You are on page 1of 1

1 AlRazi

Folio Sejarah Tingkatan 1: Salasilah Keluarga

Salasilah Keluarga:
1. Salasilah keluarga bermaksud asal-usul keturunan ataupun susur galur sesebuah keluarga. 2. Untuk sebelah ibu bermula daripada Umiyyah & Abdul Wahab. Mereka berasal daripada Lumut, Perak. Datuk pada asalnya bekerja sebagai posmen dan kemudiannya naik Penyelia Posmen ( Jawatan sambilan Siak Masjid). Beliau dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian. Hasil perkahwinan mereka telah dianugerahkan 11 anak (seorang bernama Faridah telah meninggal semasa kecil). Boleh dikatakan anak-anak mereka ada yang berjaya dan telah mendapat pendidikan. 3. Manakala sebelah ayah pula bermula dengan Mohd Awang & Leha. Mereka berasal Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu. Mereka hidup dalam keadaan yang miskin. Datuk bekerja sebagai nelayan manakala nenek menjual keropok ikan. Hasil perkahwinan mereka telah mendapat 10 anak. Kendatipun mereka hidup miskin, anak-anak mereka telah berjaya keluar daripada kemiskinan.

Pingat Jasa Kebaktian yang diterima datuk (Abdul Wahab).

5|Mukasurat

You might also like