You are on page 1of 25

http://www.kehakiman.gov.

my/ JURISDICTION OF THE COURT STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA :: Versi Inggeris Mahkamah Atasan Mahkamah Persekutuan | Mahkamah Khas | Mahkamah Rayuan | Mahkamah Tinggi Mahkamah Rendah Mahkamah Sesyen | Mahkamah Majistret | Mahkamah Untuk Kanak-Kanak

Kenaikan pangkat hakim-hakim, jika sistem sedemikian wujud, hendaklah diasaskan kepada faktor-faktor objektif, khususnya, kebolehan, integriti dan pengalaman. Terjemahan dari Klausa 13 Prinsip-Prinsip Asas Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Kebebasan Kehakiman yang dalam bahasa asalnya berbunyi

Kesaksamaan adalah perlu bagi perlaksanaan jawatan kehakiman secara sempurna. Ianya terpakai bukan hanya bagi keputusan itu sendiri tetapi juga kepada proses-proses bagaimana keputusan itu dibuat. Seseorang hakim hendaklah melaksanakan kewajipankewajipan kehakimannya tanpa memihak, berat sebelah atau prejudis. Integriti adalah perlu bagi perlaksanaan jawatan kehakiman secara sempurna. Ketatasusilaan, dan penzahiran ketatasusilaan, adalah perlu bagi perlaksanaan kesemua aktiviti-aktiviti seseorang hakim. Terjemahan dari Prinsip-Prinsip Bangalore Mengenai Tatalaku Kehakiman yang dalam bahasa asalnya berbunyi MAHKAMAH ATASAN Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tertinggi Mahkamah Persekutuan merupakan otoriti kehakiman yang tertinggi sekali di Malaysia. Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya mengikat semua mahkamah. Sebelum 1hb. Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia adalah sistem tiga peringkat iaitu Majlis Privy Mahkamah Agung Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia sehingga 31hb. Disember 1984. Pada 1hb. Januari 1985, semua rayuan dari Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan. Bagi menggantikannya, Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikannya mahkamah rayuan terakhir di negara ini. Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy telah mengakibatkan perubahan sistem tiga peringkat mahkamah atasan kepada sistem dua peringkat iaitu Mahkamah Agung dan dua (2) Mahkamah Tinggi. Pada 1994, perubahan yang ketara berlaku kepada Badan Kehakiman apabila Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan. Melalui pindaan tersebut, Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan. Mahkamah Agung dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian sistem tiga peringkat mahkamah atasan dihidupkan semula. Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan, jawatan tersebut dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai Lord President. Ahli-Ahli Mengikut Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain.

Pelantikan Hakim-Hakim Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan lain-lain hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum mengemukakan nasihatnya, Perdana Menteri hendaklah, kecuali bagi pelantikan Ketua Hakim Negara berunding dengan Ketua Hakim Negara. Pelantikan Hakim-Hakim Tambahan Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Ketua Hakim Negara, melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan. Pelantikan ini boleh dibuat bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Komposisi Setiap prosiding Mahkamah Persekutuan hendaklah, mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 didengar dan dilupuskan oleh tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara. Semasa ketiadaan Ketua Hakim Negara, ahli mahkamah yang kanan sekali hendaklah mempengerusikan persidangan itu. Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamakan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain daripada Presiden Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya beliau berpendapat, demi kepentingan keadilan, ianya perlu. Persidangan Mahkamah ini bersidang pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari masa ke semasa. Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan juga bersidang secara litar di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu (seksyen 75 Akta Mahkamah Kehakiman, 1964). Bidangkuasa Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa (a) untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya; (b) asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130 ; dan (c) lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan. Rayuan Jenayah

Mahkamah Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar dan menentukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa asalnya. Rayuan Sivil Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika (a) keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam; atau (b) keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan itu. (seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Asal Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk memutuskan (a) apa-apa persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri itu adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat peruntukan berhubung sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut manamana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undangundang; dan (b) pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan manamana Negeri. (Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan). Rujukan Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Tanpa menjejaskan apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu. Nasihat Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan menyatakan

Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka. MAHKAMAH KHAS Perlembagaan Mahkamah Khas ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan bagi membicarakan apa-apa tindakan sivil atau jenayah yang dimulakan oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja mana-mana negeri. Bagaimanapun, Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada apa-apa tindakan sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesebuah negeri berhubung apa-apa perlakuan atau tinggalan yang dilakukan olehnya di dalam kapasiti dirinya melainkan dengan izin Peguam Negara sendiri. Ahli-Ahli Perkara 182(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Khas hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara yang akan mempengerusikannya, HakimHakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau yang pernah memegang jawatan hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Bidangkuasa Perkara 182(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Khas mempunyai bidangkuasa eksklusif bagi membicarakan semua kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesebuah negeri tanpa mengambil kira di mana kausa tindakan itu berlaku. Sebagai tambahan kepada bidangkuasa tersebut, Mahkamah Khas hendaklah juga mempunyai bidangkuasa dan kausa yang sama sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang persekutuan kepada manamana mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Prosiding Prosidur (termasuk prosiding pendengaran tertutup) di dalam kes-kes sivil dan jenayah dan undang-undang berhubung keterangan dan bukti dalam prosiding sivil dan jenayah, amalan dan prosidur yang terpakai dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di Mahkamah Khas. Prosiding Mahkamah Khas hendaklah diputuskan menurut pendapat majoriti ahli-ahli. Keputusannya Muktamad Keputusan Mahkamah Khas adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Persidangan Mahkamah Khas bersidang di Mahkamah Persekutuan yang terletak di Palace of Justice, Putrajaya, Wilayah Persekutuan pada tarikh-tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara. MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahun 1994. Ianya mempunyai bidangkuasa (a) untuk memutuskan rayuan-rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya; dan (b) yang lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan. (Perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan). Mulai 1 Januari 2002, bilangan hakim Mahkamah ini telah ditambah kepada 15 orang melalui perintah Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan). Ahli-Ahli Mengikut Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rayuan hendaklah terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan dan lima belas hakim Mahkamah Rayuan. Pelantikan Hakim-Hakim Perkara 122B(2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim-hakim Mahkamah Rayuan hendaklah dilantik oleh Yang diPertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum Perdana Menteri mengemukakan nasihatnya beliau hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan. Komposisi Prosiding di Mahkamah Rayuan adalah didengar dan dilupuskan oleh panel tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan (seksyen 38 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Di bawah Perkara 122A(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi juga boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian. Hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu oleh Presiden selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi berkenaan. Persidangan Mahkamah Rayuan pada kebiasaannya bersidang di Palace of Justice Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Walaubagaimanapun, Presiden boleh mengarahkan supaya rayuan didengar pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat di Malaysia (seksyen 39 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Mahkamah Muktamad

Mahkamah Rayuan adalah mahkamah muktamad bagi perkara-perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di bawah bidangkuasa rayuannya atau penyemakannya (seksyen 87 dan seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Rayuan mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan menentukan sebarang rayuan jenayah terhadap manamana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi (a) semasa melaksanakan bidangkuasa asalnya; dan (b) semasa melaksanakan bidangkuasa rayuan atau penyemakannya mengenai apa-apa perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen. Walaubagaimanapun, sekiranya rayuan itu adalah terhadap mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi semasa melaksanakan bidangkuasa rayuan atau penyemakannya mengenai apa-apa perkara jenayah yang berasal dari Mahkamah Majistret, kebenaran Mahkamah Rayuan hendaklah diperolehi dan rayuan itu hendaklah dihadkan kepada persoalan undang-undang yang telah timbul dalam rayuan atau semakan itu dan penentuan Mahkamah Tinggi atas persoalan itu telah mencorakkan keputusan rayuan atau penyemakan itu (seksyen 50(1) dan (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Sivil Mahkamah Rayuan mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan menentukan rayuanrayuan daripada mana-mana penghakiman atau perintah mana-mana Mahkamah Tinggi dalam mana-mana kausa atau perkara sivil, samada dibuat dalam menjalankan bidangkuasa asal atau rayuannya, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang mengawalselia terma-terma dan syarat-syarat bagaimana rayuan-rayuan sedemikian hendaklah dibawa (seksyen 67 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Sungguhpun demikian rayuan tidak boleh dibuat dalam mana-mana hal berikut (a) jumlah atau nilai hal perkara dalam tuntutan itu kurang daripada RM250,000 kecuali dengan kebenaran Mahkamah; (b) penghakiman atau perintah itu dibuat dengan persetujuan pihak-pihak; (c) penghakiman atau perintah itu berhubung dengan kos sahaja; dan (d) di mana penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi itu adalah muktamad mengikut mana-mana undangundang bertulis. Rayuan tidak boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan yang dibuat secara terus oleh seseorang Hakim dalam Kamar atas sesuatu saman interplider, jika fakta-fakta tidak dipertikaikan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah (seksyen 68 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Pengkhususan Panel Memandangkan rayuan di Mahkamah Rayuan semakin meningkat setiap tahun, jumlah persidangan Mahkamah Rayuan juga telah ditambah. Bagi mempercepatkan pelupusan

rayuan-rayuan tersebut, panel-panel khusus telah ditubuhkan. Panel-panel itu adalah seperti berikut Panel Jenayah Panel Dagang Panel Sivil Panel Interlokutori Panel Kebenaran Merayu Panel Writ-writ prerogatif. Pejabat Pendaftaran Pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan terletak di Palace of Justice, Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Pejabat itu diketuai oleh Pendaftar dan dibantu oleh beberapa Timbalan Pendaftar serta Penolong Kanan Pendaftar. Semua rayuan daripada Mahkamah Tinggi difailkan di Mahkamah Tinggi yang berkenaan tetapi rayuan tersebut didaftarkan di Pejabat Pendaftaran di Palace of Justice Putrajaya. MAHKAMAH-MAHKAMAH TINGGI Mahkamah-Mahkamah Tinggi ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia terdapat dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa dan taraf yang setara, iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada seorang Hakim Besar dan empat puluh tujuh orang hakim manakala Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terdiri daripada seorang Hakim Besar dan sepuluh orang hakim (Perkara 121(1) dan 122AA(1) Perlembagaan Persekutuan). Pelantikan Hakim-Hakim Hakim-hakim dilantik di bawah Perkara 122B(2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum Perdana Menteri memberikan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar yang berkenaan. Seseorang adalah layak dilantik sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika dia seorang warganegara dan bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi peguam bela bagi mahkamah itu atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman diperuntukkan di bawah Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan. Seseorang pesuruhjaya kehakiman yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia adalah seorang hakim Mahkamah Tinggi. Persidangan Mahkamah-Mahkamah Tinggi bersidang pada masa dan tempat sepertimana yang ditentukan oleh Hakim-Hakim Besar (seksyen 19 dan 21 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Bidangkuasa

Jenayah Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan semua kesalahan yang dilakukan (a) dalam bidangkuasa tempatannya; (b) di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas manamana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia; (c) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; (d) oleh seseorang di laut lepas jika kesalahan itu adalah kesalahan pelanunan mengikut undang-undang antarabangsa; dan (e) kesalahan di bawah Bab 6 Kanun Keseksaan dan kesalahan berbentuk luar wilayah. (Seksyen 22 Akta Mahkamah Kehakiman 1964) Mahkamah Tinggi boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undangundang (seksyen 22(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Kes-kes yang melibatkan hukuman mati dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun di dalam hal keadaan yang khas, kes-kes yang tidak melibatkan hukuman mati boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas permohonan oleh Pendakwa Raya (seksyen 418A Kanun Acara Jenayah). Sivil Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan semua prosiding di mana (a) kausa tindakannya berbangkit; (b) defendan atau salah seorang daripada beberapa orang defendan bermastautin atau ada tempat urusannya; (c) fakta-fakta atas mana prosiding itu diasaskan wujud atau dikatakan telah berlaku; atau (d) sesuatu tanah yang keempunyaannya dipertikaikan terletak; dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah itu dan, walau apa-apa juapun yang terkandung dalam seksyen 23 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dalam mana-mana kes di mana semua pihak bersetuju secara bertulis, dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah Tinggi yang lain. Mahkamah-Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidangkuasa spesifik termasuk (a) bidangkuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perceraian, kausa hal-ehwal suami isteri, kebankrapan atau syarikat; (b) bidangkuasa dan kuasa yang sama berhubungan dengan perkara-perkara admiralti seperti yang ada pada Mahkamah Keadilan Tinggi di England di bawah Akta Mahkamah Agung 1981 bagi United Kingdom;

(c) bidangkuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak-budak dan pada amnya atas diri dan harta budakbudak; (d) bidangkuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri dan estet orang terencat akal, orang sakit otak dan tak sempurna akal; dan (e) bidangkuasa untuk memberi probet bagi wasiat dan testamen dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati yang meninggalkan harta di dalam bidangkuasa wilayah Mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian tersebut (Seksyen 24 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Rayuan Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan daripada mahkamahmahkamah rendah. Walau bagaimanapun tidak semua keputusan mahkamah rendah boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi. Tiada rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi daripada keputusan mahkamah rendah dalam apa-apa kausa atau perkara sivil jika amaun yang dipertikaikan atau nilai hal perkaranya adalah sepuluh ribu ringgit atau kurang, kecuali atas soal undang-undang (seksyen-seksyen 26-29 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Kuasa Penyemakan Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasa-kuasa penyemakan berkenaan dengan prosiding dan perkara-perkara jenayah di mahkamah rendah mengikut mana-mana undangundang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur jenayah. Mahkamah Tinggi boleh meminta dan memeriksa rekod sesuatu prosiding sivil yang diadakan di hadapan mana-mana mahkamah rendah bagi maksud memuaskan hatinya bahawa sesuatu keputusan yang telah direkodkan atau diluluskan adalah betul, sah di sisi undang-undang atau patut dan bahawa sesuatu prosiding mahkamah rendah itu adalah menurut peraturan (seksyen-seksyen 31 dan 32 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Pengkhususan Mahkamah-mahkamah di Malaysia sedang menuju ke arah pengkhususan. Langkah ini tercetus daripada hasrat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam dalam memberi keadilan secara saksama, cepat dan berkesan. Di bandar-bandar utama di mana terdapat dua atau lebih hakim-hakim Mahkamah Tinggi, pengkhususan telah pun dilaksanakan. Pengkhususan bererti hakim-hakim mendengar kes-kes spesifik sama ada membicarakan kes-kes sivil atau kes-kes jenayah sahaja. Pengkhususan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pengkhususan dilakukan dengan membahagikan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur kepada Bahagian Jenayah, Sivil, Dagang, Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas dan Mahkamah Keluarga. (i) Bahagian Jenayah Bahagian Jenayah mendengar kes-kes di dalam bidangkuasa asalnya dan rayuan-rayuan jenayah daripada mahkamah rendah. (ii) Bahagian Sivil

Bahagian Sivil mendengar antara lainnya, halang tebus, tort dan kes-kes kontrak bagi perkhidmatan. (iii) Bahagian Dagang Bahagian Dagang mendengar antara lainnya, admiralti, insurans, penggulungan syarikat, agensi, urusan bank, harta intelektual dan kes-kes di bawah Akta Relif Spesifik. Terdapat pengkhususan lanjut di Bahagian Dagang, di mana semua kes Perbankan Islam (Muamalat) didengar oleh hakim di Bahagian ini yang juga mendengar kes-kes perdagangan. (iv) Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas mendengar rayuanrayuan daripada mahkamahmahkamah rendah, kes-kes di bawah Akta Profesyen Undang-Undang 1976 dan kajian semula kehakiman bagi tindakan pentadbiran dan di bawah Akta-Akta yang spesifik. (v) Bahagian Keluarga Dahulunya Mahkamah Keluarga adalah sebahagian daripada Bahagian Sivil. Kini ianya adalah suatu Bahagian tersendiri dan mendengar kes-kes di bawah Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar Hakim Mahkamah Tinggi dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendaftar dan PenolongPenolong Kanan Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 10 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 oleh Yang di-Pertuan Agong di atas syor Ketua Hakim Negara. Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar mendengar perkara71 perkara interlokutori di dalam Kamar. Selain daripada mendengar kes, mereka juga membuat penyelidikan untuk hakim. Mereka juga melaksanakan tugas-tugas pentadbiran seperti menyelia Pejabat Pendaftaran mahkamah masing-masing. MAHKAMAH-MAHKAMAH RENDAH Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kedua-dua kes sivil dan jenayah. Pada masa ini, terdapat lapan puluh tujuh hakim Mahkamah Sesyen di seluruh Malaysia. Pelantikan Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar yang berkenaan (seksyen 59 Akta Mahkamah Rendah 1948). Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah untuk Kanak-Kanak. Kes-kes di Mahkamah Sesyen dibicarakan oleh hakim Mahkamah Sesyen, manakala kes-kes Mahkamah Majistret dan Mahkamah untuk KanakKanak dibicarakan oleh majistret. Persidangan

Mahkamah bersidang setiap hari kecuali hari cuti am. Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa membicarakan semua kesalahan melainkan kesalahan yang melibatkan hukuman mati dan boleh menjatuhkan sebarang hukuman termasuk hukuman penjara seumur hidup kecuali hukuman mati (seksyen-seksyen 63 dan 64 Akta Mahkamah Rendah 1948). Sivil Mahkamah Sesyen mempunyai (a) bidangkuasa tidak terhad untuk membicarakan semua tindakan dan tuntutan berbentuk sivil terhadap kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan tanah dan penyewa dan distres; dan (b) bidangkuasa membicarakan lain-lain tindakan dan tuntutan berbentuk sivil di mana perkara dipertikai tidak melebihi RM 250,000.00. (Seksyen 65 Akta Mahkamah Rendah 1948). Mahkamah Majistret Mahkamah Majistret mempunyai bidangkuasa membicarakan kedua-dua kes sivil dan jenayah. Kes-kes di Mahkamah Majistret dibicarakan oleh seorang majistret. Pada masa ini terdapat sejumlah seratus lima puluh satu majistret di seluruh negara. Pelantikan Di dalam dan untuk Wilayah Persekutuan, majistret adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar. Di negeri-negeri lain majistret adalah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri atas syor Hakim Besar berkenaan (seksyen 78 Akta Mahkamah Rendah 1948). Persidangan Mahkamah bersidang setiap hari kecuali hari cuti am. Bidangkuasa Jenayah Majistret Kelas Satu mempunyai bidangkuasa membicarakan semua kesalahan yang mana hukuman maksimanya tidak melebihi 10 tahun penjara atau dengan denda sahaja (seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948). Sivil Majistret Kelas Satu mempunyai bidangkuasa mendengar semua tindakan dan tuntutan berbentuk sivil di mana perkara yang dipertikaikan atau nilai perkaranya adalah tidak melebihi RM 25,000.00 (seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948). Mahkamah Untuk Kanak-Kanak

Mahkamah untuk Kanak-Kanak ditubuhkan di bawah Akta Kanak- Kanak 2001. Seksyen 2 Akta berkenaan mendefinisikan Kanak-Kanak sebagai orang yang di bawah umur 18 tahun, dan berhubung dengan prosiding jenayah, bererti seseorang yang telah mencapai umur sepuluh tahun. Komposisi Mahkamah ini terdiri daripada seorang majistret dan, jika keadaan kes memerlukan, dibantu oleh dua orang penasihat (seksyen 11(2) Akta Kanak-Kanak 2001). Persidangan Tiada sesiapa pun boleh hadir dalam mana-mana prosiding di mahkamah ini kecuali ahli-ahli dan pegawai-pegawai mahkamah dan kanak-kanak yang terlibat dalam pendengaran termasuk ibubapa atau penjaga mereka (seksyen 12 Akta Kanak-Kanak 2001). Hukuman atau Perintah Jika seseorang kanak-kanak itu didapati bersalah terhadap sesuatu kesalahan, kanak-kanak itu hendaklah tidak dipenjarakan, tetapi antara lain, boleh samada dihantar ke sekolahsekolah diluluskan atau dilepaskan atas jaminan. Bagi kesalahan yang membawa hukuman mati kanak-kanak berkenaan hendaklah ditahan di penjara di atas keperkenanan Raja (seksyen-seksyen 91-97 Akta Kanak-Kanak 2001).

STRUCTURE OF THE JUDICIARY MALAYSIA :: English Version Superior Court Federal Court | Special Court | Court of Appeal | High Court Subordinate Courts Sessions Court | Magistrates Court | Court For Children

"Promotion of judges, if such systems exist, shall be based upon objective factors, in particular, ability, integrity and experience. " -Translated from Clause 13 Basic Principles of the United Nations on the independence of the Judiciary in its original language read-

"Equality is essential for the proper exercise of judicial office. It applies not only to the decision itself but also the processes of how the decision was made. "" A judge shall perform judicial duties without partiality, bias or prejudice. " "Integrity is essential for the proper exercise of judicial office." "Ketatasusilaan, and ketatasusilaan disclosure is necessary for the implementation of all the activities of a judge." -Translated from the Bangalore Principles on Judicial Conduct says that in the original language SUPERIOR COURT Federal Court Supreme Court The Federal Court is the highest judicial authority in Malaysia. It is established under Article 121 (2) of the Federal Constitution. Decision binding on all courts. Before 1st. January 1985, the superior court system in Malaysia is a system of three-stage Privy Council General Court High Court of Malaya and High Court of Borneo The Privy Council is the highest court of appeal for Malaysia to 31. December 1984. At 1st. January 1985, all appeals from Malaysia to the Privy Council was abolished. In its place, the Supreme Court was established making the final appellate court in this country. The abolition of appeal to the Privy Council has resulted in changes in three-tiered system of superior courts to the two-tier system that the Supreme Court and two (2) the High Court. In 1994, significant changes occur to the Judiciary when Parliament amended the Constitution. Through these amendments, the Court of Appeal was established. The Supreme Court was renamed the Federal Court. Thus the three stages of the superior court system is restarted. Federal Court headed by Chief Justice. Prior to the amendment, the post was known as the Lord President. " Members According to Article 122 (1) Constitution of the Federal Court shall consist of the Chief Justice, President of the Court of Appeal, two High Court Chief Justice and seven other judges. Appointment of Judges Article 122B of the Federal Constitution provides that the Chief Justice, President of the Court of Appeal, Judges of the High Court and other judges of the Federal Court shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong acting on the advice of the Prime Minister after

consultation with the Council of Rulers. Before tendering his advice, the Prime Minister shall, except for the appointment of the Chief Justice in consultation with the Chief Justice. Extension of Appointment of Judges Article 122 (1A) of the Constitution allows the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Chief Justice, appoint any person who has held office The higher judiciary in Malaysia to be an additional judge of the Federal Court. Appointments can be made for any purpose or for any period the time specified by the Yang di-Pertuan Agong. Composition Any proceedings in the Federal Court, pursuant to section 74 Judicature Act 1964 be heard and disposed of by three judges or more of the uneven number as determined by the Chief Justice. In the absence of the Chief Justice, the most senior member of the Court shall preside. Article 122 (2) of the Federal Constitution provides that the Chief Justice may nominate a judge of the Court of Appeal other than the President of the Court of Appeal to sit as a judge of the Federal Court if he believes, for the sake of fairness, it should be. Conference The Court sits at the time and place determined by the Chief Justice from time to time. Normally the Federal Court convened at the Palace of Justice in Putrajaya. However, the Federal Court sitting in circuit in major cities like Penang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching and Kota Kinabalu (section 75 of the Court of Justice, 1964). Jurisdiction According to Article 121 (2) of the Federal Constitution, the Federal Court has jurisdiction(A) to decide appeals against decisions of the Court of Appeal, the High Court or a judge thereof; (B) the original or consultative jurisdiction as determined in accordance with Articles 128 and 130, and (C) such other jurisdiction as conferred by or under federal law. Criminal Appeals Federal courts can, pursuant to section 87 Judicature Act 1964, to hear and determine appeals against decisions of the Court of Appeal in cases crime to be decided by the High Court in its original jurisdiction. Civil Appeals Section 96 of the Judicature Act 1964 provides that an appeal against the decision of the Court of Appeal may be made to the Federal Court with the consent of the Federal Court. Permission is only granted if-

(A) the Court of Appeal is in respect of any civil cause or matter decided by the High Court in the exercise of original jurisdiction, and it involves a question of general principle decided for the first time or an important question that needs further submissions and the decision of the Federal Court it will provide a public benefit, or (B) the Court of Appeal is the effect of any provision of the Constitution including the validity of any written law in respect of the provisions of the Constitution. (Section 96 (a) and (b) Courts of Judicature Act 1964). Original The Federal Court has exclusive jurisdiction to determine(A) any question whether a law made by Parliament or the State is invalid on the grounds that the body makes provision in respect of a matter which Parliament or the Legislative Assembly as the case may be no power to make law and (B) disputes on any other question between States or between the Federation and any State. (Article 128 (1) Federal Constitution). Reference Article 128 (2) of the Federal Constitution to state"Without prejudice to any jurisdiction of the Federal Court appeal, if in any proceedings before another court a question arises about the effect of any provision of this Constitution, the Federal Court has jurisdiction (subject to any rules of court regulating the conduct of field power) to decide the question and remit the case to another court to be disposed of in accordance with that decision. " Advice Article 130 of the Federal Constitution to state"Yang di-Pertuan Agong may refer to the Federal Court for its opinion any question as to the effect of any provision of this Constitution which has arisen or appears likely to arise, and the Federal Court shall pronounce its opinion on any question so referred to it in open court. " SPECIAL COURT Constitution Special Court established under Article 182 of the Federal Constitution to try any civil or criminal action instituted by or against the Yang di-Pertuan Agong or King of any country. However, Article 183 of the Federal Constitution provides that no civil or criminal action commenced against the Yang di-Pertuan Agong or King of a country in respect of any conduct or omission by him in his capacity except with the permission of the Attorney General himself. Members

Article 182 (1) of the Federal Constitution provides that the Special Court shall consist of a Chief Justice who will preside, Judges of the High Court and two other persons who hold or have held positions of judges of the Federal Court or High Court appointed by the Conference of Rulers King. Jurisdiction Article 182 (3) of the Constitution provides that the Special Court has exclusive jurisdiction to try all offenses committed in the Federation by the Yang di-Pertuan Agong or King of a country regardless of where the cause of action occurred. In addition to the jurisdiction, the Special Court shall also have jurisdiction and the same cause as provided by the Constitution or any federal law to any lower court, the High Court and Federal Court. Proceedings Procedures (including hearing proceedings) in civil cases and criminal law relating to evidence and proof in civil and criminal proceedings, practices and procedures that apply in any proceedings in any subordinate court, the High Court and the The Federal Court shall apply in any proceedings in the Special Court. Proceedings of the Special Court shall be decided by majority opinion of the members. Final Decision Special Court's decision is final and conclusive and shall not be impeached or questioned in any court on any ground. Conference Special Court sitting in the Federal Court located in the Palace of Justice, Putrajaya, Federal Territory on the dates and times specified by the Chief Justice. COURT OF APPEAL The Court of Appeal was established in 1994. It has(A) to decide appeals against the decisions of the High Court or a judge thereof, and (B) the other services provided by or under federal law. (Article 121 (1B) of the Constitution). Starting January 1, 2002, the number of judges of the Court was increased to 15 by order of the Yang di-Pertuan Agong (Article 122A (1) of the Constitution). Members Article 122A (1) of the Federal Constitution, the Court of Appeal shall consist of the President of the Court of Appeal and the fifteen judges of the Court of Appeal. Appointment of Judges

Article 122B (2) and (4) of the Federal Constitution provides that the President of the Court of Appeal and judges of the Court of Appeal shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong acting on the advice of the Prime Minister, after consulting the Conference of Rulers. Before tendering his advice the Prime Minister shall consult the Chief Justice and President of the Court of Appeal. Composition Proceedings in the Court of Appeal was heard and disposed of by a panel of three judges or more of the uneven number as determined by the President of the Court of Appeal (section 38 Courts of Judicature Act 1964). Under Article 122A (2) of the Federal Constitution, a judge of the High Court may sit as a judge of the Court of Appeal if the President of the Court of Appeal considers that the interests of justice so require. Judges shall be nominated for that purpose by the President after consultation with the Chief Justice of the High Court. Conference The Court of Appeal usually sits in the Palace of Justice in Putrajaya, Federal Territory. However, the President may direct that the appeal be heard at any time and any place in Malaysia (section 39 of the Judicature Act 1964). Final Court The Court of Appeal is the final court of matters to be decided by the High Court under the jurisdiction of the appeal or revision (section 87 and section 96 of the Judicature Act 1964). Jurisdiction Crime The Court of Appeal has jurisdiction to hear and determine any criminal appeal against any decision made by the High Court(A) in the exercise of its original jurisdiction, and (B) in the exercise appellate or revisionary jurisdiction on any criminal matter decided by the Sessions Court. However, if the appeal is against any decision of the High Court during the course of appellate or revisionary jurisdiction on any criminal matters from the Magistrates Court, the Appeal Court's permission must be obtained and the appeal shall be limited to questions of law which have arisen in appeal or review and determination of the High Court on a question that has been shaping the results of the appeal or revision (section 50 (1) and (2) Courts of Judicature Act 1964). Civil The Court of Appeal has jurisdiction to hear and determine appeals from any judgments or orders of any High Court in any civil cause or matter, whether made in exercise of original or appellate jurisdiction, subject to any written law which regulate the terms and conditions on how such appeals should be taken (section 67 of the Judicature Act 1964). Although this appeal can not be made in any of the following-

(A) the amount or value of the subject matter of the claim is less than RM250, 000 except with the leave of the Court; (B) judgments or orders were made with the consent of the parties; (C) judgments or orders relating to costs only, and (D) in which judgments or orders of the High Court is final in accordance with any written law. No appeal shall lie from a decision made directly by a Judge in Chambers for an interpleader summons, if the facts are not disputed, except by leave of the Court (section 68 of the Judicature Act 1964). Specialization Panel As appeals to the Court of Appeal is increasing every year, the number of sittings of the Court have also been added. To expedite the disposal of appeals, the special panel has been established. Panels are as follows Crimes Panel Trade Panel Civil Panel Panel interlocutory Permission Appeal Panel Panel prerogative writ-writ. Registry The registry of the Court of Appeals is located in the Palace of Justice, Putrajaya, Federal Territory. The office is headed by the Registrar and assisted by Deputy Registrar and Assistant Registrar. All appeals from the High Court was filed in the High Court but the appeal may be registered in Registration at the Palace of Justice in Putrajaya. HIGH COURTS High Courts established under Article 121 of the Federal Constitution. In Malaysia there are two High Court which has jurisdiction and equal status, the High Court in Malaya and the High Court in Sabah and Sarawak. High Court comprises a Chief Justice and forty-seven High Court judges, while Sabah and Sarawak consist of a Chief Judge and ten judges (Article 121 (1) and 122AA (1) Federal Constitution). Appointment of Judges Judges appointed under Article 122B (2) and (4) of the Federal Constitution by the Yang diPertuan Agong acting on the advice of the Prime Minister after consultation with the Conference of Rulers. Before the Prime Minister to give advice to the Yang di-Pertuan Agong, the Prime Minister shall consult the Chief Justice and Chief Justice concerned. A person is qualified for appointment as judges of any High Court if he is a citizen and for the past ten years prior to his appointment he has become an advocate for the court or a member of the Federal judicial and legal services or legal services of a State.

The appointment of judicial commissioners provided for under Article 122AB of the Federal Constitution. A judicial commissioner appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister after consultation with the Chief Justice shall have the same powers and enjoy the same immunities as if he was a judge of the High Court. Conference Court-High Court sitting at the time and place as determined by the Chief Judges (sections 19 and 21 Courts of Judicature Act 1964). Jurisdiction Crime The High Court has jurisdiction to try all offenses committed(A) The local jurisdiction; (B) On the high seas on board any ship or on any aircraft registered in Malaysia; (C) By a citizen or a permanent resident on the high seas on board any ship or on any aircraft; (D) By a person on the high seas when the offense is the offense of piracy under international law and (E) An offense under Section 6 of the Penal Code and extra-territorial form of offense. (Section 22 of the Judicature Act 1964) The High Court may pass any sentence authorized by law (section 22 (2) Courts of Judicature Act 1964). Cases involving the death penalty trial in the High Court. However, in special circumstances, the cases did not involve the death penalty to be tried in the High Court on application by the Public Prosecutor (Criminal Procedure Code section 418A). Civil The High Court has jurisdiction to try all the proceedings in any (A) cause of action arises; (B) the defendant or one of several defendants reside or have a business; (C) the facts upon which proceedings are based exist or are alleged to have occurred, or (D) a keempunyaannya disputed land lies; the local jurisdiction of the Court and, despite any good thing contained in section 23 of the Judicature Act 1964, in any case in which all parties agree in writing, within the local jurisdiction of the High Court to another. The High Courts also have jurisdiction-specific, including

(A) jurisdiction under any written law relating to divorce, the cause of her husband's affairs, bankruptcy or companies; (B) the same jurisdiction and powers relating to matters of admiralty as it is in the High Court of Justice in England under the 1981 Supreme Court of the United Kingdom; (C) jurisdiction to appoint and control guardians of infants and in general budakbudak of person and property; (D) jurisdiction to appoint and control guardians and supervisors themselves and the estate of mentally retarded, mentally disordered person and is of unsound mind; and (E) the jurisdiction to probate of wills and testamen and letters of administration of the estate of the deceased left property within the jurisdiction of the Court of the territory and to change or cancel the grant (Section 24 of the Judicature Act 1964). Appeal The High Court has power to hear appeals from lower courts. However, not all lower court decisions may be appealed to the High Court. No appeal shall lie to the High Court of lower court decisions in any civil cause or matter where the amount in dispute or the subject matter is ten thousand dollars or less, except on questions of law (sections 26-29 of the Court of Justice 1964). Power Review The High Court may exercise the powers of revision in respect of the proceedings and criminal matters in the lower court case law for the time being in force relating to criminal procedure. The High Court may call for and examine records of any proceedings held before any subordinate court for the purpose of satisfying itself that a decision has been recorded or passed is correct, lawful or proper law and that a lower court proceedings that are according to the regulations (sections 31 and 32 of the Court of Justice 1964). Specialization Courts in Malaysia is moving towards specialization. This move sparked the desire to provide the best service to the public in providing justice fairly, quickly and effectively. In major cities where there are two or more High Court judges, specialized has already begun.Specialization means the judges to hear specific cases of talk about whether the civil cases or criminal cases only. Specialization in the High Court in Kuala Lumpur In the High Court of Malaya in Kuala Lumpur, specialization is done by dividing the Kuala Lumpur High Court to the Criminal Division, Civil, Commercial, Appellate and Special Powers and Family Court. (I) of the Criminal Division Criminal Division to hear cases in the original jurisdiction and criminal appeals from lower courts.

(Ii) the Civil Division Civil Division to hear, among others, foreclosure, tort and contract cases for the service. (Iii) the Commercial Division Commercial Division to hear, among others, admiralty, insurance, winding up the company, agency, banking, intellectual property and other cases under the Specific Relief Act. There are more specialized in the Commercial Division, where all cases of Islamic Banking (Transactions) heard by the judge in the division, which also hear commercial cases. (Iv) the Appellate and Special Powers Appeals and Special Powers rayuanrayuan hear from the subordinate courts, cases under the Legal Profession Act 1976 and judicial review of administrative action under the specific Acts. (V) the Family Division Formerly the Family Court is part of the Civil Division. Now it is a separate division and to hear cases under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976. Deputy Registrar and Assistant Registrar High Court judge assisted by the Deputy Registrar and Senior Assistant Registrar appointed under section 10 of the Judicature Act 1964 by the Yang di-Pertuan Agong on the recommendation of the Chief Justice. Deputy Registrar and Assistant Registrar of the interlocutory hearing perkara71 in the room.Apart from hearing the case, they also do research for judges. They also perform administrative tasks such as overseeing the Registry of the Court respectively. SUBORDINATE COURTS SESSIONS The Sessions Court has jurisdiction to hear both civil and criminal cases. Currently, there are eighty-seven judges of the Court of Session in Malaysia. Appointments Sessions Court judge appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the recommendation of the Chief Justice (section 59 of the Subordinate Courts Act 1948). Subordinate Courts of Sessions Court, Magistrates Court and the Court for Children. Cases tried by the Sessions Court Sessions Court judge, while the Magistrate Court cases and the Children's Court to be tried by a magistrate. Conference Court is held every day except public holidays.

Jurisdiction Crime The Sessions Court has jurisdiction to try all offenses other than offenses involving the death penalty and may impose any punishment including life imprisonment unless death sentence (sections 63 and 64 of the Subordinate Courts Act 1948). Civil The Sessions Court has(A) is not limited jurisdiction to try all civil actions and claims in the form of cases of motor vehicle accidents, landlord and tenant and distress, and (B) jurisdiction to try any other form of civil action and claims in any matter in dispute not exceeding RM 250,000.00. (Section 65 of the Subordinate Courts Act 1948). Magistrate Court Magistrates' Court has jurisdiction to discuss both civil and criminal cases. The cases in the Magistrates Court heard by a magistrate. At this time there are a number of one hundred and fifty-one magistrates throughout the country. In the appointment and for New South Wales, magistrates are appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the recommendation of the Chief Justice. In other states the magistrate is appointed by the Authority State on the recommendation of the Chief Justice (Section 78 of the Subordinate Courts Act 1948). Conference Court is held every day except public holidays. Jurisdiction Crime First Class Magistrate having jurisdiction to try all offenses for which the maximum sentence to 10 years imprisonment or a fine only (section 85 of the Subordinate Courts Act 1948). Civil First Class Magistrate having jurisdiction to hear all civil actions and claims in the form in which the matters in dispute or the matter is not more than RM 25,000.00 (section 90 of the Subordinate Courts Act 1948). Court For Children Court for Children established under the Children Act 2001. Section 2 of the Act defines "Child" as a person under the age of 18 years, and in relation to criminal proceedings, means a person who has attained the age of ten years.

Composition This court consists of a magistrate and, if circumstances require, assisted by two advisers (section 11 (2) Children Act 2001). Conference No one may be present in any proceeding in this court except for the members and officers of the court, and children involved in the hearing, including parents or guardians (section 12 Children Act 2001). Sentence or Order If a child is convicted of an offense, the child should not be jailed, but among others, can either be sent to approved schools or released on bail. For the offense carries a sentence of death children should be detained in prison on keperkenanan King (sections 91-97 of the Child Act 2001).

You might also like