You are on page 1of 1

rukhsah dalam berpuasa

rasulullah saw bersabda yang maksudnya: �sesiapa yang berbuka puasa ramadan bukan
kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh allah, tidak dapat diqadakkan
dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.�
(riwayat abu daud, ibnu majah dan at-tirmidzi)

ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan
menjadi semakin parah jika terus berpuasa atau akan semakin lambat sembuh penyakit
itu.

di sisi syarak, peranan doktor sangat penting dan diperlukan untuk menentukan
apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada
orang tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang sedang bermusafir,
wanita mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudarat
kepada diri ataupun anaknya.

manakala, sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan
meninggalkan puasa.

meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan dibenarkan syarak
adalah satu dosa besar seperti yang disebut dalam hadis.

wanita datang haid dan wanita keluar darah nifas adalah golongan yang wajib
berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqadakan semula puasanya di bulan lain.

orang yang berbuka puasa pada ramadan kerana terlupa, maka tidak wajib qada dan
tidak wajib kifarat kerana terdapat hadis rasulullah saw menyebutkan yang
maksudnya: �apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum,
maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya allah yang sudah
memberi makan dan minum kepadanya.� (bukhari dan muslim)

puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh, tetapi hendaklah
mereka dididik dan dibiasakan sejak kecil untuk berpuasa.

You might also like