You are on page 1of 8

SULIT

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENAJAAN MARA BAGI TAHUN 2011 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar dan dalam negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat juga digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia. Maklumat lanjut mengenai cara permohonan boleh diperoleh dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum a) Warganegara Malaysia dan Bumiputera. b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010; dan c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

1/8

SULIT

SULIT II. Cadangan Syarat-Syarat Khusus Permohonan (Luar Negara) Program Syarat/gred minimum

1) Perubatan Negara : Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech, Russia, United Kingdom, Poland & Program Berkembar dengan Institut Pengajian Tinggi Tempatan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam sembilan (9) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Fizik; e) Kimia; f) Biologi; g) Matematik; h) Matematik Tambahan; i) Bahasa Inggeris.

2) Perubatan Timur Tengah Negara : Jordan

3) Pergigian Negara : India

Bagi calon yang memohon Program Timur Tengah, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Arab Tinggi.

4) Pergigian Timur Tengah Negara : Jordan

5) Optometri Negara : New Zealand & United Kingdom

2/8

SULIT

SULIT Program Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut: a) b) c) Bahasa Melayu; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; Fizik / Kimia; Biologi; Matematik; Matematik Tambahan; Bahasa Inggeris; dan A(1)

6) Bioteknologi

Negara :

Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand d) e) f) g) h)

mendapat sekurang-kurangnya dalam mana-mana satu matapelajaran.

7) Kejuruteraan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut: a) b) c) Bahasa Melayu; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pendidikan AlQuran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; Fizik; Kimia; Matematik; Matematik Tambahan; Bahasa Inggeris; dan

Negara: Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom

d) e) f) g) h)

mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana satu (1) matapelajaran selain dari mata pelajaran di atas.

3/8

SULIT

SULIT Program 8) Kejuruteraan Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) matapelajaran berikut: a) b) c) Bahasa Melayu; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pendidikan AlQuran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; Fizik; Kimia; Matematik Tambahan; Bahasa Inggeris; dan

Negara: Jerman

Negara: Perancis

d) e) f) g)

mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana dua (2) matapelajaran selain dari mata pelajaran di atas. Negara: Sepanyol Calon yang mempunyai asas dalam Bahasa Jerman, Perancis dan Sepanyol adalah digalakkan memohon.

9) Sains Aktuari

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Matematik Tambahan; e) Matematik; f) Bahasa Inggeris; g) Fizik / Sains / Sains Tambahan; h) Kimia / Ekonomi Asas / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Teknologi Maklumat; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana satu (1) matapelajaran.

Negara: Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand

4/8

SULIT

SULIT Program 10) Perakaunan Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Prinsip Perakaunan; e) Matematik; f) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan; g) Bahasa Inggeris; h) Fizik / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana satu (1) matapelajaran.

Negara: Australia & New Zealand

11) Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Fizik; e) Matematik; f) Matematik Tambahan; g) Bahasa Inggeris; h) Programming and Development Tools / Fundamentals of Programming / Biologi / Kimia / Teknologi Maklumat / Lukisan Kejuruteraan / Rekacipta / Pendidikan Seni Visual; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana satu (1) matapelajaran

Negara: Amerika Syarikat, Jepun

5/8

SULIT

SULIT Program 12) Ekonomi Islam / Perbankan Islam / Kewangan Islam Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Matematik / Matematik Tambahan ; e) Prinsip Perakaunan; f) Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan; g) Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Arab Tinggi; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana dua (2) mata pelajaran.

Negara: Jordan

13) Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan)

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lima (5) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Bahasa Inggeris; e) Matematik / Matematik Tambahan; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam manamana empat (4) matapelajaran.

Negara: Amerika Syarikat

6/8

SULIT

SULIT Program 14) Program Tenaga Pengajar Tindikan (TESL / Matematik / Sains) (Untuk calon-calon yang berminat untuk berkhidmat sebagai Guru atau Tenaga Pengajar di Kolej MARA / Maktab Rendah Sains MARA / Kolej Poly-Tech MARA) a) TESL Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Matematik Tambahan; e) Matematik; f) Bahasa Inggeris; g) Fizik / Sains / Sains Tambahan / Biologi; h) Kimia / Ekonomi Asas / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Teknologi Maklumat; dan mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam salah satu (1) matapelajaran. Syarat/gred minimum

Negara : Australia dan New Zealand

b) Matematik / Sains

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam sembilan (9) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Matematik Tambahan e) Matematik; f) Bahasa Inggeris; g) Fizik; h) Kimia; i) Biologi; dan mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam salah satu (1) matapelajaran.

Negara : Australia dan New Zealand

7/8

SULIT

SULIT III.

Cadangan Syarat-Syarat Khusus Permohonan (Dalam Negara) Syarat / Gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam enam (6) matapelajaran berikut: a) b) c) Bahasa Melayu; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; Matematik; Matematik Tambahan; Bahasa Inggeris; dan

Program 15) Kejuruteraan dan Perubatan Negara: Malaysia (Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Universiti Luar Negara kampus Malaysia)

d) e) f)

mendapat gred A- dalam dua (2) daripada mana-mana matapelajaran berikut: g) Fizik / Kimia / Biologi serta mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam salah satu (1) matapelajaran. 16) Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam lima (5) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan AlQuran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Bahasa Inggeris; e) Matematik / Matematik Tambahan; dan dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran.

Negara: Malaysia (Institut Pengajian Tinggi Tempatan)

8/8

SULIT

You might also like