You are on page 1of 2

SEKSYEN A

SOALAN 3

Encik Rahim, Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama empat (4) tahun dan hanya mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini. Bolehkah Encik Rahim memohon cuti haji pada tahun ini? Berikan alasan dengan menyatakan syarat-syarat permohonan cuti haji kepada beliau.

Definisi cuti dalam Perintah Am 1 (i) Bab C ialah sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Cuti merupakan hak keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan kerajaan bukan hak kakitangan kerajaan. Sumber-sumber dasar dan peraturan kemudahan cuti ini boleh dilihat dan diperoleh dari Pekeliling Perkhidmatan melalui Surat Pekeliling

Perkhidmatan dan Surat Edaran. Manakala definisi Cuti Rehat berlainan dengan definisi cuti. Ini boleh dilihat dalam Perintah Am 1 (ii) Bab C ialah cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahu, dari bulan Januari hingga Disember. Terdapat pelbagai jenis cuti dinyatakan dalam Perintah Am Bab C antaranya termasuk Cuti Haji di dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C seperti yang di lampirkan di dalam Lampiran A.

Bagi permasalahan ini, Encik Rahim boleh memohon cuti haji pada tahun ini. Ini kerana telah dinyatakan di dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C, syarat-syarat

memohon cuti haji mestilah di buat oleh pegawai kerajaan yang beragama Islam, taraf jawatan adalah tetap. Jawatan pegawai memohon mesti telah disahkan, berkhidmat kurang daripada 10 tahun dan mendapat kemudahan Cuti Haji bergaji penuh untuk menunaikan fardhu haji sekali di sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 40 hari. Cuti Haji ini akan mengurangkan kelayakan cuti rehat pegawai memohon pada tahun

berkenaan. Bagi pegawai berjawatan sementara mestilah telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan manakala bagi pegawai bertaraf kontrak juga layak memohon sekiranya belum mengambil cuti haji ini sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai kerajaan tersebut. Pegawai kerajaan yang memohon pegawai juga perlu akan

mengemukakan

surat

pengesahan

yang menyatakan

tersebut

menunaikan fardhu haji dengan Tabung Haji atau syarikat lain. Syarikat atau agensi yang dinyatakan mestilah mendapat pengiktirafan dari Tabung Haji.

Encik Rahim merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap. Ini kerana beliau telah berkhidmat selama 4 tahun iaitu berkhidmat kurang dari 10 tahun. Di dalam tempoh tersebut, pegawai kerajaan telah disahkan jawatan mereka. En. Rahim juga layak menerima cuti haji bergaji penuh bagi menunaikan fardhu haji jika beliau baru memohon cuti ini buat pertama kali sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Selain itu juga, Encik Rahim perlu mengemukakan surat pengesahan dari Tabung Haji atau syarikat yang telah diiktiraf oleh Tabung Haji bagi menunjukkan pengesahan bahawa pemohon memang akan pergi menunaikan fardhu haji.

You might also like