Tesis-Perbandingan Ro DGN Air Masak

You might also like

You are on page 1of 25

PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR DALAM BADAN

SESEORANG ATLIT.

LAM SUI HENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO)
DENGAN AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR DALAM BADAN SESEORANG ATLIT. SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya LAM SUI HENG (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: P. O. BOX 488, 96107 SARIKEI, SARAWAK.

(TANDATANGAN PENYELIA)

PN. HALIJAH BTE IBRAHIM Nama Penyelia

Tarikh:

18 APRIL 2006

Tarikh:

19 APRIL 2006

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

............................................... Pn. Halijah bte Ibrahim 19 April 2006

PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.

LAM SUI HENG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

.............................. Lam Sui Heng 18 April 2006

iii

Untuk ayah dan ibu yang disayangi Segala jasa dan pengorbanan selama ini tidak pernah dilupakan Terima kasih ayah dan ibu

iv

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera, penulis bersyukur kerana dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pertama kali, penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Pn. Halijah bte Ibrahim atas bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Kerjasama daripada semua subjek yang terlibat dalam penyelidikan ini amatlah dihargai. Sekalung perhargaan dan ribuan terima kasih ingin diucapkan. Penghargaan juga ditunjukkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Diharap agar penyelidikan yang disiapkan ini dapat memberi manfaat kepada pihak berkenaan.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap kandungan air dalam badan seseorang atlit. Seramai 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun telah dipilih di kalangan pelajar Universiti Teknolgi Malaysia,Skudai, Johor untuk dijadikan subjek dalam kajian ini. Alat bodynamics-body composition analyzer digunakan untuk mengukur kandungan air dalam badan subjek. Subjek diberikan air masak atau air Reverse Osimosis (RO) secara rawak dalam 2 sesi ujian. Setiap subjek tidak mengetahui jenis air yang diberikan ketika ujian dijalankan. Penganalisaan data mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t = 4.782, p< 0.001 di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap kandungan air dalam badan seseorang atlit.

vi

ABSTRACT

Water is one of the medium used to perform all the biochemical cell and tissue reaction in human body. The purpose of conducting this research was to make a comparison among Reverse Osmosis (RO) water with boiled water towards an athlete body. Six boys and six girls around twenty three to twenty five years old were selected among University Teknologi Malaysia students in Skudai, Johore to be the sample of this research. Equipment called biodynamic-body composition analyzer was used to measure the water content in the samples body. The samples were given boiled water or Reverse Osmosis (RO) water randomly in two test session. Each sample did not know what type of water was given to them when the test was carried out. The data analyzer realized that there was a significant difference at t = 4.782, p<0.001 among the Reverse Osmosis (RO) water with boiled water towards the water content in an athlete.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS BORANG PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii x xi xii

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Penyelidikan Hipotesis Penyelidikan Kepentingan Penyelidikan Limitasi Kajian Definisi Konsep Penutup

1 1 3 6 7 7 8 9 9 10

viii

BAB II 2.1 2.2 2.3

SOROTAN KAJIAN Pengenalan Kajian Berkiatan Penutup

11 11 12 17

BAB III 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9

METODOLOGI Pengenalan Rekabentuk Kajian Persampelan Tempat Penyelidikan Instrumen Kajian Prosedur Kajian Prosedur Ujian Analisis Data Penutup

18 18 19 20 20 21 22 24 25 26

BAB IV

ANALISIS DATA 4.1 4.2 4.3 4.4 Pengenalan Analisis Deskritif Analisis Inferensi Penutup

27 27 28 32 34

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 35

5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

Pengenalan Perbincangan Kesimpulan Cadangan Penutup

35 36 37 38 39

ix

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

40

LAMPIRAN Lampiran A E

43 43-47

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 4.1 4.2 4.3

Prosedur ujian Min ujian pertama Min ujian kedua Min air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak (Lelaki)

24 29 29

30

4.4

Min air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak (Perempuan) 31

4.5

Keputusan ujian T di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak 32

xi

SENARAI SIMBOL

RO p kg cm

Air Reverse Osmosis Nilai signifikan Sisihan piawai Kilogram Sentimeter

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D E

Keputusan Ujian pertama dan ujian kedua Borang skor ujian Surat perjanjian Rekod kesihatan diri Gambar-gambar

43 44 45 46 47

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Air ialah bahan perantara bagi mengangkut nutrien, gas dan bahan kumuhan serta untuk semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia. Air adalah penting untuk mengekalkan isipadu darah yang secukupnya dengan berperanan di dalam ke sistem kardiovaskular bagi meneruskan aktiviti. Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari paru-paru adalah penting untuk pengawalaturan suhu badan manusia. selain daripada itu, air juga bertindak sebagai pelincir dalam proses pencernaan dan penyerapan.

Air merupakan komponen yang paling banyak di dalam badan manusia, iaitu 50 peratus daripada berat badan orang dewasa dan 70 peratus bagi bayi yang baru dilahirkan. Dalam keadaan normal, sebanyak 3 liter air akan hilang daripada tubuh badan seseorang dalam satu hari. Oleh itu, kita sering dinasihatkan supaya meminum air yang banyak, iaitu lebih kurang 3 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari. Ini bertujuan adalah untuk menggantikan air yang telah dikumuhkan. Pada masa yang sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Dengan itu, air boleh dikatakan sebagai satu sumber bekalan yang paling penting dalam tubuh badan kita.

2 Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral dari badan adalah lebih banyak. Seseorang ahli sukan akan kehilangan kandungan air yang lebih banyak ketika beraktiviti jika dibandingkan dengan seseorang pelajar yang membuat ulangkaji di rumah. Kehilangan air dalam badan perlu diganti dengan segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air). Adalah dijangkakan individu dewasa boleh hidup sehingga 10 hari tanpa air manakala kanak-kanak hanya setakat 5 hari. Sebaliknya, seseorang itu boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makanan.

Keadaan kekurangan air yang berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi. Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel. Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak. Dengan itu, pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan air dalam badan kita adalah amat penting bagi mengelakkan berlaku dehidrasi.

Pada individu sihat, pengambilan air dikawal oleh kehausan. Pusat kawalan kehausan terletak di hipotalamus, berdekatan degan pusat yang mengatur hormon antidiuretis (ADH). Rasa haus bertugas sebagai memberi isyarat supaya kita minum air. Pengambilan air bermaksud air yang kita minum dan air yang terdapat dalam makanan yang dimakan. Selain itu, air juga boleh diperolehi daripada pengoksidaan karbohidrat, protein dan lemak. Kandungan air di dalam badan sentiasa dalam keadaan agak malar. Jumlah air yang diambil setiap hari adalah lebih kurang sama dengan jumlah air yang hilang.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-

3 kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis. Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian. Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.

Bagi seorang atlit pula, biasanya mereka akan melakukan aktiviti yang lebih banyak dan berterusan. Maka, pengambilan air yang mencukupi adalah amat penting untuk menggantikan air yang hilang melalui badan bagi meneruskan aktiviti mereka. Jika seorang atlit mengalami kehilangan air, pastinya akan mempengaruhi prestasi dan pencapaian seseorang atlit. Dengan itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi seorang atlit.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan air dalam badan kita adalah amat penting. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak akan mengambil air yang mencukupi dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara yang digemari. Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari. Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Pelbagai jenis air minuman telah diberikan oleh jurulatih kepada atlit mereka seperti air mineral, air masak, air kaborhidrat, air alkali dan sebagainya. Setiap jenis air

4 minuman ini telah memberikan kesan yang berbeza kepada atlit. Sebagai seorang atlit, mereka haruslah mengambil air minuman yang sesuai bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian mereka dalam bidang sukan yang mereka ceburi (Lamb dan Murray, 1997).

Air alkali mengandungi sejumlah besar OH atau hidroksil. Ia adalah oksigen terlarut. Ramai di antara kita yang keliru di antara oksigen termampat dengan oksigen terlarut. Oksigen termampat adalah gas oksigen yang terkandung di dalam air. Sementara oksigen terlarut ialah suatu bentuk OH yang bertukar dan secara lemah terikat dengan suatu mineral alkali. Apabila OH dibawa ke dalam tahap sel, ia akan bertukar kepada oksigen bebas dan dibekalkan terus kepada sel. Oksigen termampat di dalam air biasa tidak praktikal kepada manusia mahupun ikan. Sel-sel dalam badan manusia tidak boleh menyerap oksigen secara langsung daripada air melalui perut atau intestin (Lamb dan Murray, 1997).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa hanya elektrolit natrium yang harus ditambah ke dalam minuman yang diambil oleh seseorang semasa melakukan aktiviti sukan. Natrium akan merangsangkan pengambilan air dan glukosa dalam usus kecil dan akan membantu mengekalkan isipadu cecair ektrasel dalam badan. Kebanyakan minuman ringan bergas mengandungi jumlah natrium yang amat sedikit (1-2 mmol.L ) sedangkan minuman sukan biasanya mengandungi natrium sebanyak 10-25 mmol.L (Lamb dan Murray, 1997).
-1 1

Walaupun kandungan natrium yang tinggi mungkin merangsang penyerapan air, tetapi ia cenderung menjadikan citarasa minuman tersebut tidak begitu sedap. Adalah penting bahawa minuman yang diminum semasa atau selepas melakukan aktiviti sukan perlu mengandungi citarasa yang sedap untuk merangsang pengambilan minuman. Oleh itu, kebanyakan minuman sukan yang dihasilkan pada umumnya diformulasi untuk mempastikan keseimbangan di antara dua matlamat iaitu keberkesanan dan cita rasa (Saltin dan Costill, 1988). Apabila jangka masa aktiviti sukan melebihi 3 hingga 4 jam, pengambilan minuman bernatrium adalah amat sesuai bagi menjauhi daripada risiko hiponatraemia.

5 Natrium juga diperlukan dalam rehidrasi selepas melakukan aktiviti sukan, ini amat penting khususnya apabila senaman itu perlu diulang dalam tempoh masa beberapa jam (Saltin dan Costill, 1988). Jika minuman yang diambil hanya mengandungi sedikit atau tiada natrium, osmolaliti plasma akan menurun, penghasilan air kencing akan dirangsang dan kebanyakan air yang diminum tidak dapat diserap dan disimpan dalam badan. Apabila terdapat tempoh rehat yang lebih panjang antara satu sesi senaman dengan sesi senaman yang lain, ia mungkin boleh menggantikan balik natrium dan elektrolit lain melalui pemakanan tanpa makanan tambahan (Frizell, Lang, Lowance dan Lathan, 1986). Terdapat satu penyelidikan yang sistematik mengenai perhubungan antara kehilangan natrium di seluruh badan melalui peluh dan keberkesanan pemulihan keseimbangan cecair dengan minuman yang mempunyai pelbagai kepekatan natrium. Menurut Shirreffs dan Maughan (1998), pengambilan jumlah air yang mencukupi, kemungkinan tidak dapat mengatasi dehidrasi seseorang. Minuman yang mengandungi kepekatan natrium yang sama dengan peluh yang dikeluarkan adalah sesuai diambil oleh seseorang atlit yang mengalami dehidrasi.

Kesimpulannya, pelbagai jenis air minuman telah dicadangkan oleh penyelidik adalah sesuai diambil oleh atlit bagi meningkatkan prestasi mereka. Setiap penyelidik telah memberikan pendapat-pendapat mereka masing-masing melalui kajian yang dijalankan. Dengan itu, kajian yang berkaitan dengan pengambilan air minuman bagi seseorang atlit haruslah diperkembangkan lagi.

6 1.3 Pernyataan Masalah

Air Reverse Osmosis (RO) merupakan satu jenis air minuman yang mengandungi kandungan oksigen yang lebih tinggi dan molekul yang lebih kecil jika dibandingkan dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002). Air yang mengandungi oksigen yang lebih banyak adalah penting untuk manusia. Ini adalah kerana kandungan oksigen di dalam air yang diserap melalui sistem pencernaan akan memberikan oksigen yang lebih kepada badan untuk meningkatkan metabolisme dalam badan kita. Dengan air yang beroksigen, tahap penyerapan vitamin, mineral dan nutrisi lainnya dalam badan akan menjadi lebih baik. Oksigen dalam air juga dapat membantu kita meningkatkan fungsi otak sehingga boleh berfikir secara terbuka dan waspada (Matrix Valley Holding, 2002). Cara yang paling efektif untuk mendapatkan oksigen adalah dengan bernafas melalui paru-paru. Bagaimanapun, oksigen juga dapat diserap melalui membran di usus bersamaan dengan ion-ion, air, dan nutrisi-nutrisi lain yang berhubung langsung menuju ke aliran darah. Sudah menjadi fakta umum jika kita memakan makanan kaya oksigen seperti sayuran dan buah segar, juga jika meminum air yang beroksigen, meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita. Beberapa penelitian termasuk yang dilakukan oleh Alonso (1992) yang melibatkan atlit-atlit, menunjukkan bahawa dengan meminum air beroksigen akan meningkatkan kadar oksigen di dalam badan dan terus meningkatkan prestasi pencapaian seorang atlit serta memendekkan masa yang diambil untuk pulih dari keletihan. Sehubungan dengan itu, satu kajian mengenai perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit telah dibuat. Tujuan adalah adalah untuk membandingkan samaada air Reverse Osmosis (RO) atau air masak yang diambil dapat dikekalkan lebih baik di dalam tubuh badan seseorang atlit.

7 1.4 Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Membandingkan pengaruh di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.

1.5

Hipotesis Penyelidikan

Berpandukan kepada penyataan masalah dan objektif penyelidikan ini, maka hipotesis kajian adalah:

H0:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit

Ha :

Terdapat perbezaan yang signifikan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.

8 1.6 Kepentingan Penyelidikan

Penyelidikan ini merupakan satu kajian berbentuk eksperimental. Ia adalah bertujuan untuk melihat perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.

Penyelidikan ini juga diharap dapat membantu para jurulatih berfikir secara kreatif, inovatif dan berdaya bersaingan dengan dunia luar dalam bidang permakanan sukan. Dengan jenis minuman yang sesuai, berharap dapat membantu seseorang atlit meningkatkan prestasi mereka supaya mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Walaupun ramai yang meragu bahawa samaada minuman air Reverse Osmosis (RO) itu dapat membantu atlit-atlit sukan meningkat prestasi dan pencapaian mereka. Sebenarnya, air Reverse Osmosis (RO) ini merupakan satu jenis minuman yang mengandungi oksigen yang lebih dan molekul yang lebih kecil jika dibandingkan dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002). Dengan molekul-molekul air yang lebih kecil, sel-sel dalam badan kita adalah lebih senang melakukan proses penyerapan terhadap kandungan air yang kita diminum. Kandungan oksigen yang terlarut air pula akan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan seseorang atlit.

9 1.7 Limitasi Kajian

Pemakanan subjek yang diambilkan sebelum ujian haruslah dikawal oleh pengkaji. Faktor ini sering mempengaruhi hasil kajian yang diperolehi. Ini adalah kerana, makanan yang kita makan boleh dijadikan sebagai sumber kandungan air dalam tubuh badan kita. Dengan itu, saya bercadang bahawa penyelidik haruslah memastikan subjek tidak mengambil sebarang makanan dalam masa 3 jam sebelum ujian dijalankan.

1.8

Definisi Konsep

1.8.1 Air Reverve Osmosis (RO) Satu jenis air minuman yang mengandungi oksigen yang lebih banyak dan molekul air yang lebih kecil jika dibandingkan dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002).

1.8.2 Air Masak Air paip yang dididih sehingga suhu 100 dan disejukkan. C

1.8.3 Treadmil Mesin yang boleh diguna oleh atlit-atlit untuk menjalani latihan larian mengikuti kemampuan masing-masing.

1.8.4 Biodynamics-Body Composition Analyzer Mesin yang digunakan untuk menguji kandungan air dalam badan.

10 1.9 Penutup

Sepanjang Bab I telah membincangkan tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif penyelidikan, hipotesis penyelidikan, kepentingan penyelidikan, limitasi kajian dan definisi konsep. Kesemua topik perbincangan tersebut adalah menjurus kepada memperkenalkan kajian ini sebelum kajian diteruskan ke bahagian yang lain.

You might also like