You are on page 1of 3

Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves Selangor Darul

Ehsan. Tel : 03-61311971 / Fax : 03-61361978

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG ( IKLAN DALAMAN )

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :1. Jawatan Taraf Kumpulan Perkhidmatan Klasifikasi Perkhidmatan Gred Jawatan Jadual Gaji : PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG ( 1 Kekosongan ) : Tetap : Sokongan : Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman : L29 : P1 T1 RM 1472.26 - P1 T24 RM 3028.61 P2 T1 RM 1543.35 - P2 T24 RM 3226.80 P3 T1 RM 1617.46 - P3 T24 RM 3406.73

SYARAT- SYARAT LANTIKAN :Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) (b) warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (ii) diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : P1T4) dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-2-

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. PERHATIAN KEPADA PEMOHON :i. Permohonan daripada kakitangan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini ; Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan (salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang); Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga; Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas (3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

ii.

iii. iv.

PERMOHONAN :Borang (MPS 1) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 atau boleh didapati melalui Laman Web MPS www.mps.gov.my. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon bertaraf tetap di sebelah kiri atas sampul surat kepada :Jabatan Khidmat Pengurusan Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. No. iklan : ( 3 ) dlm.MPS 3/2-1378 jld 4 Tarikh iklan : 03 Jun 2011 Tarikh tutup permohonan ialah pada : 10 Jun 2011 ( pukul 5.00 petang ) ( Keutamaan diberi kepada anak Negeri Selangor )

-3-

SENARAI SEMAK PEMOHON

BIL 1. 2. 3.

PERKARA Borang Permohonan Jawatan Gambar Surat Sokongan Permohonan melalui Ketua Jabatan (Bagi Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) Ijazah/Diploma/Sijil STPM/SPM/UPSR/PMR ( yang berkenaan ) Salinan Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran Sijil Berhenti Sekolah Menengah/Rendah

ADA

TIADA

4.

5. 6.

Salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan. Borang permohonan yang telah diisi hendaklah disemak dan pemohon hendaklah menandakan pada kotak yang disediakan.

You might also like