You are on page 1of 11

BAB 5 : SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

HAFIZATUL NADIA BT MASRIAL 6 BAWAH AKRU

5.1 PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG di MALAYSIA

Undang-undang merujuk kepada peraturanperaturan dipersetujui secara umum oleh masyarakat . Menurut Perkara 160,Perlembagaan persekutuan, undang-undang merujuk kepada undang-undang bertulis, common law berkuat kuasa dalam Persekutuan , adat dan kelaziman mempunyai kuasa dalam mana-mana bahagian Persekutuan

> Sumber Undang-Undang

Sumber undang-undang merujuk kepada peraturan undang-undang yang digunakan di sesebuah negara. Sumber undang-undang Malaysia dibahagikan kepada 2 iaitu : a) undang-undang bertulis b) undang-undang tidak bertulis

:: Undang-Undang Bertulis

Undang-undang bertulis merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan diluluskan oleh Parlimen/Dewan Undangan Negeri. Badan penggubalan undang-undang terbahagi kepaa 2 iaitu : a) Parlimen yang mewakili Kerajaan Persekutuan. b) Dewan Undangan Negeri yang mewakili Kerajaan Negeri

Undang-undang bertulis dikategorikan seperti berikut : a) Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri ) b) Statut (Akta,Enakmen & Ordinan ) c) Perundangan kecil d) Undang-undang subsidiari

:: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber utama undangundang bertulis di Malaysia.

Di dalamnya terdapat perincian tentang kuasa Parlimen & Dewan Undangan Negeri.
Undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal & tidak sah. Antara perkara yang disentuh oleh Perlembagaan Persekutuan ialah : a) Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Persekutuan. b) Islam sebagai agama Persekutuan. c) Kebebasan asasi. d) Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

:: Perlembagaan Negeri

Perkara 7(4) , Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa semua Perlembagaan Negeri mengandungi PERKARA PERLU yang disenarai dalam Jadual Kelapan. Parlimen boleh membuat undang-undang yang memberi negeri tersebut kuasa mengadakan Peruntukan Perlu/mengetepikan apa-apa peruntukan yang bercanggah dengannya. Sabah & Sarawak mendapat perlembagaan melalui Perjanjian Malaysia yang memberi peruntukan tambahan kepada negeri-negeri berkenaan.

:: Statut

Statut terdiri daripada Akta ,Enakmen & Ordinan. Akta merujuk kepada undang-undang digubal oleh Parlimen selepas merdeka/sejak bulan september 1959. Enakmen merujuk kepada undang-undang digubal oleh Dewan Undangan Negeri di setiap negeri kecuali SARAWAK . Ordinan pula merupakan : a) undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak b) undang-undang yang dgubal oleh badan perundangan di peringkat kerajaan pusat antara tahun 1946-September 1959. c) undang-undang yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat (Perkara 50, Perlembagaan Persekutuan).

:: Perundangan Kecil

Peraturan, perintah, pemberitahuan & pengisytiharan yang dibuat badanbadan berkuasa.

Perundangan kecil diadakan untuk : a) membolehkan badan berkuasa & agensi membuat perincian terhadap undang-undang oleh badan perundangan. b) membolehkan badan berkuasa & agensi membuat undang-undang yang sesuai dengan bidang masing-masing berlandaskan akta induk yang digubal oleh badan perundangan.

Undang-undang ini mudah diubah & anjal berbanding proses menggubal undang-undang di Parlimen.
Namun, sesuatu perundangan itu boleh diisytiharkan ultra vires sekiranya mahkamah mendapati undang-undang yang dibuat bercanggah dengan Akta Parlimen/Enakmen Dewan Undangan Negeri. Contoh perundangan kecil ialah undang-undang yang digubal oleh Kerajaan Tempatan.

Undang-Undang Subsidiari

Undang-undang subsidiari ialah peraturan & kaedah yang dibuat oleh seseorang seperti Menteri/badan dibawah kuasa yang diwakilkan oleh Akta Parlimen/Enakmen Dewan Undangan Negeri.

You might also like