You are on page 1of 12

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

<FAKULTI >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS> <TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

<KOD KURSUS>

1.0 2.0

PENGENALAN FIVE KEYS TO SAFER FOOD Pada pendapat saya, kebanyakaan kes penyakit yang disebar melalui makanan

berlaku akibat daripada pengendalian makanan yang kurang sempurna semasa penyediaan, sama ada di rumah atau di kedai makan. Lima kunci dalam memastikan keselamatan makanan yang disyorkan oleh WHO adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada tersebarnya penyakit bawaan makanan. Keselamatan makanan bermula daripada proses pembelian makanan lagi. Pembelian makanan secara berhati-hati boleh mengurangkan risiko keracunan makanan. Makanan yang dibeli daripada kedai makan yang terjamin kebersihannya seperti kedaikedai makanan yang sudah terkenal dan boleh dipercayai. Kedai-kedai makanan sebegini selalunya telah mempunyai label tahap kebersihan dan diperiksa secara berjadual oleh pihak berkuasa tempatan. Semasa membuat pembelian makanan yang dibungkus atau ditinkan, label pada bungkusan makanan tersebut haruslah diperiksa terlebih dahulu. Perkara yang penting pada label makanan termasuklah tarikh luput, maklumat nutrisi dan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan tersebut. Selain daripada itu, keselamatan makanan yang telah dibungkus harus diperiksa. Elakkan membeli makanan dalam tin yang sudah kemik, bungkusan makanan yang telah koyak atau bocor dan penutup botol makanan atau minuman tidak terbuka sebelum membuat pembelian. Penelitian pada maklumat nutrisi dan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan yang siap dipek adalah sangat penting. Makanan yang dipek selalunya mengandungi bahan-bahan tambahan seperti pemanis tiruan, pewarna tiruan dan pengawet. Bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan apabila diambil secara berlebihan. Menurut Sizer dan Whitney (2006), salah satu pemanis tiruan yang terbukti boleh menyebabkan kanser pundi kencing adalah sakarin. Pengguaan sakarin pada tahap 2

<KOD KURSUS>

yang selamat telah ditetapkan oleh Food and Drug Administration (FDA) tidak melebihi 5 miligram untuk 1 kilogram berat badan untuk sehari. Persatuan Dietetik Amerika (1998) pula menyarankan penggunaan aspartam sebagai pemanis tambahan adalah kurang dari 50 miligram untuk satu kilogram berat badan untuk sehari. Kajian yang sama menunjukkan aspartam banyak digunakan dalam minuman bertin seperti Diet Pepsi dan Diet Coke dan secara puratanya pengambilan sehari adalah kurang dari 10 miligram. Dalam memastikan keselamatan makanan dapat dipelihara, pengasingan makanan mentah daripada makanan yang telah dimasak juga amat penting. Makanan mentah mungkin mengandungi mikroorganisma bahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Apabila makanan mentah tercampur dengan makanan yang telah dimasak, air yang keluar daripada daging mentah atau makanan laut boleh mencemari makanan yang telah dimasak. Ini dikenali sebagai pencemaran antara satu sama lain dan merupakan punca utama keracunan makanan. Contohnya, peralatan untuk memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk memotong bahan makanan yang telah dimasak. Penggunaan papan pemotong untuk memotong daging mentah, kemudian digunakan untuk memotong sayur-sayuran tanpa dibasuh terlebih dahulu sabun dan dibilas dengan air yang bersih seringkali terdedah kepada pembiakan kuman (Barbara, 2006). Kajian menunjukkan hanya 20 peratus kes keracunan makanan berlaku di rumah (Greene dan Ottoson, 2001). Walau bagaimanapun, pencegahan terhadap penyakit bawaan makanan harus dimulakan dari rumah. Maklumat dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis pathogen yang sering menyebabkan keracunan makanan adalah E. Coli, salmonella dan campylobacter. Ketiga-tiga jenis bakteria ini boleh menyebabkan pencemaran terhadap makanan mentah seperti daging mentah, buah-buahan mentah, sayur-sayuran hijau dah jus yang tidak dipasturkan. Pengasingan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dapat membantu untuk mengelakkan daripada pencemaran bakteria merbahaya.

<KOD KURSUS>

Salah satu langkah yang penting untuk mengelakkan pencemaran makanan adalah dengan mencuci tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan. Mikroorganisma mungkin berada di mana sahaja di sekeliling kita. Mikroorganisma boleh ditemui di udara, air, pada manusia, kain lap atau makanan. Maka, langkah mencuci tangan dan memastikan badan bersih sebelum dan selepas mengendalikan makanan atau perkakas harus dititikberatkan. Untuk menjaga kebersihan secara keseluruhannya, adalah disyorkan juga untuk pengendali makanan mencuci tangan dengan air dan sabun setiap kali menggunakan tandas serta mengendalikan makanan seperti daging dan makanan laut. Di samping itu, amalan mencuci tuala dan kain mengelap pinggan, membersihkan permukaan dapur dan papan pemotong dengan kerap juga dapat mengelakkan pencemaran mikroorganisma berlaku pada makanan. Kajian menunjukkan pencemaran juga boleh terjadi sekiranya pengendali makanan menggunakan tangan untuk menyajikan makanan tanpa menggunakan alat yang dikhaskan untuk memegang makanan (Rozita, 2000). Pada masa yang sama, penggunaan peralatan yang tidak berkarat dan masih elok keadaannya ketika proses penyediaan dan penyajian makanan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran silang. Richardson (1984), menyarankan penggunaan peralatan yang diperbuat daripada besi keluli kalis karat adalah baik kerana ianya mudah dibersihkan. Di samping itu juga, sudu dan garfu harusa dibilas dengan air panas selepas dicuci bagi memastikan kebersihan peralatan tersebut Jika kebersihan diabaikan boleh menjadikan tempat pembiakan dan penyebaran bakteria. Oleh itu, peralatan dapur perlu dibersihkan dengan air bersih, disabun dan dicuci dengan bahan pencuci yang sesuai dan disimpan ditempat yang sesuai supaya tidak dicemari apabila digunakan (Nancy Scanlon, 1993).

Memasak makanan dengan sepenuhnya dapat membantu untuk membunuh mikroorganisma bahaya dalam makanan dan juga mengelakkan keracunan makanan. Makanan yang memerlukan perhatian khas termasuklah makanan mentah seperti daging, ayam, telur ayam dan makanan laut. 4

<KOD KURSUS>

<KOD KURSUS>

<KOD KURSUS>

3.0

FIVE KEYS TO A HEALTHY DIET Amalan makan secara sihat perlu dipraktikkan oleh individu pada setiap masa.

Amalan ini boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan makanan. Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa pengamalan diet yang tidak baik, kurang melakukan aktiviti fizikal, tabiat merokok dan tekanan perasaan adalah faktor-faktor utama yang boleh menyumbang ke arah peningkatan penyakit kronik. Penyakit-penyakit kronik ini ialah seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung koronari. Oleh itu adalah penting individu mengubah tingkah laku yang tidak sihat, agar dapat membantu mengurangkan faktor-faktor risiko tersebut. Amalan makan secara sihat juga dapat membantu individu mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kekurangan atau berlebihan berat badan akan memberi kesan kepada masalah kesihatan. Kajian telah membuktikan bahawa masalah berlebihan berat badan dan obesiti akan menyebabkan individu mempunyai risiko yang tinggi kepada penyakit-penyakit kronik. Perkara asas yang selalu diambil ringan oleh masyarakat kita adalah penyusuan bayi dengan susu ibu. Susu ibu mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh bayi. Bayi harus diberi susu ibu sahaja untuk 4 hingga 6 bulan pertama, dan meneruskan sehingga umur bayi 2 tahun. Pemakanan tambahan perlu dimulakan apabila bayi mencapai umur 6 bulan. Amalan penyusuan susu ibu dapat mengelakkan penyakit pada bayi, meningkatkan system pertahanan badan bayi dan member ruang untuk proses kematangan pada sistem gastrousus bayi. Menurut WHO, tidak terdapat satu jenis makanan yang dapat membekalkan kesemua jenis zat makanan yang anda perlukan. Semua makanan dapat memberikan beberapa jenis zat makanan dan menyumbang kepada rasa, bau, warna, tekstur dan kenikmatan kepada sesuatu sajian. Setiap jenis makanan mempunyai gabungan karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang berbeza. Terdapat sesetengah makanan 7

<KOD KURSUS>

yang mempunyai zat makanan tertentu yang lebih berbanding dengan yang lain. Serat makanan hanya boleh diperolehi daripada tanam-tanaman. Makan pelbagai jenis makanan dapat menjamin badan kita mendapat zat makanan yang diperlukan. Makanlah sedikit daripada setiap jenis makanan tetapi tidak terlalu banyak daripada hanya satu jenis makanan sahaja. Tidak ada makanan yang harus dipantangkan kecuali atas sebab-sebab kesihatan yang tertentu. Makanan dikelompokkan mengikut kandungan zat - zat makanan utama dan fungsinya. Ada 5 kelompok atau kumpulan utama makanan yang ditempatkan di arasaras tertentu dalam Piramid Makanan. Ini membantu kita mengimbangkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam sajian atau diet harian kita. Melangkau sesuatu masa makan boleh membawa kepada kelaparan yang tidak terkawal. Ini akan menyebabkan kita makan makanan dengan berlebihan pada waktu makan yang berikutnya. Apabila kita lapar, kita biasanya akan terlupa tentang pemakanan yang baik. Mengambil snek di antara masa-masa makan boleh menghindarkan kita daripada kelaparan tetapi jangan makan terlalu banyak sehingga snek tersebut menjadi salah satu hidangan makanan kita. Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek dapat mengawal pengambilan gula dan garam secara berlebihan. Buah-buahan dan sayursayuran juga adalah sumber serat yang utama untuk tubuh kita. Selain itu, bijirin penuh juga mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang tinggi. Serat daripada bijirin membantu mencegah sembelit di samping dapat membekalkan protein, vitamin jenis B dan beberapa jenis mineral yang penting. Contoh bijirin ialah nasi, hasil bijirin, pasta dan mi. Makan pelbagai jenis makanan berserat adalah sangat baik untuk melawaskan saluran najis. Makanan berserat juga boleh mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir dan mungkin juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser. Pemakanan secara sihat juga menitikberatkan pengambilan lemak dan minyak dalam diet seharian. Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk pencernaan vitamin larut lemak. Lemak juga memberi rasa dan kualiti tekstur yang 8

<KOD KURSUS>

menjadikan makanan itu berperisa. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain. Pengambilan lemak haruslah di ambil daripada sumber lemak yang baik iaitu daripada minyak sayuran tidak tepu. Contohnya, minyak zaitun, minyak soya dan minyak jagung. Manakala, lemak haiwan dan minyak kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan. Langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah pengambilam lemak adalah seperti menggunakan susu dan produk susu rendah lemak, menggantikan mentega dengan marjerin tinggi lemak politaktepu, menghadkan pengambilan kuning telur kepada 2 biji seminggu, mengelakkan mengambil bahagian otak dan telur makanan laut, menghadkan pengambilan organ dalaman kepada satu kali sebulan, membuang kulit ayam atau lemak daging dan mengurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak. Masyarakat Malaysia sekarang gemar untuk mengambil makanan segera kerana penyediaannya lebih cepat dan mudah. Malangnya, kebanyakan makanan segera mempunyai kalori, gula, garam dan lemak yang tinggi. Oleh itu, kita seharusnya menghadkan pengambilan makanan segera kepada 2 kali sebulan. Jika anda makan makanan segera, kurangkan kalori daripada makanan yang akan anda ambil seterusnya. Di samping itu, pengambilan gula berlebihan juga harus dihadkan. Gula berlebihan banyak terdapat di dalam minuman ringan dan minuman bergas.

4.0

FIVE KEYS TO APPROPRIATE PHYSICAL ACTIVITY Gaya hidup sedentari adalah corak kehidupan yang dilalui tanpa atau kurang

melakukan aktiviti fizikal. Kehidupan sebegini boleh memudaratkan kesihatan individu. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan. 9

<KOD KURSUS>

Aktiviti fizikal ialah pergerakan yang dihasilkan oleh pengecutan otot yang dapat membakar kalori secara berlebihan. Aktiviti fizikal seperti kerja-kerja yang sering dilakukan di rumah. Contohnya, menyapu atau mop lantai, mengemas rumah, membasuh kereta, berkebun di halaman rumah atau menaiki tangga. Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh senaman ialah seperti berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal. Aktiviti fizikal dapat dimulakan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berjalan di taman, menari atau berkebun. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan ditingkatkan kekuatan dan kekerapan melakukan aktiviti tersebut secara berperingkat. Seharusnya, aktiviti fizikal ini dilakukan secara bersama dengan ahli keluarga. Kita juga haruslah menggalakkan semua ahli keluarga untuk melibatkan diri di dalam aktiviti fizikal secara berterusan untuk memastikan kehidupan yang lebih aktif. Penglibatan secara beramai-ramai juga dapat mengurang aktiviti sedentari seperti menonton televisyen dan bermain permainan video. Penglibatan di dalam aktiviti fizikal haruslah di maksimumkan di dalam kehidupan seharian. Kita juga harus mempelbagaikan aktiviti fizikal dan melakukannya sekerap yang mungkin seperti berjalan kaki ke kedai berhampiran, menaiki tangga di pejabat dan meletakkan kederaan di tempat yang lebih jauh dan berjalan kaki ke tempat yang dituju. Kajian juga ada membuktikan bahawa melakukan sekurang-kurangnya aktiviti fizikal yang sederhana selama 30 minit setiap hari selama lima atau tujuh hari seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. Kita dinasihatkan untuk memasukkan aktiviti fizikal sebagi rutin seharian dan merancang aktiviti fizikal yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan seperti bermain badminton selepas waktu pejabat dan semasa waktu 10

<KOD KURSUS>

makan tengah hari. Selain daripada itu, aktiviti fizikal boleh juga dilakukan bersama anak-anak di waktu hujung minggu. Adalah sangat penting untuk ibu bapa menggalakkan kanak-kanak dan remaja untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan di sekolah mereka. Aktiviti sukan dapat meningkatkan kecergasan tubuh dan pada masa yang sama dapat membangunkan tahap social kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa juga seharusnya kerap membawa anak-anak ke taman-taman permainan dan pusat sukan untuk memupuk minat untuk bersukan dan melakukan fizikal aktiviti di kalangan anak-anak. Di samping itu, minat mereka juga boleh disuburkan jika ibu bapa dapat menyediakan peralatan sukan kepada anak-anak. Senaman dan aktiviti fizikal juga boleh dilakukan dengan mengikut prisip FITT. F - Frequency ialah kekerapan melakukan senaman. I - Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung anda. T - Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan). T - Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan. 5.0 KESIMPULAN

11

<KOD KURSUS>

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan http://www.infosihat.gov.my/media/bukuKecil/BK_Pandsimpan %20mknan/BK_Pandsimpan%20mknan.pdf http://www.infosihat.gov.my/media/poster/Pos_Kebersihan %20makanan/PDF/Pos_menjamin%20mknan%20selamat_web.pdf http://www.infosihat.gov.my/khas/PPKK/Modul/Modul%20Makan%20Secara %20Sihat_web.pdf http://www.infosihat.gov.my/khas/PPKK/Modul/Modul%20Senaman_web.pdf

12

You might also like