You are on page 1of 8

SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

Tajuk : Penggunaan lirik yang mempunyai elemen negatif dan pengaruhnya


kepada pendengar terutamanya remaja

Pendahuluan
Muzik merupakan satu elemen yang boleh merangsangkan setiap orang
apabila menghayatinya. Muzik dapat membawa kita ke alam lain dengan sekelip
masa sahaja, apabila penghayatan yang mendalam. Muzik juga mempunyai
unsur yang positif dan nagetif dalam senikata yang disertakan. Dari underground
muzik hingga kepada muzik keagamaan ada dalam dunia ini. Penglibatan setiap
peringkat umur dalam menghayati muzik ini, tidak kira apa jenis yang mereka
minati. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam menghayati muzik
yang mereka minati, kita tidak boleh meminta seseorang itu supaya meminati
muzik yang kita minati. Kecenderungan manusia dalam menghayati muzik juga
berbeza antara satu sama lain, ada yang terlalu taksub dengan sesuatu muzik itu
dan ada yang hanya mendengar sahaja. Setiap orang yang mendengar muzik ini
ada yang lebih mementingkan kepada senikata yang disertakan dan ada juga
yang hanya pada rentak muzik itu sahaja dan tidak mengira apa senikata/lirik
yang disertakan dalam lagu berkenaan.

Pencipta lirik juga memainkan peranan yang penting dalam


merencanakan supaya lagu yang akan dinyanyikan akan memberi kesan kepada
pendengarnya. Pencipta lirik juga mempunyai kecenderungan yang tersendiri
dalam penciptaannya. Jika ianya hanya membuat lirik yang berunsurkan
keagamaan yang pastinya jika disuruh untuk membuat lirik yang berunsurkan
cinta sesama manusia ianya akan mengalami kesukaran.

Di Malaysia dalam pandangan saya kebanyakkan lirik yang didendangkan


adalah berunsurkan cinta kepada manusia. Iramanya yang mendayu-dayu yang
pastinya akan menyebabkan pendengar akan dibawa ke alam lain yang pastinya
pendengar itu sendiri yang tahu akan apa yang didengarnya. Di sini juga ada
pendengar yang mendengar kepada lagu-lagu yang datang dari barat yang lebih

SUHAIMI BIN SHOIB 1


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

berat seperti heavy metal dan death metal. Mereka ini mendengar lagu-lagu
begini yang pastinya hanya mendengar rentaknya sahaja, penghayatan kepada
lirik kurang dipertitikberatkan. Irama yang rancak itu yang pastinya akan
membawa pendengar itu akan berkhayal, ditambah pula ada yang mengambil
dadah dalam menghayati muzik yang berunsurkan heavy metal dan death metal
ini.

Trend ini hanyalah ikutan kepada remaja-remaja di Malaysia, mereka


mengikut apa yang terdapat di barat. Di sana ianya merupakan perkara yang
biasa, sebagai rakyat yang cenderung kepada ketimuran kita tiada akan
mengikut akan budaya kuning yang dibawa dari barat. Perbincangan kita disini
adalah mengenai muzik-muzik yang terdapat di negara barat yang mempunyai
unsur yang negatif kepada pendengarnya, dalam kajian yang dibuat dari
universiti di barat terhadap lagu-lagu berkenaan. Dari setiap kajian yang dibuat
hampir sama antara satu sama lain.

Popular muzik yang terdapat di barat mempunyai lirik yang membolehkan


remaja terjebak ke dalam permasalahan sosial yang ketara,dari kajian yang
dibuat oleh universiti of pittsburgh school of medicine, telah mengkaji 279 lagu
yang dikeluarkan oleh Billboard pada tahun 2005, antara lagu yang dipilih ini
terdiri dari jenis country, pop, R&B, rap dan rock, dalam kajian berkenaan 33
peratus didapati mempunyai makna yang tersirat dan 42 peratus lagi mempunyai
atau mengandungi unsur ancaman

Cuma 4 peratus saja yang mempunyai anti pengguna, sementara itu 2/3
dari lagu berkenaan ada mempunyai berkaitan dengan dadah,alcohol dan
tembakau ada juga yang disampaikan dengan cara penggunaan media lawak
jenaka, sex dan parti hiburan. Dalam kajian itu juga menyatakan bahawa para
remaja Amerika dari umur 15-18 tahun mendengar 30,000 perkataan yang
mempunyai perkaitan nagetif atau 84 kali dalam sehari

SUHAIMI BIN SHOIB 2


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

Apa yang boleh dibuat muzik


Muzik adalah satu bentuk perhubungan yang amat efektif dalam
mengaitkan emosi dan mood seseorang itu. Brenda Kerr (2005) dari kajian
Zetti H (1999) menunjukkan muzik latar tidak diperlukan untuk komunikasi
berkesan dengan bahan audio visual. Tetapi untuk tujuan tertentu ia menolong
menghasilkan mood yang diperlukan untuk membina kesinambungan muzik.
Fungsi muzik dalam persembahan elektronik juga ada mengaitkan masa,
memahami sesuatu istilah atau peristiwa yang berlaku, ini dapat kita dengar
dalam setiap lagu yang berunsur ilmiah dari media massa sekarang ini. Dalam
penciptaan lagu yang pastinya kita akan menemui bahagian-bahagian yang
kontra (contrasting) , perkara-perkara seperti ini akan menghasilkan mood dan
tingkahlaku kepada pendengar. Melalui muzik juga dapat kita dapat menangkap
transisi sesuatu zaman melaui senikata yang dihasilkan,hanya muzik yang dapat
membawa pendengar dari suatu situasi kepada suatu situasi yang lain,dari suatu
zaman kepada suatu zaman dengan menghayati muzik sahaja. Jika dalam mata
pelajaran yang lain yang pastinya ianya memerlukan masa yang lama untuk kita
membawa pelajar itu kepada satu zaman kepada satu zaman yang lain.

Disebalik muzik RAP

Muzik rap boleh dikaitkan dengan remaja kulit hitam, penglibatan orang
kulit putih di Amerika adalah sedikit sahaja.Dalam kajian yang dibuat bahawa
muzik rap adalah muzik yang mempunyai unsur-unsur negetif iaitu sebanyak 77
peratus dan sementara itu diikuti oleh R&B/Hip Hop dalam 20 peratus, Dalam
perkiraan ini muzik seperti ini memberi kesan yang kuat kepada remaja
berkenaan, pembendungan keatas muzik berkenaan tidak memberi kesan yang
kuat kepada remaja ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui pendidikan secara
langsung dalam menerangkan kepada mereka akan kesan yang mereka terima
atau dapat ketika mendengar lagu berkenaan dalam menyelesaikan masalah ini.

Muzik rap adalah paling banyak menggalakkan penyalahgunaan dadah,


mengikut kepada kajian dari University of California, Berkeley, hal ini ditemui

SUHAIMI BIN SHOIB 3


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

dari lagu berkenaan dalam dua dekad kebelakangan ini. Ia merupakan satu
amaran, bagi mereka penyanyi RAP ini dijadikan mereka sebagai satu idola
kepada remaja yang tinggal di kawasan bandar, para remaja disini
keseluruhannya berada dalam keadaan yang berisiko dan memerlukan
rangsangan dan maklumat yang berguna dari media dalam menyelesaikan
permasalah yang negatif ini. Para remaja ini menganggapkan bahawa apa saja
yang dibawa penyanyi RAP ini adalah sesuatu yang baik dan begitu menjadi
ikutan, sehinggakan mereka tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang
mana tidak. Perkara ini yang perlu mendapat perhatian mendalam dalam
menangani perihal nagetif ini.

Kajian menunjukan 341 lirik dari kumpulan rap terkenal dari tahun 1979
hingga 1997 atau 60 peratus darinya menunjukkan tiada pengurangan dalam
penggunaan perkara yang positif daripada penggunaaan dadah, bagi mereka ia
merupakan satu perkara yang glamor dan sosialiti dan yang perlu ada dalam
muzik rap berkenaan

Dalam 38 popular lagu rap antara tahun 1979 hingga 1984 pula cuma 4
atau 11 peratus yang lirik mereka yang berbau dadah, lewat tahun 1980 ianya
berkurangan kepada 19 peratus dan seterusnya 1993 kepada 69 peratus

Sebagai contoh penggunaan lirik yang menggalakkan pendengarnya


menggunakan ubat batuk sebagai satu medium utamanya, hal ini terdapat dari
kecenderungan sebuah kumpulan di Southwestern yang merupakan kumpulan
pemuzik underground bernama screw music, merupakan penyebab utama
bagaimana bilangan penagih ubat batuk di kalangan remaja di Houston
meningkat dengan ketara.

Muzik RAP umpama CNN kepada remaja kulit hitam,apa yang


diperbincangkan adalah dalam bentuk isyarat sahaja. Para remaja ini
mengetahuinya tapi para ibubapa tidak, kata Herd mencadangkan agar para ibu

SUHAIMI BIN SHOIB 4


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

bapa memantau muzik yang didengar oleh anak mereka dan mempelajari tahap
penggunaan muzik popular berkenaan dikalangan anak mereka ini.

Para remaja yang berumur antara 15-18 tahun menghabiskan masa


mereka 2.4 jam sehari untuk mendengar muzik mengikut perangkaan yang
dibuat oleh ScienceDaily pada Feb. 6, 2008. Sebanyak 98 peratus kanak-kanak
dan remaja mempunyai radio,cd atau pemain mp3 dalam rumah mereka, dan
kebanyakan mereka mempunyai ini dalam bilik tidur mereka dan membolehkan
mereka menghayati muzik yang digemari tanpa diketahui oleh ibu bapa mereka.

Brian A. Primack, Ed.M., M.D., University of Pittsburgh School of


Medicine, and colleagues dalam analisis kepada majalah Billboard terhadap 279
buah lagu popular pada tahu 2005, ia menyatakan bahawa lirik yang digunakan
dalam lagu pop,rock, R&B/hip-hop, country dan rap mempunyai unsur motivasi
terhadap pertubuhan yang dapat digunakan kepada seluruh generasi atau genre

Dr. Rais Yatim (2005) menyatakan muzik merupakan elemen hiburan


sosial yang meluas dan mampu mempengaruhi minda dan emosi masyarakat.
Dengan ini, muzik hendaklah dieksploitasi secara positif sepenuhnya. Dalam
masyarakat majmuk dimana kesenian merupakan elemen yang boleh
merapatkan jalinan silatulrahim, muzik telah merentas batas perkauman, status
dan kebudayaan yang unik. Muzik nusantara adalah jalinan dan tautan pelbagai
bentulk irama muzik dari Parsi, India, Asia Tenggara dan China. la telah lama
teradun sehingga tidak dapat dikenal pasti satu persatu. Namun, dengan
kemajuan ICT, bidang muzilk akan lebih diperkasakan merentasi sempadan
dunia dalam menjana jalinan masyarakat dunia yang harmonis.

Johami Abdullah (1993) menyatakan muzik mempunyai banyak potensi


dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada
secara positif atau negatif.

SUHAIMI BIN SHOIB 5


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

Keseluruhan 116 dari 279 lagu atau 41.6 peratus mempunyai bahasa
yang merangkumi pelbagai perkara. 93 lagu (33.3 peratus) mempunyai makna
yang tersirat, ini ditemui pada tiga dari 35 lagu pop (9 peratus), sembilan dari 66
lagu rock (14 peratus), 11 dari 55 R&B/hip hop(20peratus), 22 dari 61 lagu
country (36 peratus) dan 48 dari 62 lagu rap (77 peratus). Hanya 2.9 peratus
sahaja yang mengambarkan penggunaan tembakau, 27.7 peratus dalam
penggunaan alkohol, 13.6 peratus dalam penggunaan marijuana dan selebihnya
11.5 peratus menggunakan benda-benda terlarang lain.

Dalam pemerhatian 93 buah lagu kecenderungan lagu berkenaan lebih


kepada sosial iaitu 48 paratus dan sex 30 peratus. Perkara yang mengambarkan
pertubuhan adalah sebanyak 54 peratus, sex 46 peratus, violence 29 peratus,
jenaka 24 peratus. Cuma 4 lagu atau 4 peratus mempunyai mesej anti
pengunaan barang terlarang berkenaan. Menurut pengkaji kebanyakkan lirik (68
peratus) menggunakan ayat yang positif dari negatif, perkara-perkaya yang
positif ini lazimnya berkaitan dengan sosial, sex kewangan dan emosi.

Kesan-kesan gejala sosial terhadap masyarakat

Semua ini membawakan kesan – kesan negatif pada budaya dan cara
hidup kita. Kebudayaan secara umum merupakan identiti keperibadian bangsa.
Kebudayaan merupakan manifestasi konkrit norma-norma dan nilai-nilai sebuah
masyarakat yang membezakannya daripada masyarakat- masyarakat yang lain
yang mempunyai sistem-sistem nilai yang berlainan. Struktur kehidupan sosial
masyarakat banyak berubah. Budaya moden telah mempengaruhi 'keolahan dan
tingkah laku', cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaran agama.

Muda-mudi bergaul bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran


agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi
pakaian.Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap
individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat.

SUHAIMI BIN SHOIB 6


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

Tradisi memuncang-muncang semakin pupus disebabkan urusan kenduri


kendara dikendalikan menggunakan catering, manakala peralatan sama ada
disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik'
untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup.

Kesimpulan yang boleh dikatakan bahawa kanak-kanak dan remaja paling


berat atau lebih terdedah kepada perkara yang negatif ini yang terkandung
dalam muzik popular ini merebak kepada setiap genre. Dalam membuat
rumusan berkenaan dengan lirik lagu popular ini. Para ibu bapa haruslah
memantau akan apa yang dibuat oleh para remaja atau anak mereka dalam
pergaulan dan apa yang kerap didengar oleh anak-anak mereka agar perkara-
perkara yang tidak diingini akan berlaku. Perkembangan teknologi dan
multimedia yang pesat juga akan memudahkan para remaja ini memuat turun
segala jenis lagu, dari laman yang menawarkan muat turun secara percuma,
disini juga para ibu bapa haruslah mempunyai pengetahuan berkenaan dengan
perkara yang sebegini, pengawasan yang maksimun adalah perlu dalam
menangani masalah negatif ini.

SUHAIMI BIN SHOIB 7


M20071000065
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

Bibliografi

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia (2005), Dasar & Strategi


Pembangunan Industri Muzik Malaysia, Match Express Corporation Sdn Bhd /
Perkasa Nilam Sdn Bhd

web

Sam Belkin, Popular Music Packed With Drug References,6-Feb-2008


http://www.thecelebritycafe.com/features/13608.html

“Rap Music Glorifying Drug Use”, Addiction Research & Theory, April 2008
http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=88323

References To Explicit Substance Use Common In Popular Music, 2008


http://www.sciencedaily.com/releases/2008/02/080204161425.htm

Rap Music Glorifying Drug use, 2008


http://myhealth.ucsd.edu/healthnews/healthday/080401HD614120.htm

James Robinson, Alcohol, tobacco staples of movies, music, study finds


http://news-service.stanford.edu/news/1999/april28/movies-428.html

SUHAIMI BIN SHOIB 8


M20071000065

You might also like