You are on page 1of 2

PERCUBAAN II STPM 2011 900/2 PENGAJIAN AM KERTAS 2 (Tiga jam)

SULIT

SMK AGAMA SIBU SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D dan E dan dua soalan dalam Bahagian C Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian Markah untuk tisp-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan

Disediakan Oleh : ............................ (Saptuah Bt Haji Atoi) GA Pengajian Am

Disemak & Diluluskan Oleh: .............................................. (Mohd. Ramlee Bin Anis) GPK Tingkatan Enam

SULIT* Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1. Laman sosial seperti twitter, facebook dan blog menjadi saluran komunikasi yang mudah, cepat serta berkesan. Namun terdapat juga segelintir pengguna yang menyalahgunakan teknologi komunikasi ini sehingga meninggalkan kesan tertentu. Bincangkan kebaikan dan keburukan laman sosial. 2. Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan sukar dikesan. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara.

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 3. Tenaga nuklear merupakan sumber tenaga yang banyak membantu kehidupan manusia. Namun, sumber ini juga membawa kesan sampingan. Bincangkan. 4. Hipertensi, diabetes dan lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Justeru, penyakit yang menyebabkan kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.

900/2 SULIT*

You might also like