You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SUMBANGAN PEMIMPIN (TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI)

AHLI KUMPULAN: RANEEJ A/L SUKUMARAN MISHALANY A/P MURTY SHAMENEE A/P RAJA NITYAA A/P SELVARAJOO LAVAINYA A/P MAHEINDRAN 951006-08-5329

TINGKATAN:4 DINAMIK

NAMA GURU:EN.MOHD FIRDAUS BIN MD SHARIF

BIL

PERKARA PENGAHARGAAN SENARAI AHLI KUMPULAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KERJAYA DAN KELUARGA SUMBANGAN KEPADA NEGARA ANUGERAH GARIS MASA PENUTUP LAMPIRAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini tentang sejarah TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI . Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Puan Zaharah Bt Ishak kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya,En.Mohd Firdaus Bin Md Sharif kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajamdan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun2007.Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.

Tahun

Nama Anugerah

Daripada

2010

Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama

Persekutuan

2009

Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun

Persekutuan

2007

Bintang Republik Indonesia Adi Pradana

Indonesia

2005

Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.)

Terengganu

2004

Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)

Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India

2004

Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)

Cuba

2004

Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama

Melaka

2004

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.)

Johor

2003

Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi

Sarawak

2003

Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Perak Diraja

2001

Fellowship Kehormat

Institute of Engineers Malaysia

2001

Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) Perlis Dato' Seri Diraja

2000

Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri Negeri Sembilan Utama

2000

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Selangor - Dato' Seri

1999

Fellowship Kehormat

London Chartered Institute of Marketing

1999

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) Dato' Seri

Pahang

1999

Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima

Sabah

1997

First Class Order Of Friendship Of DPRK

Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)

1997

Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri

Pulau Pinang

1994

A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant

Thailand

1994

Grand Cross Of The Order Of Merit

Chile

1992

Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'

Selangor

1992

Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea

Republik Korea (Korea Selatan)

1991

Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure

Jepun

1987

Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat

Amerika Syarikat

1983

Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan

Republik Korea (Korea Selatan)

1981

Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk

Pulau Pinang

1979

Darjah Johan Negeri (D.J.N.)

Pulau Pinang

1974

Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)

Persekutuan

1971

Ahli Mangku Negara (A.M.N)

Persekutuan

1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November. 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).

1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood. 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia(sehingga 1971).

1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).

1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).

1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).

1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).

1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.

1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987). 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.

1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).

1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996). 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO. 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan PengerusiMajlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei. 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober. 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September. 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun. 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.

2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober

You might also like