You are on page 1of 10

INDEPENDENT SELF LEARNING (ISL)

NOTA KULIAH

NOTA TAMBAHAN

Kon Pengalaman Dale

Rajah 1 merupakan kon pengalaman pembelajaran yang diasakan oleh Dale yang boleh digunakan oleh para-para guru untuk meyesuaikannya dalam bidang P&P. Terdapat 3 tahap dalam kon pengalaman pembelajaran Dale iaitu persimbolan, pemerhatian dan juga penglibatan. Di bawah tahap persimbolan, kon pembelajaran Dale memecahkannya kepada dua bahagian iaitu simbol lisan dan juga simbol penglihatan. Pada tahap kedua pula, Dale telah memecahkannya kepada 4 bahagian iaitu rakaman radio dan gambar, televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara, manakala pada aras terakhir iaitu penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3 peringkat iaitu lakonan/main peranan, penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi serta pengalam langsung. Ketiga-tiga aras pengaman belajar yang diutakan oleh Dalemempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah mengajar. Guru perlu bijak dan pandai untuk menyesuaikan setiap aras dengan bentuk P&P yang akan disampaikan kepada pelajar. Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak. Peringkat penglibatan misalnya, Dale telah menggunakan 3 teknik iaitu teknik menganalisa, penilaian, mereka be ntuk dan mencipta. Sebagai contoh, jika guru sejarah mahu menceritakan mengenai faktor faktor dalam pembinaan negara bangsa. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan kertas untuk menulis faktor -faktor tersebut dan kemudiannya mereka akan mengkritik atau menilai jawapan daripada kumpulan lain sama ada ianya betul ataupun salah. Hal ini melibatkan proses analisis

di mana murid secara tidak langsung telah memainkan peranannya dengan melakukan kajian atau analisis terhadap jawapan yang telah diberikan oleh kumpulan lain dan menilai sama ada jawapan itu betul atau salah. Penialain mereka adalah berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan. Secara tidak langsung murid tersebut akan mengetahui sama ada jawapan yang diberikan mereka itu betul atau salah. Guru kemudiannya akan melakukan proses pengukuhan melalui proses pemerhatian murid melalui tayangan video atau gambar mengenai proses-proses pembinaan Negara Bangsa. Pada peringkat ini, murid akan mengetahui jawapan yang betul serta salah. Peringkat seterusnya ialah persimbolan di mana guru akan meminta murid untuk menyenaraikan semula faktor-faktor pembinaan Negara Bangsa. Daripada huraian di atas, dapat dibuktikan bahawa nerpandukan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, aktiviti dalam proses P&P dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan tidak membosankan

FUNGSI KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE DALAM BIDANG PENDIDIKAN. Kon Pengalaman Pembelajaran Dale boleh diklasifikasikan sebagai mentor kepada guru dalam memilih langkah atau aras yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Proses P&P. Sebagai contoh, dalam aras kedua iaitu pemerhatian, guru boleh menggunakan teknik ini untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu topik. Aras pemerhatian secara ringkasnya merupakan satu aras yang melibatkan penggunaan mata di mana murid akan melihat sesuatu perkara di sekeliling dan cuba mengaitkannya dengan proses P&P. Misalnya dalam bidang pendidikan sejarah, untuk memudahkan murid memahami dan mengingati dengan lebih mendalam mengenai bentuk-bentuk rumah yang terdapat di malaysia, lawatan ke muzium merupakan satu langkah dalam aras pemerhatian yang boleh digunakan. Hal ini disebabkan kerana, m urid terlibat secara tidak langsung kerana mereka melihat, menilai dan mengingat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Dale di mana beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan mengingat 10% daripada apa yang mereka baca, 20% daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apa yang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, 70% dari apa yang mereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang mereka lakukan. Untuk itu, setiap ara s sememangnya memainkan peranan dan funsinya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar. Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalaman menurut tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang tertinggi iaitu abstrak. Maksudnya di sini, semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin besar manfaatnya yang akan diterima oleh pelajarKon Pengalaman Pembelajaran Dale juga menekankan penggunaan media dalam proses P&P. Depdiknas (2004: 4) merumuskan bahwa media pembelajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesan, merangsang fikiran, perasaan, perhatian dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong terjadinya proses P&P dalam diri pejar itu sendiri. Meida mampu

memberikan ransangan yang variatif kepada otak sehingga dapat b erfungsi sehingga ke peringkat maksimum. Selain itu, penggunaan media juga dapat mengatasi perbezaan pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. Maksudnya, jika pelajar tidak berpeluang untuk melihat sendiri binaan Piramid di Mesir, media boleh membawa murid untuk merasai dan melalui pengalaman itu. Dalam aras Kon Pembelajaran Dale, ia berada pada aras ketiga iaitu penggunaan alat dan bahan sebagai model serta penggunaan bahan bercorak 3 dimensi. Dalam hal ini, media dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya murid tidak tertinggal jauh di belakang. Penggunaan media juga dapat mengatasi masalah ruang. Satu perkara yang mustahil untuk membawa masuk model meriam atau membawa istana Melaka ke dalam kelas untuk pengajaran sejarah, tetapi dapat direalisasikan melaui penggunaan media seperti tayangan video atau gambar. Hal ini secara tidak langsung memudahkan guru dan murid dalam proses P&P. Apabila pelajar terlibat dengan proses P&P, secara tidak langsung mereka telah telah melalui pengalaman konkrit, asas kepada pe jaran itu telah dimiliki dan hanya perlu dikembangkan melalui pengalaman serta penggunaan aras yang seterusnya sahaja. Sesuatu pengalaman abstrak pula akan berlaku sekiranya penggunaan sesuatu simbol visual atau verbal yang memainkan peristiwa itu. Contohnya melalui penglihatan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru.

SUMBANGAN KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE. Kon pembelajaran Edgard Dale sememangnya menyumbang banyak kemajuan dalam bidang pendidikan apabila teknik mengajar serta penggunaan pelbagai aras untuk menarik minat pelajar diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan juga pembelajaran. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in Teaching yang memberi panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam pengajaran. Jadi, secara tidak langsung, Kon pembelajaran Edgard Dale sememangnya menyumbang banyak kebaikan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah, dapat dimanfaatkan oleh guru supaya penggunaan bahan media dan teknik mengajar mengikut aras dapat dilakukan dengan tepat, proses P&P menjadi lebih jelas dan juga menarik, efisen dari sudut tenaga dan menjimatkan waktu, wang meningkat kualiti pembelajaran pelajar serta dapat menarik minat pelajar supaya mengkaji sesuatu hal itu dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika seorang guru sejarah itu mengajar mengani pembinaan Piramid di Mesir. Cara yang paling berkesan menurut Dale ialah membawa pelajar ke Mesir dan melihat sendiri piramid kera na ia akan menjadi pengalaman berbentuk enaktif yang akan memudahkan pelajar untuk mengingati, tetapi ia juga akan melibatkan kos yang tinggi dan Dale mencadangkan agar diganti dengan pengalaman ikonik yang dapat murid peroleh melalui tayangan video tetapi disampaikan dengan cara yang menarik supaya maklumat yang ingin disampaikan kepada murid diterima dengan baik dan hal ini dilihat bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Rahadi (2004: 13 -- 16) di mana beliau mengklasifikasikan

manfaat media pembelajaran kepada 3 iaitu manfaat secara umum, terperinci dan juga praktis.

Model Shanon & Weaver


Claude Shannon & Warren Weaver(1949) mengemukakan model komunikasai ketika bertugas di Bell Telephone Laboratory.Shanon adalah seorang ahli matematik.Ahli-ahli sains tingkahlaku mendapati model ini amat berguna untuk menjelaskan komunikasi antara manusia. Sumber maklumat, menghasilkan utusan yang perlu disampaikan kepada orang lain.Utusan tersebut mungkin berbentuk lisan,tulisan,gambar atau nota muzik.Utusan tersebut akan diubah oleh pemancar ke dalam bentuk isyarat yang sesuai untuk disampaikan kepada penerima.Penerima akan mengubah semula isyarat tersebut kepada bentuk yang disampaikan oleh sumber.Setelah utusan diubah semula ia akan disampaikan kepada destinasi,iaitu individu atau sesiapa sahaja yang mana utusan ditujukan.Model ini juga memperkenalkan gangguan yakni isyarat yang disampaiakan melalui saluran akan terjejas dengan adanya gangguan ini akan menyebabkan isyarat yang dikirim dan yang diterima berbeza.Untuk mengatasi masalah ini beliau mencadangkan supaya utusan yang disampaikan itu diulang beberapa kali.

Perkataaantelekomu nikasi berasal daripada perkataan Greek. Tele bermaksud sangat jauh. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponenkomponen berikut : Penghantar mencipta maklumat yang akan dihantar. Bahantara - maklumat akan dihantar melaluinya. Penerima - menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan. Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.

Gambarajah sistem telekomunikasi mudah Komunikasi berasal daripada perkataan pemproses data dan telekomunikasi. Secara umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian telefon,

mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik.Komunikasi data atau juga dikenali sebagaitel epem proses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti perkakasan yang boleh bercakap antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian komunikasi.

Multimedia Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2 perkataan utama iaitu: Multi: Banyak (many), Pelbagai (Multiple) Medium: Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.(Dewan bahasa dan pustaka). (Dirujuk juga sebagai definisi media secara umum). Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium dianggap sengai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, grafik, suara, muzik dan sebagainya. (Dirujuk juga sebagai definisi media pada paparan komputer)

Kelebihan dan Kesan Media Pengajaran

Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri dan menurut kemampuan dan keselesaan. Pengalaman dan Persepsi yang Sama, contoh sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal, belajar secara berulang kali dapat membantu membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh; o Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. o Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. o Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan. o Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.

o Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan. Pengajaran Bersama Pengajar Penggunaan media yang paling biasa, membantu pengajar melaksanakan pengajaran secara langsung. Berkesanannya bergantung bagaimana pengajar menggunakan media tersebut. Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar Media digunakan tanpa kehadiran pengajar. Pelajar dibimbing oleh pereka media dengan menggunakan modul dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media dipakejkan dengan sempurna, serta dijelaskan tentang tujuan, objektif, cara menggunakan dan menilai pencapaian sendiri. Folio Bermedia Koleksi kerja pelajar yang menunjukkan peristiwa dan proses dalam satu-satu tempoh. Penghasilan folio membantu pelajar memahami, merumus dan membentang hasil pemikiran mereka (pembelajaran dengan media- learning with media) Pelajar ini menitikberatkan soal ketepatan, betanggungjawab, dari pelbagai sumber dan komitmen yang tinggi dalam tugasan. Pengajaran Tematik Bermula dari perkongsian pengalaman kemudian perkongsian kepakaran (mengumpul data dan membuat kesimpulan) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Media yang digunakan merangkumi bentuk bercetak, eletronik, telesidang, chat, papan buletin, listserv (forum) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa Membantu orang kurang upaya seperti pekak dan buta dan bisu.

You might also like