You are on page 1of 4

Sistem Pendaftaran Online

Written by emi Tuesday, 18 August 2009 04:51 - Last Updated Tuesday, 18 August 2009 04:52

PROSES TAWARAN KURSUS - Permohonan secara On-line ke RANACO EDUCATION & TRAINING INSTITUTE adalah PERCUMA bagi sesiapa yang ingin memohon untuk mengikuti pengajian di institut ini. - Untuk setiap pemohonan yang diisi, anda akan ditawarkan dengan kursus mengikut pilihan yang telah dimasukkan, berdasarkan kepada keputusan SPM yang telah diisikan. Tawaran yang diberikan adalah tawaran bersyarat. - Sekiranya permohonan anda berjaya, sila cetak Surat Tawaran dan bawa bersama pada hari pendaftaran di RANACO EDUCATION and TRAINING INSTITUTE mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada Surat Tawaran Bersyarat tersebut.

PROSEDUR PERMOHONAN - Sebelum mengisi Borang Permohonan On-line, pastikan anda mempunyai keputusan SPM dan nombor telefon yang boleh dihubungi. - Pada Borang Permohonan On-line, masukkan pilihan program yang dikehendaki. Anda dibenarkan memilih sehingga 2 pilihan kursus program. - Masukkan Maklumat Peribadi anda seperti Nama, No Kad Pengenalan, No Telefon dan Alamat terkini untuk proses penghantaran surat tawaran nanti. - Masukkan Maklumat Peperiksaan SPM anda mengikut format yang telah ditetapkan di dalam borang permohonan. - Akhir sekali periksa dan pastikan sebarang maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar. Tawaran kursus secara bersyarat kami adalah bergantung kepada maklumat yang telah anda masukkan. Sekiranya anda telah pasti dengan maklumat yang telah ditetapkan, sila tekan butang SUBMIT. Segala maklumat yang dimasukkan adalah sulit dan rahsia. - Status permohonan anda akan dipaparkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan cara membuat semakan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Sekiranya berjaya, anda boleh mencetak terus Surat Tawaran Bersyarat yang dipaparkan. Pastikan perisian Adobe Acrobat Reader telah di install pada komputer anda untuk mencetak surat tawaran sekiranya permohonan anda berjaya.

APPLY NOW

1/4

Sistem Pendaftaran Online


Written by emi Tuesday, 18 August 2009 04:51 - Last Updated Tuesday, 18 August 2009 04:52

SEMAKAN TAWARAN KURSUS DAN PENERIMAAN SURAT TAWARAN

Sekiranya permohonan anda telah diproses, anda akan menerima jawapan kursus yang layak diikuti di RANACO EDUCATION & TRAINING INSTITUTE dan kursus yang ditawarkan kepada anda berdasarkan pilihan kursus yang dimasukkan dan keputusan SPM anda.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi pegawai kami untuk khidmat nasihat dan urusan lanjut di talian +609-850 3160 ext 109, 110 dan 111 pada waktu pejabat.

Untuk permohonan selain daripada secara online, sila hantarkan salinan keputusan SPM anda melalui pos atau faks kepada kami, atau datang sendiri ke:

Bahagian Kemasukan Pelajar,

2/4

Sistem Pendaftaran Online


Written by emi Tuesday, 18 August 2009 04:51 - Last Updated Tuesday, 18 August 2009 04:52

Ranaco Education & Training Institute,

Kawasan Perindustrian Jakar 2,

24000 Kemaman,

Terengganu Darul Iman,

Malaysia.

Tel. 609-850 3160

Faks. 609-858 4623

Untuk sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada kami di writetous@reti.edu.my

3/4

Sistem Pendaftaran Online


Written by emi Tuesday, 18 August 2009 04:51 - Last Updated Tuesday, 18 August 2009 04:52

4/4

You might also like