You are on page 1of 4

ASSESSMENT COUSE PROGRAM TIME LECTURES NAME STUDENTS NAME MATRIC NUMBER 15 JULAI 2011 SELASA, 11.00 A.

REFLECTIVE JOURNAL AW101 OCCUPATION AND HEALTH DPR 2 B TWO WEEKS PUAN MAZLINA BINTI MAT RABI NORSYAHIRAH BINTI ASNAN 15DPR10F2057

Tarikh ini merupakan hari pertama saya memasuki kelas OCCUPATION SAFETY AND HEALTH atau dikenali sebagai OSH. Pensyarah yang mengajar saya bernama PUAN MAZLINA BT MAT RABI. Beliau amat membantu untuk saya memahami sedikit demi sedikit subjek yang diajar. Hari pertama saya mempelajari konsep, sejarah, jenis-jenis kemalangan, pengenalan OSHA 1994, dan akhir sekali objektif sebenar OSHA. Melalui sejarah OSHA yang diceritakan, sejarah bermulanya OSHA ialah dari kod undang-undang yang dibuat oleh Babylonian King Hammurabbi pada tahun 2200 abad masihi. Undangundang dibuat berbentuk hukuman balas. Selain itu, saya turut mempelajari sesuatu yang baru seperti perkataan Steam Boiler Safety Era- before 1914. Ia bermaksud Era Keselamatan Dandang- sebelum 1914, pada mulanya saya tidak faham apa maksud dandang yang ada didalam akta ini. Namun, setelah diberitahu dandang bermaksud kilang. Terdapat lima tahap peringkat akta sejarah mengenai OSHA ini, ia bermula dari tahun sebelum 1914 hinggalah selepas 1994. Sedikit info yang saya tahu, di Malaysia hanya dua akta saja yang diguna pakai iaitu Era Keselamatan Dandang dan Era Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaaan. Saya juga dapat mengetahui bahawa kemalangan mempunyai pelbagai jenis dalam OSHA iaitu nearmis,kemalangan kecil, kemalangan serius, dan kemalangan jangka masa panjang. Neamis, merupakan perkataan baru yang saya pelajari. Ia merupakan sejenis kemalangan yang tidak menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakkan kepada harta benda tetapi ia berpotensi untuk cenderung kearah itu. Akhir sekali, melalui hari pertama saya mempelajari subjek ini banyak perkara baru yang dapat saya perolehi sama ada dalam keadaan formal atau tidak. Pengenalan berkaitan OSHA membuka minda saya untuk terus mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam.

22 JULAI 2011 SELASA, 11.00 A.M Hari ini merupakan hari kedua untuk saya terus mendalami subjek OSHA ini. Tajuk yang saya belajar pada hari ini ialah Occupational Safety and Health legislation. Didalam tajuk besar ini, saya mempelajari falsafah dan objektif OSHA 1994, mencari objektif sebenar OSHA 1994, dan menerangkan tanggungjawab sebagai pekerja dan majikan. Selepas mempelajari pengenalan OSHA pada hari lepas, saya didedahkan pula tajuk-tajuk seterusnya yang membawa saya untuk lebih memahami ilmu berkaitan dengan OSHA ini. OSHA juga mempunyai falsafah atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai OSHA philosophy. Ia memfokuskan kepada keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Dilaksanakan melalui tiga prinsip iaitu peraturan kendiri, perundingan dan kerjasama dan penglibatan pekerja. Selain itu juga,objektif sebenar OSHA adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesihatan orang yang sedang bekerja. OSHA secara tidak langsung seperti pengenalan awal atau peraturan yang memberi pendedahan kepada para pekerja ataupun majikan mengenai keselamatan ketika sedang bekerja dan kesihatan. Terdapat juga akta yang melibatkan tanggungjawab sebagai pekerja ataupun majikan ia dikenali sebagai Employers Responsibility (Part IV, Section 15-19) dan Employees Responsibility (Part VI, Section 24-27). Kedua-duanya menerangkan peraturan atau undangundang yang sepatutnya majikan dan pekerja perlu patuhi apabila bekerja. Ia menerangkan tanggungjawab yang perlu dijalankan bagi membantu para pekerja dan majikan untuk bekerja didalam keadaan yang selesa dan selamat. Melalui akta Tanggungjawab Majikan menerangkan peraturan-peraturan yang sewajarnya untuk majikan sediakan bagi menjaga keselamatan, kebajikan, kesihatan dan keselesaan pekerja apabila bekerja. Sekiranya majikan tersebut gagal menjalankan peraturan-peraturan yang diberi, ia akan disabitkan kesalahan yang membolehkan didenda RM50000 dan dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali. Manakala akta Tanggungjawab Pekerja pula menerangkan peraturan-peraturan yang perlu para pekerja mematuhinya seperti menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan juga orang lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan. Setiap pekerja perlulah sentiasa menjaga keselamatan mereka ditempat kerja dan keselamatan orang sekeliling yang berhampiran dengan tempat mereka bekerja. Ini menanam sikap berhati-hati dan tidak mudah cuai kepada pekerja apabila sedang bekerja. Tetapi, sekiranya pekerja tersebut melanggar akta peraturan tersebut jika disabit kesalahan boleh didenda RM1000 atau dipenjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Di akhir pembelajaran saya pada hari ini, saya dapat simpulkan bahawa setiap akta atau peraturan yang dibuat kesemuanya mendatangkan faedah dan secara tidak langsung membantu kita agar tidak cuai apabila sedang bekerja. Hukuman yang dikenakan juga setimpal dengan peraturan yang dibuat, ini menjadikan majikan atau pekerja lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan yang digariskan. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia.

29 JULAI 2011 SELASA, 11.00 A.M Hari ini sudah masuk hari ketiga saya mempelajari subjek OSHA ini. Pensyarah kami meminta agar kami membahagi-bahagikan kumpulan untuk membuat satu perbentangan mengenai tajuk yang bakal kami pelajari pada hari ini. Tajuk yang kami pelajari pada hari ini ialah Occupational Safety and Health Legislation yang menerangkan berkaitan akta kilang dan mesin serta pengenalan berkaitan DOSH, NIOSH, dan SOCSO. Mendengar saja tajuk yang diberi sudah membuatkan saya sedikit teruja untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan DOSH, NIOSH dan SOCSO? Kami diberi masa untuk membaca nota yang diberi sebelum membentangkannya. Akta kilang dan mesin 1967 atau didalam bahasa inggerisnya Factory And Machinery Act 1967. Ia menerangkan sesuatu perbuatan untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan kilangkilang mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang di dalamnya, pendaftaran dan pemeriksaan jentera dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya juga. Setiap kilang dan mesin yang ditubuhan dan digunakan perlulah didaftarkan kepada DOSH sebelum ianya digunakan ataupun beroperasi. Kami membaca setiap nota yang diberi. Pada awalnya, kami sekumpulan sedikit sukar untuk memahami nota yang diberikan oleh kerana ianya menggunakan ayat bahasa inggeris yang sedikit sukar untuk difahami, namun dengan berkat kerja berkumpulan dan perbincangan diantara saya dan kumpulan saya sedikit sebanyak membantu untuk saya lebih memahami nota tersebut. Melalui pemahaman ringkas kami, Department Of Safety And Health (DOSH) adalah department yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja ditempat kerja serta melindungi orang lain daripada bahaya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan yang akan timbul kelak. National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), ditubuhkan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Ia juga berkhidmat sebagai tulang belakang untuk memupuk dan mewujudkan keselamatan serta kesihatan sebagai budaya di Malaysia. Social Security Organization (SOCSO), berfungsi untuk melaksanakan dan mentadbir skim social dibawah keselamatan dan kesihatan bekerja. Pekerja akan dilindungi sekiranya berlaku kemalangan didalam perindustrian termasuk kemalangan semasa bekerja, penyakit, penyakit berkaitan pekerjaan atau kematian akibat kes di tempat kerja. Dengan adanya pertubuhan seperti ini, pekerja tidak lagi risau jika sesuatu yang berlaku kepada mereka pertubuhan ini akan membela nasib mereka kelak. Diakhir pembelajran saya pada hari ini mengajar saya sesuatu yang baru. Sejak kali pertama saya mempelajari subjek ini, saya selalu memikirkan bahawa subjek ini terlalu berat untuk saya pelajari. Mungkin kerana subjek ini secara keseluruhan menggunakan perkataan atau ayat bahasa inggeris yang sukar untuk saya fahami. Namun dengan bantuan pensyarah saya, sedikit demi sedikit membantu saya untuk memahami subjek ini. Penggunaan ayat yang pensyarah saya berikan lebih membantu dari saya membaca terus ayat-ayat yang ada didalam

buku yang secara keseluruhannya adalah bahasa inggeris yang tidak berapa saya fahami. Semakin saya banyak memperlajari subjek ini, saya semakin faham objektif sebenar subjek ini diwujudkan. Banyak perkara baru dan info baru yang dapat saya pelajari.

You might also like