You are on page 1of 2

Pro Forma Kursus

Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

Nama Kursus Kod Kursus Kredit Jam Interaksi Prasyarat Bahasa Pengantar Semester Hasil Pembelajaran

Pengalaman Berasaskan Sekolah II (School-based Experience II) PBS3102 NCP 1 Minggu Pelajar telah selesai menjalani PBS I Bahasa Melayu Kedua 1. Mengenal pasti amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan melalui pemerhatian berstruktur; 2. Kemahiran mengumpul maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah; 3. Mengenal pasti pola tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ; 4. Menyenaraikan peranan guru dalam aspek bimbingan dan kebajikan. 5. Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

Sinopsis

Pengalaman Berasaskan Sekolah II bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang amalan bilik darjah yang berkesan, pola tingkah laku murid, dan peranan guru dari aspek bimbingan dan kebajikan melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. School-based Experience II aims to give students the experience of effective classroom practices, patterns of pupils behaviour during teaching and learning process as well as teachers role in pupils welfare and guidance. It also gives them the opportunity to observe teaching and learning in real contexts through interaction with the school community.

Tajuk
Tugasan Membuat pemerhatian dan menyediakan laporan

Kandungan
Pelajar dikehendaki menyediakan esei reflektif dan kritis berkaitan aspek-aspek berikut :

Jam

Amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan Pola tingkah laku dan gaya pembelajaran murid Menjelaskan peranan guru terhadap murid dari aspek bimbingan dan kebajikan; Jumlah 1 Minggu

Penilaian

Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, meneliti dokumen, menemubual komuniti sekolah serta membuat refleksi tentang aspekaspek yang tersebut di atas berdasarkan matapelajaran major. Pelajar kemudian dikehendaki mendokumentasikan segala aktiviti yang berkaitan dengan tugasan pengalaman berasaskan sekolah dalam Portfolio Amalan Profesional untuk digunakan secara berterusan sepanjang tempoh amalan profesional (Semester 1 8). Tugasan/portfolio yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada pensyarah matapelajaran major untuk perbincangan dalam kelas.

Rujukan Asas

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2007). Garis panduan pengalaman berasaskan sekolah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006). Garis panduan praktikum. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Wong, H. & Wong R. (1998). How to be an effective teacher on the first days of school. Harry K. Wong Publication, Inc.

Rujukan Tambahan

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2007). Garis panduan Internship. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Parkay, F.W. & Stanford, B.H. 2004. Becoming a teacher. (6th Ed.). Boston: Allyn and Bacon. Woolfolk, A. E. (2001). Educational psychology. (8th Ed.). Boston: Ally and Bacon.

You might also like