You are on page 1of 14

PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTAJUK BELAJAR MS ACCESS

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2.0 RANCANGAN PENILAIAN 3.0 PENILAIAN FORMATIF 3.1 Penilaian Individu dalam Penilaian Formatif 3.2 Penilaian Lapangan dalam Penilaian Formatif 3.3 Penilaian Pakar dalam Penilaian Formatif 3.4 Penilaian Formatif dalam Fasa Rekabentuk 4.0 PENILAIAN SUMATIF 4.1 Fasa Penilaian Pakar dalam Penilaian Sumatif 4.2 Fasa Penilaian Lapangan dalam Penilaian Sumatif 4.3 Borang Soal Selidik Penilaian Sumatif 4.3.1 Penilaian Pakar 4.3.2 Penilaian Pelajar 5.0 RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERISIAN PPBK RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Penilaian merupakan suatu aktiviti yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pembangunan sesebuah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Setiap perisian PPBK yang dibina harus dinilai terlebih dahulu untuk memastikan penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya. Penilaian melibatkan pengumpulan maklumat bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat mengenai sesebuah perisian PPBK yang dibangunkan. Proses penilaian akan membentuk pengadilan mengenai kualiti sesuatu aspek yang dinilai berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendidikan dan syarat kepada rekabentuk pembangunan dan pembinaan perisian PPBK yang berkualiti. atas

2.0 RANCANGAN PENILAIAN Aktiviti penilaian perisian PPBK Mahir MS Access dilaksanakan menggunakan dua bentuk penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Ini adalah bersesuaian dengan saranan Tom Boyle (1997) berkenaan dengan penilaian bahan multimedia. Penilaian formatif merupakan proses penilaian yang dilaksanakan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini. Penilaian ini dijalankan dengan tujuan menjamin pembangunan perisian PPBK ini memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Menurut Flagg (1990), penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik dengan tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki sesuatu produk. Maklumat yang diperolehi melalui penilaian formatif merupakan maklum balas yang mempengaruhi proses pembangunan seterusnya. Penilaian sumatif pula dikendalikan pada penghujung proses pembangunan perisian PPBK bagi menentukan sama ada perisian PPBK yang dibangunkan berjaya menepati keperluan dan matlamat yang telah ditetapkan. Kedua-dua bentuk penilaian ini saling

berkaitan dan bertujuan, khususnya untuk menilai keberkesanan dan kebolehgunaan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan. Keberkesanan perisian PPBK ini bergantung sama ada ia mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan pula merujuk kepada keselesaan pembelajaran dan keselesaan penggunaannya. Dalam melaksanakan proses penilaian formatif dan penilaian sumatif terhadap pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access, pemilihan kaedah bagi tujuan penilaian dibuat dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut :i. ii. iii. iv. perisian PPBK Mahir MS Access dibangunkan adalah untuk tujuan pembelajaran; peringkat dalam pembangunan perisian yang akan dilakukan penilaian; faedah kos dari segi masa, sumber-sumber yang digunakan untuk penilaian; kesesuaian pergabungan pelbagai kaedah.

Kaedah penilaian yang diperlukan adalah berbeza mengikut fasa-fasa pembangunan sesebuah perisian PPBK. Penilaian formatif pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access ini akan dijalankan pada menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Menurut Tom Boyle (1997), maklumat lebih berkesan diperolehi apabila kaedah pemerhatian dilaksanakan dan disusuli dengan temubual. Instrumen bagi kedua-dua kaedah ini berbentuk senarai semak. Senarai semak ini juga berfungsi sebagai garis panduan sepanjang proses pembangunan perisian kelak. Penilaian sumatif pula dikendalikan menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen berbentuk soal selidik. Soal selidik yang dibina menggunakan skala jawapan "ya" atau "tidak" di samping ruangan "catatan" untuk penjelasan bagi mana-mana item yang berkaitan. atas

3.0 PENILAIAN FORMATIF Sebagaimana yang telah dimaklumkan, penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini. Penilaian formatif merujuk kepada pelbagai aktiviti termasuklah menilai halangan yang tidak dijangkakan semasa proses pembangunan, perubahan kehendak pengguna, masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan perisian dan sebagainya. Semua aktiviti ini dijalankan menggunakan rekabentuk yang tertentu. Penekanan yang diberikan dalam penilaian formatif perisian PPBK ini ialah terhadap pengumpulan dan penganalisaan data serta kajian semula. Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan dalam penilaian formatif iaitu:i. ii. Penilaian individu (seorang dengan seorang) Penilaian lapangan

iii. Penilaian pakar atas

3.1 Penilaian Individu dalam Penilaian Formatif Penilaian secara individu dilaksanakan dengan tujuan untuk mandapatkan maklumat berkenaan dengan kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM dalam aspek Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database Management System -DBMS) pada masa sekarang. Sebarang kelemahan yang wujud bermakna perlu melalui proses pembaikpulih. Penilaian pada peringkat ini melibatkan seramai tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian

iaitu baik, sederhana dan lemah. Setiap pelajar akan ditemubual berdasarkan kepada senarai semak yang mengandungi item-item berikut :i. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang. ii. persepsi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang. iii. jenis bahan bantu mengajar yang digunakan guru. iv. persepsi terhadap kesesuaian bahan bantu mengajar yang digunakan guru. v. perkaitan kemahiran baru dengan kemahiran sedia ada. vi. persediaan kemahiran untuk melaksanakan projek. vii. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa untuk belajar pada masa sekarang. viii. proses penilaian yang digunakan sekarang. Segala maklum balas yang diberikan dikumpulkan dan direkodkan. atas

3.2 Penilaian Lapangan dalam Penilaian Formatif Penilaian lapangan adalah berkaitan dengan kontek pembelajaran. Penilaian lapangan melibatkan satu sesi pembelajaran yang terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang. Pemerhatian dibuat terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access. Kriteria yang diberi tumpuan semasa pemerhatian disenaraikan dalam bentuk senarai semak. Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian direkodkan pada senarai semak ini. Item-item senarai semak untuk tujuan pemerhatian ini adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. atas tindak balas pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung. cara guru menarik perhatian pelajar. ciri-ciri pengajaran guru yang menyukarkan pelajar memahami proses kerja. kaedah guru mengendalikan bahan bantu mengajar. cara guru menilai kefahaman pelajar. reaksi pelajar terhadap contoh aplikasi kemahiran yang dipelajari. sifat kerjasama sesama pelajar semasa menyelesaikan tugas yang diberi. kesan strategi pengajaran yang digunakan.

3.3 Penilaian Pakar dalam Penilaian Formatif Penilaian pakar akan melibatkan penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang. Jadi, penilaian pakar melibatkan guru mata pelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar pengaturcaraan. Pakar-pakar ini meramalkan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Hasil dari temubual yang dijalankan direkodkan pada senarai semak yang disediakan. Item-item senarai semak adalah berbeza antara setiap pakar. Item senarai semak guru mata pelajaran adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. v. vi. kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang. bahan bantu mengajar yang digunakan. tugasan yang diberikan kepada pelajar. penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar. pemantauan projek pelajar. kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang.

vii.

motivasi di kalangan pelajar berkenaan.

Item senarai semak pakar pengaturcaraan :i. perisian komputer untuk memanipulasikan grafik dan imej. ii. perisian komputer untuk penyuntingan audio dan video. iii. rekabentuk persembahan yang sesuai untuk pembelajaran. iv. rekabentuk interaksi yang sesuai pembelajaran. v. spesifikasi perkakasan komputer. vi. spesifikasi perisian komputer. atas

3.4 Penilaian Formatif dalam Fasa Rekabentuk Dalam fasa rekabentuk perisian PPBK, beberapa langkah kerja perlu dilaksanakan. Penilaian formatif yang dijalankan pada fasa rekabentuk adalah bertujuan untuk memastikan setiap langkah yang dilaksanakan adalah memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Senarai semak digunakan sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses rekabentuk. Senarai semak yang yang akan digunakan semasa proses rekabentuk adalah seperti berikut : i. Matlamat dan objektif kajian

Perisian PPBK yang dibina dapat membantu pelajar mengendalikan perisian MS Access sebagai perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data secara berkesan dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Objektif Kajian : Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina boleh menarik minat pelajar. Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina mengandungi arahan yang mudah difahami serta ringkas. Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina memenuhi kehendak unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM.

ii.

Kelebihan menggunakan komputer dan pelaksanaan perisian PPBK Terdapat elemen-elemen multimedia yang terdiri dari teks, grafik, audio, video dan animasi. Penggunaan hyperteks bagi tujuan penerokaan interaktiviti. Menjimatkan masa pembelajaran dan kos sumber.

iii.

Strategi penggunaan perisian Perisian PPBK digunakan sebagai bahan bantu mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh belajar MS Access bantuan guru yang minimum. Pembelajaran mengikut kemajuan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri.

iv.

Sumber sokongan perisian Panduan pengguna yang mudah diikuti disediakan dalam perisian PPBK. Perisian dalam bentuk fail pelaksana, boleh dilaksanakan tanpa fail sumber. Panduan untuk melakukan proses installasi lengkap dan mudah diikuti.

v.

Kandungan perisian Kandungan berlandaskan kepada Sukatan Pelajaran TM KBSM. Kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain. Kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. Menggunakan Bahasa Melayu. Istilah komputer dikekalkan tetapi disertakan dengan terjemahan untuk mengelakkan kekeliruan. Bebas dari kesilapan ejaan. Mengandungi contoh yang realistik.

vi.

Aspek pendidikan dalam perisian Matlamat perisian PPBK selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran TM KBSM. Membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran TM KBSM. Mengandungi unsur kemahiran mengendalikan perisian sistem pengurusan pangkalan data yang betul. Mengandungi unsur penerapan nilai murni menghargai sumbangan dan bekerjasama. Mengandungi unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Mengandungi unsur-unsur motivasi. Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar tentang komputer". Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar dengan komputer". Mengandungi penilaian yang berkesan. Gaya persembahan Rekabentuk skrin menarik dan konsisten. Teks jelas dan boleh dibaca dengan mudah. Grafik kelihatan dengan jelas. Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah menarik dan berkesan. Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah bersesuaian. Grafik, animasi, audio dan video membantu pembelajaran. Panduan yang diberikan adalah jelas. Panduan (help) boleh dilihat bila-bila masa dan boleh dihindarkan jika tak perlu. Pendekatan navigasi dan arahan Struktur navigasi mudah diikuti. Arahan navigasi jelas dan mudah difahami. Ikon mudah difahami dan konsisten. Boleh keluar program bila-bila masa. Boleh mula semula ditempat berhenti. Membenarkan penerokaan keseluruh perisian.

vii.

viii.

atas

4.0 PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif dijalankan bagi memastikan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan berjaya menepati matlamat dan keperluan yang telah ditetapkan. Terdapat dua fasa dalam penilaian sumatif iaitu :i. ii. fasa penilaian pakar fasa penilaian lapangan

Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada perisian PPBK ini memenuhi potensi keperluan pengajaran atau tidak. Fasa penilaian lapangan pula untuk menentukan sama ada penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya. atas

4.1 Fasa Penilaian Pakar dalam Penilaian Sumatif Sesuai dengan tujuan fasa penilaian pakar untuk mengesahkan potensi perisian PPBK Mahir MS Access ini memenuhi keperluan pengajaran yang telah ditentukan iaitu penerapan unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM, maka aktiviti yang akan dijalankan ialah :i. ii. iii. iv. v. menilai secara khusus di antara kehendak pengajaran guru dengan perisian PPBK; menilai kesempurnaan dan ketepatan perisian PPBK; menilai pendekatan pengajaran dalam perisian PPBK; menilai kebolehgunaan perisian PPBK; menentukan sama ada pengguna sasaran berpuashati dengan perisian PPBK.

Penilaian pakar ini melibatkan empat peringkat analisa iaitu :i. Analisa kongruen yang melibatkan perbandingan penerapan unsur-unsur kemahiran ini dalam pengajaran biasa dengan potensi perisian PPBK yang dibangunkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran Analisa kandungan untuk meninjau sama ada kandungan perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan kemahiran yang ditetapkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran. Analisa rekabentuk untuk menentukan sama ada rekabentuk yang yang digunakan menepati prinsip pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Ini termasuklah strategi pengajaran, penerokaan dan interaktiviti serta antara muka yang digunakan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar grafik.

ii.

iii.

iv. Analisa kebolehlaksanaan untuk mendapatkan hubungan perisian PPBK dengan situasi penggunaannya. Analisa ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran itu sendiri.

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penganalisaan, borang soal selidik diedarkan kepada pakar-pakar yang telah dikenalpasti. atas

4.2 Fasa Penilaian Lapangan dalam Penilaian Sumatif Fasa penilaian lapangan melibatkan perlaksanaan perisian PPBK mengikut perancangannya yang sebenar. Tujuannya ialah untuk mengesan kebaikan dan kelemahan perisian, menentukan sebab-sebab kebaikan dan kelemahan serta merekodkan setiap kebaikan dan masalah yang wujud. Fasa ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu : i ii. Analisa hasil Analisa pengurusan

Analisa hasil ialah analisa yang berkaitan dengan pengaruh perisian PPBK ke atas pencapaian kemahiran dan sikap pelajar. Fasa penilaian lapangan dalam penilaian sumatif ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Pengukuran pencapaian kemahiran dan sikap pelajar dilakukan dalam bentuk soal selidik. Analisa pengurusan adalah untuk menentukan sama ada arahan telah dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang dan perlaksanaan serta pengurusan adalah memuaskan dari berbagai perspektif. Ia dilakukan dengan cara atas mengesahkan tahap perubahan tingkah laku pelajar; mengesahkan kemahiran dan pengalaman guru; mengesahkan waktu mula, waktu arahan dan waktu selesai; menentukan sesi penilaian dijalankan serta proses pemantauan dilaksanakan; bertanya secara langsung kepada pelajar.

4.3 Borang Soal Selidik Penilaian Sumatif 4.3.1 Penilaian Pakar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access Penilaian Pakar

Bahagian A Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah.

Nama Penilai : ______________________________________________ _______________________ Jawatan : ___________________________________ ______________________

Tarikh :

E-Mail :

Alamat : ____________________________________________________________________________________ ____

____________________________________________________________________________________ ___ Jenis PPBK : __________________________________________

Bahagian B Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.

SOALAN Isi Kandungan 1. Isi kandungan sesuai dengan sukatan pelajaran TM KBSM 2. Isi kandungan yang disampaikan adalah tepat 3. Isi kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain 4. Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar 5. Isi kandungan disusun dengan teratur 6. Contoh yang diberi adalah realistik 7. Bahasa penyampaian menggunakan Bahasa Melayu 8. Bahasa penyampaian adalah mudah 9. Terjemahan istilah adalah tepat 10. Tiada kesilapan ejaan Strategi Pengajaran 1. Rangka isi kandungan adalah jelas 2. Objektif pengajaran ditulis dengan jelas 3. Objektif pengajaran boleh dicapai 4. Objektif pengajaran tercapai 5. Kaedah mengajar adalah sesuai dengan tajuk 6. Penyampaian isi pelajaran teratur dan senang diikuti 7. Penyampaian isi pelajaran sesuai dengan gaya pembelajaran kebanyakkan pelajar

CATATAN

Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

8. 9.

Penyampaian menarik minat pelajar Perisian ini memudahkan pelajar untuk belajar mengendalikan perisian MS Access 10. Perisian ini menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif 11. Terdapat unsur-unsur nilai murni menghargai dan bekerjasama 12. Pengguna diberi peluang menguji kemahiran Rekabentuk Persembahan 1. Rekabentuk skrin perisian menarik dan konsisten 2. Teks jelas dan mudah dibaca 3. Grafik dan imej menarik dan berkesan 3. Warna yang digunakan dalam perisian ini sesuai dan berkesan. 4. Audio yang digunakan berpatutan dan tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap isi pelajaran. 6. Animasi yang digunakan membantu pembelajaran 7. Masa tindak balas sesuai 8. Kedudukan teks, grafik dan animasi adalah konsisten 9. Perisian ini lengkap dengan arahan dan panduan bagaimana menggunakannya 10. Ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah dikenalpasti fungsinya 11. Tiada gangguan teknikal berlaku semasa persembahan Rekabentuk Interaksi 1. isi Pelajar boleh mengawal kelajuan persembahan

Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________

kandungan dalam perisian ini. 2. Persembahan isi pelajaran tidak berturutan 3. Perisian ini banyak bercabang ke bahagian lain 4. Pelajar tidak sesat semasa meneroka perisian 5. Perjalanan persembahan isi kandungan mudah diikuti 6. Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan 7. Pelajar boleh keluar dari perisian bila-bila masa 8. Perisian ini banyak meminta maklum balas dari pelajar 9. Maklum balas yang diminta dalam pelbagai

bentuk (menaip jawapan, memadan rajah dan mengklik pilihan) Bahagian C Komen lain berkenaan perisian ini :

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini atas

4.3.2 Penilaian Pelajar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access Penilaian Pelajar

Bahagian A Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.

SOALAN Keselesaan dan Kesenangan Penggunaan 1. Perisian ini senang digunakan. 2. Saya tidak menghadapi masalah seperti kesesatan semasa meneroka perisian ini. 3. Saya boleh keluar dari perisian ini pada bilabila masa saya kehendaki. 4. Saya mudah untuk memahami maksud arahan yang diberikan oleh perisian. 5. Bahasa Melayu yang digunakan dalam perisian

CATATAN Ya Ya Tidak Tidak _____________________ _____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

ini mudah difahami 6. Tiada kesilapan ejaan dalam perisian ini. Membantu Mempelajari MS Access 1. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara membina jadual. 2. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara membuat borang. 3. Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara menghubungkan jadual-jadual. 4. Perisian ini membenarkan saya mempelajari MS Access mengikut aturan pilihan saya sendiri. 5. Contoh-contoh yang terdapat dalam perisian adalah berkaitan dengan persekitaran saya. 6. Pengetahuan sedia ada saya digunakan semasa mempelajari MS Access melalui perisian ini, 7. Saya lebih cepat faham apabila mengunakan perisian ini. Kesesuaian Rekabentuk Antaramuka 1. Warna latar belakang dalam perisian ini adalah sesuai. 2. Tulisan yang terdapat di dalam perisian ini jelas dan mudah untuk dibaca. 3. Saya suka muzik latar dalam perisian ini. 4. Saya suka animasi kartun yang digunakan dalam perisian ini. Kesesuaian Rekabentuk Interaksi 1. Penyampaian isi pelajaran dalam perisian ini teratur dan senang diikuti. 2. Perisian ini sering memberi panduan cara menggunakannya dengan betul. 3. Ikon yang terdapat dalam perisian menggambarkan fungsinya. Motivasi 1. Saya seronok menggunakan perisian ini. 2. Perisian ini sering memberikan kata-kata semangat kepada saya untuk terus belajar. 3. Aktiviti pembelajaran dalam perisian ini menarik minat

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya

Tidak

_____________________

Ya Ya

Tidak Tidak

_____________________ _____________________

Ya Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________ _____________________

Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak

_____________________ ____________________ _____________________

Ya Ya Ya

Tidak Tidak Tidak

_____________________ _____________________ _____________________

saya. 4. Saya ingin menggunakan perisian ini pada masa-masa lain sekiranya diberi peluang. Bahagian B

Ya

Tidak

_____________________

Arahan : Sila tuliskan pendapat anda berkenaan dengan perisian ini dalam ruangan yang disediakan. 1. Nyatakan bahagian yang paling anda minati mengenai perisian PPBK ini. Jelaskan.

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________


2. Nyatakan bahagian yang paling anda tidak gemari mengenai perisian PPBK ini. Jelaskan.

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________


3. Berapa lamakah anda menggunakan perisian PPBK ini dari mula hingga selesai.

_________________________________________________________________________
4. Komen lain berkenaan perisian ini :

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini atas

5.0 RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERISIAN PPBK

PENILAIAN Penilaian Formatif

FASA PENILAIAN Penilaian individu (Pelajar TM) Penilaian lapangan (Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas)

KAEDAH Temubual

INSTRUMEN

CARA MENTADBIR

Tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian Senarai semak iaitu baik, sederhana dan lemah dipilih untuk ditemubual. Pemerhatian dibuat ke atas satu sesi pembelajaran yang Senarai semak terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang. Pemerhatian dibuat terhadap

Penilaian Formatif

Pemerhatian

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sistem sekarang Guru mata pelajaran atau pakar mata pelajaran ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang. Pakar pengaturcaraan pula Senarai semak ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan spesifikasi perisian dan perkakasan pada masa kini yang menyokong pembelajaran pelajar. Item-item senarai semak adalah berbeza antara setiap pakar. 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM menjawab soal selidik bagi mengukur kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan perisian PPBK Dua orang guru mata pelajaran Teknologi Maklumat menjawab soal selidik bagi tujuan menilai aspek isi kandungan dan strategi pengajaran dalam perisian PPBK Seorang pakar rekabentuk perisian menjawab soal selidik bagi tujuan menilai aspek rekabentuk persembahan dan rekabentuk interaksi dalam perisian PPBK.

Penilaian Formatif

Penilaian Pakar i. Guru Mata Pelajaran ii. Pakar pengaturcaraan

Temu bual

Penilaian Sumatif

Penilaian Lapangan (Satu kelas pelajar)

Tinjauan

Soal selidik

Penilaian Sumatif

Penilaian Pakar Mata pelajaran / Guru mata pelajaran

Tinjauan

Soal selidik

Penilaian Sumatif

Penilaian Pakar Rekabentuk

Tinjauan

Soal selidik

atas

RUJUKAN Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International. Flagg, B.N. 1990. Formative Evaluation for Educational Technologies. Hillsdale, NJ:Lawrence Erlbaum.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan Perisian Multimedia Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur : Venton Publishing. Rozinah Jamaludin. 2000. Asas-asas Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14. atas

You might also like