You are on page 1of 7

PENDAHULUAN: Gabungan Generasi Melayu Terengganu di bawah Biro Sukan, Rekreasi & Antidadah bercadang untuk mengadakan Ekspedisi

Kayak Cabaran 3 Kuala Peringkat Kebangsaan bagi menguji kecergasan fizikal dan ketahanan mental rakan muda. Program ini adalah kesinambungan daripada Klinik Asas Kayak yang pernah diadakan dengan sambutan yang amat mengalakkan. Minat dan keinginan mereka untuk mengharungi cabaran di 3 Kuala iaitu Kuala Berang, Kuala Telemong dan Kuala Terengganu perlu di tunaikan kearah mendidik mengenal erti kegigihan semasa menghadapi cabaran atau rintangan. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Keno Terengganu dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu.

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--><!--[if !mso]--> <!--[endif]-->

<!--[if !mso]--> <!--[endif]--><!--[if !mso & !vml]--> <!--[endif]--><!--[if !vml]-->


OBJEKTIF: Memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada ahli tentang aktiviti berkayak serta menguji ketahanan fizikal dan mental mereka. Mencungkil bakat-bakat generasi muda tentang sukan kayak untuk ke pertandingan di dalam negeri mahupun ke luar negeri. Menjadikan aktiviti ini sebagai menarik minat belia untuk pengisian masa lapang yang lebih berfaedah dan terhindar daripada perlakuan negatif. TARIKH: 05 hingga 08 Februari 2009 TEMPAT: Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

PENYERTAAN: 80 orang daripada seluruh negeri. ATURCARA PROGRAM: Hari Pertama: Jam 8.00 pagi Pendaftaran di Kompleks Belia & Sukan, Kuala Terengganu Bertolak Ke Belukar Bukit, Hulu Terengganu Jam 11.00 pagi Kraf Perkhemahan Makan Tengahari / Solat Zohor Berjemaah Jam 2.30 petang Taklimat /Suaikenal / Pembentukan Kumpulan Jam 4.00 petang Minum Petang / Solat Asar Berjemaah Jam 5.00 petang Riadah Jam 7.00 malam Solat Maghrib / Bacaan Yasin / Tahlil / Zikir Munajat / Solat Isyak Jam 9.00 malam Taklimat oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Jam 10.30 malam Minum Malam / Rehat (Berkhemah di Belukar Bukit)

Hari Kedua Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Muhasabah Diri Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi Pelepasan Ekspedisi Berkayak Melalui Sungai Berang Jam 2.00 petang Di jangka tiba di Pengkalan Ajal Makan Tengahari/Solat Zohor Perkhemahan di Tepi Sungai Berang Jam 4.00 petang Minum Petang / Solat Asar Jam 5.00 petang Khidmat Masyarakat Bersama Belia 4B Pengkalan Ajal Jam 7.00 malam Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak Jam 9.00 malam Taklimat Pergerakan / Imbas Kembali Jam 10.30 malam Minum Malam / Rehat (Berkhemah di Tepi Sungai Kampung Pengkalan Ajal)

Hari Ketiga: Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Muhasabah Diri

Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi Pelepasan Ekspedisi Pengerusi Belia 4B Peng. Ajal Berkayak Melalui Sungai Berang Jam 2.30 petang Di jangka tiba di Kuala Berang Perkhemahan Dibawah Jambatan Kuala Berang Makan Tengahari / Solat Zohor Jam 4.00 petang Minum Petang / Solat Asar Jam 5.00 petang Khidmat Masyarakat Bersama Bomba Daerah Hulu Trg Jam 7.00 malam Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak Jam 9.00 malam Taklimat Pergerakan / Imbas Kembali Jam 10.30 malam Minum Malam / Rehat (Berkhemah di Bawah Jambatan, Kuala Berang)

Hari Keempat Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Muhasabah Diri Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi

Pelepasan Ekspedisi Pegawai Penjaga Bomba Daerah Jam 12.00 tengahari Di jangka tiba Kuala Telemong Makan Tengahari / Rehat / Solat Zohor Jam 2.00 petang Bertolak Ke Kuala Terengganu Jam 4.00 petang Dijangka tiba di Muzium Negeri Terengganu Minum Petang / Solat Asar Bertolak Ke Kompleks Belia & Sukan Negeri Jam 7.00 malam Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak Jam 9.00 malam Majlis Penutup & Penyampaian Sijil - Peserta Mengambil Tempat - Ketibaan Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri - Bacaan Doa - Ketua Peserta - Ucapan Aluan Pengerusi Penganjur - Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri - Penyampaian Hadiah (Peserta Terbaik, Pemimpin Harapan Dan Kumpulan Terbaik) - Penyampaian Sijil - Penyampaian Cenderahati - Minum Malam (Menginap di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuala Terengganu

Hari Kelima: Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Muhasabah Diri Sarapan Pagi / Berselawat Bersurai ANGGARAN PERBELANJAAN: Makan Minum @ RM25.00 x 80 x 4 hari - RM8,000.00 Penginapan @ RM20 x 80 orang x 1 malam - RM1,600.00 Insuran Kelompok @ RM10 x 80 orang - RM800.00 Baju T (Lengan Panjang) @ RM20 x 80 helai - RM1,600.00 Kain Rentang @RM150 x 2 helai - RM300.00 HonororiumPenceramah @RM100.00 x 8 jam - RM800.00 Pembantu Program @ RM200 x 10 orang - RM2,000.00 Peralatan Perkhemahan/Kayak - RM2,000.00 Program Khidmat Masyarakat - RM1,000.00 Sijil Penyertaan - RM500.00 Majlis Penutup - RM500.00 Perbelanjaan Runcit/Luar jangka - RM1,000.00 Jumlah Besar RM20,100.00 IMPLIKASI KEWANGAN: Adalah dicadangkan mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu. PENUTUP: Semoga dengan adanya program sebegini, peserta akan dapat menimba pengalaman baru melalui pendedahan awal tentang sukan berkayak dengan menguji kekuatan fizikal dan ketahanan mental.

Sekian.

Presiden Gabungan Generasi Melayu Terengganu

You might also like