You are on page 1of 11

Pengenalan.

Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan guru dan murid (Mosston & Ashworth, 1994). Spektrum ini dirangka berdasarkan dua keadaan iaitu : a) Gaya A: Guru Sebagai pembuat keputusan utama b) Gaya K : Murid Sebagai pembuat keputusan utama. Di antara tambahan sembilan keadaan gaya pengajaran setiap satunya dijelaskan berdasarkan siapakah yang membuat keputusan. Mosston & Ashworth (1994) menyatakan bahawa keputusan transaksi gurumurid boleh dikategorikan kepada 3 set 1. Pra-kesan 2. kesan semasa 3. pasca kesan Kesan awal Keputusan pada pra-kesan berhubung kait dengan satu episod perancangan. Mc Cullick, B & Byna, M (2002) mengenal pasti situasi ini sebagai Maksud pernyataan atau perancangan. Keputusan major termasuk di dalam set kesan awal ialah seperti tugasan terperinci yang akan diajar, objektif pengajaran, hasil pembelajaran dan alat kelengkapan (ABM, BBM dan BBB) Kesan Semasa Keputusan kesan semasa berhubung kait dengan transaksi bersemuka antara guru dan murid di dalam persekitaran belajar. Mosston & Ashworth menggambarkan kesan semasa fasa membuat keputusan sebagai meletakkan

perancangan (keputusan kesan awal) kepada tindakan. Terdapat 3 komponen dalam set keputusan kesan semasa : a) Jangkaan peranan guru dan murid b) Demonstrasi tugasan yang akan dilakukan atau pembentangan

penyelesaian masalah c) Penerangan prosedur penggunaan alatan (kehendak tugasan, masa keputusan, postur, kuantiti, jarak waktu, pakaian dan lokasi) yang perlu dipatuhi semasa melakukan tugasan atau menyelesaikan masalah. Pasca Kesan Fokus set kesan selepas ialah pentaksiran/ penilaian dan maklum balas berkaitan prestasi murid dan menyediakan pentaksiran /penilaian pengalaman guru-murid. Setiap gaya pengajaran di dalam spektrum adalah berdasarkan peralihan keputusan yang sistematik (Pra-kesan, Kesan dan pasca kesan) antara guru-murid (Goldberg dan Gerney, 1986). Spektrum dibahagikan kepada dua kelompok gaya pengajaran Produktif kapasiti menghasilkan pengetahuan dan kemahiran baru Reproduktif kapasiti menghasilkan semula ilmu dan kemahiran yang diketahui. Kelompok reproduktif termasuklah arahan, latihan, tindak balas, tindak balas dan pemasukan kaedah baru. Dalam gaya pengajaran reproduktif pelbagai jangkaan guru-murid digambarkan. Isi yang spesifik diperlukan menerusi bilangan pendekatan membuat keputusan, latihan kemahiran spesifik dan maklum balas. Pengajaran behaviors merujuk kepada haya pengajaran A, B, C, D dan E. Kelompok produktif termasuklah penemuan terbimbing, penemuan tertumpu, penumpuan mencapah, reka bentuk pembelajaran individu, gaya pembelajaran kendiri dan daya usaha dan ia merujuk kepada F, G, H, I, J dan K. Dalam gaya

pembelajaran produktif murid diberi gambaran satu masalah atau persoalan dan kemudian diberikan masa untuk meneroka penyelesaian masalah. Semasa penemuan sama ada menjurus atau mencapah, murid meneroka dan merentasi pengetahuan dan menghasilkan ilmu baru. Proses kognitif merentasi memori dan mencetuskan ingatan semula. Selalunya proses penemuan ini menghasilkan motivasi intrinsik. Spektrum yang menggabung pelbagai kaedah umum yang mana guru dan pelajar masing-masing akan memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam hasil pengajaran dan pembelajaran. Spektrum ini telah membahagikan gaya dan kaedah pengajaran kepada dua aspek iaitu Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar Gaya Arahan (A) Satu gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti kata lain, guru akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam kelas. Kaedah ini akan memberi peluang guru menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap prestasi murid-murid. Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan guru. Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu mengutamakan keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa P&P adalah terhad dan tidak mencukupi masa. Oleh itu masa murid untuk mempelajari sesuatu tajuk menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran pada peringkat awal bagi memudahkan murid memahami tajuk. Sebagai contoh ialah pembelajaran pergerakan asas aktiviti roda kereta dan hambur tangan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti aras

tinggi yang memerlukan arahan daripada guru secara terus menerus. Dalam tunjang 2 pembelajaran lompat tinggi juga merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan dan perhatian lebih daripada guru. Gaya Latihan (B) Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan yang mana guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam P&P. Dalam pengajaran guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid berpeluang melakukan latihan secara beransur maju dan berperingkat. Guru akan memberikan penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan atau pun guru akan melakukan demonstrasi untuk melakukan aktiviti. Guru juga akan memberikan penjelasan dan menentukan tiap-tiap yang ingin di ajar. Guru juga akan sentiasa memerhatikan murid dan akan memberikan maklum balas, tunjuk ajar dan bersoal jawab dengan murid. Murid melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru. Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk P&P yang mempunyai masa yang terhad, pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan memberikan murid masa yang lebih untuk berlatih. Contohnya ialah Pembelajaran kemahiran olahraga. Sekiranya dirujuk pada taburan pembahagian masa pengajaran olahraga memiliki masa pengajaran yang singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu, murid harus diberikan masa yang lebih untuk mereka berlatih sendiri agar mempercepatkan proses pembelajaran. Semak Bergandingan/Timbal Balik (C) Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan namun demikian secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa yang akan dipelajari dan memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan diajarkan kepada murid. Guru juga akan melakukan demonstrasi lanjutan untuk menguji perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti secara berpasangan. Seorang murid akan menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu aktiviti. Penilaian

terhadap pelajar adakan berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan oleh guru. Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab sepenuhnya. Murid akan melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar akan menjadi penilai yang menilai perlakuan pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar kemahiran menghantar permainan bola jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid senarai semak butir-butir lakuan menghantar bola. Selain itu murid juga akan dibekalkan dengan gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid yang bertindak sebagai penilai akan menilai dan menandakan senarai semak lakuan yang betul. Kemudian murid ini akan bertukar peranan. Gaya Semak Kendiri (D) Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah dilakukan oleh murid, maka akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal pasti seterusnya menilai sendiri akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Namun kelemahan kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia menghadkan perhubungan interaksi sosial guru dan murid. Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut tidak terkecuali. Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran. Namun murid akan bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan kemahiran menyangga bola tampar, murid akan dibekalkan dengan gambar turutan kemahiran menyangga yang betul manakala murid pula akan melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan gambar setelah diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru. Gaya Inklusif/ peningkatan (E) Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap

dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya. Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan motivasinya. Misalnya, dalam melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas untuk memilih ketinggian palang lompat tinggi. Penemuan terbimbing (F) Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah yang memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan kaedah yang mana guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada murid. Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.

Gaya pengajaran berpusat (G) Guru akan merancang pembelajaran ini dengan menetapkan beberapa persoalan dan tugasan. Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan yang paling hampir. Guru akan bertindak sebagai pemandu arah. Murid pula bertindak sebagai pencari jalan keluar. Contoh aktiviti ialah murid melakukan perbincangan berkenaan dengan sejarah beberapa jenis sukan di Malaysia. Guru akan membantu murid dengan memberikan klu-klu atau maklumat yang hampir berkaitan. Gaya Penemuan Bercapah (H) Dalam gaya ini, guru akan menetapkan satu tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan. Tugasan ini mempunyai banyak pilihan jalan penyelesaiannya. Kemudian, guru akan mendorong dan menggalakkan murid untuk menilai setiap jalan penyelesaian tersebut dan membuat perbandingan antara jawapan tersebut. Perbandingan antara jawapan ini adalah satu cara untuk seseorang murid tersebut menilai keberkesanan jawapan yang diberikan. Kaedah ini sesuai bagi aktiviti yang berbentuk pembangunan satu pasukan. Kelebihan kaedah ini ialah menggalakkan murid berfikir dan memupuk sikap kerjasama antara mereka. Misalnya, guru menetapkan tugasan murid adalah mencari teknik yang sesuai bagi kemahiran olahraga acara padang lompat jauh. Tugasan yang satu, tetapi mempunyai banyak pilihan jawapannya, antaranya ialah kayuh, layar dan melayang. Murid akan mencari mana-mana jawapan dengan melakukan semua gaya tersebut seterusnya menilai keberkesanannya dari segi jarak lompatan. Gaya program individu reka bentuk pelajar. (I) Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan sistematik. murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan individu.

Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program atau aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan masalah. Contohnya merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan. Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru dengan memurnikan lagi persembahan kreatif mereka. Gaya Pembelajaran terdorong (J) Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi perancang program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini seolaholah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru dengan mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu mengaplikasikan satu sesi pengajaran PJ. Pembelajaran Kendiri (K) Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil alih tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan servis yang pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola tampar dengan betul. p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi berpusatkan guru manakala F-K adalah berpusatkan murid.

Strategi Pengajaran.
Definisi strategi Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Berpusatkan guru Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita. Berpusatkan murid Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini. Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk

memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka. Berpusatkan bahan Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah. Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alatalat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau uji kaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Berpusatkan masalah Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penaakulan yang agak tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian (hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat, bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya

Ramai yg keliru akan perbezaan strategi, kaedah dan teknik pengajaran. harap post kali ni dapat membantu..

You might also like