You are on page 1of 21

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Tema: Malaysia Negara Berdaulat Tajuk Projek: Sumbangan Tokoh

A video is supposed to be here.

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee

Latar Belakang

Nama penuh : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh Dikenali sebagai : P Ramlee (dari 1947) Warganegara : Malaysia Tempat lahir : Pulau Pinang. Tarikh lahir : 22 Mac 1929 (pagi Hari Raya Aidilfitri) Nama bapa: Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) Nama ibu : Che Mah Hussein (1904 - 1967). Adik-beradik : Sheikh Ali Mohamad (sama ibu dengannya)

Pendidikan : Sekolah Melayu Kampung Jawa, Francis Light English School(1939 - 1941),
Japanese Navy School 'Kaigun Gakko' (Perang Dunia ke II),Penang Free School (1945 - 1947). Meninggal dunia : 29 Mei 1973 (44 tahun).Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Keluarga
Isteri : Pertama~ Junaidah Daeng Harris (1950 - 1954.) Kedua~ Noorizan Mohd Noor (6 Feb 1955 - 1961.) Ketiga~ Salmah Ismail @ Saloma (21 Nov 1961.) Anak-anak : Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008) Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998) Sazali : Anak angkat (lahir 1958) Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah) Norma : Anak tiri (anak Noorizan) Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel) Betty : Anak angkat Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963) Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007) Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Kerjaya Seni
Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. Bakat besar P. Ramlee dalam bidang seni suara dikesan oleh seorang pengarah India, iaitu B. S. Rajhans yang ketika itu menyaksikan persembahan pentas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Dalam persembahan tersebut, P. Ramlee menyanyikan lagu, Azizah hasil ciptaan beliau sendiri. Pada tahun 1948 , P.Ramlee telah mendapat tawaran sebagai penyanyi dan pelakon filem dari pengarah filem Shaw Brothers , B.S.Rajhans.Filem lakonan pertamanya ialah Chinta di mana beliau memegang watak sebagai seorang penjahat. P.Ramlee merupakan bintang filem Melayu pertama yang boleh menyanyi tanpa menggunakan penyanyi latar.

P. Ramlee memperlihatkan kehebatan beliau yang sukar ditandingi oleh pengarah lain, termasuklah pengarah dari India yang pernah memberikan tunjuk ajar kepada beliau. Kehebatan P. Ramlee dalam bidang pengarahan terselah melalui filem kedua beliau, Semerah Padi. Malah, ada pihak yang berpendapat bahawa Semerah Padi merupakan mahakarya P. Ramlee. Setelah mengarah filem yang bercorak drama barat, P. Ramlee membuat kejutan dengan filem yang bercorak komedi. Garapan filem komedi beliau seperti siri Bujan Lapok, Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, dan lain bukan sahaja lucu, malah pengisian ceritanya sangat menarik kerana sarat dengan nilai-nilai kemasyarakatan, sindiran, dan kritikan sosial. Semasa bertugas di MFP, P. Ramlee banyak menempa kejayaan peribadi sama ada melalui bidang lakonan ataupun bidang pengarahan filem. P. Ramlee memenangi banyak anugerah di Festival Filem Asia. Misalnya, anugerah untuk penciptaan Lagu Terbaik melalui filem, Hang Tuah pada tahun 1956, Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem, Anakku Sazali pada tahun 1957, Fotografi Hitam Putih Terbaik melalui filem, Sumpah Orang Minyak pada tahun 1958, Filem Komedi Terbaik melalui filem, Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959, Filem Komedi Terbaik melalui filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1963, dan Filem Komedi Terbaik melalui filem, Madu Tiga pada tahun 1964. Setelah mengarah filem, Tiga Abdul pada tahun 1964, P. Ramlee berhenti dari MFP untuk berkhidmat di Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor. Filem pertama arahan P. Ramlee di studio itu ialah Si Tora Harimau Jadian yang diterbitkan pada tahun 1964.

Pengarah filem dari India di MFP berebut-rebut mengambil P. Ramlee berlakon. Malah, ada pengarah filem seperti B. N. Rao yang sanggup menagguhkan penggambaran filem baharu beliau semata-mata menunggu P. Ramlee selesai berlakon dalam filem arahan pengarah lain, S. Ramanathan. Hal ini demikian kerana lakonan P. Ramlee dijamin mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Pada kemuncak populariti beliau sebagai pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, P. Ramlee dilantik sebagai pengarah filem. P. Ramlee merupakan anak Melayu kedua begelar pengarah selepas Haji Mahadi. Haji Mahadi gagal mengarah filem, Permata di Perlimbahan pada tahun 1952. Pada tahun 1955, P. Ramlee mengarah filem beliau yang pertama, Penarek Becha. Beliau turut berlakon dalam filem tersebut bersama-sama Saadiah, Salleh Kamil, Udo Omar, Saamah, dan beberapa orang pelakon lain. Penarek Becha bukan sahaja berjaya dari segi mutunya, malah mengaut keuntungan besar dengan pencapaian pecah panggung.

Pengarah B. S. Rajhans yang mewakili Malay Film Productions (MFP) menawarkan pekerjaan di MFP kepada P. Ramlee. P. Ramlee menerima tawaran tersebut kerana mengangapnya sebagai peluang keemasan yang mungkin hanya datang sekali dalam hidup beliau. P. Ramlee bersama-sama seorang teman beliau, Sukardi meninggalkan Pulau Pinang menuju ke Singapura dengan kereta api pada 28 Ogos 1948, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri. P. Ramlee terus bekerja di MFP sementara teman beliau, Sukardi pulang ke Pulau Pinang setelah seminggu bekerja di studio filem tersebut. P. Ramlee tidak pernah menolak tugas yang diberikan walaupun disuruh membuat pelbagai kerja, umpamanya menolak kamera, menjadi clipper boy menjadi pelakon tambahan dan penyanyi P. Ramlee sentiasa senang dan riang dengan segala tugas yang berkaitan dengan filem dan muzik. Pertama kali wajah P. Ramlee muncul di layar perak adalah filem Chinta pada tahun 1948. P. Ramlee kemudiannya tampil dalam beberapa buah filem lagi sebagai pelakon pembantu, yang menyerlahkan nama beliau disebabkan oleh kekuatan vokal dalam nyanyian beliau. Pengarah L. Krishnan yang baharu bertugas dengan MFP menaikkan kedudukan P. Ramlee hero dalam filem, Bakti pada tahun 1950. Ternyata percubaan tersebut berjaya. P. Ramlee diterima baik oleh peminat filem Melayu ketika itu. Mereka memberikan sokongan kepada hero baharu itu yang boleh menyanyidengan suara yang merdu. P. Ramlee mendapat sokongan yang kuat daripada para peminat beliau yang semakin ramai. Setiap filem lakonan P. Ramlee mencatat rekod pecah panggung yang mengaut keuntungan besar kepada syarikat pengeluar filem yang memayungi beliau.

Lakonan
1972 1971 1971 1970 1970 1969 1969 1969 1968 1968 1968 1968 1967 1967 1966 1966: 1966 1965 1965 1964 1964 1964 1964 1963 1963: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Laksamana Do Re Mi - (Pelakon Utama) Putus Sudah Kasih Sayang - (Pelakon Utama) Jangan Tinggal Daku - (Pelakon Utama) Dr Rushdi - (Pelakon Utama) Gelora - (Pelakon Utama) Bukan Salah Ibu Mengandung - (Pelakon Pembantu) Di Belakang Tabir - (Pelakon Utama) Enam Jahanam - (Pelakon Utama) Ahmad Albab - (Pelakon Utama) Kanchan Tirana - (Pelakon Utama) Gerimis - (Pelakon Utama) Anak Bapak - (Pelakon Utama) Keluarga 69 - (Pelakon Utama) Sesudah Subuh - (Pelakon Utama) Do Re Mi - (Pelakon Utama) Nasib Do Re Mi - (Pelakon Utama) Sabarudin Tukang Kasut - (Pelakon Utama) Masam Masam Manis - (Pelakon Utama) Dajal Suci - (Pelakon Tambahan) Tiga Abdul - (Pelakon Utama) Madu Tiga - (Pelakon Utama) Sitora Harimau Jadian - (Pelakon Utama) Ragam P.Ramlee - (Pelakon Utama) Labu dan Labi - (Pelakon Utama) Nasib Si Labu Labi - (Pelakon Utama)

1962 : 1961 : 1961 : 1960 : 1959 : 1959 : 1959 : 1958 : 1958 : 1957 : 1957 : 1956 : 1956 : 1956 : 1955 : 1955 : 1954 : 1954 : 1954 : 1953 : 1953 : 1953 : 1953 : 1952 : 1952 : 1952 :

Ibu Mertuaku - (Pelakon Utama) Seniman Bujang Lapok - (Pelakon Utama) Ali Baba Bujang Lapok - (Pelakon Utama) Antara Dua Darjat - (Pelakon Utama) Nujum Pak Belalang - (Pelakon Utama) Musang Berjanggut - (Pelakon Utama) Pendekar Bujang Lapok - (Pelakon Utama) Sarjan Hassan - (Pelakon Utama) Sumpah Orang Minyak - (Pelakon Utama) Bujang Lapok - (Pelakon Utama) Pancha Delima - (Pelakon Tambahan) Anakku Sazali - (Pelakon Utama) Semerah Padi - (Pelakon Utama) Hang Tuah - (Pelakon Utama) Penarik Beca - (Pelakon Utama) Abu Hassan Pencuri - (Pelakon Utama) Merana - (Pelakon Utama) Perjodohan - (Pelakon Utama) Panggilan Pulau - (Pelakon Utama) Siapa Salah - (Pelakon Utama) Hujan Panas - (Pelakon Utama) Ibu - (Pelakon Utama) Putus Harapan - (Pelakon Utama) Miskin - (Pelakon Utama) Sedarah - (Pelakon Utama) Patah Hati - (Pelakon Utama)

1952 : 1952 : 1951 : 1951 : 1951 : 1950 : 1950 : 1950 : 1950 : 1949 : 1949 : 1949 : 1948 :

Anjuran Nasib - (Pelakon Utama) Antara Senyum Dan Tragis - (Pelakon Utama) Juwita - (Pelakon Utama) Sejoli - (Pelakon Utama) Penghidupan - (Pelakon Utama) Aloha - (Pelakon Pembantu) Takdir Illahi - (Pelakon Utama) Bakti - (Pelakon Utama) Rachun Dunia - (Pelakon Utama) Nilam - (Pelakon Pembantu) Nasib - (Pelakon Pembantu) Noor Asmara - (Pelakon Pembantu) Chinta - (Pelakon Pembantu)

Anugerah
Bagi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran

Tan Sri.
Rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan

pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada
tahun 1982

Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.

1945

-Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya "Tempat ke-3" - P. Ramlee

1946

-Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang "Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia -Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya "Tempat ke-2" - P.Ramlee -Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya "Tempat pertama" - P.Ramlee
-Majalah Filem Raya Malaya "Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee

1947

1951

1952

-Majalah Filem Raya Malaya "Pelakon Terbaik" - P.Ramlee "Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis "Filem Kegemaran" Juwita
-Majalah Filem Raya Malaya "Filem Terbaik" - Hujan Panas

1953

"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee "Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis "Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee - Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya "Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee "Filem Terbaik" - Hujan Panas - Radio Malaya "Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee 1956 - Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong "Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee "Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah -Majalah Bintang Singapura "Seniman Terbaik" - P.Ramlee "Pengarah Terbaik" - P.Ramlee "Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee "Filem Terbaik" - Semerah Padi "Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali "Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali

1957

-Festival Filem Antarabangsa Berlin Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah -Festival Filem Asia ke-4 Tokyo -Festival Filem Asia ke-5 Manila "Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Sumpah Orang Minyak -Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya "Seniman Terbaik" - P.Ramlee -Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur "Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok -Majalah Gelanggang Singapura "Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok "Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang -Majalah Bintang Singapura "Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok "Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee "Seniman Teratas" - P.Ramlee "Lagu Kegemaran" - Musang Berjanggut -Festival Filem Asia ke-7 Tokyo "Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang

1958

1959

1960

1962

-Festival Filem Asia ke-9 Tokyo Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok -Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail "Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.
-Festival Filem Asia ke-10 Tokyo "Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku "Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee -Festival Filem Asia ke-11 Taipei "Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga -Festival Filem Dunia Paris "Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku

1963

1964

1965

Kesimpulan
Sesungguhnya, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia, tidak mengira kaum dan lapisan umur. Karyanya malar segar, sehingga kini masih menyentuh setiap yang menonton filem atau mendengar lagu ciptaanya. Karya karya yang dihasilkan Allahyarham dirasakan begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia. Allahyarham juga sentiasa menyelitkan nilai nilai murni dan pengajaran, sama ada tersirat ataupun tersurat dalam karyanya. Tonton saja filem Ibu Mertuaku dan Anakku Sazali. Kedua dua filem ini begitu sarat dengan nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Filem berunsur komedi seperti Ali Baba Bujang Lapok dan Laksamana Do Re Mi juga turut menyelitkan nilai murni di sebalik jenaka mencuit hati yang memenuhi filem tersebut, Sifat Allahyarham yang sentiasa pemurah dan membantu orang yang memerlukan telah menyentuh banyak kehidupan. Allahyarham juga merupakan pengarah filem pertama yang menjadikan pelakon bukan Melayu sebagai tunjang utama filem beliau. Contohnya, filem beliau,Anakku Sazali. Hal ini menunjukkan keprihatinan beliau untuk mewujudkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Karyanya juga bersifat versatil, beliau sentiasa mencuba sesuatu yang baharu dan menjadi perintis kepada perkembangan bidang perfileman Malaysia. Buktinya, filem beliau,Hang Tuah merupakan filem Melayu pertama yang dirakamkan dalam Eastman Colour. Allahyarham juga telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia dengan kejayaan merangkul beberapa anugerah bertaraf antarabangsa.

Sebagaimana lagu ciptaan beliau,Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, sememangnya tidak mempunyai galang gantinya. Bakti dan sumbangan yang ditaburkan oleh seorang insan bernama P. Ramlee ini tidak dapat digambarkan melalui kata kata. Hanya penghayatan terhadap karya Allahyarham sahajalah yang dapat menggambarkannya. Generasi muda zaman mutakhir ini acap kali terlepas pandang akan keagungan ikon industri hiburan Malaya ini. Diharapkan agar semua pihak terus berusaha memastikan karya Allahyarham terus menyentuh lebih banyak kehidupan, terutamanya dari kalangan muda mudi. Akhir kata, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee sememangnya hanya satu dalam seribu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Tapi alhamdulilah, ia bukan insan seni penyulap harta negara; ia bekalkan pusaka lebih berharga, lebih bermaruah bagi bangsanya. Hanya nanti semakin jauh Terserlah khazanah yang diwariskan, lalu ketiadaannya dirasakan kehadirannya kehadirannya dirasakan kehilangannya kehilangannya dirasakan kerugiannya.

Kita terlalu terhutang kepadanya.

Dipetik dari Lagu Bunga II, ciptaan Abdul Samad Said , yang ditulis untuk menghormati dan mengagumi sumbangan seni seniman besar P. Ramlee.

You might also like