You are on page 1of 6

4.

KESALAHAN KOSA KATA Kosa kata ialah perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Antara aspek kosa kata yang sering dibuat kesalahan. 4.1 4.2 4.3 Membuat pelihan perkataan yang tidak tepat atau tidak sesuai. Menggunakan penanda jamak dengan cara yang salah. Penggunaan kata sendi nama yang salah.

4.1

PILIHAN PERKATAAN TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang mendukung maksud tertentu. Jika perkataan salah digunakan, maka maknanya yang disampaikan salah dan tidak jelas.

Salah Saya ada sebatang pen. Ia bewarna biru.

Betul Saya ada sebatang pen. Warnanya biru.

Dalam artikel yang dipilih. Terdapat beberapa kesalahan dalam pemilihan perkataan ini. Contohnya: Salah (terdapat dalam artikel) Ia masih menunjukkan murid perempuan lebih menyukai subjek sains dan matematik. Saintis masih tidak tahu kenapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik semakin berkurangan. Betul Kajian menunjukkan murid perempuan lebih menyukai subjek sains dan metematik. Saintis masih belum mengetahui mengapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik berkurangan. (setelah diperbetulkan kesalahan tatabahasa yang lain)

4.2

MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK DENGAN CARA YANG SALAH Bahasa Melayu mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan jumlahyang banyak. Salah satu cara adalah dengan menggunakan perkataan yang berkenaan atau dengan menggunakan perkataan- perkataan yang sedia mendukung maksud banyak seperti segala, semua, para dan beberapa. Antara kesalahan bahasa yang berkain rapat dengan penanda jamak ialah:

4.2.1 Menggandakan kata nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan banyak. Salah Dua buah buku-buku Semua pelajar- pelajar Para guru- guru Betul Dua buah buku Semua pelajar Para guru

4.2.2 Menggandakan kata nama yang sudah membawa maksud banyak Salah Mereka- mereka Umat- umat Rakyat- rakyat 4.33 Betul Mereka Umat Rakyat

Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah Salah Guru besar- guru besar Atur cara- atur cara Meja tulis- meja tulis Betul Guru- guru besar Atur-atur cara Meja- meja tulis

Dalam artikel yang dipilih, tidak terdapat kesalahan penggunaan tanda jamak.

4.3 4.3.1

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA YANG SALAH Kata sendi nama di Kata sendi nama di digunakan khususnya di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Di tidak boleh digunakan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu. Contohnya: Salah Di pagi hari Di kurun ke-15 Di zaman itu Betul Pada pagi hari Pada kurun ke-15 Pada zaman itu

4.3.2

Kata sendi nama ke Salah satu kegunaan ke adalah di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat arah dan waktu atau boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama manusia atau binatang. Contohnya: Salah Ke pihak polis Ke Ali Ke kucing Betul Kepada pihak polis Kepada Ali Kepada kucing

4.3.3

Kata nama sendi nama dari Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa. Salah Bertiup daripada selatan Daripada kiri ke kanan Datang daripada mana? Betul Bertiup dari selatan Dari kiri ke kanan Datang dari mana?

Dalam artikel yang dipilih, tidak terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama.

5.0

KESALAHAN IMBUHAN Dalam bahasa Melayu proses pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan. Oleh itu, banyak kesalahan bahasa yang dibuat berhubung dengan penggunaan imbuhan.

5.1

TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN Sebahagian besar ayat dalam bahasa melayu terbentuk dengan frasa kerja. Dalam frasa kerja, kata kerja ialah kata utama. Banyak ayat yang salah terbina kerana kata kerjanya tidak diberi imbuhan. Contohnya:

Salah Mereka jalan ke sekolah. Dia hendak beli baju. Hafiz senyum kepada saya. 5.2

Betul Mereka berjalan ke sekolah. Dia hendak membeli baju. Hafiz tersenyum kepada saya.

MENGGUNAKAN IMBUHAN YANG SALAH Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan. Setiap satunya mempunyai perturan tertentu tentang penggunaannya. Contohnya:

Salah Pekerja- pekerja baharu itu sedang menjalankan kursus. Mereka berbincang perkara itu. Kami akan menumpu perhatian kepada persoalan itu.

Betul Pekerja- pekerja baharu itu sedang menjalani kursus. Mereka membincangkan perkara itu. Kami akan menumpukan perhatian kepada persoalan itu.

Dalam artikel yang dipilih, terdapat beberapa kesalahan imbuhan iaitu kealahan tidak menggunakan imbuhan. Salah Saintis masih tidak tahu kenapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik semakin berkurangan. Betul Saintis masih tidak mengetahui mengapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik berkurangan.

6.0

KESALAHAN FRASA Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa snedi nama. Tiap- tiap frasa mempunyai binaan tersendiri. Kesalahan berlaku apabila syarat- syarat binaan dilanggar.

6.1

MELANGGAR HUKUM D-M Binaan frasa nama, pada amnya, tertakluk pada hokum D-M, iaitu bahagian yang diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerang (M). Salah Murni Hotel Goreng pisang Cili sos Betul Hotel Murni Pisang goreng Sos cili

6.2

FRASA KERJA TAK TRANSITIF Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang selalunya berbentuk frasa sendi nama. Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan. Salah Pergi sekolah Balik kampung Berbincang hal itu Betul Pergi ke sekolah Balik ke kampung Berbincang tentang hal itu

6.3

OBJEK SELEPAS KATA KERJA TRANSITIF Dalam frasa kerja transitif, objek handaklah hadir selepas sahaja kata kerja transitif. Salah jika diselitkan kata sendi nama atau unsur- unsur lain.

Salah Menduduki di rumah itu Memasuki dalam bilik itu 6.4

Betul Menduduki rumah itu Memasuki bilik itu

KATA SENDI NAMA SELEPAS KATA ADJEKTIF Kata adjektif yang memberi pengertian konsep perasaan seperti benci dan segan hendaklah diikuti oleh kata sendi nama.

Salah Rindu ibunya Benci kelakuan buruknya

Betul Rindu akan ibunya Benci dengan kelakuan buruknya

Dalam artikel yang dipilih, tidak terdapat kesalahan frasa.

You might also like