You are on page 1of 27

REKA BENTUK PENGAJARAN

Disediakan Oleh :
Shaibatul Hamdi Hafizah Bt Mustaffa Maslianna Bte Mohd Zainol

1. Konsep reka bentuk pengajaran

4. Reka bentuk mesej dalam proses pengajaran dan pembelajaran

REKA BENTUK PENGAJARAN

2. Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran

3. Model reka bentuk pengajaran

Pengenalan
Reka bentuk pengajaran ialah manifestasi bahawa pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan kelam kabut, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil pembelajaran yang boleh diukur.

Konsep Reka Bentuk Pengajaran


Reka bentuk pengajaran sebenarnya bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina bahan pengajaran. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran (Noriati A. Rashid et al. (2009)
3

Menurut Dick dan Reiser (1988), RP ialah Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. RP lebih fokus kepada penyataan kaedahkaedah pengajaran iaitu sebagai satu disiplin yang memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedahkaedah pengajaran (Reigeluth. 1983).

RP merupakan proses untuk menentukan ciriciri dan keperluan untuk pembelajaran (Yusup Hashim, 1998) Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Terdapat tiga kategori reka bentuk pengajaran (RP).

Satu proses

Satu sains

Kategori reka bentuk pengajaran ( RP)

Satu disiplin

Gustafson (1991), mendefinisikan istilah reka bentuk pengajaran mencakupi seluruh proses pengajaran.

Reka Bentuk

Pembinaan

Penilaian

Penggunaan

Rajah 1.0 Proses Reka Bentuk Pengajaran

Terdapat enam perkara asas model Reka Bentuk Pengajaran,iaitu :

i) Menentukan keperluan murid

ii) Menentukan matlamat dan objektif

iii) Membina prosedur penilaian

iv) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

vi) Mencuba sistem pengajaran

vii) menilai keseluruhan sistem

Reka bentuk pengajaran mengandungi empat bidang :

Ciri-ciri pelajar Reka bentuk Mesej

Reka bentuk pengajaran Reka bentuk strategi

Model berorientasikan bilik darjah

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN : 3 TUMPUAN

Model berorentasikan sistem

Model berorentasikan produk

Model ADDIE: 5 peringkat

analisis (Analysis)

reka bentuk. (Design) perkembangan (Development) pelaksanaan (Implementation)

penilaian (Evaluation)

PERINGKAT ANALISIS
Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada mood juga dikenal pasti. Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan menganalisis. (a) Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka? (b) Apakah hasil pembelajaran? (c) Apakah pilihan strategi penyampaian? (d) Berapakah tempoh pelaksanaan?

PERINGKAT REKA BENTUK


Peringkat ini memberikan tumpuan kepada objektif pembelajaran, alat taksiran, latihan, isi kandungan, perancangan pengajaranpembelajaran, dan pemilihan media. Peringkat ini hendaklah dilaksanakan secara sistematis dan teliti.

PERINGKAT PERKEMBANGAN
Peringkat ini melibatkan pemilihan dan penyatuan isi kandungan serta teknologi. Program ataupun projek akan mela1ui proses ujian dan percubaan. Hasil maklum balas daripada ujian dan percubaan ini akan digunakan untuk menjadikan program lebih baik dimasa hadapan.

PERINGKAT PELAKSANAAN
Pada peringkat ini, prosedur latihan dibentuk. Latihan termasuk memahami kurikulum, hasil pembelajaran, penggunaan media, cara penyampaian, dan proses penilaian bagi pengajar. Pendaftaran pelajar, penggunaan media, penyediaan alat, buku, dan sumber yang sesuai juga perlu diambil kira pada peringkat ini. Kesemua alatan hendaklah dipastikan boleh digunakan dan berfungsi dengan baik.

PERINGKAT PENILAIAN
Peringkat ini merangkumi dua bahagian, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dilaksanakan sepanjang proses ADDlE pada setiap peringkat. Penilaian sumatif pula diadakan dalam bentuk ujian untuk domain khusus dan ini merupakan maklum balas daripada pihak pengguna atau pelajar.

MODEL A.S.S.U.R.E

A - Analyse learner

S - State objectives

S - Select method, media and materials U - Utilise media and materials R - Require learner response/participation E - Evaluate and revise materials

Model ASSURE mengandungi enam langkah, iaitu: menganalisis ciri pelajar, nyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, pilih media dan bahan pengajaranpembelajaran, gunakan media dan bahan pengajaranpembelajaran tersebut, libatkan pelajar dalam proses pembelajaran, nilai serba semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan pengajaranpembelajaran.

IMPLIKASI MODEL ASSURE


Model ini yang dikemukakan oleh Heinich et al. (1982) sesuai untuk: merancang pengajaran-pembelajaran bilik darjah. Semua guru dapat memanfaatkan model ini untuk merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif.

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKABENTUK PENGAJARAN


Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus. Meningkatkan pencapaian pelajar Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai Membantu dalam proses membuat keputusan. Menjadikan penyampaian P&P standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

merupakan kaedah penyampaian bagi proses P&P

REKA BENTUK Heinich (2002) alat yang MESEJ membantu proses


komunikasi

perantara dalam penyampaian mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima

Sumber maklumat Interpretasi maklumat Penerima maklumat

Media / mesej Penerima maklumat Interpretasi maklumat Sumber maklumat Media / mesej

Proses penyampaian mesej antara penyampai dengan penerima maklumat

Torkelson (1972), membahagikan media kepada 3 komponen:

Mesej
alat fizikal yang diguna untuk menyampaikan mesej. Contoh: LCD, radio, tv.

-isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.

Saluran mesej

Bentuk mesej

cara maklumat disimpan dalam bentuk sebenar, abstrak, simbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dll

Enam kategori media berdasarkan ransangan fizikal media (Gagne dan Briggs, 1974).

Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar

RUMUSAN
Penggunaan model reka bentuk pengajaran iaitu model ADDIE, model ASSURE, model Gagne.Briggs dan Wager, sesuai digunakan dalam proses P&P kerana ia memberi garis panduan kepada guru untuk mencapai hasil/objektif pembelajaran.

You might also like