You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

Bil. 1

Kandungan Penghargaan

Muka Surat i

Pengenalan

Konsep Tamadun Menurut pelbagai bahasa Menurut Kamus Dewan

Definisi Tamadaun Menurut Sarjan-sarjana Sarjana-sarjana Barat Sarjana-sarjana Islam

Ciri-ciri Asas Tamadun Kemajuan Teknologi Sistem Pemerintahan dan Ekonomi Urbanisasi Organisasi Sosial Kepercayaan / Agama Tulisan dan Bahasa Budaya dan Kesenian

Faktor-faktor Pembinaan Tamadun

10

Kepentingan

Konsep

Tamadun

dalam

11

Pembinaan Tamadun Malaysia

Rujukan

12

Cetakan slide-show

10

Lampiran

PENGENALAN

Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Tamadun merujuk kepada pencapaian atau kemajuan sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Tamadun membawa maksud budaya manusia yang kompleks terutamanya dalam terma teknologi, sains, politik dan juga pengorganisasian buruh. Tamadun sering dilihat sebagai sebuah bandar atau kawasan yang berjaya mencapai urbanisasi. Dalam konteks klasikal, manusia gasar diberi gelaran oleh orang bertamadun kerana sangat bertentangan kehidupan mereka berbanding mereka. Manusia gasar mengamalkan kehidupan primitif yang sangat ketinggalan berbanding manusia moden. Dalam perbincangan akademik, penggunaan terma ketamadunan dianggap sebagai penggunaan biasa ataupun sama dengan maksud budaya dan boleh dirujuk sebagai budaya sesebuah masyarakat. Secara asasnya ungkapan tamadun ialah mengenai lokasi geografi dalam tempoh masa tertentu, sejarah masa dahulu atau sekarang. Namun begitu, jika difikirkan dengan secara mendalam perkataan tamadun ini sering terhad kepada masyarakat yang berjaya mencapai kemajuan terutamanya dalam pembangunan bandar. Perkataan bandar juga sering didefinisikan dalam pelbagai cara. Pentakrifan kemajuan sesebuah tamadun sering diukur melalui kepesatan dalam pertanian, perniagaan jarak jauh, spesifikasi pekerjaan dan juga urbanisasi. Selain daripada itu, tamadun juga dianggap berlaku sekiranya wujudnya sistem pengangkutan, penulisan, Standard pengukuran misalnya mata wang, perjanjian dan undangundang, seni ukur bina tersendiri, lambang monumen tersendiri, matematik, sains, politik dan astronomi.

KONSEP TAMADUN

Konsep Tamadun boleh ditinjau melalui istilah-istilah pelbagai bahasa, antaranaya: i. Bahasa Inggeris: Dalam Bahasa Inggeris, istilah civilizations paling meluas digunakan bagi merujuk kepada istilah tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkahlaku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan (to tame) dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ringkasnya civilized bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada kehidupan primitif atau barbarian kepada kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Nampaknya aspek tingkahlaku atau moral lebih ditekankan dalam definisi civilizations ini. ii. Bahasa Latin: Perkataan Latin, civitas membawa maksud city atau bandar. Perkataan tamadun lebih berkaitan dengan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah tamadun mudah ditemui di kawasan bandar. iii. Bahasa Greek: Dalam bahasa Greek pula, ketamadunan merujuk kepada perkataan kei, nomos dan keimelion. Perkataan kei bermaksud terbentang atau terhampar atau sesuatu yang datang kepada kita. Selain itu kei juga membawa maksud kediaman atau rumah. Tamadun dalam bahasa Greek bermakna sesuatu yang terbentang seperti segulung permaidani yang dihampar. Tempat perlindungan yang selamat boleh dihubungkan dengan adanya undang-undang untuk mencapai keselamatan dan keamanan. Keimelion pula bererti khazanah atau harta yang disimpan. Pendek kata, soal penempatan, undang-undang dan harta diberi penekanan bagi menjelaskan maksud tamadun. iv. Bahasa Tamil: Dalam Bahasa Tamil, tamadun dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar bermaksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan. Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang menciptakan bandar.
2

v.

Bahasa Cina: Dalam Bahasa Cina, tamadun disebut wen ming yang bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk kepada ketamadunan. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokan atau budi pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Istilah tersebut juga dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana,

pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Daripada definisi ini dapat dikatakan bahawa Bahasa Cina memberi penekanan kepada unsurunsur yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional. vi. Bahasa Arab: Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Maddana mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada maddana muncul perkataan maddani yang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Terdapat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia, iaitu hadarah, Madaniyat, umran dan thaqafah. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan. Thaqafah mengerti kebudayaan yang bermaksud cara hidup,cara berfikir dan cara bertindak sesuatukelompok manusia, sama maksud dengan culture yang mana merupakan satu ramuan untuk melahirkan tamadun secara ringkas. Hadarah mengandungi dua pengertian. Hadarah mengerti suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan daripada satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat. Hadarah juga membawa erti suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi,yang berlawanan dengan kehidupan yang liar atau ganas,atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.
3

Madaniyat bermaksud kota-kota dan kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa demi membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Madaniyat lebih berunsur kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain lagi.

Mengikut Kamus Dewan, tamadun merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus). Jelaslah tafsiran terhadap istilah peradaban dari sudut bahasa mempunyai pelbagai maksud dan pengertian tersendiri. Rata-rata tafsiran yang diberikan mencakupi aspek material dan spritual.

DEFINISI TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA-SARJANA

Setiap bahasa di dunia ini mempunyai tafsiran masing-masing bagi mendefinisikan maksud peradaban. Bukan sahaja ejaan dan sebutan yang berbeza, makna dan konsep peradaban turut berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya, istilah kulture dalam bahasa Jerman membawa makna peradaban, manakala istilah culture dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebudayaan. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah peradaban. Terminologi peradaban atau disebut tamadun dibicara dan dikupas oleh para sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan wujudnya penafsiran yang berbeza.

A) SARJANA-SARJANA BARAT i. Arnold Toynbee Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History mendefinasikan Tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota dan juga satu kumpulan pemikiran dari pelbagai menifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.

ii.

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell A.S Hornby dan E.C. Pornwell (1972) dalam bukunya The Progressive English mendefinasikan civilization sebagai maksud meningkatkan

pencapaian hidupm manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik dan moral.

iii. J.R. Strayer dan Darey Riberio J.R. Strayer dan Darey Riberio menyatakan civilization mempunyai kaitan yang rapat dengan perbandaraan dalam buku mereka The Mainstream of Civilization dan The Civilization Process. Malah antara perbandaran dan civilization merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

iv. J.K. Fiebleman J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekali berbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakan masyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahami ialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baru untuk keperluan mereka sendiri.

v.

E.B. Taylor E.B. Taylor, seorang ahli antropologi menyatakan bahawa tamadun dan budaya berada pada aras atau kedudukan yang sama. Beliau menafsirkan bahawa budaya atau tamadun adalah merangkumi keseluruhan

pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adab dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain

yang didapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat (Azhar Hj. Mad Aros, et al, 2001).

vi. Oswarld Spengler Ahli falsafah Jerman, Oswald Spengler membezakan istilah ketamadunan dengan kultur. Menurutnya apabila masyarakat atau empire berada pada zaman kegemilangan, ciri-ciri sosial dan intelektual masyarakat terserlah, beliau menganggapnya sebagai kultur. Apabila kerajaan itu melalui zaman kegemilangan, masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak berubah dan tidak aktif dikenali sebagai tamadun.

vii. Will Durat Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan produktivitimasyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di mana peraturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber ekonomi,elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian.

B) SARJANA-SARJANA ISLAM i. Ibnu Khaldun Menurut Ibnu Khaldun, tamadun ini merupakan kemuncak sesuatu pembangunan yang berkait rapat dengan kemewahan, keharmonian keadaan, dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh meningkatkan kualiti sesuatu masyarakt itu sendiri. Hal Ini sekaligus termasuk dalam keperluan seperti makanan,pakaian, dan juga peralatan rumah tangga.

ii.

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi mendefinasikan tamadun sebagai kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan,

keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.

iii. Muhammad Rasyid Redha Mengikut pandangan Muhammad Rasyid Redha pula, asas bagi suatu tamadun ialah agama dan kepercayaan. Hal Ini disebabkan oleh

peningkatan unsur-unsur spiritual akan membangkitkan kekuatan fizikal. Mengikut logik, sememangnyasemua tamadun di dunia ini telah dibina berasaskan kepercayaan agama keranahamper keseluruhan masyarakat menjadikan agama sebagai cara hidup mereka.

iv. Sayyid Qutb Tamadun yang difahami oleh Saiyyid Qutb bukan kemajuan kebendaan tetapi peradaban tauhid yang dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan kemanusiannya, menimbulkan makna sebenar ubudiyah kepada Allah dan keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup individu dan masyarakat.

v.

Said Hawa Said Hawa dalam bukunya, Al-Islam, mengkategorikan tamadun kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam. Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

vi. Umar Audah al-Khatib Selain itu, terdapat juga pandangan daripada Umar Audah al-Khatib yang berpendapat bahawa, tamadun merupakan himpunan ilmu pengetahuan, syariat, dan undang-undang tradisi yang menggambarkan keadaan ekonomi, pemikiran,akhlak, kesenian, politik, dan keseluruhan kehidupan kebendaan serta kerohanian didalam sesuatu sejarah.

vii. Dr Muhammad al-Bahi Dr Muhammad al-Bahi mendefinasikan tamadun sebagai setiap

penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan keperibadian manusia samada berbentuk falsafah, ilmu pengetahuan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain melalui karya beliau al-Din wa al-Hadarah al-Insani.
7

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Sebuah masyarakat itu bertamadun jika masyarakat berkenaan memiliki ciriciri penting sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun. Ciri-ciri penting ini ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh semua tamadun awal dunia (Azhar Hj. Mad Aros, et al, 2001). Pakar-pakar dan ahli-ahli akademik dalam bidang ilmu ketamadunan telah memberikan pelbagai jenis ciri yang mesti dimiliki oleh sesebuah bangsa atau masyarakat untuk membolehkan bangsa atau masyarakat itu dikategorikan sebagai bertamadun.

i.

Kemajuan Teknologi Masyarakat yang bertamadun mempunyai kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi keselesaan hidup. Perkembangan dari segi teknologi contohnya seperti penciptaan mesin-mesin pertanian mahupun perindustrian juga merupakan salah satu ciri kebangkitan sesuatu tamadun. Ini membuktikan tamadun tersebut tidak ketinggalan zaman dan mampu membina peralatan yang cangggih.

ii.

Sistem Pemerintahan dan Ekonomi Kerajaan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang baik memeberi kesan besar kerana sudah menjadi lumrah, sesuatu masyarakat sukakan pemerintah yangadil dan mampu member manfaat kepada mereka. Perkembangan ekonomi merupakan antara ciri terpenting dalam

pembangunan sesebuah tamadun. Sesebuah masyarakat hendaklah mempunyaistruktur ekonomi yang kukuh. Ini bai membuktikan kemampuan tamadun tersebut menjalankan tanggungjawab sebuah institusi ekonomi dengan baik dan lancar.

iii.

Urbanisasi Kota dan bandar memberi makna meluas dalam perkembangan sesebuah tamadun. Sesebuah kota itu hendaklah mempunyai infrastruktur yang baik dankawasan-kawasan di sekitarnya mestilah bersih dan kemas berbanding di tempatlain kerana kota merupakan kawasan tumpuan pembangunan sesebuah tamadun.
8

iv.

Organisasi Sosial Suatu masyarakat yang bertamadun perlunya organisasi sosial yang kukuh dan teratur. Ini untuk mengelakkan sistem pentadbiran yang berpecah belah di antara pemimpin tertinggi dan pemimpin bawahan. Ia juga dapat mendorong mencipta suasana yang harmoni di kalangan semua lapisan masyarakat agar mereka dapat bergaul tanpa menghiraukan dan membezakan status masing-masing.

v.

Kepercayaan / Agama Ciri-ciri asas tamadun yang paling penting adalah faktor agama yang tinggi. Seperti yang kita tahu agama adalah lambang kepada kemajuan Tamadun yang menjadi akar umbi kepada rakyat sejak dahulu lagi. Tanpa agama mereka tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu objektif atau visi mereka. Misalnya dalam Tamadun Mesopotamia iaiu yang terawal di dunia telah mula menyembah dewa-dewi. Contohnya, Dewa Enlil yang dianggap paling berkuasa oleh rakyat Mesopotamia.

vi.

Tulisan dan Bahasa Sesebuah tamadun wajib mempunyai sistem tulisan dan bahasa mereka sendiri. Ini bagi membuktikan kepada masyarakat atau tamadun lain bahawa mereka mempunyai peradaban yang tinggi sehinggakan

mempunyai bahasa ibunda sendiri. Sistem tulisan juga perlu dicipta agar masyarakat tidak keliru.

vii.

Budaya dan Kesenian Sesebuah tamadun mesti mempunyai kelahiran dan perkembangan daya kreatif dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri. Seni dan sastera gambarkan tahap inteletualisme sesebuah masyarakat. Contohnya karya falsafah Socrates danb Pluto pada Tamadun Greek, Konfusius pada Tamadun China dan karya sastera Hikayat Seribu Malam pada Zaman Abbasiyyah, Tamadun Islam.

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN TAMADUN

Faktor-faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan sesuatu tamadun adalah seperti berikut: i. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh

kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contohnya kemunculan

Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka. ii. Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna. iii. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepadasifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong

rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China, Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam. iv. Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Iniakhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun

seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

10

v.

Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumbersumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.

KEPENTINGAN KONSEP TAMADUN DALAM PROSES PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripadapelbagai kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yangada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama Islam oleh orang Melayu. Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia. Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, system pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan Bahasa Melayu, system perundangan,

pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas. Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.

11

You might also like