You are on page 1of 12

BENTUK KATA

Bentuk Kata

1. 2. 3. 4.

Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu : Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda

Kata Tunggal
Perkataan

yang tidak menerima sebarang imbuhan, pemajmukan atau penggandaan Terdapat 2 jenis kata tunggal :
Kata tunggal satu suku kata (yu, wang, roh)
Agak

terhad dan berpotensi untuk diperluas menjadi kata terbitan (bercat, mengecat,catan,pengecat)

Kata tunggal dua suku kata atau lebih (apa, duri, ambil dll)

Persukuan Kata Tunggal


Kata

tunggal boleh terdiri daripada 1,2,3,4,5 dan 6 suku kata. Boleh terdiri daripada :
Satu vokal sahaja Satu vokal yang disertai satu konsonan Satu vokal dengan beberapa konsonan
Konsonan

boleh hadir di hadapan, belakang atau serentak di hadapan dan di belakang Ada konsonan yang boleh hadir bergugus

Kata Tunggal Satu Suku Kata


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

KV VK KVK KKVK KVKK KKKV KKVK

(ru, ya, yu) (am) (sen, bah, tin) (stor, gred, draf) (bank, golf, teks) (skru) (skrip, spring)

Kata Tunggal Dua Suku Kata


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + V KV + VK KV + VK KV + KVK KVK + KV KVK + KVK

(ela, aku, ubi) (aib, aur, air) (adik, emas, ekor) (undi, asli, unta) (ambil, iblis, umpan) (dua, bau, ria) (jauh, liar, kuih) (jala, pasu, teko) (jarum, telur, hiris) (lampu, binti, senda) (sandar, jemput, sunting)

Kata Tunggal Tiga Suku Kata


1.

2.

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman

Kata Tunggal Tiga Suku Kata 1. KV + V + KV (cuaca, biasa, biola) 2. KV + V + KVK (siuman, tualang) 3. V + KV + V (usia, idea, urea) 4. KV + KV + V (mulia, barua) 5. KVK + KV + V (tempua, mentua) 6. KV + KV + VK (sekian, haluan, seluar) 7. KVK + KV + VK (mendiang, tempias) 8. V + KV + KV (utara, ilahi, asasi) 9. V + KV + KVK (ijazah, amaran) 10. VK + KV + KV (indera, isteri, umpama) 11. KV + KV + KV (delima, budaya, teruna) 12. KVK + KV + KV (menteri, penjuru) 13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar) 14. V + KV + VK (elaun, akaun, ideal) 15. KV + VK + KVK (belukar, binatang, selaput) 16. KVK + KV + KVK (matlamat, sembilan) 17. KV + KVK + KV (belanja, terumbu, royalti) 18. KVK + KVK + KV (sempurna) 19. KV + KVK + KVK (belimbing, selumbar, kelompok)

Kata Tunggal Empat Suku Kata


1.

2.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata Kebanyakannya merupakan kata pinjaman

Kata Tunggal Empat Suku Kata


1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9.

KV + KV + VK + KV (keluarga, biduanda) KV + KVK + KV + KV (sederhana, belantara) KVK + KV + KV + KV (laksamana, sandiwara) KVK + KV + V + KV (sentiasa) KV + KV + KV + KV (bidadari, serigala, sanubari) KV + KV + KV + KVK (salasilah, perajurit) KVK + KV + KV + KVK (sentimeter) KVK + KVK + KV + KV (singgahsana, dispensari) KV + KV + V + KVK (mesyuarat, nasional)

Kata Tunggal Lima dan Enam Suku Kata


1.

2.

3.

V + KV + KVK + KV + KV (universiti) KVK + KV + KV + KV + KVK (cenderawasih, kosmopolitan) KV + KV + KV + KV + KV + KV (maharajalela)

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like