You are on page 1of 1

Makluman Pendaftaran

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AMBILAN JUN 2011
TAHNIAH kerana tuan berjaya ditawarkan untuk mengikuti Program Pensizwazahan Guru (PPG) ambilan Jun 2011. Sila ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut : 1. i. ii. iii. 2. 3. 4. Tuan dikehendaki mendaftar pada:

Tarikh : 11 Jun 2011 Masa : 8.00 pagi 11.00 pagi dengan berpakaian kemas Tempat : Sila Rujuk Surat Tawaran Sementara Tuan dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan. Tuan dikehendakli menghadiri semua taklimat yang dijadualkan. Semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), tuan diwajibkan mengemukakan DOKUMEN ASAL kepada pegawai bertugas untuk semakan dan pengesahan. Tuan tidak dibenarkan mendaftar sebagai pelajar di IPGK sekiranya GAGAL mengemukakan semua dokumen ASAL seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Surat Tawaran Sementara daripada IPGM (Cetakan Komputer); Surat Kelulusan/Kebenaran Belajar (Cetakan Komputer); Surat Kelulusan Pembiayaan (Cetakan Komputer); Surat Lantikan Jawatan; Surat Pengesahan Jawatan; Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf Kewarganegaraan Malaysia; Sijil Kelahiran; Sijil iktisas (Sijil Perguruan);dan Sijil-sijil Peperiksaan SPM/SPMV/MCE/STPM/STP/HSC

Tuan dikehendaki membawa bersama-sama dua (2) salinan fotostat semua dokumen yang tersebut di atas yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A sahaja. 5. 6. 7. i. ii. Borang Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru akan diberi semasa anda mendaftar di IPGK. Tuan perlu membuat bayaran pengurusan pendaftaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus) semasa pendaftaran. Tuan tidak dibenarkan menukar : bidang pengajian atau Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) yang telah ditetapkan.

Sekian dimaklumkan dan diharap tuan membuat persediaan dan mengambil perhatian serta tindakan yang sewajarnya bagi mengelak masalah dan kesulitan yang timbul semasa mendaftar.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

Mei 2011

You might also like