You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN Takrif, konsep perlembagaan 1.

Perlembagaan ditakrifkan sebagai kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah.

Konsep ketertinggian perlembagaan 1. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia 2. Perlembagaan Persekutuan membahagikan kuasa Persekutuan dan Negeri kepada 3 peringkat iaitu:a. Kuasa perundangan b. Kuasa Eksekutif
3. Ketiga-tiga

c. Kuasa Kehakiman kepada Ketertinggian

cabang

kerajaan

adalah

tertakluk

Perlembagaan. 4. Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa yang tertinggi dan bukannya Parlimen seperti di Britain. Parlimen Malaysia mendapat kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen hanya mempunyai kuasa yang terhad kerana ia tidak boleh membuat undang-undang bagi pperkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasanya. Di Britain, parlimen boleh membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang tanpa halangan perlembagaan. 5. Dewan Undangan Negeri juga tertakluk kepada sekatan had kuasa dan bidang kuasa perundangan serta semakan mahkamah seperti Parlimen. 6. Meskipun Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara, tetapi baginda menjalankan tugas-tugasnya mengikut peruntukan-peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga, Raja atau Yang Dipertua Negeri

sebagai ketua negeri tertakluk kepada perlembagaan negeri masing-masing.


7. Mahkamah berkuasa untuk mengistiharkan sesuatu unddang-undang yang dibuat

oleh parlimen sebagai tidak sah sekiranya undang-undang tersebut bercanggah

dengan Perlembagaan Ppersekutuan. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan dianggap terbatal setakat mana yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bererti bahawa kuasa kehakiman adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak Perlembagaan. 8. Ringkkasnya, ketiga-tiga cabang kerajaan tersebut berfungsi atas landasan Perlembagaan:
a. Sungguhpun Badan Eksekutif

berkuasa membuat dan melaksanakan

dasar-dasar menyentuh kehidupan setiap rakyat negara, namum badan ini mesti patuh kepada Perlembagaan.
b. Sungguhpun

Badan Perundangan berkuasa membuat, membuat,

meminda dan memansuhkan undang-undang, namun badan ini juga mesti patuh kepada Perlembagaan.
c. Sungguhpun

Badan

Kehakiman

berkuasa

membicara,

membuat

keputusan dan menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kes sivil/jenayah, namun badan ini juga patuh kepada perlembagaan.

9. Oleh itu, tiada terdapat sebarang institusi atau badan tertentu di Malaysia selain

Perlembagaan Persekutuan yang memppunyai kuasa yang tertinggi. Inilah yang dimakssudkan dengan Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Jenis Perlembagaan 1.

You might also like