You are on page 1of 8

DASAR PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK AGAMA MATANG 2009 1.

0 LATAR BELAKANG Bidang kurikulum adalah tugas utama bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar panitia mengambil kira keperluan pendidikan di SMKAM dan kemampuan pelajar serta guru untuk menguasai dan mendalami mata pelajaran Pendidikan Islam. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah ini. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan; a. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap ahli Panitia Pendidikan Islam. b. Memantapkan pengurusan panitia Pendidikan Islam di peringkat sekolah. c. Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum peringkat sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. 3.0 DASAR
3.1

3.2
3.3

3.4 3.5

Dasar Panitia Pendidikan Islam sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Sebagai salah sebuah sekolah Kebangsaan Agama, prasyarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Islam, KPM dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Negeri Sarawak akan dipatuhi sepenuhnya. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.

4.0

MESYUARAT 4.1 4.2 4.3 4.4 Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam akan bermesyuarat minimun 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. Minit mesyuarat panitia mestilah disediakan dan diedarkan kepada ahli panitia selewat-lewatnya 2 hari selepas mesyuarat diadakan. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.

5.0

SISTEM FAIL
5.1 5.2

Fail Panitia Pendidikan Islam diurus dan disimpan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Fail di bawah seliaan Ketua Panitia dan diselenggara oleh Setiausaha Kurikulum.
Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

5.3

Jumlah Fail 7 fail utama 1- Fail Utama 2- Fail Sokongan 3- Fail Arkib 4- Fail Pengurusan Kewangan 5- Fail Perancangan Tahunan 6- Fail Peperiksaan 7- Fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

6.0

KOMPONEN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


6.1

Menengah Rendah - Tilawah al-Quran - Hadis - Ulum Syariah i. Aqidah ii. Ibadat iii. Sirah Nabawiah & Tokoh iv. Adab & Akhlak Islamiah

7.0

SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 7.1 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan oleh setiap guru. 7.2 Huraian Sukatan Pelajaran bagi setiap tingkatan hendaklah disimpan oleh Ketua Panitia. 7.3 Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran untuk setiap tingkatan dan disimpan oleh guru dalam Buku Rekod Mengajar serta salinan untuk setiap tingkatan disimpan di dalam Fail Panitia. 7.4 Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas; i. Tajuk/Isi Pelajaran ii. Objektif iii. Aktiviti / Strategi P&P iv. KBKK v. Refleksi 7.5 7.6 7.7 7.8 Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari akhir persekolahan minggu berkenaan dan rancangan mengajar pada hari pertama minggu berikutnya hendaklah dibuat awal dan dihantar bersama. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan p & p. Penggabungan antara tajuk adalah digalakkan untuk sesetengah topik. Isi kandungan boleh disusun semula oleh guru terbabit. Menghabiskan Sukatan; i. Tingkatan 3 dihabiskan pada bulan Julai ii. Tingkatan 1 dan 2 dihabiskan pada bulan September Pendidikan Bestari - Kaedah pengajaran hendaklah berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui kursus dalaman.

7.9

Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

8.0

JADUAL WAKTU
8.1

Jumlah Waktu mata pelajaran Pendidikan Islam Menengah Rendah ialah 6 waktu seminggu.

9.0

GURU BERKURSUS / TIDAK HADIR 9.1 9.2 Guru yang dipanggil berkursus hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih awal dan membuat catatan dalam Buku Kehadiran Buku. Guru tersebut hendaklah menyediakan : i. latihan untuk diberikan kepada pelajar atau ii. menjual waktu kepada guru-guru lain atau iii. menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.

10.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN a Peperiksaan Penggal i. ii. b. c. 2 kali setahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei Peperiksaan Akhir Tahun Oktober 2 kali setahun

Ujian Bulanan i. iii.

Ujian 1 - Mac ii. Ujian 2 - Julai Ujian 3 - September ( Opsyenal )

Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 1,2 & 3


i.

Kertas 1 - 100 markah

d.

Format Peperiksaan ujian. ii. i. Ujian Bulanan - Masa 1 Jam dan pengujian hanya terhadap sukatan yang diajar sepanjang masa sebelum

Peperiksaan Penggal (a) Masa peperiksaan - Tingkatan 1, 2,3 Kertas 45/1 ( 2jam) (b) Format - Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam (c) Semua Pengendalian Mengikut Standard Peperiksaan Sebenar iii. Jadual penggubal soalan diedarkan pada awal tahun. iv. Muka hadapan kertas soalan mesti dicatat nama penyedia soalan dan kertas soalan itu mestilah disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh GKMP. v. Pelajar dibenarkan untuk menjawab soalan sama ada dengan tulisan jawi atau rumi.
Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

e.

Rekod Markah i. Markah Ujian Bulanan disimpan dalam buku rekod dan dimasukkan dalam komputer peperiksaan.

f.

Jadual Spesifikasi Ujian i.


ii.

iii.
iv.

Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU yang memenuhi syarat 5 : 3 : 2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya. Analisa item bagi semua soalan mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia/ Guru Kanan atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak. ( Syarat Kementerian )

g.

Post Mortem Untuk Peperiksaan i. ii.


ii.

iii.

iv. h.

Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan PMR & SPM dan Peperiksaan Dalaman dikeluarkan. Kekuatan dan kelemahan murid hendaklah dikenalpasti berdasarkan TOV dan ETR setiap ujian dan peperiksaan. Setiap guru perlu mengkategorikan pelajar dalam kumpulan Gemilang, Cemerlang dan Harapan di dalam buku rekod masingmasing untuk tindakan sewajarnya. Setiap guru Pendidikan Islam perlu menentukan TOV/ETR kelas masing-masing. Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah i. PBS Kertas 2 (45/2) ii. Terbahagi kepada 2 bahagian: 1. Ujian Tilawah dan hafazan (UTH) - Tilawah : 12 markah - Hafazan : 48 markah 2. Penilaian Adab dan Akhlak Islamiah - Adab Terhadap Guru : 40 markah - Adab Terhadap Rakan Sebaya : 40 markah - Adab Terhadap Ibu Bapa : 40 markah iii. Dilaksanakan bermula bulan Februari hingga Julai tahun semasa. iv. Sasaran : Wajib kepada semua calon PMR tahun semasa.

Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

i.

Kerja Khusus
i.

ii.
iii.

iv.

v. 11.0

Kerja khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam ialah PAFA (Penilaian Asas Fardu Ain) Kerja khusus ini melibatkan semua pelajar menengah rendah dari tingkatan 1 hingga 3. Setiap guru mesti mengadakan ujian PAFA mengikut sukatan yang telah ditetapkan untuk setiap tingkatan. Ujian yang telah dilakukan oleh pelajar hendaklah direkodkan dalam borang individu dan borang kelompok yang disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam. Ujian PAFA dilaksanakan bermula Januari Hingga Oktober tahun semasa.

PEMANTAUAN 11.1 Jawatankuasa Pemantauan Jawatankuasa Tetap Pemantauan Pendidikan Islam: i. Pengetua ii. Penolong Kanan Pentadbiran iii. Guru Kanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam iv. Ketua Panitia 11.2 Pengurusan Panitia
a.

b. c.
11.3

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Semua fail disimpan di Bilik Fail. Semua BBM panitia Pendidikan Islam direkod dan selenggarakan dengan baik.

Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran a. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/Pelajar di bilik darjah akan diselia sekali dalam setahun secara rasmi. b. Jadual Pencerapan diedarkan pada awal tahun persekolahan. c. Ahli-ahli panitia akan dipantau oleh Ketua Panitia, GuruGuru Kanan dan Penolong Kanan. Jadual penyeliaan berfokus dikeluarkan setiap tahun oleh pihak pentadbir. d. Adalah digalakkan guru menawarkan diri untuk diselia. e. Ahli-ahli panitia juga digalakkan menyelia rakan guru di bawah panitia yang sama untuk berkongsi maklumat dan teknik pengajaran. f. Buku pelajar perlu disemak dengan sempurna dan perlu diberi ulasan serta dicatatkan markah yang diperolehi oleh pelajar.
Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

Guru Pendidikan Islam perlu kerap menyemak buku latihan pelajar. h. Adalah digalakkan untuk membuat latihan menggunakan tulisan jawi. i. Bilangan latihan mata pelajaran Pendidikan Islam pelajar tingkatan 1,2,3 ialah: - Tingkatan 1 26 sepenggal - Tingkatan 2 22 sepenggal - Tingkatan 3 21 sepenggal
g.

11.4 Penyeliaan Buku Latihan Pelajar a.


b.

c. d.

Kerja pelajar akan dicerap oleh pengurusan 2 kali setahun berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Semua Guru Pendidikan Islam akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang ajar untuk semakan Ketua Panitia Ketua Panitia Pendidikan Islam akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Pelajar hendaklah diserahkan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

11.5

Peperiksaan & Penilaian


a.

b.

c. d.

Ketua Panitia Pendidikan Islam akan bertanggungjawab memastikan semua kertas peperiksaan untuk setiap tingkatan disediakan seminggu sebelum tarikh peperiksaan berlangsung. Ketua Panitia Pendidikan Islam perlu memastikan Ketua Pentaksir Sekolah untuk PBS melaksanakan tugas dengan sempurna. Ketua Panitia Pendidikan Islam perlu memastikan PBS dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketua Panitia Pendidikan Islam perlu berbincang dengan semua ahli panitia setiap kali selepas ujian/ peperiksaan dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar.

12.0

ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA 12.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Panitia Pendidikan Islam akan mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan Bantu Mengajar kepada Guru Kanan Mata Pelajaran. 12.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan Mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 12.3 Bajet Panitia Pendidikan Islam berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

13.0

BUKU TEKS , PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN


Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

13.1 Buku Teks yang dibekalkan dimaksimakan penggunaannya. 13.2 Guru-guru Panitia Pendidikan Islam dibenarkan menggunakan PSS dengan tujuan pengajaran berfokus. 13.3 Ketua panitia Pendidikan Islam perlu menguruskan pembelian bukubuku rujukan, dilabel dan direkodkan dengan teratur dalam fail inventori. 13.4 Buku-buku rujukan percuma ( Naskah Guru) dijadikan aset panitia dan diagihkan kepada ahli-ahli panitia Pendidikan Islam. 14.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 14.1 Semua program utama yang berlangsung dalam P&P dibuat berdasarkan keperluan Panitia Pendidikan Islam. 14.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik panitia Bahasa Arab yang bertunjang ke arah kecemerlangan pelajar. 14.3 Semua ahli panitia Pendidikan Islam hendaklah sentiasa berbincang bentuk program kecemerlangan akademik yang perlu dijalankan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 14.4 Panitia Pendidikan Islam perlu menyerahkan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam untuk perbincangan dan tindakan susulan. 14.5 Panitia Pendidikan Islam perlu melibatkan HEM, Kaunseling dan Warden Asrama bagi penyelarasan Program Akademik Panitia Pendidikan Islam. 14.6 Program-program panitia Pendidikan Islam yang dijalankan mestilah berfokus dan berdasarkan kumpulan pelajar Gemilang, Cemerlang dan Harapan. 15.0 PERKEMBANGAN STAF 15.1 Kursus Dalaman
a.

b. c.
d.

Semua guru panitia Pendidikan Islam yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai Kursus Dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Pengetua/Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. Bahan kursus boleh diperbanyakan untuk keperluan guru lain. Kursus dalaman kepada ahli panitia Pendidikan Islam berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam perlu diadakan selewatlewatnya 2 minggu selepas guru berkenaan menghadiri kursus.

15.2 Bahan-Bahan Ilmiah Kursus a. b. 16.0 Diperbanyakkan untuk keperluan guru lain Disimpan untuk rujukan panitia.

TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN 16.1 PMR Kelulusan 100% dan minima gred C bagi semua calon PMR.
Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

16.2 Dalaman Tingkatan 1, 2 dan 3 kelulusan 100% dan mendapat sekurang-kurangnya gred D. 17.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 17.1 Panitia Pendidikan Islam perlulah menyertai semua pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran atau agensi yang berkaitan. 17.2 Guru-Guru Panitia Pendidikan Islam dan pelajar juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. 18.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 18.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan di peringkat sekolah dan pendidikan negara. 18.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan, mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia Pendidikan Islam

Dasar Panitia PI SMKAM 2009 / Mukasurat

You might also like