You are on page 1of 8

MODEL-MODEL PENGAJARAN Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada beberapa model

pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah : 4.1 Model Ekspositori 4.2 Model Pemerosesan Maklumat 4.3 Model inkuiri 4.4 Model Projek 4.1. Model Ekspositori Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja. Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961). 4.2 Model Pemerosesan Maklumat 4.2.1 TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE. -Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi. -Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf. -Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne. i. Fasa motivasi Jangkaan ii. Fasa kefahaman Pemerhatian Simpanan Persepsi

iii. Fasa Perolehan Pengekodan Simpanan Awal iv. Fasa Penahanan Penyimpanan Stor Ingatan v. Fasa Ingatan Kembali Mengingat Kembali Mencari vi. Fasa Generalisasi Pindahan vii. Fasa Prestasi Gerak balas viii. Fasa Maklum balas Peneguhan LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT: Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks: 1)Pembelajaran Melalui isyarat -Berbentuk primitif. Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran. 2)Pembelajaran stimuli-tindak balas -Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu. Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya. 3)Pembelajaran Melalui Rantaian -Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya. Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan . 4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal -Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa. Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya. 5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan. -Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.

6)Pembelajaran konsep -Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama. Contohnya:Beg,buah-buahan,buku. 7)Pembelajaran prinsip. -Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah. 8)Pembelajaran penyelesaian masalah -Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik. 4.2.2 MODEL TABA A. Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai. B. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu: 1)Peringkat penyusunan data Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya. 2)Peringkat membentuk konsep Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu. 3)Peringkat membentuk hukum Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategorikategori yang dibentuk dalam peringkat 2. 4)Peringkat aplikasi -Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru. 4.2.3 MODEL INKUIRI

1. Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat. 2. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan. Contoh: a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey) -digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains. -berlandaskan kepada 5 langkah: i. MENGENAL PASTI MASALAH ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN iii. MEMBUAT HIPOTESIS iv. MENGUJI HIPOTESIS v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN b)Model Inkuiri Sosial - Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. - Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik. - Merangkumi 6 langkah: i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN c) Model Inkuiri Jurispudential - Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Terbahagi kepada 2: -

i)-Inkuiri Terbimbing - Melalui bimbingan guru - Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah. ii)-Inkuiri Terbuka - Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri. - Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi. iii)Inkuiri Suchman Berlandaskan andaian bahawa strategi strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains. d) Model Projek -Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). -Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang. -Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan. 4.2.4 Model PengajaranASSURE A- Analyse learner (analisis pelajar)(1) Ciri umum; umur, tahap, latarbelakag sosioekonomi (2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik S- State Objective (nyatakan obj)(1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P (2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari. S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)-Kaedah; simulasi, demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria(1) sepadan dgn kurikulum (2) maklumat tpt/tkini

(3) bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5) galak plibatan pelajar (6) kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) ada panduan untuk digunakan. Reka bentuk Bahan; ambil kira; - objektif - pelajar - kos - kepakaran teknikal - peralatan - fasiliti - masa . U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); (1)prebiu bahan (2) sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4) sedikn plajar (5) sedia pengalaman pembelajaran. R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek E-Evaluate and revise (nilai dan semak)(1) nilai pencapaian pelajar (2) pembelajaran yd terhasil (3) media/kaedah

(4) penggunaan guru (5) penggunaan murid. 5. KONSEP PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif. Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran : -Ia adalah proses yang berterusan. -Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari. -Ia melalui Proses Pembelajaran seperti : 1. Rangsangan dan persekitaran (guru, buku, ibu bapa, rakan, filem) 2. Rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria. (rangsangan positif dan bermakna) 3. Rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima. (pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian) 4. Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan. (diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula) 5. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan sepadan. (pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).

6. Perubahan tingkah laku. (pembelajaran sebenar)

You might also like