You are on page 1of 23

Disampaikan Oleh

NUR BARIATUL ZAKIYYAH BINTI BAHARUDIN

Di
Kelas 6B Akru

Pada
11 September 2011

Undang-undang Tidak Bertulis

Undang-undang tidak bertulis tidak bermakna undang-undang itu tidak ditulis secara hitam putih. Istilah ini merujuk kepada bahagian undangundang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) serta tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Sistem Undang-undang Orang Asli

Sebelum kedatangan kuasa asing, sistem undang-undang telah wujud dalam kalangan orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan. Orang yang menjadi hakim dalam undangundang orang asli ialah: a) Ketua bagi kaum Negrito b) Penghulu bagi kaum Senoi c) Batin bagi kaum Melayu Asli

Adat Pepatih
Adat Pepatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang, Sumatera pada abad ke-16. Adat ini diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional. Adat ini mengikut Prinsip Matriarkal (nasab ibu). Adat ini memberatkan waris sebelah perempuan tetapi boleh diwarisi oleh anak lelaki jika tidak ada anak perempuan. Adat ini banyak menyentuh hal-hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat, kaedah-kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta. Adat ini tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu, sebaliknya menggalakkan perkahwinan antara suku.

Sistem pemerintahan lapisan masyarakat mengikut Adat Pepatih : Ketua Negeri (Yang di-Pertuan Besar/Yamtuan Besar) Undang (Ketua Daerah) -Undang Johol -Undang Jelebu -Undang Rembau -Undang Sungai Ujong

Lembaga (Ketua Suku Kaum)


Buapak (Ketua Perut) Mamak (Ketua Keluarga)

Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan; hal ini menunjukkan bahawa kuasa dan kebolehan lelaki masih dihormati. Orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika tidak bertaubat, dia akan dibuang negeri atau dijadikan abdi. Hukuman yang dikenakan bersifat mencegah.

Warisan harta adalah seperti yang berikut:

a) Harta pusaka - Harta perempuan yang diwariskan


kepada keturunan perempuan. b) Harta dapatan - Harta orang perempuan yang diperolehnya sebelum berkahwin. c) Harta pembawa - Harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin.

menjadi milik pihak lelaki. - Jika lelaki tersebut mati, harta ini diwariskan kepada anak perempuannya. d) Harta sepencarian - Harta suami isteri sesudah berumah tangga. - Jika berlaku perceraian, harta ini dibahagikan sama rata. - Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati. - Jika sesorang wanita meninggal dunia tanpa anak, hartanya akan diwarisi oleh saudara perempuannya.

- Apabila berlaku perceraian, harta ini kekal

Adat Temenggung

Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang, Sumatera. Adat ini mengikut Prinsip Patriarkal (nasab bapa) Adat ini banyak menyentuh hal-hal tentang kesalahan jenayah dan hukumannya, peraturan hamba abdi, warisan tanah, hutang piutang dan peranan raja serta pembesar. Adat ini dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam. Adat ini menggalakkan perkahwinan sepupu. Contoh Adat Temenggung ialah sistem pemerintahan Perak seperti berikut:

Sultan Raja Muda Raja di Hilir Raja Kecil Besar Raja Kecil Muda Raja Kecil Tengah Raja Kecil Bongsu (putera sultan yang memerintah)

Takhta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara tiga buah keluarga, iaitu keluarga Sultan, keluarga Raja Muda dan keluarga Raja Bendahara.

Contoh Adat Temenggung (Sistem Pemerintahan Melaka pada zaman Kesultanan Melaka):
Ketua Negeri (Sultan) Bendahara Temenggung Orang-orang Besar Sultan, Bendahara, Temenggung dan Laksamana melaksanakan pentadbiran undangundang di negeri Melaka.

Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Pepatih dan bersifat pembalasan. Jika terdapat percanggahan antara undang-undang Adat dengan Undangundang Islam, Undang-undang Islam akan digunakan. Dalam kes jenayah, saksi adalah amat penting.

Pembahagian harta adalah berdasarkan Prinsip Patriarkal.

Buku buku yang menghuraikan Adat Temenggung: undang Melaka) - menjelaskan kuasa raja, pembesar dan rakyat. - menjelaskan hukuman terhadap pelbagai kesalahan. - menjelaskan sistem sosial yang perlu dipatuhi.

a) Hukum Kanun Melaka (Undang-

b) Undang-undang Laut Melaka - menjelaskan undang-undang atas kapal - menjelaskan undang-undang pelabuhan Melaka - menjelaskan pelantikan sultan dan pembesar negeri.

c) Undang-undang Pahang - menjelaskan kuasa raja, pembesar dan rakyat. - menjelaskan pelantikan sultan dan pembesar negeri. d) Undang-undang Johor - menjelaskan kuasa raja, pembesar dan rakyat. - menjelaskan pelantikan sultan dan pembesar negeri. e) Undang-undang 99 Perak - menjelaskan kuasa raja, pembesar dan rakyat. - menjelaskan pelantikan sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Portugis dan Belanda di Melaka


Portugis mempunyai set undang-undang tersendiri di Melaka dan ditadbirkan oleh Ovidor (Hakim Besar) Rayuan kes boleh dibuat ke Maktab (Majlis) Keadilan di Goa, India.

Kes-kes sivil dan sebahagian kes jenayah orang tempatan di Melaka akan dibicarakan mengikut adat masing-masing.
Belanda mengikut undang-undang di Jawa atau adat kaum masing-masing. Rayuan kes boleh dibuat ke Majlis Keadilan Belanda di Betawi.

Undang-undang Pada Zaman British

Undang-undang di Negeri-negeri Selat. a) Piagam Keadilan 1807 membolehkan British menubuhkan Mahkamah Keadilan di Pulau Pinang. b) Mahkamah Keadilan Pulau Pulau Pinang diperluas ke Melaka dan Singapura pada tahun 1824. c) Hal ini bermakna bahawa undang-undang sivil dan jenayah British diperkenalkan di Negeri-negeri Selat sepenuhnya pada tahun 1824. d) Bagi penduduk tempatan, undang-undang adat diakui oleh mahkamah.

Undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. -Menerima Enakmen Undang-undang Sivil Negerinegeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937.

Undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. -Menerima Enakmen Undang-undang Sivil Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951.

Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu


Ordinan Undang-undang Sivil dan Jenayah diterima di Tanah Melayu sepenuhnya pada tahun 1956. Di Sabah dan Sarawak, Ordinan Undangundang Sarawak dan Sabah diterima mulai tahun 1922. Walau bagaimanapun, undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak, iaitu masih wujud Mahkamah Bumiputera.

Undang-undang Malaysia Kini

Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan Malaysia. Undang-undang adat dan undang-undang lazim masih digunakan jika tiada undangundang bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan. Fungsi undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak undangundang bertulis digubal. Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman.

Doktrin Duluan Kehakiman


- Seseorang hakim boleh membuat prinsip
kehakimannya sendiri sekiranya tidak ada peruntukan dalam undang-undang bertulis. - Seseorang hakim berhak untuk membuat pilihan antara prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah sebelumnya (mahkamah yang setaraf atau lebih tinggi tarafnya).

Common Law (Undang-undang Lazim)

Common Law mula dipraktikkan di Britain.


Hakim mengisytiharkan kewujudan undangundang yang lazim terdapat dalam adat-adat tempatan.
Hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagai panduan.

Hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman.

Common Law bukan sumber undang-undang


yang penting di Malaysia.

Common Law hanya digunakan di Malaysia jika:


a) Tidak terdapat statut (undang-undang bertulis) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah. b) Peruntukan Common Law bersesuaian dengan kegunaan tempatan.

Perundangan Kecil

Digubal oleh Kerajaan Tempatan.

Hanya sesuai bagi kegunaan tempatan dan untuk mengisi kekosongan dalam sistem undang-undang tempatan.
Kelemahan Perundangan Kecil:

a) Mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Tempatan. b) Tidak mempunyai kawalan yang berkesan.

Undang-undang Subsidiari

Ditetapkan oleh seseorang menteri. Menteri berkenaan diberikan kuasa untuk membuat undang-undang tersebut di bawah sesuatu akta.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like