You are on page 1of 18

4.

4 Penyelarasan Pentadbiran dan Kewangan


Pengenalan 4.4.1 Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri. 4.4.2 Majlis Penyelarasan Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri (Perlembagaan Persekutuan). 4.4.2.1 Majlis Raja-Raja. 4.4.2.2 Majlis Tanah Negara. 4.4.2.3 Majlis Kewangan Negara. 4.4.2.4 Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.

Penyelarasan penting untuk mencapai tujuan: i. Menambah kecekapan dalam perkhidmatan awam. ii. Menjimatkan sumber-sumber terhad. iii.Mengelakkan pembaziran wang dan guna tenaga.

4.4.1 Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri Untuk menyeragam dan melicinkan pentadbiran. Bagi perkara yang tidak tersenarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ini,kuasa perundangannya di bawah tadbiran Dewan Undangan Negeri(DUN). Kerajaan Negeri boleh membenarkan Kerajaan Persekutuan bertindak ke atas perkara-perkara di bawah kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri bagi melicinkan pentadbiran. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa tambahan kepada kerajaan Sabah Dan Sarawak dari segi hal-ehwal imigresen,agama dan kedudukan kaum Bumiputera.

Jenis-jenis Badan Penyelaras


Penyelarasan diadakan untuk melicinkan pentadbiran.Antaranya: a) Penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. b) Penyelarasan antara kementerian.

a) b) c) d)

Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan empat majlis untuk menyelaraskan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,iaitu: Majlis Raja-Raja Majlis Tanah Negara Majlis Kewangan Negara Majlis Negara

Penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ialah: a) Majlis Perhutanan Negara b) Majlis Perumahan Negara c) Majlis Air Negara Penyelaras antara kementerian dasar telah dibuat melalui majlismajlis ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan: a) Majlis Pembangunan Negara b) Majlis Perancang Negara c) Majlis Keselamatan Negara

4.4.2 Majlis Penyelarasan Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri(Perlembagaan Persekutuan)

4.4.2.1Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja merupakan badan penyelaras disebabkan salah satu tugas utamanya adalah untuk membincangkan dasar-dasar negara berkenaan dengan: a) Hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk Bumiputera Sabah serta Sarawak. b) Perubahan sempadan negeri. c) Kewarganegaraan. d) Penetapan tarikh upacara agama Islam yang sama di seluruh Persekutuan Malaysia. e) Taraf bahasa Melayu.

Sebelum perbincangan dasar-dasar negara di mesyuarat Majlis Raja-Raja,dasar berkenaan akan dibincangkan di: a) Mesyuarat setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. b) Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Kedua-dua mesyuarat itu penting untuk membincang dan menyelaraskan maklumat dasar negara yang bakal dibentangkan di Majlis Raja-Raja secara teliti. Sultan dan YDN akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri masing-masing,sementara DYMM diiringi oleh Perdana Menteri agar penyelaras dapat dibuat semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja.

4.4.2.2 Majlis Tanah Negara


Majlis ini berfungsi untuk: a) Membentuk dan mentadbir dasar negara berhubung dengan penggunaan tanah di seluruh Persekutuan Malaysia. b) Berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tentang penyelarasan dan penggunaan tanah. c) Memastikan wujudnya pengawalan tanah untuk pertanian,perhutanan dan perlombongan sumber galian. d) Peruntukan tanah untuk kegunaan pembangunan.

Ahli-ahli Majlis Tanah Negara terdiri daripada:


a) Seorang wakil negeri dilantik oleh sultan atau YDN. b) Wakil-wakil negeri Sabah dan Sarawak tidak perlu mematuhi majlis selain tidak berkuasa mengundi. c) Kerajaan Persekutuan melantik tidak lebih daripada 10 orang wakil dari Kerajaan Persekutuan. Apabila tanah yang dimaju tidak diperlukan oleh Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri boleh memperoleh dengan membayar wang untuk tanah dan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Perolehan tanah oleh Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Negeri. Jenis Tanah

Cara Perolehan
Kerajaan negeri mengambil tanah tersebut daripada tuan tanah melalui perjanjian atau paksaan. Tuan tanah akan dibayar pampasan mengikut harga tanah semasa. Kerajaan menyerahkan tanah berkenaan selepas berunding dengan pihak Kerajaan Persekutuan.

Tanah milik
Tanah bukan milik

Tanah Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengambilnya. dikhaskan untuk maksud Kerajaan Negeri

Tanah rezab orang Melayu merujuk kepada tanah umum yang digunakan untuk kebajikan orang Melayu. Tanah rezab Melayu yang terhenti menjadi rezab orang Melayu harus digantikan di kawasan lain dengan keluasan yang sama.

4.4.2.3 Majlis Kewangan Negara


Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan wang kepada Kerajaan Negeri.Oleh itu,wujud penyelarasan. Majlis Kewangan Negara ini berfungsi untuk: a) Mntadbir hal-ehwal kewangan negara dengan menentukan jumlah wang yang diperuntukkan kepada setiap negeri. b) Menentukan jumlah pinjaman wang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. c) Menentukan rancangan kemajuan negeri dan pembiayaannya. d) Menentukan pinjaman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. e) Mengadakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri berhubung dengan kemajuan dan penggunaan tanah.

a) b) c)

Kriteria peruntukan ini adalah berdasarkan: Bilangan penduduk negeri. Jaringan jalan raya negeri itu. Peruntukan pembangan khas.

Ahli-ahli Majlis Kewangan Negara terdiri daripada: a) Perdana Menteri sebagai pengerusi majlis. b) Menteri Kewangan dan menteri-menteri lain dilantik oleh Perdana Menteri. c) Wakil-wakil Kerajaan Negeri dilantik oleh sultan atau YDN.

Penyelarasan Antara Persekutuan Dengan Negeri (Tidak Termaktub Dalam Perlembagaan Persekutuan ).

4.4.2.4 Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Persekutuan mengadakan penyelarasan dengan Kerajaan Tempatan melalui Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. Ahli-ahli terdiri daripada: a) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai pengerusi. b) Wakil-wakil Kerajaan Negeri(kecuali Sabah dan Sarawak)yang dilantik oleh sultan atau YDN. c) Tidak lebih daripada 10 orang ahli dilantik oleh Kerajaan Persekutuan.

Perkara-perkara dibincangkan dalam majlis ini ialah: a) Pembentukan dasar-dasar untuk memaju dan menyelaraskan peranan Kerajaan Tempatan. b) Projek-projek atau aktiviti-aktiviti boleh membangunkan Kerajaan Tempatan di seluruh persekutuan. c) Tindakan,kawalan dan kemajuan Kerajaan-kerajaan Tempatan. d) Berbincang dan mentadbir undang-undang berkaitan Kerajaan Tempatan. e) Penggubalan undang-undang Kerajaan Tempatan oleh penasihat Kerajaan Persekutuan dengan penasihat Kerajaan Negeri.

Tamat Sekian, Terima Kasih


Disediakan oleh Tan Janice,6 Bawah Akru.

You might also like