You are on page 1of 6

INTERNET 1.

PENDAHULUAN
Apa itu Internet Internet adalah gabungan rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia. Ia merupakan rangkaian terbesar didunia dan saiznya masih lagi berkembang. Bagaimanapun komputer-komputer yang dimaksudkan tadi cuma merupakan sebahagian sahaja dari takrifan konsep Internet, kerana apabila kita memperkatakan tentang Internet kita maksudkan juga kandungannya yang meliputi maklumat, masyarakatnya dan juga perisian yang digunakan. Bagaimana Internet Bermula Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan. Siapa yang mengawal Internet Tiada siapa atau badan tertinggi yang bertugas menjaga operasi harian Internet. Setiap rangkaian yang berhubung dengan Internet hendaklah ditadbirkan sendiri oleh pentadbir rangkaian tempatan mengikut etika dan nilai masing-masing. Peraturan-peraturan atau penunjuk dibuat secara konsenses dimana mereka yang mempunyai buah fikiran menghantar idenya kepada badan yang mengumpul 'request for comment ' yang kemudian mendapat maklum balas dari individu atau kumpulan lain sehingga menjadi piawai. Walaupun ketiadaan penguasa pusat beberapa pertubuhan yang dinamakan Kumpulan Teknikal Internet yang cuba mengadakan struktur asas Internet tanpa mengenakan banyak kawalan. Antara badan-badan terlibat ialah IETF ('Internet Engineering Task Force') menyelaras operasi, pengurusan dan evolusi Internet. IRTF ('Internet Research Task Force') mengkaji masalah jangka panjang dan isu teknikal yang mungkin akan dihadapi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun. Badan utama dalam mengawasi IETF dn IRTF ialah IAB (Internet Architecture Board) yang antara lain mengkaji piawai Internet, mengurus penerbitan dokumen 'Request for Comment (RFC)' dan juga bertindak sebagai wakil masyarakat Internet di peringkat teknikal antarabangsa. Sebuah lagi badan sukarela yang memayongi badan-badan ini ialah 'Internet Society'. Bagaimana Internet Beroperasi

Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupa satu persetujuan cara pesanan atau maklumat dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP. Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.* dalam bentuk w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3 yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia. Lagi pun alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh (atau 'Fully qualified domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS, sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan rangkaian. Router pada masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamat-alamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa melalui berpuluh router lain. Apakah maklumat yang ada dalam Internet Apa sahaja maklumat dikehendaki selalunya ada di Internet, cuma kita terpaksa mencarinya. Jika kita tidak dapat mencarinya, kita juga boleh bertanya pada kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Bagaimana pun banyak juga maklumat yang mempunyai nilai komersial yang memerlukan bayaran atau terbuka kepada ahli sahaja. Buku-buku atau journal popular tidak diletakkan secara digital dalam Internet. Ramai juga warga dunia terutama para akademik yang berpegang kepada konsep maklumat itu perlu ditatapi bersama. Mereka meletakkan makalah-makalah mereka dalam Internet untuk tatapan semua. Bagi mereka yang merasa banyak mendapat manafaat dari maklumat atau perisian percuma dari Internet selalunya akan cuba memaparkan maklumat kepunyaan mereka untuk dikongsi bersama. Bagaimanapun kita perlulah berhati-hati dalam menerima maklumat ini dan perlu juga menapis atau memilihnya kerana kualitinya tidak terjamin dan kadangkala sengaja dipesongkan. Bagaimana ingin berhubung dengan Internet Untung berhubung dengan Internet anda memerlukan talian yang dihubungkan kepada node terdekat rangkaian yang sudah berhubung dengan Internet. Orang perseorangan memerlukan alat dinamakan modem yang dihubungkan pada komputer dan talian telefon serta berlanggan dengan penyedia perkhidmatan seperti JARING atau TMnet. Bagi mereka di pejabat selalunya berhubung melalui rangkaian setempat dan seterusnya dihubungkan melalui talian data sewa ke node terdekat penyedia perkhidmatan. Komputer yang ingin dihubungkan kerangkaian setempat memerlukan kad rangkaian yang sesuai dan kabel yang disambung kepada hub. Apakah aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan dalam Internet Untuk berhubung antara individu dengan individu atau kumpulan - mel elektronik

Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda memerlukan akaun e-mail dari penyedia perkhidmatan anda. Akaun ini berasaskan pada pengenalani pengguna di pelayan berkenaan. Jika seorang yang mempunyai pengenalan awang di pelayan bernama kck.usm.my maka alamat e-mail pengguna berkenaan ialah awang@kck,usm.my. Alamat ini adalah unik dalam seluruh dunia. Mel ini dihantar dari satu pelayan kepelayan destinasi melalui host perantaraan seperti juga pengiriman surat biasa. Cara paling popular membaca mel adalah dengan menggunakan perisian pembaca mel yang akan berhubung dengan pelayan mel dan menarik mel-mel pengguna berkenaan ke pc yang digunakan sebelum dibaca. Untuk berhubung antara kumpulan berita atau diskusi (USENET)

Didalam Internet anda pasti boleh mendapatkan sekurang-kurangnya satu kumpulan yang anda dapat berkongsi maklumat atau minat.Terdapat ribuan kumpulan berita dimana pelanggannya berhubung. Disini anda boleh mengeluarkan pendapat anda berkaitan apa saja. Sebahagian dari kecil dari kumpulan ini beritanya ditapis oleh pentadbirnya. Setiap kumpulan selalunya mempunyai FAQ ('Frequently Asked Question') yang ditadbir oleh ahli kumpulan supaya menjadi bimbingan kepada ahli baru semoga tidak bertanya soalan yang sudah sering disoal dan sudah pun berjawab. Maklumat atau soalan ini dikongsi bersama dengan cara setiap pelayan mempunyai pelayan sumber yang menghantarkan maklumat kepadanya dan ia pula akan menghantar maklumat itu kebeberapa pelayan lain berlanggan dengannaya. Anda membaca berita menggunakan pembaca berita. Mesej ini disusun dimana anda dapat melihat aturannya iaitu mesej mana menjawab mesej yang mana iaitu 'threaded'. Anda boleh memilih untuk menghantar mesej kepada kumpulan berita atau secara peribadi kepada penulis mesej. Perkhidmatan ini sama seperti kita menulis kepada satu ruangan "letters to editor" yang tidak bertapis dan semua yang berminat dalam kolum itu boleh membacanya. Cara menghantar mesej adalah serupa dengan menghantar e-mel dan boleh menggunakan perisian yang sama. Kebanyakan tempat mempunyai kumpulan diskusi tempatan yang mana mesej dari kumpulan itu tidak dihantar keluar. USMKCK juga mempunyai pelayan kumpulan berita pada alamat news.kck.usmnet atau 10.5.10.10. Anda boleh menggunakan perisian Netscape dan mencatitkan alamat ini semasa membuat konfigurasi pelayan berita. Berhubung dengan kumpulan menggunakan e-mail melalui listserv. Selalunya terdapat juga kumpulan yang berhubung dengan e-mail dimana anda berlanggan dengan kumpulan listserv ini. Semua pelanggan menulis kepada pentadbir listserv dan sesiapa ingin mendapat mesej-mesej yang dihantar kepada pentadbir boleh menulis kepada pentadbir listserv (mailing list service) untuk berlanggan. Kebanyakan kumpulan berita USENET boleh juga di langgan secara listserv. Anda hanya menggunakan perisian e-mail untuk berhubung melalui listserv. Pastikan anda sentiasa membaca e-mail anda setiap hari kerana anda kan mendapat puluhan atau ratusan jika berlanggan dengan 'mailing list' popular dalam sehari. Jika anda bercuti dan tidak dapat membaca mel dicadangkan berhenti sementara berlanggan dan

menyambungnya apabila pulang dari bercuti. Jika anda seorang yang sibuk dan masa luang tidak menentu dicadangkan anda membaca sahaja kumpulan berita dimana anda boleh membaca bila-bila anda suka. Menggunakan komputer ditempat lain- telnet Jika anda mempunyai akaun pada komputer ditempat lain (remote), anda boleh menggunakan komputer menggunakan kemudahan telnet. Untuk menggunakan komputer ini anda akan diminta memperkanalkan diri dan memasukkan katalaluan. Terdapat juga komputer yang membenarkan pelawat atau orang yang tidak dikenali menggunakan komputer mereka secara terhad. Anda boleh mengguna kemudahan telnet untuk membaca mel anda dengan telnet ke pelayan mel anda dan memasukkan arah mail atau pine atau apa saja arahan yang membuka mel bagi hos itu. Mendapatkan fail dari komputer remot- ftp Didalam Internet terdapat ratusan ribu fail yang mengandungi maklumat atau perisian yang anda boleh dapatkan secara percuma baik untuk kegunaan tanpa had atau terhad. Untuk menggunakan kemudahan ini anda perlu perisian ftp ('file transfer program'). Anda perlu memberitahu nama komputer hos yang menyimpan fail dan juga direktorinya. Anda juga perlu memberikan pengenalan diri dan juga katalaluan untuk menggunakan kemudahan ini. Bagaimanapun kebanyakan hos menerima pengenalan 'anonymous' dan alamat e-mail sebagai password. Anda disebut sebagai 'download' fail tesebut dari hos berkenaan. Anda juga jika dibenarkan membuat 'upload' fail anda untuk diletakkan di hos berkenaan untuk dikongsi dengan pengguna lain. Berbual di Internet - IRC Anda boleh mengadakan perbincangan dalam talian dengan secara menaip apa yang hendak disampaikan dengan kumpulan anda secara 'real-time' dengan menggunakan perisian chat atau Internet Relay Chat. Anda akan dapat melihat mesej-mesej yang ditaipkan oleh mereka yang mengambil bahagian dalam sesuatu bilik maya di ruang chat berkenaan. Perkhidmatan ini mempunya satu pelayan chat dan peserta berkomunikasi mengguna perisian chat atau browser. Mendapatkan maklumat secara memetik tetikus- World Wide Web Internet menjadi popular bila perkhidmatan baru yang dinamakan 'World Wide Web' diperkenalkan. Jaringan maklumat WWW ini terdiri dari tapak-tapak web yang memaparkan maklumat untuk tuntunan pelungsur web.Di setiap tapak web terdapat sekurangnya satu pelayan web yang tugasnya menyampaikan fail-fail yang diminta oleh pengguna yang mengunakan perisian 'browser'. Kebanyakan browser kini boleh digunakan untuk menghantar mel, nmendapat fail dengan kemudahan ftp dan juga membaca berita dengan arahan news atau nntp. Kini kebanyakan pengguna Internet mengguna browser keluaran Netscape iaitu Netscape Navigator dan browser keluaran Microsoft iaitu Internet Explorer untuk mencari maklumat atau apa saja

perkhidmatan di Internet. Perkhidmatan gopher iaitu mendapatkan maklumat secara tanpa grafik, netfind dan whois untuk mencari individu atau organisasi, serta lain-lain seperti veronica, archie dan juga WAIS sudah menjadi kurang popular.

2. Integrasi internet dalam pendidikan


Internet atau Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Kedua Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Ketiga Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Keempat Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya: E mail (Mel Eletronik) Laman Web (WWW) Internet Relay Chat (IRC) Telnet

Kumpulan Diskusi dan Berita File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998): Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "online".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996): Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi

You might also like