You are on page 1of 3

PENGHARGAAN

Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kertas kerja saya yang diusahakan selama ini. Kertas kerja ini amat penting bagi saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek yang diambil oleh saya.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kertas kerja saya ini. Pertama sekali kepada Syarikat Layar Warisan Enterprise, Encik Md Rosli kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang amat baik sekali kepada saya menyiapkan kertas kerja saya. Dan tidak dilupakan kepada kakitangan syarikat yang banyak membantu saya sepanjang saya membuat latihan praktikal dan seterusnya memberikan maklumat yang berguna untuk saya gunakan dalam menyiapkan kertas kerja saya.

Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek Softskill saya, Pn Hasmahani kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna kepada saya dalam menjayakan kertas kerja saya semasa saya susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang menyiapkan kertas kerja ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kertas kerja masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi mengenai kertas kerja ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa dalam memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

iv

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan kertas kerja ini.

ABSTRAK

Industri binaan adalah satu bidang yang amat penting bagi mensatbilkan ekonomi negara. Ia meliputi bidang perniagaan yang meliputi kerja bangunan, kerja kejuruteraan awam, mekanikal, elekktrikal, air, kuari, kerja tanah, dan telelhungan yang lain.

Jenis-jenis kerja dalam industri binaan ialah kejuruteraan awam yang melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan kompleks seperti pembinaan jalanraya, lebuhraya, jambatan, sekolah, hospital, dan lain-lain. Bagi sektor kejuruteraan awam berat pula merangkumi pelantar minyak, empangan sungai, rangkaian lebuhraya negara, landa san keretapi dan lain-lain.

Industir binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industri binaan turut berkembang salaras dengan permintaan yang bertambah. Oleh itu, industri binaan dianggap sebagai galakan terhadap perkembangan industri-industri lain. Banyak aktiviti ekonomi lain yang berkaitan turut berkembang. Seperti pengeluaran bahan-bahan, komponen, peralatan dan loji binaan. Industri binaan juga merupakan industri pembinaan yang membantu industri-industri lain dalam menyediakan kemudahan infrastuktur fizikal dan bangunan.

Walau bagaimanapun, industri binaan yang kompleks ini mempunya ciri-ciri tersendiri. Dari itu, pihak kontraktor yang bertanggungjawab merealisasikan projek binaan ke alam nyata perlu memahami beberapa aspek penting yang akan mempengaruhi kerja-kerja di tapak binaan.

vi

You might also like