You are on page 1of 1

ISTANA MENANTI Mengisahkan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak

sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah. Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu, Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama rembau dan Sungai Ujung yang menjadikan tiga orang remaja itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut. Pada hari yang sesuai bertemankan Tuk Ngah, tiga orang sahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak itulah Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada anak remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama. Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertiga masuk dan melihat keunikan seni bina istana lama tersebut. Tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencar-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak. Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda dari UPM yang sudah keletihan yang juga terperangkap dalam terowong tersebut. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpanan semasa mereka berjuang dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan hairil juga menjadi mangsa dikerah menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, mereka segera meninggalkan terowong. Dalam pada itu ibu bapa remaja tersebut telah berpakat mencari mrereka dan membuat laporan kepada pihak polis. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja tersebut. Tuk Ngah yang bersembunyi dari penglihatan penjenayah itu muncul lalu memberitahu perkara sebenar. Pihak polos berjaya memerangkap penjenayah tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dalam suatu majlis meraikan keberanian dan kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut.

You might also like