You are on page 1of 3

Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2.

Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung. Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut: (a) kata nama majmuk; (b) kata bilangan majmuk; (c) kata adjektif majmuk; (d) kata kerja majmuk; (e) kata sendi majmuk; (f) kata keterangan majmuk; (g) Kata hubung majmuk. 12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh. 14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. 15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar. 16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari. 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala. 19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun. Tugasnya 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut: (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya. air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata lemah lembut (kata adjektif) adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi) (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya: apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan apabila (kata nama) tanya) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama) gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama) banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan) Maknanya 21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: (a) kata majmuk wajar; (b) kata majmuk kiasan 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur. 23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar. adat istiadat gunung api kongsi gelap alih bahasa hancurlebur lampu duduk bahasa pasar harga borong lipat ganda bakul sampah hitam manis lubang hidung batang hidung ikan parang mabuk taut cakera padat inti sari merah jambu cantik jelita isi perut minyak makan daya cipta juling air naik takhta dengki hati kaca mata nenek moyang emas putih kerak bumi orang gaji esok hari otak depan tuan rumah gagah berani olah raga udang galah galah canggah pagar duri uji kaji rendah hati pindah tangan wang saku sabun mandi rabun jauh warta berita sihat akal tahan lasak zat air 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan. akal kancil darah daging hajat besar anak angkat datang bulan harga diri anak baju daun pintu ibu ayam anak emas emas kahwin isi hati anak kunci embun jantan jalan bahasa batu loncatan filem bisu jauh hati banyak mulut gaji buta kaki tangan buah mulut gantung kemudi karat hati bulan madu gatal mulut kata dua cahaya mata gunung payung kecil hati cakap angin habis akal kereta api campur tangan lalat hijau papas hati cekak musang lebar mulut panjang tangan dapur susu lemah semangat pasar gelap mata hari lepas tangan patah hati naik darah main angin rendah hati nyawa ikan malam buta sagu hati otak udang sampai hati sakit hati tangan besi tali barut tumbuk rusuk timbang rasa tanah air

You might also like