You are on page 1of 6

MODEL MATA PELAJARAN TEMA STANDARD KANDUNGAN

: : : :

Pembelajaran Berasaskan Projek Sains Tahun 3 Sains Bahan Penyerapan 4.3Kegunaan bahan yang boleh menyerap air.

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya untuk; mengenalpasti kebolehan bahan untuk menyerap air.

PENTAKSIRAN

Kaedah 1. Lembaran kerja 2. Hasil projek

Masa

60 minit

FASA 1. Persediaan Tinjauan berfokus/berstruktur Penyoalan

CADANGAN AKTIVITI Guru menyediakan sebuah kotak yang mengandungi pelbagai jenis bahan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih tiga jenis bahan sahaja daripada bahan yang disediakan. Guru menyediakan 2 buah bikar (satu berisi air dan satu lagi kosong) Setiap kumpulan diberikan masa 1 minit untuk memindahkan air dari bikar berisi air ke bikar kosong dengan menggunakan bahan yang dipilih daripada dalam kotak.

CADANGAN KOMUNIKASI Kumpulan manakah yang dapat memindahkan paling banyak air? Apakah bahan yang digunakan oleh kumpulan ini untuk memindahkan air dengan banyak?

Indikator Amalan: 1.1.6 mengenalpasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat. 1.1.7 Mengenal objek sekeliling yang berkaitan

Bahan yang manakah sesuai untuk memindahkan air?

(rujuk Lampiran 1)

2. Imaginasi -meneroka Indikator Amalan

Murid menunjukkan bahan-bahan yang mereka ambil daripada dalam kotak. Guru bertanya soalan. Di antara bahan yang telah anda ambil ,boleh digunakan untuk menyerap air?

2.1.4 Mencari hubungkait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada.

Murid menunjukkan bahan-bahan yang mereka ambil dan boleh menyerap air. (rujuk lampiran 2 )

3. -

Perkembangan Meneroka Membuat prototaip Indikator Amalan 3.1.2 Mengubah suai idea 3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan yang tertentu.

Guru meminta murid memilih tiga bahan dari dalam kotak yang lain yang boleh digunakan untuk menyerap air . Setiap kumpulan dikehendaki melakar alatan untuk mengelap air ciptaan mereka di atas sehelai kad manila. Setiap kumpulan dikehendaki merekabentuk satu alat yang boleh digunakan untuk mengelap air. Bahan-bahan asas untuk membina alat tersebut disediakan oleh guru.

Pilih tiga bahan yang boleh menyerap air. Dengan menggunakan bahan yang anda pilih, bina satu alat yang boleh digunakan untuk mengelap air.

4 . Tindakan Merumus Mentaksir

Indikator Amalan: 4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baru secara berterusan. Pentaksiran:

Murid membentangkan hasil kerja mereka dengan memberikan penekanan pada kebolehan bahan menyerap air berdasarkan lakaran gambar alatan yang dicipta. Guru menilai hasil kerja kreativiti lakaran alatan murid.

Terangkan lakaran yang anda buat. Tunjukkan alatan yang telah anda cipta.

Guru menjalankan pertandingan alatan yang paling banyak

menyerap air. (berbentuk sukaneka)

Setiap kumpulan perlu merendamkan alat ciptaan mereka di dalam bekas berisi air. Murid menyukat kadar air yang tinggal dalam bekas. Guru merumuskan mengenai kebolehan bahan menyerap air dan kepentingannya dalam melakukan kerja-kerja tertentu. KPS: memerhati Membuat inferens berkomunikasi

Setiap kumpulan di kehendaki merendam alat yang anda cipta dalam masa 5 saat. Ahli kumpulan yang lain sila baca takat air yang tinggal di dalam bekas.

Nilai dan sikap murni

Minat dan bersifat ingin tahu. Bekerjasama. Berfikiran secara rasional.

LAMPIRAN 1 BAHAN-BAHAN DI DALAM KOTAK UNTUK DIPILIH OLEH MURID

KAPAS

TISU

TUALA

KAIN NYLON

KERTAS A4

PLASTIK

BAJU SEKOLAH

SPAN

GULUNGAN BENANG BULU

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

Nama kumpulan: ________________________ Ahli kumpulan: 1. ________________________ 2. ________________________ 3. ________________________

Nama alatan : ________________________________

You might also like