You are on page 1of 5

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL KEMBARA AMIRA

NILAI Nilai kecekalan Contohnya, Profesor Zaidah tetap meneruskan usaha-usaha cari gali arkeologi walaupun pergelangan tangannya terseliuh akibat terlibat dalam kemalangan. Nilai bantu-membantu i. Contohnya, Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai. ii. Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias. Nilai kasih sayang i. Kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. ii. Jidin membesarkan Samantha/Ipah dengan penuh kasih sayang walaupun kaumnya tidak dapat menerima Ipah yang bermata biru dan berambut perang. Nilai bekerjasama i. Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. ii. Amira, Itai, JC, Pak Lias dan Roslan bekerjasama mencari Malique yang hilang. Nilai keberanian i. Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli. ii. Tau berani melawan dan membunuh seekor beruang yang hendak menyerang isterinya, Ipah dan anaknya, Sabi. Nilai setia kawan i. Amira mengajak JC menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya JC tidak keseorangan di asrama. ii. Amira dan Itai sanggup bersusah payah berjalan selama hampir 2 jam sematamata untuk mencari emas buat dijadikan rantai untuk JC. Nilai belas kasihan i. Ludin amat bersimpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa dengan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab. Nilai semangat bermasyarakat i. Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Nilai kesopanan Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah. Nilai ketaatan Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas. Nilai amanah Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya. Nilai keikhlasan Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya. Nilai cinta akan alam sekitar Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan sematamata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Nilai berpegang teguh pada adat Itai diadili dalam mesyuarat adat kaumnya kerana kesalahan membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas. Nilai memperkayakan khazanah bangsa Profesor Zaidah, Doktor Zawawi dan pelajar universiti tahun akhir melakukan pelbagai kajian arkeologi bagi memperkaya khazanah ketamadunan bangsa. PENGAJARAN Kita tidak boleh membelakangkan ibu bapa dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, tindakan Amira yang menunggu Malique di kawasan air terjun sehingga menyebabkannya dihanyutkan oleh arus sungai telah menimbulkan kemarahan ibunya, Profesor Zaidah. Sebagai seorang ketua, kita hendaklah bertanggungjawab menjaga pekerja-pekerja bawahannya. Contohnya, selaku pengarah kerja lapangan, Prof. Zaidah mengambil berat akan keselamatn pelajar universiti tahun akhir yang terlibat dalam projek arkeologi di Bukit Mat Raya. Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. Contohnya, Amira dan JC mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Kita tidak harus berputus asa ketika berhadapan dengan cabaran. Buktinya, profesor Zaidah tetap meneruskan kerja arkeologi meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah seperti tali khemah yang terputus, terlibat

dalam kemalangan dan sebagainya.

Kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah. Contohnya, Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan tubuh-tumbuhan herba. Kita mestilah mengamalkan kerja secara berpasukan bagi menjamin keberhasilan yang berkesan. Contohnya, Amira, JC dan Itai sering melakukan pekerjaan secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang di dalam hutan. Setiap masalah yang timbul perlu dibincangkan dengan pihak yang berwibawa supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan baik. Contohnya, Rusdi melaporkan kejadian tali khemah yang terputus ketika hujan lebat kepada Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi. Kita hendaklah mempertahankan hutan daripada sebarang pencerobohan dan penerokaan. Contohnya Malique mencipta sistem virus untuk memusnahkan laporan yang berkaitan dengan projek cari gali emas dalam usaha memelihara hutan di sekitar perkampungan suku Orang Asli Semai. Kita janganlah lupa akan asal usul kita. Contohnya, Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan tidak lupa akan asal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang Asli Semai. Kita haruslah berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa. Contohnya, Pak Lias berani berhadapan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nyawa Amira, Itai, Roslan, dan Malique. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Contohnya, kasih-sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut . Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Pengajaran Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.

You might also like