You are on page 1of 50

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDV2033 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN PENSYARAH: EN.AHMAD ISMAIL

ISA I hate it , like it..

DISEDIAKAN OLEH:

JUNAIDAH BT ABDULLAH NO.MATRIK 201390 PKPGB KOHOT 4

HIRAKI KEPERLUAN MASLOW


Aktualisasi Kendiri

Estetik

Keperluan Penyuburan

10% 40%

Kognitif
Penghargaan Kendiri Keperluan Sekunder

50%

Kasih Sayang Keselamatan Fisiologi


Keperluan Asas/Primer

70% 80%

KEPERLUAN KESELAMATAN

Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Setiap tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian,

Ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain.

KEPERLUAN KESELAMATAN

Sebagai kerajaan yang memerintah perlulah mengutamakan keselamatan rakyat dari segala ancaman samada dari dalam atau pun luar negara. Keselamatan menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

1.0 PENGENALAN
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 82 AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya. [Semenanjung Malaysia1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak*16 September 1963, L.N. 232/1963] BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia

SAMBUNGAN.

(1) untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan

(2) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, Kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undangundang; DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;

SAMBUNGAN.
DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu; Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan.

SAMBUNGAN..
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undangundang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

2.0 SEJARAH

ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang pengaruh dan ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis.

SAMBUNGAN
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

SAMBUNGAN.. TEMPAT/TEMPOH
Tempat Penahanan Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak Penahanan 60 hari pertama ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturan-peraturan memelihara hak tahanan antaranya:

TENTANGAN KOMUNIS

Mayat anggota polis yang terbakar di Balai Polis Bukit Kepong

Gugur Di Gubir akibat serangan hendap komunis

Helikopter yang ditembak jatuh di Gubir

3.0 PERATURAN-PERATURAN ISA

1) Tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu.

3.0 PERATURAN-PERATURAN ISA

2) Selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut.

3.0 PERATURAN-PERATURAN ISA

3) Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan.

3.0 PERATURAN-PERATURAN ISA

4) Setiap perintah tahanan dan perintah sekatan akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan.

3.0 PERATURAN-PERATURAN ISA

5) Dalam tempoh tersebut orang tahanan boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. 6) Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu.

4.0 TUDUHAN TERHADAP PENAHANAN ISA

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

5.0 BANTAHAN DALAM NEGARA


SUHAKAM dan beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

6.0 BANTAHAN LUAR NEGARA

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004* pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

7.0 PEMBEBASAN TAHANAN ISA

Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu.

Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara.

TERKINI PEMBEBASAN

8 orang Pegawai Imigresen yang terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia di 2 pintu masuk ke Malaysia KLIA & LCCT

8.0 CADANGAN KAJIAN TERHADAP ISA

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah wujud hampir separuh abad lamanya, memerlukan kajian semula supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa. YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula ISA. Pada 4 Ogos 2009 Perdana Menteri juga telah memaklumkan bahawa dalam melaksanakan kajian semula ke atas ISA semua pihak termasuk pembangkang dan pelbagai pertubuhan sivil akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan idea bagaimana untuk memperbaiki undang-undang dan bukan mempolitikkannya.

8.0 CADANGAN KAJIAN TERHADAP ISA


Dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukannya memansuhkan ISA. Ini bertujuan untuk mengatasi kelemahankelemahan yang ada dan menutup ruang penyalahgunaan kuasa dan lain-lain perkara yang menimbulkan pertikaian

9.0 TUJUAN ISA DIKEKALKAN

Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut:

11.0 KEPERLUAN ISA

1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam* di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara. 2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik

11.0 KEPERLUAN ISA

3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi. 4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

11.0 KEPERLUAN ISA

5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme. 6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.

11.0 KEPERLUAN ISA

7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama. 8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.

11.0 KEPERLUAN ISA

9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan. 10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.

11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.

Peristiwa Al-maunah

Kebebasan Bersuara Yang Telah Di Salah Gunakan

13.0 TENTANGAN TERHADAP ISA

1. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan 2. Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.

13.0 TENTANGAN TERHADAP ISA

3. Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal. 4. Penahanan tanpa bicara selama dua tahun.

13.0 TENTANGAN TERHADAP ISA

5. Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik. 6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka.

14.0 CADANGAN PINDAAN ISA

1. Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. 2. Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar undang-undang dan wakilwakil tertentu bagi mencari kecacatan ISA.

14.0 CADANGAN PINDAAN ISA

3. Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan. 4. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas utnuk mengkaji adakah bebar penganiayaan di bawah ISA berlaku? 5. Melaksanakan kajian dari perspektif Islam oleh pakar Islam dan Mufti sama ada ISA ini bercanggah atau tidak dengan justifikasi di sisi Islam sebagai agama rasmi Negara. Adakah Islam membenarkan seseorang orang ditahan sedemikian, jika wujud unsur yang disyaki membahayakan Islam dn menganutnya.

15.0 KESIMPULAN

Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu. Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan. Tidak menggunakan alasan hak asasi untuk berselindung di sebalik kegiatan dan hak politik bangkangan yang mereka perjuangkan. Jika mahu memperjuangkan hak politik, maka nyatakan dengan jelas dan nyata.

15.0 KESIMPULAN

Kerajaan dan pasukan keselamatan perlu memperbetulkan persepsi tentang ISA. Jika kerajaan hendak meliberalisasikan ISA, wajarlah dilaksanakan dahulu penerangan bersepadu kepada rakyat tentang ISA dan potensi ancaman kepada negara jika ISA tidak dilaksanakan sejak dari dahulu lagi. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara.

ISA So do you hate it or like it?

You might also like