You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN.

PENTADBIRAN PUSAT BANTUAN BENCANA

PROFIL

PROFIL

Penggunaan Simbol Bulan Sabit Merah

Kakitangan Pusat Bantuan

Menubuhkan Pusat Bantuan

Keselamatan

Pendaftaran

Perhubungan dengan Pegawai Daerah dan Cawangan

Pentadbiran Pusat Bantuan Bencana


Disiplin Ahli-ahli BSMM Perhubungan dengan Mangsamangsa

Bekalan Makanan

Kebersihan dan Kesihatan

Perubatan

Pembasmian Hawa Penyakit

PENGENALAN
Peruntukan dan persediaan Pusat Bantuan adalah tanggunjawab Pusat Kawalan Daerah (Jawatankuasa Tindakan Bencana Alan Daerah) Apabila sampai ke kawasan yang telah dilanda bencana, pemimpin BSMM hendaklah melapor diri kepada Pusat Kawalan Daerah dan bersamasama Pusat Kawalan Daerah menetapkan kawasan operasi BSMM dan tugas-tugas khas yang hendak dijalankan.

KAKITANGAN PUSAT BANTUAN


Kakitangan di Pusat Bantuan biasanya terdiri daripada:
Pegawai Penjaga Pembantu Pegawai Penjaga Kuartermaster Kerani Pemimpin Bahagian Pertolongan Cemas 5 orang Ahli atau Sukarelawan untuk tiap-tiap satu set Clinton Cooker

MENUBUHKAN PUSAT BANTUAN


Tempat ditubuhkan Pusat Bantuan adalah mustahak seperti sekolah, kongsi bilik,stadium,dan berada dalam kawasan selamat dan tidak diancam banjir dan mempunyai kemudahan-kemudahan yang sesuai seperti tandas, telefon dan bekalan air Sebaik sahaja tempat yang sesuai telah didapati dan alatan-alatan dipasang, laporan hendaklah diberi segera kepada Pusat Kawalan Daerah Kerajaan dan Bilik Gerakan BSMM di Kuala Lumpur

PENDAFTARAN
Apabila mangsa tiba, mereka perlu didaftar segera dan diberikan kad makanan keluarga. Penggunaan kad makanan boleh menjamin pengagihan makanan yang adil kepada semua individu di Pusat tersebut dan juga boleh mengelakkan individu-individu mendapatkan makanan dua kali.

BEKALAN MAKANAN
Setiap unit BSMM yang menjalankan gerakan bantuan bencana membawa makanan simpanan pendahuluan yang boleh mencukupi untuk 2 atau3 hari. Makanan yang dibawa bergantung kepada laporan tinjauan yang diterima dan kebolehan alatan-alatan memasak yang dibawa bersama Oleh itu adalah mustahak Pemimpin/Ketua Pasukan berhubung segera dengan Pusat Kawalan Daerah untuk memastikan bekalan makanan dari punca/sumber kerajaan akan tiba dalam jangka masa 2 atau 3 hari

sambungan
Semua bekalan /bahan yang dikeluarkan dan diterima hendaklah direkod untuk menunjukkan jumlah yang dikeluarkan dan diterima dan juga kepada siapa diberi, dari mana diperoleh dan harganya. Ini adalah tanggungjawab Pegawai Penjaga Pusat Bantuan Bencana yang mungkin memindahkan kuasanya kepada Kuartermaster. Jika sekiranya derma wang yang dierima, hendaklah dipastikan bahawa resit semantara untuk jumlah tersebut dikeluarkan kepada penderma yang sama kemudian akan diganti dengan resit rasmi oleh Pejabat Setiusaha Agung.

BEKALAN KEBAJIKAN
Pemberian dan pengeluaran bahan-bahan kebajikan seperti gebar (blanket) hendaklah dikawal dengan teliti. Cara yang baik untuk memberi blanket ialah menugaskan seorang ahli BSMM yang bertanggungjawab memeriksa tiap-tiap keluarga apabila mereka hendak tidur di waktu malam. Selepas pemerhatian teliti dan diketahui keperluan sebernya, blanket atau pakaian hendaklah diberi secara senyap.

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN


Masalah besar dalam Pusat Bantuan ialah kemudahan tandas dan tempat buangan sampah dan najis. Jika kemudahan tandas tidak mencukupi, tandas lubang hendaklah dibina segera dengan kadar 1 tandas untuk 20 orang.

sambungan
Kemudahan membasuh hendaklah diadakan berdekatan dengan tandas Semua bahan buangan /sampah dari dapur hendaklah dibakar atau ditanam tiap-tiap hari Jika ini tidak dibuat, lalat-lalat akan mengganggu

PEMBASMIAN HAWA PENYAKIT (DISINFECTION)


Dalam tangki air yang mempunyai sambungan ke mangkuk tandas,masukkan 1 aun tepung chloride ke dalam 20 gelen air sekali atau 2kali sehari Ini boleh menjadikan tangki air tersebut tidak busuk dan selamat Apabila kolera atau wabak penyakit usus disyaki,beberapa auns tepung chloride hendaklah ditabur di merata tempat tandas termasuk kandungan najis Tepung chloride digunakan untuk memastikan bahawa tandas-tandas ini tidak akan dikerumi oleh lalat, langau dan nyamuk.

PERUBATAN
1 bilik atau 1 kawasan hendaklah disediakan sebagai Bilik Pertolongan Cemas seberapa cepat yang boleh dan seorang Penolong Cemas yang terlatih hendaklah dipertanggungjawabkan memberi pertolongan cemas atau menjaga bekalan perubatan. Nama doktor,nombor telefon serta alamat hospital terdekat hendaklah dituliskan, dipamerkan dengan terang dalam bilik ini untuk mendapatkan bantuan perubatan jika diperlukan. Jika tempoh membantu di Pusat Bantuan melebihi 1 minggu adalah berfaedah mendapatkan doktor tempatan membuat lawatan ke Bilik Pertolongan Cemas ini setiap 3 tau 4 hati menjaga dan merawat batuk, demam dan selsema.

DISIPLIN AHLI-AHLI BSMM


Perlakuan dan disiplin ahli-ahli BSMM di Pusat-Pusat Bantuan adalah mustahak kerana ia akan menentukan imej Persatuan. Ahli BSMM yang tidak berdisiplin atau yang tindakannya boleh menjejaskan nama baik BSMM hendaklah dihantar balik dengan segera. Setiap usaha hendaklah diambil untuk melatih sukarelawan tempatan menggunakan alatan-alatan yang ada seperti dapur memasak, alatan penapis dan ini boleh menggalakkan minat di daerah dan sentiasa membentuk asas untuk menubuhkan dengan berkesan unit-unit bantuan yang baru di peringkat tempatan

KESELAMATAN
Pusat Kawalan Daerah Kerajaan dipinta menempatkan seorang atau 2 polis di satusatu Pusat Bantuan, terutama pada waktu malam untuk mengelak kejadian pergaduhan Nama dan nombor telefon Pegawai Polis tempatan hendaklah diperolehi dan dipamerkan.

PERHUBUNGAN DENGAN PEGAWAIPEGAWAI DAERAH DAN CAWANGAN


Pegawai Penjaga Relief Column bertanggungjawab penuh atas Relief Column itu dan bertanggungjawab penuh dalam kerjakerja memberi bantuan.

You might also like