DAN KEBESARAN ALLAH Terdapat beberapa dalil al-Quran dan al-Hadis mengenai kewujudan Allah. Antaranya ialah seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:


Maksudnya : Katakanlah wahai muhammmad! Tuhan itu satu.(surah al-ikhlas :1) DALIL AKLI TENTANG KEWUJUDAN DAN KEBESARAN ALLAH Kewujudan alam semesta adalah merupakan salah satu bukti kewujudan dan kebesaran Allah yang sangat nyata apabila kita memikirkannya dengan menggunakan akal fikiran.

Malahan juga akal fikiran yang manusia ada sekarang merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah kepada semua manusia. Acapkali manusia memperkenalkan idea-idea ciptaan mereka yang sangat mengagumkan tetapi alangkah hebatnya ciptaan langit dan bumi yang dijadikan oleh Allah Yang Maha Besar yang tiada tandingannya dengan sesiapa pun. PENGERTIAN RUKUN ISLAM Rukun Islam adalah perkara utama yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Rukun Islam mempunyai lima dasar utama yang perlu dilakukan oleh muslim. Lima dasar utama yang terdapat di dalam rukun islam ialah : 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Menunaikan solat lima waktu 3. Berpuasa di bulan Ramadhan 4. Mengeluarkan zakat 5. Menunaikan ibadah Haji jika berkemampuan Konsep syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi sejahtera. Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t. Solat mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerak yang dilakukan oleh manusia di dalamnya melainkan dengan menyebut Allahu Akhbar. Dari permulaan solat manusia menyebut Allahu Akhbar hingga kepada akhir solat insan menyebut Allah, seperti yang di dalam salam penghabisan. Konsep zakat dan falsafahnya telah dinyatakan oleh Al-Quran yang bermaksud: Ambillah dari harta-harta mereka (yang kaya) sebagai sedekah (zakat) untuk menyuci dan membersihkan mereka dengannya. Konsep zakat adalah konsep penyucian lahir batin manusia. Harta lahir perlu dicucikan. Batin manusia pula perlu dibersihkan. Konsep puasa dan falsafahnya merupakan penerusan dari konsep zakat yang antara lainnya difokuskan kepada penyucian batin manusia dari sifat-sifat yang keji. Hajj pada umumnya adalah menggambarkan perjalanan manusia dalam hidup ini yang mesti menuju kepada Allah s.w.t. Dari Allah manusia datang kepada Allah ia pasti kembali. SEBAB BERAMAL DENGAN RUKUN ISLAM

1. Mentaati perintah Allah. 2. Kewajipan seorang Muslim 3. Bersyukur kepada Allah AKIBAT TIDAK BERAMAL DENGAN RUKUN ISLAM 1. Kehidupan tidak tenteram 2. Dimurkai Allah 3. Tidak selamat di dunia mahupun di akhirat kelak 4. Kehidupan tidak diberkati Allah PENGERTIAN KALIMAH SYAHADAH Pengertian dan pengiktirafan tidak akan terhasil melainkan dengan mengucap dan melafazkan kalimah syahadah: ) ( * yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Orang yang bersyahadah dipangggll bersaksi kerana dia mengkhabarkan dan memberltahu apa yang diketahui olehnya. Kalimah syahadah juga mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iktiqad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Seseorang yang bersyahadah memang mempercayai kebenaran apa yang Dikhabarkannya. Orang yang bersyahadah ini hendaklah sedar dan tahu serta mengerti apa yang diucapkannya. Dia juga hendaklah yakin kepada Allah dan rasulNya serta yakin segala pengajaran dan peraturan yang disampaikan melalui al-Quran dan al-Hadis adalah betul dan benar. Seseorang yang bersyahadah hendaklah tunduk dan patuh kepada kehendak syariat dan tuntutannya karana syahadah itu menuntut individu melaksanakan tuntutan-tuntutanya.

LAFAZ KALIMAH SYAHADAH


aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah selain allah dan aku bersaksi bahawa nabi muhammad SAW pesuruh allah

You might also like