You are on page 1of 20

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Risiko banjir kilat telah meningkat akibat proses pembandaran yang telah mengubah sifat permukaan bandar. Dengan pembinaan bangunan bersimen dan berbatu, jalan-jalan bertar, tempat letak kereta yang berasphalt, stadium dan lain-lain struktur yang telap air. Apabila hujan turun di kawasan bandar, tiada pokok dan tumbuhan untuk menyerap sebahagian daripada air hujan yang turun. Dalam keadaan begini, aliran air permukaan akan menjadi telap air seperti Menurut Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), (2002) semenjak bencana banjir yang berlaku pada 1971, perancangan rancangan jabatan mencegah banjir telah dirangka dengan program-program tertentu untuk mengurangkan banjir, kebanyakannya secara kejuruteraan. Projek pertama yang dilancarkan adalah 'Kuala

8 Lumpur Flood Mitigation Project'yang mana ianya sekarang dikenali sebagai 'Klang River Basin Flood Mitigation Project'. Empangan-empangan telah dibina, sungai-sungai dilebarkan dan didalamkan serta kemudahan-kemudahan pam telah dipasang. Projek-projek sebegini kemudian dijalankan di beberapa buah pusat bandar seperti di Pulau Pinang, Seremban, Kota Bahru, Alor Setar dan lain-lain lagi. Kawasan-kawasan pertanian seperti Johor Barat juga turut diberi perlindungan secara kerja-kerja kejuruteraan. Langkah-langkah yang diambil telah mengurangkan banyak kejadian banjir di kawasan-kawasan banjir dari segi kekerapan dan kerosakan. Walaupun begitu, kenyataannya ialah banjir masih lagi berlaku dan ianya membawa kerosakan, terutama sekali di Lembah Klang. Kejadian banjir pada 26 April 2002 telah mengingatkan semua bahawa banyak lagi yang harus dilakukan dan dengan kadar segera. Jabatan Pengaliran ddan Saliran akan meneruskan usaha-usahanya melalui langkah-langkah kejuruteraan dengan menjalankan rancangan-rancangan tebatan banjir di seluruh negara. Adalah diketahui umum, bahawa langkah-langkah kejuruteraan, walaupun perlu, adalah sangat tinggi kosnya dan hanyalah bersifat pembaikan. Adalah jelas bahawa lebih penekanan harus diberi kepada pengawalan banjir di sumber (flood control at source) melalui langkah-langkah yang telah dirangka untuk mempastikan projek-projek pembangunan serta aktiviti-aktiviti manusia tidak membebankan sistem-sistem sungai.Manual Saliran Mesra Alam Malaysia telah dilancarkan, dengan persetujuan kabinet, untuk digunapakai di seluruh negara. Malaysia telah mengambil langkah yang besar dalam memperkenalkan pendekatan secara berterusan demi menangani masalah banjir.

9 2.1.1 Definasi banjir

Adalah sukar untuk menerangkan maksud yang tepat banjir kerana ia merupakan fenomena yang agak rumit. Ia juga bergantung kepada pandangan seseorang individu tersebut mengenai banjir adalah berbeza. Untuk maksud mudah banjir boleh di takrifkan sebagai kejadian limpahan air keluar yang mana sistem saluran sungai tidak lagi mampu menampung dan mengalirkan kadaralir yang berlebihan dari paras normal. Ini menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan sekitarnya. Keadaan ini terjadi akibat daripada beberapa faktor tertentu samaada semulajadi atau kesan daripada pembangunan yang tidak seimbang. Banjir kilat berlaku dengan berbagai cara dan keadaan. Di Malaysia, jenis-jenis banjir yang biasa berlaku ialah banjir kilat yang akan di bincangkan dalam kajian ini. Banjir kilat adalah bermaksud sebagai bencaan alam. Ia boleh di definasikan (dalam kamus Dewan, Edisi Ketiga) sebagai keadaan yang menenggelamkan kawasan yang luas yang berlaku dengan serta merta atau dengan tidak disangka-sangka.

2.2

Sistem Peparitan

2.2.1

Pengenalan Sistem Perparitan

Sistem perparitan penting untuk semua kawasan luar bandar atau di kawasan bandar. Secara amnya, fungsi perparitan yang utama termasuklah mengurangkan dan

10 mengawal masalah banjir di sekitar kawasan yang meliputi kawasan Bandar, luar Bandar dan juga tapak pertanian. Selain daripada itu, ia juga bertindak dan membaikpulih sistem saliran yang ada dengan saluran buatan manusia. Semenjak sistem peparitan di perkenalkan sebagai salah satu kaedah untuk mengawal masalah banjir, perhubungan di antara kedua-dua eleman tersebut semakin rapat. Sekiranya saiz keratan perparitan dan bilangan sistem perparitan disediakan dengan sempurna maka masalah banjir kilat tidak akan berlaku kerana air larian permukaan dapat dipindahkan dengan secukupnya. Pembinaan perparitan merupakan suatu perkara yang komplek kerana ia melibatkan berbagai-bagai bidang kajian yang berbeza iaitu termasuk sains tanah, meteorologi, geologi, hidrologi, teknologi kejuruteraan serta undang-undang tanah.

2.2.2

Fungsi-fungsi Sistem Perparitan

Sistem peparitan merupakan salah satu infrastruktur yang penting di dalam kawasan Bandar. Ia juga merupakan suatu perkara yang komplek kerana ia melibatkan berbagai-bagai bidang kajian yang berbeza iaitu termasuk sains tanah, meteorologi, qeologi, hidrologi, teknologi kejuruteraan serta undang Terdapat beberapa fungsi utama sistem perparitan iaitu : i. Sistem peparitan boleh direkabentuk khusus untuk mengawal kuantiti air tercemar yang akan diterima oleh parit yang sediakan. ii. Sistem perparitan digunakan untuk mengurangkan halaju pengaliran air larian yang dipindahkan daripada permukaan supaya potensi air larian yang merosakkan bahan turapan yang menutup permukaan dapat dikurangkan.

11 iii. Di kawasan bandar, dengan adanya sistem peparitan yang berkesan, masalah banjir dapat dihalang. Ini bukan sekadar melicinkan pergerakan lalulintas, tetapi juga memelihara pemandangan Bandar yang teratur dan indah. iv. Sistem perparitan digunakan untuk mengurangkan halaju pengaliran air larian yang dipindahkan daripada permukaan supaya potensi air larian merosakkan bahan turapan yang menutup permukaan dapat dikurangkan.

2.2.3

Bentuk Saluran.

Bentuk sistem saliran adalah terbahagi kepada dua iaitu saluran buatan manusia dan saluran semulajadi. Saluran buatan iaitu saluran yang direka dan dibuat oleh manusia meliputi segala saluran pengairan, saluran banjir, tali air, parit dan pembetung. Sifat hidraulik untuk saluran ini boleh dikawal untuk keadaan-keadaan yang dikehendaki. Contoh bentuk saluran buatan manusia ialah sungai, anak sungai, mata air atau sebarang saluran di muka bumi yang tidak direkabentuk oleh manusia. Manakala saluran buatan manusia adalah seperti saluran prismatic, terusan dan pembetung. Pembinaan sistem saliran ini bukan sahaja bertujuan untuk mengalirkan air domestik dari sesuatu kawasan malah ianya juga berfungsi sebagai satu sistem pengawalan banjir iaitu dengan mengambilkira kapasiti air larian yang perlu ditampung apabila berlakunya hujan lebat. Sistem saliran ini memainkan peranan yang amat penting di dalam mengalirkan air keluar dari kawasan tadahan dengan cekap dan lancar. Walau begitu, tanpa perancangan yang teliti dan teratur serta penyelenggaraan yang berterusan, sistem

12 tersebut tidak lagi berupaya untuk berfungsi sepertimana biasa dan ini boleh mengakibatkan berlakunya banjir. Rekabentuk sistem saliran yang cekap dan efisen dapat memastikan pengaliran air yang lancar dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan-kesan pencemaran jika dilihat daripada segi kualiti air tersebut.

2.2.4

Faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk sistem saliran.

i. ii. iii.

Penggunaan tanah Pertambahan penduduk Pembangunan

2.2.4.1 Penggunaan Tanah

Penggunaan tanah yang semakin semakin berkembang disebabkan oleh pembangunan terutamanya di bandar-bandar telah memberi kesan terhadap nilai kadaralir di sesuatu kawasan. Perubahan guna tanah sebenarnya boleh meningkatkan atau mengurangkan isipadu air larian. Faktor terpenting yang banyak memberi kesan terhadap perubahan isipadu aliran ialah kadar penyusupan dan keadaan permukaan tanah. Faktorfaktor seperti perubahan-perubahan pada penyusupan dan lain-lain adalah sedikit dan boleh diabaikan.

13 Bila hujan turun ke bumi, pada mulanya ia akan membasahi tumbuh-tumbuhan atau tanah kosong. Apabila permukaan tanah menjadi basah sepenuhnya, air hujan berikut akan menembusi lapisan-lapisan permukaan jika permukaan itu telap atau mengalir diatas permukaan menuju ke saluran sungai sekiranya permukaan itu tidak telap. Sekiranya lapisan-lapisan permukaan itu berliang dan mempunyai laluan-laluan kecil untuk laluan titisan-titisan air, air ini akan menyusup kedalam lapisan bawah sesuatu tanah. Tanah yang mempunyai tumbuhan biasanya adalah telap. Sebaik sahaja susupan telah melalui lapisan-lapisan permukaan, ia akan telus ke bawah kerana pengaruh graviti sehingga ia sampai ke zon ketepuan permukaan air bumi. Jenis-jenis tanah yang berlainan membenarkan air menyusup pada kadar yang berlainan. Setiap satu jenis tanah mempunyai keupayaan penyusupan yang berlainan yang diukur dalam mm/j atau inci/j. Sebagai contoh boleh di bayangkan hujan yang jatuh keatas suatu tanah berbatu kelikir atau berpasir akan menyusup dengan cepat. Manakala tanah liat pula akan menghalang penyusupan dan permukaan akan ditutupi air walaupun dalam keadaan hujan renyai. Perubahan guna tanah dari kawasan berumput seperti padang dan kawasan lapang kepada permukaan tidak telap air seperti pembinaan tempat letak kereta yang bersimen atau asfalt juga menyebabkan pertambahan isipadu air larian bagi kawasan tersebut. Oleh itu, faktor sebegini haruslah diberi perhatian untuk merekabentuk sesuatu sistem saliran yang sistemik dan efisien. Disamping itu, pembinaan sistem saliran juga perlulah selari dengan pembangunan infrastruktur yang lain bagi memastikan pembangunan seimbang.

14 2.2.4.2 Pertambahan penduduk

Laporan Banjir dan Kemarau oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2002) menunjukkan jumlah kepadatan penduduk bandar pada tahun 2000 ialah 58 orang per hektar. Manakala pertambahan keluarga sebanyak 1.4% daripada tahun sebelumnya. Pertambahan penduduk secara langsung akan juga menyebabkan pertambahan isipadu air sisa bagi sesebuah kawasan perumahan. Kemudahan sistem saliran yang sediaada di kawasan tersebut perlulah di kaji dari masa ke semasa bagi memastikan ianya mampu menampung pertambahan isipadu ini. Pemulihan dan pembaikpulihan perlulah dilakukan sekiranya sistem saliran tersebut sudah tidak mampu berfungsi seperti biasa. Rekebentuk sistem saliran yang baru boleh juga dijalankan sekiranya perlu.

2.2.4.3 Pembangunan

Pembangunan di Bandar di kategorikan kepada empat (4) sektor iaitu sektor perumahan, sektor perdagangan, sektor industri dan sektor rekreasi. Menurut Harith K. Alwan (2001), sektor perumahan bagi Kuala Lumpur telah bertambah sebanyak 31% dari tahun 1985 ke tahun 1992 dan kini terus berkembang dengan pesatnya. Manakala pembangunan untuk sektor perdagangan dan sektor industri telah menurun pada tahun 1997 ke tahun 1998. Kawasan bagi pertanian dan perladangan terutama ladang getah dan kelapa sawit telah di ambilalih oleh pembangunan untuk perumahan, perdagangan dan industri.

15 2.3 Kriteria Pembangunan Sistem Perparitan Kawasan Bandar

Untuk menguruskan dan membangunkan sistem perparitan kawasan bandar ke peringkat yag lebih berkesan, terdapat beberapa kriteria yang harus di pertimbangkan. Di antara kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut: i. Melaksanakan atau meluluskan perundangan, dasar polisi dan prosedur-prosedur yang harus diikuti oleh semua pihak yang terlibat apabila melibatkan hal-hal pembinaan sistem perparitan. ii. Data-data yang di perlukan termasuklah kawasan tadahan dan keluasannya, data air permukaan, data daripada lengkung IDF serta lakaran sistem perparitan yang terlibat.

2.4

Kajian Hidrologi

Kajian hidrologi adalah merangkumi kajian-kajian yang mengenai sifat-sifat air, termasuk sifat-sifat kimia dan biologi yang berkaitan dengan alam sekitar. Kitaran hidrologi pula ialah satu proses berterusan bermula dari laut yang tersejat ke atmosfera oleh haba dari pancaran matahari sebelum membentuk wap-wap air dan berkumpul sebagai awan yang membawa hujan (mendung). Awan yang membawa hujan ini akan bergerak ke darat akibat daripada perbezaan suhu dan bayu sebelum turun sebagai air hujan

16 Seterusnya, sebahagian daripada air hujan tersebut akan mengalir semula ke sungai-sungai dan sebagainya iaitu sebagai air larian permukaan. Kitaran hidrologi yang belaku di kawasan luar bandar ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah 2.1: Kitaran hidrologi Bukan semua air hujan akan mengalir sebagai air larian permukaan, sebaliknya mungkin tiada langsung yang menjadi air larian permukaan. Ini adalah bergantung pada : i. ii. iii. Kegunaan tanah Jenis tanah Manakala air larian permukaan adalah berbeza bergantung beberapa faktor mengikut jenis kawasan. iv. v. Keamatan hujan Tempoh hujan

17 vi. vii. Jenis tumbuhan tutup bumi. Keadaan muka bumi. Sebagai perbandingan, air larian permukaan di kawasan bandar adalah lebih besar nilainya berbanding dengan kawasan luar bandar. Ini kerana kawasan bandar mempunyai permukaan berturap yang lebih luas yang menyebabkan air hujan tidak dapat menyusup ke dalam tanah. Sebaliknya mengalir ke sistem perparitan sebagai air larian permukaan. Masalah banjir akan berlaku sekiranya sistem perparitan ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak pula berupaya menampung air larian permukaan yang berlebihan. Di antara punca-punca kehilangan air hujan ialah: i. ii. iii. iv. v. Pemintasan Perpeluhan Penyejatan Penyusupan Aliran ke kawasan yang rendah

2.5

Air Larian Permukaan

Pembentukan air larian permukaan terhasil daripada kadar hujan yang melebihi kadar penyusupan air tersebut ke dalam tanah. Sebahagian air yang tidak menyusup ke

18 dalam tanah tersebut akan terkumpul di permukaan tanah seperti di lopak-lopak kecil, tumbuhan-tumbuhan atau objek-objek lain. Di kawasan hutan titisan hujan mungkin memerlukan sejam hingga dua jam sebelum tiba kesungai. Ini dikenali sebagai masa tangguhan. Sebaliknya di kawasan bandar, titisan hujan terus mengalir dengan pesat sebagai aliran permukaan dan tiba kealur sungai dalam masa beberapa minit sahaja. Justeru itu masa tangguhan adalah singkat dan tidak mencukupi untuk sungai menyalirkan luahannya ke bahagian hilir sungai. Ini menyebabkan banjir kilat berlaku kerana air daripada sungai masuk semula ke jalan raya. Air hujan yang tidak di serap oleh tumbuh-tumbuhan atau permukaan tiruan seperti bumbung atau turapan akan jatuh ke bumi di mana ia akan menyejat, menyusup atau tersimpan. Setelah diambil kira kesemua kehilangan, mungkin masih terdapat aliran lebihan, yang mengikut hukum graviti, mengalir di permukaan menuju ke saluran yang terdekat. Saluran ini bercantum dengan sungai dan sungai akan mengalir ke laut. Apabila hujan turun dengan lebat atau berlarutan atau kedua-duanya sekali, air larian permukaan yang besar dan mendadal tidak dapat ditampung oleh sungai. Sungai yang penuh dan melimpahi tebing boleh mengganggu aktiviti manusia. Di kawasan bandar, kesan daripada banjir yang paling serius adalah kerosakan harta benda,pencemaran bekalan air dan perhubungan yang terputus. Pada sektor pertanian dan perladangan pula akan berlaku kerugian akibat dari kerosakan tanaman dan pada sektor perladangan pula menyebabkan ternakan mati dan kelaparan.

2.6

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Air Larian.

Terdapat dua faktor penting yang mempengaruhi air larian permukaan iaitu :

19 i. ii. Iklim Ciri-ciri fizikal legeh

2.6.1

Iklim Perubaha iklim yang diakibatkan oleh urbanisasi yang paling jelas ialah

pertambahan suhu sekeliling. Landsberg (1970) telah meringkaskan beberapa perubahan eleman iklim pada satu sebarai seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1 di Lampiran 1. Namun begitu, kesan utama faktor iklim adalah mempengaruhi keamatan dan tempoh lebat hujan. Keamatan adalah diukur dalam curahan berbanding dengan jangka masa curahan. Semasa membuat pertimbangan, keamatan curahan tidak dapat dipisahkan daripada tempoh curahan. Perubahan iklim akan menyebabkan perubahan cuaca dan seterusnya menerbitkan hidrograf tertentu. Keamatan lebat hujan mempengaruhi terus kuantiti air larian permukaan.

2.6.2

Ciri-ciri Fizikal Legeh

Sebelum merekabentuk sistem saliran, cirri-ciri fizikal legeh harus diambil kira iaitu : i. Saiz saliran

20 ii. iii. iv. Kecerunan Corak penggunaan tanah Jenis aliran Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi daripada laporan hasil kerja yang pernah dilakukan di kawasan tersebut atau analisis ditapak kajian.

2.7

Pengukuran Kadaralir

Terdapat beberapa kaedah untuk membuat pengukuran kadaralir. Di antara kaedah tersebut ialah : i. ii. iii. Kaedah Rasional Kaedah Unit Hidrograf Kaedah Pemuliharaan Penggunaan Tanah

21 2.7.1 Kaedah Rasional

Kaedah Rasional ini mula di perkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Kuichling (1889) di Amerika. Kaedah Rasional digunakan bagi kawasan tadahan yang kecil dan menganggarkan nilai kadaralir puncak secara kasar sahaja. Kaedah Rasional adalah berdasarkan formula imperikal iaitu : Q = C . i. A Di mana : Q C = = kadaralir puncak pekali air larian bergantung kepada ciri-ciri kawasan tadahan penyusupan i = keamatan hujan untuk masa tumpuan / kelewatan tc dengan kala kembali T tahun. A = luas kawasan tadahan dalam unit ekar

Kematan hujan adalah purata kadar hujan curahan dalam I unit masa. Unit sela ribut yang tertentu, keamatan hujan adalah purata kadar hujan untuk satu tempoh masa yang berkadaran dengan masa tumpuan, tc. Nilai i diperolehi daripada lengkung IDF.

2.7.1.1 Menentukan pekali air larian, C

Nilai pekali air larian, C diperolehi daripada pengukuran di kawasan kajian. Kawasan yang ini boleh ditentukan menggunakan peta topografi kawasan kajian yang dipilih.

22 Selain daripada itu, pekali air larian ini juga boleh diperolehi daripada jadual yang terdapat di dalam buku Urban Storm Drainage Management. Daripada jadual tersebut, nilai-nilai C disusun mengikut keadaan persekitaran dan kepadatan penduduk. Umumnya, nilai C adalah berkadar terus dengan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan. Ini adalah kerana kepadatan penduduk yang tinggi sudah tentunya mewujudkan pembangunan yang lebih meluas dan menyebabkan permukaan bumi yang dahulunya di tutupi rumput telah diganti dengan asfalt, konkrit dan sebagainya. Ketepatan nilai C ini adalah penting dalam keseluruhan kiraan kerana ianya banyak mempengruhi analisa keputusan di akhir kiraan.

2.7.2

Kaedah Unit Hidrograf

Unit Hidrograf mula diperkenalkan oleh Le Roy K. Sherman (1932). Konsepnya menyatakan bahawa kadaralir puncak yang berlaku di sesuatu kawasan adalah bergantung kepada hujan yang turun di kawasan tersebut.

2.7.2.1 Pengkelasan Hidrograf

Perkelasan hidrograf terbahagi kepada tiga jenis iaitu :i) Unit Hidrograf Ia terhasil daripada unit I inci ( 10 mm ) air larian terus yang terjadi di kawasan tadahan dalam satu masa tertentu. Untuk menerbitkan unit hidrograf ini, data-data seperti kadaralir, tempoh hujan, luas kawasan tadahan dan hujan berkesan diperlukan .

23 ii) Hidrograf sebenar (natural) Hidrograf ini dihasilkan daripada rekod pengumpulan data aliran kadaralir sungai. Ketepatan ramalannya adalah berkadar terus dengan tempoh kajiannya, contohnya tempoh 100 tahun adalah lebih baik daripada ramalan untuk tempoh 10 tahun. iii) Unit Hidrograf Sintetik Sentetik adalah bermaksud dengan mengambilkira parameter kawasan tadahan dan lebat hujan. Unit hidrograf sintetik digunakan untuk meramalkan hidrograf di kawasan yang lain. Ia juga sesuai dijalankan bagi kawasan tadahan yang tidak mempunyai data-data aliran kadaralir sungai. Prinsip yang digunakan di dalam kaedah ini ialah untuk memdapatkan hubungan daripada beberapa kawasan tadahan yang berhampiran dan mempunyai sifat-sifat yang lebih kurang sama.

2.7.2.2 Prinsip Unit Hidrograf

Lengkung hidrograf yang terhasil merupakan air larian terus (DRO) yang terjadi apabila hujan lebat berlaku di kawasan tadahan. Taburan hujan lebat di hilir lembangan menyebabkan kenaikan aliran puncak berlaku di bahagian ini. Bagi kawasan tadahan yang lebar, nilai kadaralir puncak boleh didapati pada masa yang singkat. Untuk kawasan tadahan yang panjang pula, nilai kadaralir puncak hanya boleh diperolehi pada masa yang agak panjang. Unit hidrograf menggambarkan air larian terus yang terhasil daripada 1 unit lebat hujan berkesan untuk satu tempoh masa tertentu. Ia juga boleh digunakan untuk membuat ramalan banjir di sesuatu kawasan tadahan dan untuk merekabentuk sistem bekalan air, takungan, empangan dan laur limpah. Di dalam penggunaan kaedah ini, data-data kadar alir sungai dan luas kawasan perlu di ketahui.

24 Luas di bawah lengkung menggambarkan isipadu air yang mengalir di atas kawasan tadahan (yang mengakibatkan banjir berlaku).

2.7.3

Kaedah Pemuliharaan Penggunaan Tanah

Kaedah ini adalah salah satu Kaedah Unit Hidrograf Sintetik untuk sistem perparitan pada kawasan tadahan Bandar yang menunjukkan ketidakseragaman pengagihan air larian permukaan dan kesan kawasan akibat dari banjir kilat. Ia digunakan berdasarkan nilai peratusan kawasan yang tidak telap dan curve number. Kaedah ini adalah berdasarkan formula iaitu:qp = C.A Tp Di mana: qp C A Tp = = = = kadaralir puncak 2.08 (metrik) luas kawasan tadahan dalam unit km tr + tl 2

25 2.8 Punca-punca Am Banjir Kilat

Setiap masalah banjir yang berlaku sudah pastinya mempunyai punca. Masalah banjir kilat ini biasanya disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut: i) Sisa-sisa buangan yang besar dan pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal mengakibatkan sistem peparitan tersumbat yang berpunca daripada tabiat membuang sampah oleh penduduk bandar dan penempatan-penempatan setinggan yang terdapat di tepi sungai. ii) Hujan lebat turun secara luar biasa mengakibatkan paras air sungai naik terlalu tinggi dan ini menyebabkan rumah pam dan sistem peparitan tenggelam. Ini mengakibatkan sistem peparitan tidak dapat berfungsi. iii) Aktiviti pembinaan yang pesat di dalam rizab sungai (seperti Lebuhraya Bertingkat) yang menyebabkan laluan air sungai tersekat. iv) Empangan sedia ada tidak mampu menampung air setiap kali hujan lebat secara luar biasa. Ini menyebabkan pintu empangan terpaksa dibuka bagi mengalirkan air ke sungai. v) Pertambahan pembinaan projek-projek pembangunan juga menyebabkan lapisan tutup bumi yang menyerap air hujan berkurangan kerana telah digantikan dengan lapisan tidak telap seperti konkrit dan aspalt. Lapisan ini sebenarnya banyak membantu penghasilan air larian permukaan yang berlebihan dan jika ia berterusan pada tempoh hujan yang lama maka ini akan menyebabkan banjir mudah berlaku. vi) Sistem perparitan yang tidak sempurna. Sistem perparitan atau pembentungan yang dibina tidak mampu menampung kuantiti air larian permukaan. Adakalanya

26 saiz perparitan yang dibina adalah terlalu kecil dan tidak dapat menampung kadaralir yang terjana. Masalah ini merupakan salah satu sebab yang menyebabkan berlakunya banjir.

You might also like