You are on page 1of 4

8.

3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian Kenderaan

Saya mendapati terdapat beberapa punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya. Masalah yang paling serius ialah pertambahan bilangan kenderaan yang mengakibatkan pembebasan asap kenderaan yang mengandungi karbon dioksida dan karbon monoksida. Pertambahan bilangan kenderaan berlaku terutama sekali di kawasan terdapatnya persekolahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya yang terletak di SS22A dan Sekolah Rendah Damansara Jaya 1 dan 2 akan mengalami kesesakan yang teruk sewaktu ibu bapa menghantar anak mereka pada sesi pagi dan petang. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pekerja daripada penduduk setempat keluar atau balik dari kerja. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan boleh menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Saya amat berharap supaya masalah pertambahan bilangan kenderaan dapat diatasi dengan segera antara kerjasama pihak berwajib, pihak sekolah dan penduduk setempat supaya keadaan alam sekitar di Damansara Jaya berada dalam keadaan yang selesa.

Sampah Sarap

Melalui pemerhatian saya, masalah sampah sarap amat ketara di Sungai Ara. Terdapat pelbagai bahan buangan yang telah dibuang ke dalam sungai tersebut. Terdapat juga buangan dari sisa bahan kilang seperti sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Masalah bertambah serius apabila berlakunya hujan yang lebat. Paras air sungai meningkat dan terdapatnya apungan sampah sarap yang terpaksa dibawa oleh Sungai Ara. Saya juga mendapati pembuangan sampah di pusat perdagangan tidak sistematik. Terdapat sisa makanan, botol minuman dan barangan sampah yang lain bertaburan di hadapan premis.

Saya amat berharap masalah pembuangan sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang supaya keadaan alam sekitar di Damansara Jaya berada dalam keadaan yang selesa.

Perniagaan

Pusat perniagaan dan pusat perkhidmatan di Damansara Jaya telah membangun dengan pesat. Antara pusat perniagaan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah restoran, kompleks beli-belah serta pusat perkhidmatan seperti pejabat pos dan bank-bank perdagangan. Selain itu, terdapat juga dua buah sekolah, menengah dan rendah. Masalahnya, apabila setiap buah pusat perdagangan memasang alat hawa dingan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan pembebasan CFC (Chlorofluorocarbon). Melalui pembacaan saya, pembebasan CFC ini amat membahayakan kepada alam sekitar.

Saya amat berharap supaya pusat-pusat perniagaan ini mengurangkan penggunaan alat hawa dingin supaya masalah pencemaran udara dapat dikurangkan dan penduduk di Damansara Jaya dapat hidup dengan selesa.

Petempatan

Bentuk muka bumi merupakan satu faktor yang mempengaruhi petempatan. Di Damansara Jaya, bentuk muka buminya bertanah pamah. Kawasan tanah pamah ini terdiri daripada kawasan bertanah rata. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan petempatan berkembang pesat di Damansara Jaya. Namun demikian, akibat kepesatan petempatan berlakunya masalah pencemaran. Ini berpunca dari pertambahan bilangan kenderaan, pertambahan pengeluaran CFC dan kurangnya tanaman hijau bagi menggalakan proses fotosintesis.

Saya amat mengharapkan supaya penduduk setempat banyak menanam pokok supaya mampu menyerap gas karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Selain itu, daun-daun pokok juga berfungsi untuk memerangkap bunyi dan habuk. Langkah ini perlu bagi menjamin keselesaan penduduk di Damansara Jaya.

You might also like