You are on page 1of 10

The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242

KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR


Mohd Rozali Othman 1, Mohd Talib Hj. Latif 2, Abdullah Samat2, Muhamad Sanusi Sulaiman 3
Program Kimia, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kabangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA 2 Program Sains Sekitaran, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kabangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA 3 Jabatan Alam Sekitar, Aras 3 - 7, Blok C4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62662 Putrajaya.
1

Abstrak. Kajian kualiti air di kawasan sawah padi di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor telah dijalankan untuk melihat kesan penanaman padi ke atas kualiti air. Sebelas stesen persampelan yang merangkumi tempat-tempat air masuk, air dalam petak sawah, air yang keluar dan air yang keluar sebelum ke sistem saliran umum telah dipilih. Parameter kajian adalah terdiri daripada parameter in-situ, parameter fizik dan kimia yang terdiri dari suhu, pH, oksigen terlarut, keperluan oksigan biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), pepejal terampai, nitrogen ammonia, fosfat, nitrat, sulfat, sulfida, dan logam-logam Cd, Pb serta Zn. Hasil kajian mendapati terdapat sesetengah parameter yang meningkat semasa air keluar manakala parameter seperti suhu dan kekeruhan menurun, namun perbezaanya adalah tidak bererti. Ini menunjukkan kesedaran petani di kawasan berkenaan dalam penggunaan baja dan racun makhluk perosak adalah tinggi, namun pencemaran tetap berlaku walaupun pada tahap yang rendah. Keputusan kajian juga mendapati bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 1996 bahawa aktiviti pertanian bukan lagi mendatangkan masalah pencemaran utama perlu difikirkan semula. Abstract. A study on impact of padi plantation activities on water quality was carried out at Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor at a total of eleven stations located at water inlet, in the padi field area, outlet an at irrigation channel before joining with other domestic waste water. Selected water quality parameters namely temperature, pH, dissolved oxygen, biological oxygen demand (BOD), chemical oxygen demand (COD), suspended solid, phosphate, nitrate, sulfate, sulfide, ammoniacal nitrogen and heavy metals (cadmium, lead and zink) were chose. Results show that there are an increase in some parameters when the water passed the padi fields, while temperature and turbidity were decreases, however its differences was not significant.
Key words: agriculture, discharge, water quality

Pendahuluan Malaysia seperti juga dengan negara-negara membangun lain, tidak terlepas dari masalah pencemaran, antaranya ialah pencemaran air dan udara. Kerosakan sekitaran mula dirasai berikutan negara mencapai kadar pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, perbandaran, pertanian, perlombongan, pelancongan dan sebagainya [1]. Secara amnya terdapat empat punca utama pencemaran iaitu buangan domestik, buangan perindustrian dan perlombongan, pelepasan dari larian permukaan dari aktiviti pertanian dan hakisan [2]. Lazimnya, pengagihan kuantiti air adalah berkaitan dengan kualitinya secara langsung [3]. Pencemaran air boleh menghadkan punca air bersih. Hampir 67% daripada sungai yang dipantau telah tercemar dan kebanyakannya dicemari oleh pepejal organik, logam berat dan lain-lain [4]. Untuk tujuan penambahan bahan makanan, sektor pertanian telah dimajukan secara besar-besaran melalui penggunaan baja untuk mempercepatkan tumbesaran dan meningkatkan hasil tanaman, begitu juga dengan penggunaan pelbagai jenis racun makhluk perosak. Penggunaan baja lebih daripada yang sepatutnya atau kawalan yang tidak baik akan mengakibatkan pencemaran terhadap sekitaran terutamanya bagi sistem akuatik. Penilaian kualiti air bukan sahaja berdasarkan kepada kegunaan air tetapi juga kepada kepekatan pelbagai juzuk dalam jasad air berkenaan [5]. Antara unsur utama yang terdapat dalam baja yang digunakan untuk tujuan pertanian ialah nitrat, dimana ia akan diambil oleh tumbuhan untuk membina protein sel dan ia adalah antara sumber utama nutrien untuk pokok padi [6]. Disamping itu logam-logam berat juga boleh terhasil daripada aktiviti pertanian. Antaranya ialah logam kadmium dan zink. Dimana sebagai contohnya zink yang bercampur dengan kuprum atau ammonia memberikan kesan ketoksikan yang tinggi kepada organisma [7]. 233

Mohd Rozali Othman et al. KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh aktiviti pertanian boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, antaranya ialah kandungan BOD yang tinggi, nutrien, patogen, pepejal terampai, garam, logam toksik dan bahan kimia organik toksik [8]. Ini termasuklah logam-logam yang toksik seperti As, Cu dan Zn yang berasal dari bahan tambahan makanan ternakan, Cd dan U dalam baja terutamanya baja fosfotik dan As, Cu, Pb dan Zn dari racun makhluk perosak yang berasaskan logam [7]. Kertas ini akan melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam menentukan beberapa parameter kualiti air bagi melihat kesan daripada aktiviti pertanian penanaman padi ke atas kualiti air di kawasan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Eksperimental Lokasi Persampelan Kawasan kajian yang dipilih adalah di kawasan pertanian (sawah) di Sungai Burung, Mukim Tanjung Karang, Kuala Selangor. Ia terletak pada garis lintang 3o 30' U dan garis bujur 101o 101' T - 101o 5 T dengan keluasan kira-kira 2,295 hektar. Punca utama air yang digunakan untuk penanaman padi di sini ialah Sungai Tengi yang dialirkan menerusi Terusan Besar yang dibina sebelum dialirkan masuk ke terusan kecil melalui pintu air. Sistem saliran adalah terdiri daripada terusan, saliran masuk, palong, sawah dan parit tampungan. Pada musim penanaman padi terutamanya musim tumbesaran, saliran masuk, palong, sawah dan parit tampungan akan dipenuhi air, manakala pada musim menuai ianya adalah kering. Persampelan telah dilakukan disaliran air yang masuk ke petak sawah, dalam petak sawah, saliran keluar dan selepas petak sawah (parit). Persampelan Persampelah telah dilakukan sebanyak 10 kali merangkumi musim penanaman padi yang berbeza, iaitu penyediaan tapak, tumbesaran dan penuaian. Persampelan telah dilakukan di 11 lokasi yang berbeza iaitu dua di sistem saliran air masuk (untuk air masuk), dua dalam petak sawah, lima di saluran keluar, dan dua selepas air bercampur dengan air kumbahan domestik lain (parit) (Rajah 1). Kaedah persampelan dan analisis adalah berdasarkan kepada kaedah yang telah disarankan oleh APHA dan buku panduan HACH [9 - 11] di mana sampel air di pungut menggunakan botol polietilena, botol kaca dan botol khas untuk penentuan BOD. Sampel dianalisis secepat mungkin selepas persampelan untuk mengelakkan perubahan parameter-parameter kajian terpilih yang ketara pada sampel-sampel air. Bagi sampel yang tidak dapat dianalisis serta merta ia diambil dan diawet mengikut kaedah yang disarankan oleh GEMS [12]. Parameter Kajian Parameter-parameter kajian merangkumi parameter fizikal, kimia organik dan kimia tak organik. Lima parameter fizikal (suhu, oksigen terlarut, pH, warna ketara dan kekeruhan) telah diukur secara in situ dengan peralatan yang terlebih dahulu dikalibrasikan (meter oksigen terlarut dan meter pH). Parameter fizikal yang lain ditentukan bersama-sama dengan parameter kimia dan parameter kimia tak organik di makmal. Kaedah APHA 2540C dan 2540D masing-masing digunakan untuk menganalisis jumlah pepejal terlarut dan jumlah pepejal terampai. Analisis keperluan oksigen biokimia (BOD) ialah kaedah APHA 5210B manakala kaedah APHA 5220B iaitu kaedah refluks terbuka digunakan untuk menentukan keperluan oksigen kimia (COD) [10]. Logam-logam Cd, Pb dan Zn dianalisis mengikut kaedah APHA 3111B [10] iaitu kaedah spektrofotometer serapan atom pembakar grafit (Perkin Elmer Model Zeeman 4112). Warna ketara dan warna sebenar ditentukan melalui kaedah bacaan terus. Kaedah penurunan kadmium, kaedah diazotizasi, kaedah Nessler, kaedah asid askorbik, dan kaedah metilena biru masingmasing digunakan untuk menentukan nitrat, nitrit, ammonia-nitrogen, ion fosfat, sulfat serta sulfida. Botolbotol yang digunakan untuk mengisi sampel terlebih dahulu direndamkan dalam asid nitrik 20% (v/v) selama sekurang-kurangnya 24 sebelum dibilas dengan air suling. Tujuannya adalah untuk meminimumkan kesan-kesan pelumusan yang mungkin timbul terhadap logam-logam kajian [13]. Bahan-bahan kimia yang digunakan adalah gred analisis berjernama BDH Chemicals Ltd. dan MERCK. Hasil dan Perbincangan Keputusan analisis yang diperolehi dalam kajian ini ialah seperti yang diringkaskan dalam Jadual 1, 3 dan 4. Ujian ANOVA ke atas data-data yang diperolehi telah dilakukan untuk melihat sama ada perbezaan kepekatan yang diperolehi itu berbeza secara bererti ataupun tidak.

234

The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242

Terusan Besar

M
Jalan Taliair Tiga

Jalan Raya

K K PS
Saliran Keluar Taliair Masuk

PETAK SAWAH

PETAK SAWAH

PS

Jalan Tanjung Karang - Sekincan PENUNJUK Stesen Kajian

Rajah 1: Gambarajah menunjukkan kedudukan lokasi kajian di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan (tidak mengikut skala) dan stesen-stesen persampelan masuk (M), petak sawah (PS), keluar (K) dan parit (P)

PETAK SAWAH
P
235

Jalan Parit Tiga Saliran keluar

Mohd Rozali Othman et al. KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR
Jadual 1: Kepekatan parameter Indeks Kualiti Air (IKA) yang diukur di persekitaran sawah padi kajian Musim Persediaan Peringkat Lokasi tumbesaran Masuk Petak Keluar Parit Masuk PH (unit pH) 5.35+0.28 td 5.23+0.28 5.17+0.10 5.96+0.46 5.67+0.60 5.99+0.33 5.33+0.63 5.35+0.21 5.55+0.63 5.51+0.32 5.69+0.06 5.54+0.23 5.54+0.52 5.85+0.71 5.49+0.37 5.29+0.02 td 5.83+0.08 6.19+0.12 DO (mg/l) 5.19+0.49 td 3.79+0.27 3.95+0.67 5.52+0.93 5.95+0.00 5.63+0.88 5.72+1.49 6.75+1.06 6.23+1.09 4.01+0.72 4.28+0.65 3.97+0.51 4.42+1.05 4.85+0.78 4.39+0.75 5.88+1.18 td 4.37+0.43 4.75+0.80 Parameter dan nilai BOD COD (mg/l) (mg/l) 3.31+1.67 11.70+1.70 td td 2.86+0.81 17.48+1.44 3.16+1.47 17.18+1.28 0.79+0.29 9.17+1.45 1.40+0.56 17.13+0.92 0.84+0.22 11.03+3.38 2.36+0.11 55.38+15.99 2.58+0.11 34.80+3.96 2.60+0.38 43.26+15.76 0.97+0.36 30.47+1.75 1.39+0.33 31.36+9.39 1.02+0.26 32.36+3.49 1.44+0.09 28.70+3.47 1.60+0.07 30.90+7.78 1.49+0.11 30.63+4.14 2.10+0.28 40.47+20.67 td td 1.41+0.21 36.37+12.29 1.52+0.12 33.60+15.12 N-NH3 (mg/l) 0.51+0.01 td 0.88+0.31 0.73+0.15 0.43+0.11 0.60+0.30 0.49+0.14 2.34+1.21 2.48+1.24 2.12+0.26 1.13+0.16 1.39+1.04 1.38+0.44 1.22+0.21 1.29+0.84 2.38+0.32 1.32+0.39 td 0.96+0.29 1.10+0.34 Zarahan (mg/l) 10.57+2.74 td 14.70+0.18 9.84+1.54 43.62+14.98 71.61+29.41 45.41+11.04 99.11+79.58 16.73+2.50 57.18+62.23 41.26+12.00 10.54+6.07 34.65+14.25 24.62+12.99 17.62+6.89 24.08+9.23 65.23+35.98 td 8.81+2.02 8.57+4.27

Tumbesaran

Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata

Petak

Keluar

Parit

Penuaian

Masuk Petak Keluar Parit

Nota: td = tidak disampel

Jadual 2: Nilai Indeks Kualiti Air (IKA) yang kira berdasarkan kepekatannya di persekitaran sawah padi kajian Musim Persediaan Peringkat Tumbesaran Lokasi SIpH Masuk Petak Keluar Parit Masuk 68.87 td 64.55 62.46 90.01 85.06 Petak 67.79 68.87 Keluar 81.71 85.45 82.36 Parit 88.42 Masuk 66.69 Petak td Keluar 88.06 Parit 93.58 SIDO 71.56 td 43.45 51.64 73.47 77.17 78.67 90.45 48.09 50.85 56.33 60.92 74.48 td 50.98 57.81 Sub-indeks dan nilai SIBOD SICOD SIN-NH3 SIZarahan IKA 86.40 td 88.30 87.03 97.06 94.48 90.42 89.49 96.30 94.52 94.31 93.63 91.52 td 94.44 93.97 83.54 td 75.85 76.25 86.90 76.32 40.96 58.25 62.62 61.70 64.49 62.17 55.06 td 56.74 59.43 62.73 td 52.38 55.52 65.62 59.65 22.89 20.30 44.85 39.34 42.82 41.34 40.72 td 49.02 45.55 91.42 td 89.01 91.72 74.78 63.67 54.85 87.91 75.83 91.32 83.78 87.43 65.70 td 92.30 92.44 77.83 td 68.32 70.60 81.12 76.41 61.36 71.60 67.56 69.78 70.34 71.94 67.21 td 70.94 72.93

Tumbesara n

Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir

Tuai

Nota: td = tidak disampel

236

The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242

SIpH

SIDO

SIBOD

SICOD

SIN-NH3

SIZarahan

IKA

120

100

Nilai-nilai Sub-Indeks dan IKA

80

60

40

20

0 Keluar Awal Keluar Akhir Masuk Awal Masuk Akhir Petak Akhir Parit Akhir Petak Awal Parit Awal

Waktu Tumbesaran dan Lokasi Persampelan

Rajah 2: Rajah menunjukkan perubahan nilai-nilai sub-indeks dan IKA sepanjang wwaktu tumbesaran

Jadual 3: Nilai suhu dan kepekatan nutrien di sekitar sawah padi kajian Musim Persediaan Peringkat tumbesaran Lokasi Masuk Petak Keluar Parit Masuk Suhu (oC) 27.07+0.51 td 25.57+5.32 29.58+0.82 24.47+3.91 22.75+0.35 23.98+2.89 25.83+4.04 24.25+0.35 24.75+2.43 25.11+4.57 23.50+0.99 11.30+6.58 25.77+5.45 24.00+0.71 25.06+3.57 21.50+1.22 td 23.23+1.03 23.00+1.08 Nitrat (mg/l) 0 td 0.18+0.14 0.10+0.10 0.65+0.07 1.20+0.00 0.79+0.24 2.57+0.80 0.53+0.11 1.63+1.06 1.38+0.14 0.96+0.48 1.36+0.11 1.48+0.37 0.83+0.46 1.40+0.30 1.57+0.31 td 0.95+0.23 0.93+0.31 Parameter dan nilai Sulfat Sulfida (mg/l) (mg/l) 0 0.03+0.04 td td 9.67+0.90 0.03+0.02 14.50+0.50 0 0.17+0.29 0.02+0.01 0 0.03+0.01 1.13+0.22 0.02+0.01 42.17+5.97 1.18+0.20 2.25+3.18 0.01+0.00 25.42+18.31 0.10+0.14 15.07+1.22 0.07+0.06 0.10+0.14 0.11+0.13 11.30+6.58 0.05+0.04 21.66+3.82 0.09+0.07 2.75+1.06 0.02+0.01 16.75+8.93 0.08+0.06 4.17+5.89 0.07+0.04 td td 6.53+7.99 0.02+0.01 8.17+9.19 0.02+0.01 Fosfat (mg/l) 0.16+0.11 td 0.33+0.08 0.43+0.13 0.32+0.38 0.06+0.04 0.25+0.30 1.72+2.28 0.02+0.00 0.87+1.57 0.62+0.70 0.11+0.03 0.50+0.54 0.50+0.54 0.07+0.04 0.40+0.42 0.06+0.03 td 0.11+0.03 0.10+0.05

Tumbesaran

Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata

Petak

Keluar

Parit

Tuai

Masuk Petak Keluar Parit

Nota: td = tidak disampel

237

Mohd Rozali Othman et al. KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR
Jadual 4: Nilai warna, kekeruhan dan kepekatan logam di sekitar sawah padi kajian Musim Persediaan Peringkat Tumbesaran Lokasi Masuk Petak Keluar Parit Masuk Warna (PtCo) 271.17123.70 td 239.00+41.21 220.00+64.00 184.83+45.26 329.00+109.61 201.50+41.10 441.00+198.84 150.75+25.10 327.25+173.67 382.53+105.96 232.40+75.80 358.40+85.80 488.67+201.92 208.50+91.92 435.00+170.69 617.67+214.58 td 290.33+86.77 314.50+126.02 Parameter dan nilai Kekeruhan Cd (PtCo) (mg/l) 51.83+21.57 0.007+0.006 td td 69.73+38.2 0.010+0.001 43.25+10.25 0.010+0.004 73.66+64.41 0.007+0.006 285.50+60.81 0.005+0.007 115.88+86.13 0.005+0.002 282.50+126.22 0.017+0.006 55.75+1.77 0.015+0.007 169.67+134.33 0.016+0.006 95.87+10.44 0.013+0.006 63.30+4.95 0.015+0.007 86.85+17.27 0.016+0.002 83.17+20.76 0.023+0.015 48.00+7.78 0.015+0.007 75.75+19.51 0.022+0.011 196.17+96.54 0.006+0.000 td td 65.47+8.54 0.042+0.045 64.17+18.19 0.021+0.005 Pb (mg/l) 0.045+0.035 td 0.040+0.014 0.007+0.006 0.057+0.040 0.040+0.042 0.060+0.032 0.033+0.006 0.015+0.007 0.029+0.010 0.047+0.015 0.065+0.035 0.057+0.021 0.087+0.045 0.020+0.000 0.067+0.041 0.037+0.025 td 0.042+0.003 0.055+0.028 Zn (mg/l) 0.022+0.009 td 0.050+0.028 0.042+0.020 0.017+0.006 0.035+0.021 0.025+0.018 0.073+0.040 0.020+0.014 0.044+0.035 0.043+0.012 0.030+0.000 0.041+0.010 0.033+0.006 0.025+0.021 0.036+0.005 0.030+0.012 td 0.034+0.012 0.025+0.018

Tumbesaran

Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata Awal Akhir Purata

Petak

Keluar

Parit

Tuai

Masuk Petak Keluar Parit

Nota: td = tidak disampel

Parameter Indeks Kualiti Air Enam parameter telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengira nilai Indeks Kualiti Air Negara (IKAN). Parameter-parameter itu ialah pH, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), nitrogen-ammonia dan zarahan terampai. Parameter pH adalah penting dalam menentukan sama ada sesuatu tindak balas kimia atau biologi itu berlaku. Nilai pH juga dapat menentukan darjah atau tahap ketoksikan beberapa bahan cemar dalam air. Nilai pH yang diperolehi dalam kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Nilai pH air yang dicatatkan berada dalam julat yang dibenarkan untuk tujuan pengairan iaitu dengan pH antara 5 9. Jadual 1 menunjukkan bahawa nilai pH yang dicerap mencatatkan nilai yang rendah sedikit (lebih berasid) dalam petak sawah berbanding dengan air yang masuk dan keluar. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh proses pereputan oleh air yang bertakung dalam petak sawah. Bagaimanapun perbezaannya tidak bererti. Nilai yang dicerap adalah hampir seragam di sepanjang kajian. Ini menunjukkan bahawa tiada pelepasan atau penghasilan bahan berasid atau berbes yang berlaku secara bererti disebabkan oleh proses penanaman padi ini. Jadual 2 menunjukkan bahawa terdapat penurunan sub-indeks pH bagi sampel yang diambil dari bahagian petak sawah, ini menunjukkan bahawa aktiviti penanaman padi telah berupaya menurunkan nilai sub-indeks pH dari sekitar 90 diwaktu air masuk hingga menjadi 68 sahaja di dalam petak sawah. Ini menunjukkan bahawa salah satu daripada parameter yang digunakan untuk menilai kualiti air telah merosot nilainya (Jadual 2 dan Rajah 2). Paras DO merupakan satu parameter penting yang dapat menentukan sama ada ikan dapat hidup ataupun tidak. Untuk ikan keli, Ictalururs punctatus dan spesies tilapia misalnya memerlukan oksigen terlarut pada paras minimum 3 mg/l [14]. Jadual 1 menunjukkan bahawa kandungan DO di kawasan kajian berada dalam julat 3.79 6.75 mg/l. Ini menunjukkan bahawa dari segi kandungan DO, kebanyakan spesies ikan air tawar yang biasa dijumpai di sawah padi dapat hidup di perairan berkenaan. Paras DO didapati meningkat di pertengahan petak sawah berbanding dengan waktu ianya masuk dan keluar, terutamanya pada akhir tumbesaran, ini mungkin disebabkan oleh suhu yang berkurangan pada akhir pertumbuhan menyebabkan kelarutan oksigen bertambah (Jadual 1). Walau bagaimanapun ujian statistik tidak menunjukkan perbezaan secara bererti antara stesen persampelan begitu juga antara waktu persampelan. Walau bagaimanapun stesen keluar iaitu sebaik sahaja air keluar dari petak sawah nilai DO adalah berkurangan dan nilai sub-indeksnya berbeza secara bererti berbanding pada waktu masuk dan dalam petak sawah (Jadual 2). Terdapat pertambahan DO pada waktu padi sedang membesar terutamanya dalam petak sawah.

238

The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242 Nilai BOD turut meningkat dengan aktiviti penanaman padi, terutamanya pada waktu tumbesaran. Peningkatan nilai BOD berlaku dalam petak sawah dan perbezaannya adalah bererti berbanding dengan air yang masuk. BOD adalah bergantung kepada pelbagai faktor yang diukur seperti permintaan oksigen hasil daripada alga dalam air dan pengoksidaan ammonia (kehadiran bakteria penitritan). Kehadiran bahan toksik dalam air mungkin menyebakan nilai BOD rendah kerana ianya berupaya mengurangkan mikroorganisma dalam air [15]. Penggunaan baja kimia sedikit sebanyak telah meningkatkan nilai BOD, ini kerana nutrien yang terdapat semasa penggunaan baja kimia telah turut meningkatkan mikrorganisma dalam air, terutamanya dalam petak sawah. Ujian statistik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang bererti untuk nilai BOD antara air yang masuk dengan air dalam petak sawah, tetapi perbezaan yang tidak bererti untuk air yang keluar. Ini menunjukkan bahawa aktiviti penanaman padi tidak meningkatkan nilai BOD air secara keseluruhannya yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa tiada perubahan sub-indeks antara air yang masuk dengan air yang keluar. Paras nilai COD adalah berubah dengan waktu penanaman. Nilai COD boleh dikaitkan secara empirik dengan nilai BOD, karbon organik atau jirim organik [10]. Jadual 1 menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai COD yang disebabkan oleh aktiviti penanaman padi, dimana nilainya adalah berbeza secara bererti antara air yang masuk berbanding dengan yang keluar. Secara amnya terdapat juga peningkatan keatas nilai COD mengikut tumbesaran padi, dimana pada waktui ianya matang nilai COD lebih tinggi walaupun perbezaannya tidak bererti . Jadual 1 menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kepekatan nitrogen-ammonia air dalam petak sawah berbanding dengan yang masuk dan ini juga turut menambahkan kepekatan nitrogen-ammonia yang keluar. Peningkatan nitrogen-ammonia dalam air pada waktu pertumbuhan padi boleh dikaitkan dengan kekerapan aktiviti pembajaan yang dilakukan. Pembajaan dilakukan sebanyak empat kali di sepanjang tempoh tumbesaran padi. Ini menunjukkan bahawa nitrogen-ammonia telah dibebaskan ke dalam jasad air diwaktu padi membesar dan sebahagian daripadanya walaupun dalam kuantiti yang kecil telah menyebabkan berlakunya pencemaran oleh nitrogen-ammonia ini yang disebabkan oleh aktiviti penanaman padi. Namun memandangkan nilai yang dicatatkan masih lagi dibawah had yang dibenarkan untuk air saliran, ianya menunjukkan bahawa langkah kawalan yang dilakukan sedikit sebanyak telah menurunkan paras nitrogen-ammonia dalam air kawasan kajian. Kandungan nitrogen-ammonia dalam jasad air adalah penting kerana ia berupaya mengurangkan kecekapan klorin dalam membunuh kuman. Disamping itu juga ianya adalah toksik kepada ikan terutamanya pada pH yang tinggi [16]. Nilai kepekatan 0.2 mg/l adalah nilai terendah yang toksik kepada ikan. Walau bagaimanapun had yang lebih rendah iaitu 0.02 mg/l disarankan untuk tujuan perikanan. Jadual 1 menunjukkan bahawa petak sawah untuk penanaman padi ini tidak sesuai untuk tujuan perikanan. Walau bagaimanapun ikan yang rentan terhadap nitrogen-ammonia masih dapat hidup dalam petak sawah. Nilai sub-indek nitrogen-ammonia menurun hampir dua kali ganda dalam petah sawah berbanding dengan air yang keluar terutamanya pada waktu pertumbuhan (Jadual 2). Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan baja yang telah meningkatkan kandungan nitrogen-ammonia dalam air. Keadaan ini dibuktikan diwaktu padi hampir masak seperti yang ditunjukkan pada musim penuaian menunjukkan bahawa baja tidak lagi digunakan. Pepejal terampai merupakan satu parameter yang penting untuk air minuman dan industri, tetapi tidak untuk air tujuan pertanian. Kriteria kualiti air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan pengairran ialah 300 mg/l. Bagaimanapun untuk tujuan perikanan had yang dibenarkan ialah antara 25 80 mg/l walaupun ikan masih boleh hidup jika kepekatannya mencapai 400 mg/l [16]. Kandungan zarahan terampai adalah sangat berkaitan dengan kekeruhan dan warna air. Jadual 1 menunjukkan bahawa paras kepekatan zarahan terampai adalah tinggi dimusim padi membesar dan ianya adalah menurun semula diwaktu akhir tumbesaran dan dimusim penuaian. Petak sawah yang ditumbuhi dengan pokok padi telah memperlahankan kadar aliran air terutamanya pada waktu dimana pokok padi menjadi matang, sehingga menyebabkan zarahan terampai akan termendap di mana ini akan mengurangkan kuantiti zarahan terampai dalam air yang keluar. Penggunaan baja telah meningkatkan paras zarahan terampai dalam petak sawah kerana baja yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal, namun paras ini semakin berkurang diakhir waktu tumbesaran. Ujian statistik yang dijalankam keatas zarahan terampai menunjukkan ianya berbeza secara bererti diantara air yang masuk dengan yang keluar dan seterusnya bererti juga dengan air yang memasuki sistem saliran utama. Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan bahawa nilai sub-indeks untuk zarahan terampai telah meningkat di dalam air dalam petak sawah dan yang keluar, ini menunjukkan bahawa berdasarkan kepada kepekatan zarahan terampai, kualiti airnya telah meningkat, kerana seperti yang telah dinyatakan sebelumnya zarahan terampai yang ada dalam air akan termendap.

239

Mohd Rozali Othman et al. KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR Suhu, Warna dan Kekeruhan Paras suhu yang ditunjukkan sepanjang kajian ini ialah pengurangan suhu yang dicatatkan pada musim membesar dan tuaian. Ini kerana cahaya matahari yang sampai ke jasad air air berkurangan kerana ianya dilindungi oleh pokok-pokok padi sehingga menyebabkan suhu air yang dilepaskannya juga adalah menurun. Walau bagaimanapun ianya adalah tidak berbeza secara bererti. Warna dan kekeruhan adalah sering berkaitan antara satu sama lain, dimana warna adalah terbit daripada penyerapan cahaya nampak oleh bahan-bahan yang terlarut dan tidak larut. Jadual 4 menunjukkan terdapat perubahan dari segi nilai warna dan kekeruhan air dalam petak sawah begitu juga dengan air yang keluar berbandng dengan air yang masuk. Keadaan ini mengkin disebabkan oleh penggunaan baja terutamanya semasa peringkat tumbesaran. Nutrien dan bahan lain Antara nutrien yang dikaji ialah nitrat dan fosfat. Jadual 3 menunjukkan bahawa nitrat akan meningkat dengan banyaknya pada waktu penanaman padi. Peningkatannya adalah secara bererti. Kandungan nitrat akan turun semula pada waktu akhir tumbesaran iaitu apabila pokok padi telah menghasilkan buah. Ini mungkin disebabkan pada waktu berkenaan penggunaan baja telah dihentikan. Contohnya berdasarkan Jadual 3, sampel air yang diambil dalam petak sawah memberikan nilai nitrat 2.57+0.80 dan 0.53+0.11 masing-masingnya pada waktu awal dan akhir pertumbuhan. Corak pengurangan yang hampir sama juga diperolehi di bahagian saluran keluar. Nitrat banyak digunakan sebagai baja tak organik dan penggunaan baja nitrogen yang banyak atau intensif untuk menambahkan hasih telah menambahkan paras nitrat dalam air [17, 18]. Nitrat secara relatifnya adalah tidak toksik [19]. Ketoksikannya kepada manusia terutamanya dirujuk kepada penurunan kepada nitrit [20]. Ketoksikan nitrat pada kepekatan yang tinggi dalam air minuman adalah lebih tinggi pada kanak-kanak dan juga akan menyebabkan proses eutrofikasi berlaku [21]. Pengambilan oleh tumbuhan dalam kes ini pokok padi telah menjadi salah satu proses untuk mengurangkan paras nitrat yang telah ditambah melalui penggunaan baja. Berdasarkan kepada hasil kajian yang didapati nilai yang direkodkan masih lagi jauh dari garis panduan nilai ambang yang dicadangkan oleh WHO untuk ion nitrat iaitu 50 mg/l untuk mengelakkan pembentukan methamoglobinemia [22]. Perbandingan antara air yang masuk dan air yang keluar menunjukkan bahawa nitrat meningkat lebih dari dua kali ganda di salur keluar pada waktu awal pertumbuhan tetapi berkurangan pada akhir waktu tumbesaran (Jadual 3). Pembajaan merupakan sumber fosfat yang penting [23]. Fosfat tidak menunjukkan kesan langsung keatas kesihatan. Namun begitu paras fosfat yang melebihi 1 mg/1 akan mengganggu proses penggumpalan dalam loji penapisan air, menyebabkan zarah-zarah tidak dapat dipisahkan dengan sempurna. Seperti juga nitrat, fosfat juga memberikan nilai yang tinggi dalam petak sawah dan ia berbeza secara bererti jika dibandingkan dengan air yang masuk. Seperti nitrat juga didapaii kandungan fosfat dalam air yang keluar juga turut tinggi pada waktu awal penanaman, tetapi berkurang pada waktu akhir penanaman. Pernyataan ini dapat dibuktikan lagi kerana kandungannya dalam air yang diambil dari petak sawah juga berkurang pada akhir waktu tumbesaran padi. Larut lesap sebatian bersulfur telah meningkatkan kandungan sulfat dalam air. Jadual 3 menunjukkan bahawa kandungan sulfat dalam petak sawah telah meningkat dengan banyaknya berbanding dengan air yang masuk. Keadaan ini adalah kerana penggunaan baja bersulfur yang digunakan semasa aktiviti penanaman padi. Dimana terdapat dua kemungkinan iaitu baja bersulfat digunakan secara terus atau baja bersulfur akan dioksidakan kepada sulfat. Seperti dua jenis nutrient yang lain, kandungan sulfat juga berkurangan pada waktu akhir tumbesaran. Keadaan yang serupa juga telah direkodkan oleh sulfida. Wujudnya jerami padi atau tunggul-tunggul pokok padi yang ditenggelami air telah menggalakkan proses pereputan yang turut menghasilkan sulfida dalam sampel kajian selain dari penggunaan baja. Logam-logam Kadmium, Plumbum dan Zink Seperti yang telah direkodkan oleh paremeter-parameter yang lain, logam-logan Cd, Pb dan Zn juga meningkat dalam petak sawah. Pengguaan baja telah sedikit sebanyak menambahkan kandungan logamlogan ini dalam air. Corak yang sama juga didapati pada akhir tumbesaran padi dimana kepekatan logam kajian akan berkurangan. Ini disebabkan pembajaan telah dihentikan pada waktu akhir tumbesaran. Logamlogam ini akan tertumpuk sama ada dalam bahagian-bahagian pokok padi atau dalam buahnya, kerana hasil kajian mendapati air yang keluar mengandungi kandungan logam kajian yang lebih rendah berbanding dengan kandungannya dalam patak sawah.

240

The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2 (2006): 233-242 Kesan terhadap nilai Indeks Kualiti Air (IKA) Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan bahawa terdapat penurunan terhadap nilai Indeks Kualiti Air (IKA) antara salur masuk, petak sawah dan salur keluar. Ini berlaku terutamanya pada awal waktu tumbesaran. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pembajaan dalam petak sawak yang dilakukan sewaktu padi sedang membesar. Antara parametr yang telah menurunkan nilai IKA ialah sebahagian besarnya disebabkan oleh ammonia-nitrogen dan diikuti oleh nilai COD. Ini telah menunjukkan bahawa proses pembajaan yang telah dilakukan sebanyak empat kali sepanjang tempoh tumbesaran telah menyebabkan berlakunya pembebasan bahan berammonia yang turut menambahkan nilai COD air yang terbebas keluar ke persekitaran. Kehadiran unsur logam dalam baja dan racun makhluk perosak yang digunakan sewaktu padi sedang membesar juga telah turut menyumbangkan kepada pertambahan nilai COD. Bagi parameter zarahan terampai yang terdapat dalam petak sawah ianya menjadi lebih baik kerana seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu air yang tenang dalam petak sawah telah dapat memendapkan sebahagian dari zarahan terampai yang wujud dalam jasad air. Kesimpulan Kesimpulan yang dapat ditunjukkan oleh kajian ini ialah aktiviti penanaman padi telah mengakibatkan berlakunya penurunan ke atas kualiti air di persekitaran. Nitrogen-ammonia dan COD merupakan masalah punca terbesar yang telah menurunkan nilai IKA. Selain daripada itu unsur-unsur logam juga telah bertambah dalam sistem saliran terutamanya pada waktu awal pertumbuhan kerana masalah penggunaan baja yang digunakan dengan banyaknya pada waktu ini bagi menambahkan kesuburan pokok padi. Pihak berwajib seharusnya mesti dapat memastikan bahawa tiada air yang keluar dari petak sawah pada waktu tumbesaran terutamanya pada waktu-waktu pembajaan. Pembajaan yang berlebihan dari yang sepatutntya juga telah memberikan kesannya terhadap kualiti air kajian. Hasil kajian juga mendapati bahawa sebahagian besar daripada perameter kajian adalah lebih tinggi pada waktu awal penanaman, tetapi akan berkurangan pada waktu akhir tumbesaran, terutamanya unsur-unsur yang berkaitan dengan penggunaan baja. Walaupun tempat takungan dimana air yang keluar akan ditakung terlebih dahulu tetapi keberkesanannya masih boleh diragukan kerana proses resapan dan pengwapan akan berlaku dimana sebahagian dari unsur-unsur logam terutamanya akan ke udara bersama air yang meruap, manakala sesetengah unsur yang lain contohnya ammonia akan meresap ke dalam tanah. Penghargaan Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pembantu Makmal, Fakuti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih juga ditujukan kepada penduduk kawasan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor yang telah memberikan kerjasama mereka dalam menjayakan kajian ini. Seterusnya terima kasih juga kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjayakan kajian ini. Rujukan
1. 2. I. Jalaludin, 1990. Alam sekitar, gambaran masa kini kemungkinan masa hadapan. Sekitar 6 (Mei): 11 - 30. Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 1995. Environmental Quality Report, Departmenrt of Environment, Ministry of Science, Technology and the Environment Malaysia, Kuala Lumpur 3. M.A. Badri, S.R. Aston, 1987. Observation on heavy metal geochemical associations in polluted and non-polluted estuarine sediments. Anviron. Pollut. (series B) 6: 181 193. 4. Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 1990. Environmental Quality Report, Departmenrt of Environment, Ministry of Science, Technology and the Environment Malaysia, Kuala Lumpur. 5. J.C. Lamb, 1985. Water Quality and its Control, John Wiley & Sons Inc., New York. 6. D. Catling, 1992. Rice in Deep Water, 1st. Ed., The Macmillan Press Ltd., London. 7. Harrison, R.M. 1979. Toxic metals in street and household dusts. Sci. Total Environ. 11: 89-97. 8. M.L. Davis, D.A. Cornwell, 1991. Introduction To Environmental Engineering, McGraw Hill International Ed., Chemical Engineering Series 2nd. Ed. Singapore. 9. American Public Health Association (APHA), 1992. Standard Methods for the Examination of Water and Wastewater. 18th. Ed.. Washington: APHA, AWWA and AWPFC. 10. American Public Health Association (APHA), 1995. Standard Methods for the Examination of Water and Wastewater. 19th. Ed.. Washington: APHA, AWWA and AWPFC. 11. Hach, 1993. DR/2000 Spectrophotometer Instruments manual for use with software version 3, USA, Hach Company 12. Global Environmental Monitoring System (GEMS), 1978. GEMS Water Operational Guide, United Nation Environmental Programme, Geneva.

241

Mohd Rozali Othman et al. KESAN AKTIVITI PENANAMAN PADI TERHADAP KUALITI AIR
13. Mohd Rozali Othman, Khadijah binti Khalid, William Kimsoi, Chan Mei Fong, Ridzwan Hashim, 1990. Kandungan logam-logam berat dalam zarahan terampai di udara. Sumber 6: 45 56. 14. G.R. Smart, 1981. Aspect of water quality producing stress in intensive fish culture. In A.D. Pickering (ed). Stress and Fish, Academic Press, London, 277 - 293. 15. D. Chapman, 1992. Water quality assessment. A guide to the use of biota, sediments and water in environmental monitoring. Chapman and Hall. London. 16. A.B. Bakar, D. Hashim, 1980. Water Pollution Control: Aliterature review: Toxicity limit and water quality criteria, Jatatan Alam Sekitar, Malaysia, 29 pp. 17. R.P. Gambrell, J.W. Gilliam, S.B. Weed, 1975. Nitrogen lossses from North Carolina Coastal plain. J. Environ. Quality 4: 317 323. 18. S. Mosthaghimi, P.W. McClellan, R.A. Cooke, 1993. Pesticides contamination of groundwater in Virginia: BMP impact assessment. Water Sci. Technol. 28: 379 387. 19. C.P. Huang, H.W. Wang, P.C. Chiu, 1998. Nitrate reduction by metallic iron, Wat. Res., 32, 2257 2264. 20. World Health Organisation (WHO), 1998. Nitrate and nitrite. Guideline for drinking-water quality. 1st. Ed. Recommendations, Geneva. http://www.who.int/water_sanitation_health/GDWQ/Chemicals/nitratenitritesum.htm (24 Mac 2001) 21. H.P.L. Willems, M.D. Rotelli, D.F. Berry, E.P. Smith, R.B. Reneau Jr. and S. Mostghimi, 1997, Nitrate removal in Riparian Wetlands Soilds: Effects of flow rate, temperature, nitrate concentration and soil depth. Water Res. 4: 841 849. 22. World Health Organisation (WHO), 1998. Nitrate and nitrite. Guideline for drinking-water quality. 2nd. Ed. Recommendations, Geneva. http://www.who.int/water_sanitation_health/GDWQ/Chemicals/nitratenitritesum.htm (24 Mac 2001). 23. R. Gachter, J.M. Ngatiah, C. Stamm, 1998. Transport of phosphate from soil to surface waters by preferential flow. Environ. Sci. Technol. 32: 1865 1869.

242

You might also like