You are on page 1of 4

Tajuk : Lemak Tarikh : Ujikaji : Pengenalan Lemak atau minyak yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan terdiri

daripada struktur kimia yang sama. Perkara yang membezakan antara lemak dan minyak adalah pada suhu bilik atau 20C lemak berkeadaan pepejal dan minyak berkeadaan cecair. Sumber lemak adalah daripada haiwan dan sumber minyak adalah daripada tumbuhan. Kedua-dua lemak dan minyak adalah trigliresida. Trigliresida adalah satu sebatian dengan 3 asid lemak yang terikat secara kovalen kepada satu molekul gliserol. Trigliresida adalah bekalan tenaga simpanan badan. Ujikaji yang akan dijalankan adalah menerangkan tentang pengesanan kehadiran lemak. Terdapat beberapa persamaan antara lemak tepu dan lemak tidak tepu iaitu:a) kedua-duanya terdiri daripada kelas gliserida b) mempunyai molekul yang serupa yang terbentuk daripada tindak balas pengesteran dengan penyingkiran molekul air. c) Kedua-duanya menjalani tindak balas hidrolisis untuk menghasilkan gliserol dan asid lemak. d) Berfungsi dalam penyimpanan dan tenaga dan metabolisme. Contoh lemak tepu adalah daripada sumber seperti lemak haiwan, susu penuh krim, coklat, kek, pastry, keju dan santan. Kandungan kolestrolnya adalah tinggi. Manakala contoh lemak tak tepu adalah seperti minyak sayuran seperti minyak zaitun, minyak kelapa sawit, minyak jagung dan minyak kacang soya. Perbezaan kandungan kolestrolnya dalam lemak tepu ini adalah rendah.

Tajuk : Protein Tarikh : Ujikaji : Pengenalan Protein adalah sebatian kompleks yang terbina daripada unsur-unsur karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Terdapat juga protein yang mengandungi sulfur dan fosforus. Contoh makanan yang mengandungi protein ialah susu, putih telur, ikan, daging, kacang soya, kacang tanah dan keju. Protein terbahagi kepada 2 kelas iaitu protein kelas pertama dan protein kelas kedua. i) Protein kelas pertama merupakan protein yang mengandungi 10 jenis asid amino perlu. Terdapat dalam susu, daging, ikan, susu dan telur. ii) Protein kelas kedua merupakan protein yang tidak mengandungi ke semua asid amino perlu. Terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan. Terdapat 3 ujikaji yang akan dijalankan bagi mengesan kehadiran protein dalam makanan iaitu :a) ujian tindakan haba ke atas protein b) ujian kesan asid ke atas protein c) ujian buret ke atas protein Monomer protein ialah asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino yang berlainan dalam tubuh manusia dimana asid amino terbahagi kepada dua kelas iaitu :- a) Asid amino perlu adalah asid yang tidak dapat disintesiskan dalam sel yang perlu diperoleh dari gizi makanan. Contohnya isolensina, leusina dan lisina. b) Asid amino tak perlu adalah asid-asid amino yang dapat disintesiskan dalam sel dan tidak perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya alamina, asparagina, asid aspartic dan asid glutamik.

Vitamin C Pengenalan Vitamin C adalah sebatian organic kompleks yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesihatan dan pertumbuhan normal tubuh badan manusia. Tidak ada satu jenis makanan yang tunggal yang dapat membekalkan kesemua jenis vitamin yang diperlukan. Kekurangan vitamin dalam badan akan menyebabkan penyakit kekurangan zat. Keracunan vitamin boleh berlaku jika seseorang mempunyai tanda-tanda kesan sampingan akibat daripada pengambilan vitamin dalam kuantiti yang berlebihan. Vitamin mudah termusnah oleh suhu dan haba yang tinggi. Vitamin C berfungsi memelihara kesihatan kulit dan juga sebagai koenzim dalam sintesis kolegen. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan penyakit skurvi dan amenia. Contoh makanan yang mengandungi vitamin C ialah betik, limau, oren, tomato, dan sayur-sayuran. Vitamin juga adalah koenzim yang diperlukan untuk mengaktifkan atau melengkapkan enzim. Vitamin diperlukan untuk mengelakkan penyakit kurang zat serta melindungi badan daripada penyakit. Walau bagaimanapun vitamin tidak membekalkan sebarang tenaga. Vitamin meminkan peranan penting dalam tindak balas pembebasan tenaga metabolisma badan. Ujian kepekatan kandungan vitamin C dalam jus buah dapat dikaji dengan menggunakan larutan DCPIP (diklorofenolindolfenol). Teknik yang diguna pakai ialah dengan memerhatikan pelunturan awrna DCPIP. Ujian pengesahan kehadiran vitamin C dapat dilihatapabila warna biru larutan DCPIP terluntur. Terdapat 2 kumpulan vitamin C iaitu larut dalam air dan larut lemak. Vitamin C adalah mudah larut dalam air, mudah dikumuhkan melalui air kencing, mudah hilangdalam jangka masa yang pendek dalam badan dan ia merupakan sebatian yang kurang stabil.

Tajuk : system respirasi Respirasi adalah proses penguraian sebatian organic untuk membebaskan tenaga yang berlaku dalam sel. Respirasi terbahagi kepada 2 iaitu respirasi luar dan repirasi dalam. Dalam ujikaji respirasi yang akan dijalankan adalah ke atas 3 spesimen iaitu serangga, ikan dan

You might also like