Professional Documents
Culture Documents
Konsep Fizik
Konsep Fizik
Bab Bab 2 Daya dan Gerakan Bab 1 Pengertian kepada Fizik Konsep-konsep dan hukum-hukum Fizik Fizik Pengukuran Kuantiti terbitan Kepersisan Kejituan Kepekaan Kuantiti skalar Kuantiti vektor Kinematik Jarak Sesaran, s Pengertian Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji pelbagai fenomena alam sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Pengukuran ialah proses menentukan nilai kuantiti fizik dengan menggunakan peralatan sains yang mempunyai skala piawai. Kuantiti terbitan ialah gabungan kuantiti-kuantiti asas secara pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya. Kepersisan ialah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang diperolehinya. Kejituan pengukuran ialah betapa hampir sesuatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar. Kepekaan ialah kebolehan sesuatu alat mengesan perubahan kecil kuantiti fizik yang diukurnya. Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja. Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah. Kinematik ialah kajian berkenaan dengan jenis pergerakan sesuatu objek tanpa merujuk kepada daya-daya yang menyebabkan gerakan objek itu. Jarak gerakan sesuatu objek ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh objek itu. Jarak merupakan kuantiti skalar. Sesaran suatu objek dari satu titik rujukan, O ialah jarak objek itu dari titik O mengikut arah dari titik O ke objek itu. Sesaran merupakan kuantiti vektor.
Laju Halaju, v
Pecutan, a
Dinamik Inersia Jisim, m Hukum Gerakan Newton Pertama Momentum Linear @ Momentum, p
1 (u + v ) t 2 1 s = ut + at 2 2 s = sesaran, u = halaju awal, v = halaju akhir, t = masa, a = pecutan Laju ialah kadar perubahan jarak terhadap masa. Laju merupakan kuantiti skalar. Halaju ialah kadar perubahan jarak pada sesuatu arah tertentu. Halaju merupakan kuantiti vektor. v = u + at v2 = u2 + 2as s = sesaran, u = halaju awal, v = halaju akhir, t = masa, a = pecutan Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa. Pecutan merupakan kuantiti vektor. v u a= t a = pecutan, v = halaju akhir objek, u = halaju awal objek, t = masa Dinamik ialah kajian berkenaan dengan gerakan objek yang disebabkan oleh tindakan daya. Inersia merupakan sifat semulajadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak. Jisim ialah amaun atau kuantiti jirim yang terkandung dalam objek itu. Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut. Momentum linear atau momentum sesuatu objek diiktirafkan sebagai hasil darab jisim objek itu dengan halajunya. p = mv p = momentum, m = jisim objek, v = halaju objek s=
Copyright reserved
Impuls, Ft
Daya impuls, F
mv mu t F = daya impuls, t = masa perlanggaran, m = jisim objek, v = halaju akhir objek, u = halaju awal objek. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah bumi oleh daya graviti. Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti dengan pecutan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan dikatakan jatuh secara bebas atau jatuh bebas. Berat suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas objek itu. W = mg W = berat, m = jisim, g = pecutan graviti Apabila beberapa daya bertindak ke atas sesuatu objek, keseimbangan daya berlaku jika paduan semua daya itu ialah sifar. Hukum Gerakan Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang bermagnitud sama pada arah yang bertentangan. Leraian daya ialah satu proses di mana satu daya tunggal boleh diuraikan kepada 2 komponen. Proses ini merupakan songsangan kepada prinsip paduan daya. Kerja yang dilakukan oleh suatu objek yang malar untuk menggerakkan suatu jasad adalah sama dengan hasil darab magnitud sesaran dan komponen daya yang selari dengan arah sesaran itu. Kerja merupakan kuantiti skalar. W = Fs W = kerja, F = daya, s = sesaran Tenaga ialah keupayaan atau kebolehan suatu sistem untuk melakukan kerja. Kuasa ialah kadar melakukan kerja atau kadar pemindahan tenaga. Tenaga keupayaan suatu jasad diiktirafkan sebagai tenaga yang dipunyai oleh jasad itu disebabkan oleh kedudukan atau keadaan jasad itu. F=
2 jenis tenaga keupayaan: tenaga keupayaan graviti - disebabkan oleh ketinggian jasad itu . E = mgh E = t. keupayaan, m = jisim, g = pecutan graviti, h = ketinggian dari bumi tenaga keupayaan kenyal - disebabkan oleh keadaaan jasad itu 1 W = Fx 2 W = kerja yang dilakukan, F = daya, x = pemanjangan spring Tenaga kinetik ialah tenaga yang diperoleh oleh suatu jasad apabila jasad itu bergerak.
Tenaga kinetik, E
Copyright reserved
Prinsip keabadiaan tenaga Bab 3 Sifat Jirim Gerakan Brown Pengembangan Teori kinetik jirim
Ketumpatan,
Kekuatan
Copyright reserved
Prinsip Archimedes
Prinsip Pascal
F A P = tekanan, F = daya, A = jumlah luas permukaan bersentuhan. Tekanan dalam cecair bertindak dalam semua arah tanpa bergantung kepada saiz atau bentuk bekas. Tekanan atmosfera ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan bumi. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila apabila suatu objek direndamkan sebahagiannya atau sepenuhnya di dalam suatu cecair, objek itu mengalami daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan. Prinsip Archimedes juga benar untuk objek di udara. Semua objek yang menyesarkan udara dan objek di udara juga mengalami daya tujah ke atas. Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada permukaan suatu cecair dalam bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke seluruh bahagian bendalir itu. P=
F1 F = 2 A1 A2
Prinsip Bernoulli Bab 4 Haba & Tenaga Suhu, T Haba Keseimbangan terma F = daya, A = luas Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir itu berkurang. Suhu ialah darjah kepanasan suatu objek. Haba ialah tenaga yang dipindah dari objek yang panas ke objek yang sejuk. Apabila 2 objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih pemidahan tenaga antara 2 objek itu adalah sifar. 2 objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang sama. Sifat fzikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat termometri. Suatu objek yang mempunyai muatan haba yang besar memerlukan kuantiti haba yang lebih besar untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 0C. Q = C Q = haba yang dibebaskan, = perubahan suhu, C = muatan haba Muatan haba suatu objek bergantung pada: jisim, m jenis bahan objek itu suhu bahan objek itu, T Q Muatan haba tentu suatu bahan, c = ditakrifkan sebagai haba yang m diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 10C bagi 1 kg bahan itu dan unitnya ialah J kg-1 0C-1. Q = mc = Pt Q= mgh =
Haba pendam
1 dan Q dan m Q = haba yang dibebaskan, m = jisim objek, c = muatan haba tentu, = perubahan suhu, C = muatan haba, g = pecutan graviti, h = ketinggian dari bumi, v = halaju, P = kuasa peralatan elektrik, t = masa Haba pendam ialah haba yang diserap atau haba yang dikeluarkan semasa perubahan keadaan jirim. Makna pendam dalam konteks haba pendam
Copyright reserved
Penyejatan
Pendidihan
Tekanan gas
Hukum Boyle
Hukum tekanan
1 , maka, P1V1 = P2V2 V P = tekanan gas, V = isi padu gas Hukum tekanan menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap, tekanan gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika isi padu gas itu adalah tetap. P
P T ,
Hukum Charles
maka,
P1 P = 2 T1 T2
P = tekanan, T = suhu mutlak Hukum Charles menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap, isi padu gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika tekanan gas itu adalah tetap. V T , maka,
V1 V2 = T1 T2
Copyright reserved
PV T
= pemalar
Indeks pembiasan
Copyright reserved
Pembesaran linear, m
P = kuasa kanta, f = panjang fokus (diopter, D) kuasa kanta cembung adalah positif kuasa kanta cekung adalah negatif Nisbah imej kepada tinggi objek disebut pembesaran linear
m=
hi v = ho u
1 1 1 + = u v f
Bab 6 Gelombang
m = pembesaran linear, hi = tinggi imej, ho = tinggi imej, v = jarak imej, u = jarak objek, f = jarak fokus Getaran atau ayunan ialah gerakan ulang-alik suatu sistem yang bergetar melalui lintasan yang tetap. Muka gelombang ialah garisan atau permukaan yang menyambungkan titiktitik yang bergerak pada fasa yang sama dan berjarak sama dari sumber yang sama. Muka gelombang sentiasa berserenjang dengan arah perambatan gelombang. Gelombang melintang ialah gelombang yang mana zarah-zarah mediumnya bergetar pada arah yang berserenjang dengan arah perambatan gelombang. Gelombang membujur ialah gelombang yang mana zarah-zarah mediumnya bergetar pada arah yang berselari dengan arah perambatan gelombang. Amplitud ialah sesaran maksimum suatu jasad dari kedudukan keseimbangannya. Masa yang diambil oleh suatu jasad untuk membuat satu ayunan atau getaran lengkap dikenali sebagai tempoh. Bandul ringkas
T = 2 l g
Frekuensi, f
T = tempoh ayunan, m = jisim, g = pecutan graviti Frekuensi, f ialah bilangan getaran lengkap yang dibuat dalam 1 saat. 1 f = T f = frekuensi, T = tempoh ayunan Panjang gelombang, ialah jarak di antara 2 titik berturutan yang mempunyai sesaran yang sama serta bergerak dalam arah yang sama. v=f v = halaju gelombang, f = frekuensi, = panjang gelombang Suatu sistem dikatakan mengalami pelembapan jika amplitud getarannya semakin berkurang dengan masa. Geseran sistem itu dengan udara menyebabkan tenaga terlesap daripada sistem itu berbentuk haba. Pelembapan luar iaitu sistem kehilangan tenaga dalam bentuk haba disebabkan oleh daya geseran dari udara. Pelembapan dalam iaitu sistem kehilangan tenaga dalam bentuk haba disebabkan molekul-molekul sistem yang direnggang dan dimampat. Frekuensi asli suatu sistem bergetar ialah frekuensi sistem itu bergetar secara bebas tanpa tindakan sebarang daya luar ke atasnya. Resonans ialah suatu fenomena di mana suatu sistem dipaksa bergetar pada
Copyright reserved
Pantulan gelombang
Pembiasan gelombang
v1 v 2 = 1 2
v = halaju gelombang, = panjang gelombang Belauan gelombang ialah penyebaran gelombang yang berlaku apabila gelombang merambat melalui satu celah atau halangan. Ciri-ciri gelombang terbelau: Panjang gelombang tidak berubah. Frekuensi gelombang air di semua kawasan sama dengan frekuensi penggetar. Arah gerakan gelombang yang terbelau berubah. Frekuensi dan panjang gelombang yang terbelau tidak berubah. Bentuk gelombang terbelau berubah mengikut keadaan. Faktor: 1. saiz gelombang celah. 2. panjang gelombang, . Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila 2 atau lebih gelombang merambat melalui suatu titik tertentu pada ketika yang sama, sesaran paduan pada titik itu adalah sama dengan jumlah secara vektor bagi sesaran setiap gelombang individu. 2 gelombang yang koheren mempunyai frekuensi yang sama dan fasa atau beza fasa yang sama.
Prinsip superposisi
koheren
Copyright reserved
a
D x
ax D
Apabila puncak gelombang dari satu punca bertemu dengan lembangan gelombang dari satu punca yang lain dan menghasilkan satu kawasan yang tenang. Interferens memusnah dikatakan berlaku. Antinod ialah tempat interferens mebina berlaku. Nod ialah tempat interferens memusnah berlaku. Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang bergerak dalam bentuk gelombang. Gelombang bunyi ialah suatu gelombang mekanikal yang memerlukan bahan atau medium untuk perambatan dan terhasil oleh sistem bergetar serta merupakan gelombang membujur. Kenyaringan ialah kekuatan not bunyi yang didengar. Bertambah jika: amplitud gelombang bunyi bertambah tidak mengubah frekuensi bunyi. Kelangsingan ialah ketinggian not bunyi yang didengar. Bertambah jika: frekuensi gelombang bertambah. Kualiti suatu not muzik bergantung kepada bentuk gelombang bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik. Not-not kalian ialah gandaan frekuensi asas. Gema ialah pantulan gelombang dari permukaan keras. Frekuensi audio ialah julat frekuensi yang boleh didengar oleh manusia, 20 Hz 20000 Hz. Infrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi kurang daripada had pendengaran manusia, iaitu kurang daripada 20 Hz. Ultrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi lebih daripada had pendengaran manusia, lebih daripada 20000 Hz. Sonar ialah suatu sistem pembunyian gema yang menggunakan gelombang ultrasonik untuk mengukur kedalaman laut dan mengesan objek-objek di dalam sungai.
Kelangsingan
d =v
d = kedalaman laut, v = halaju ultrasonik, t = masa antara pemancaran denyutan dengan penerimaan semula gelombang itu. Polaroid ialah sejenis bahan yang hanya membenarkan gelombagn cahaya melaluinya pada satu satah sahaja. Gelombang melintang yang melaluinya mengalami pengutuban. Parutan belauan ialah sekeping kaca nipis yang mempunyai banyak celah halus yang rapat dan selari serta sekata.
t 2
d=
1 10 2 m N
Copyright reserved
Cahaya putih
n = d sin n = nombor tertib belauan, = panjang gelombang cahaya, d = jarak pemisahan celah, = sudut belauan
Gelombang elektromagnet Gelombang elektromagnet terdiri daripada getaran medan magnet dan getaran medan elektrik yang saling berserenjang. Sinar gama, = 10-14 10-16 m Dihasilkan dalam tindak balas nuklear seperti pembelahan nukleus Bertenaga tinggi dan mempunyai kuasa penembusan yang tinggi. Membunuh sel-sel kanser. Mensterilkan peralatan pembedahan. Mengawet makanan. Membunuh serangga perosak dalam bidang pertanian. Mengesan ketidaksempurnaan atau kehausan enjin kereta. 2. SinarX = 10-11 10-8 m Dihasilkan dalam tiub sinarX apabila elektron berjalaju tinggi dihentikan oleh sasaran logam berat. Bertenaga tinggi dan mempunyai kuasa penembusan yang tinggi. Mengesan kecacatan tulang dan tulang yang patah. (SinarX lembut) Menyiasat kecacatan struktur binaan dan bahagian dalaman sesuatu mesin atau enjin. Menyelidik struktur hablur dan menentukan unsur-unsur dalam suatu bahan. Memeriksa beg dan barangan penumpang di lapangan terbang. (SinarX keras).
Copyright reserved
4.
5.
6.
= 10-10 10-7 m Dihasilkan oleh Matahari, lampu wap merkuri, dan jasad lampau panas. Boleh diserap oleh kaca dan lapisan ozon. Boleh menyebabkan tindak balas kimia, kebakaran kulit, dan kanser kulit. Merawat kulit jika disinar dengan keamatan yang sesuai untuk memperoleh Vitamin D (panjang gelombang yang lebih pendek). Mengesan wang kertas palsu. Cahaya nampak = 4 10-7 8 10-7 m ( dari merah ke ungu ) Dihasilkan oleh Matahari, nyalaan mentol, tiub nyahcas, api, lampu iklan. Terdiri daripada 7 warna yang masing-masing mempunyai panjang gelombang dan frekuensi yang berlainan. Membolehkan kita melihat objek di sekeliling dan mengambil gambar. Membolehkan tumbuhan hijau menjalankan proses fotosistesis. Cahaya melalui gentian optik digunakan untuk melihat keadaan tisu dan organ. Cahaya laser dalam gentian optik digunakan dalam sistem komunikasi. Sinar inframerah = 4 10-7 8 10-7 m Dihasilkan oleh Matahari, pemanas, dan semua benda yang panas atau membara. Merupakan sinaran haba. Boleh menyebabkan rasa paans. Digunakan dalam fisioterapi, bambar yang diambil dengan sinar ini digunakan untuk menyiasat fungsi organ dalam badan. Gambar foto sinar inframerah yang diambil oleh satelit membekalkan maklumat untuk penyiasatan. Gelombang radio / mikro = 10-3 103 m Dihasilkan oleh arus elektrik yang berayun pada arial pemancar dan cas-cas bergetar. Boleh membawa maklumat seperti isyarat suara dan gambar. Penting dalam bidang telekomunikasi. Gelombang mikro digunakan: Dalam komunikasi seperti satelit, radar, dan perhubungan telefon antarabangsa. Sebagai radar pengesan bagi kapal, kapal terbang, dan misil. Untuk memasak makanan melalui ketuhar gelombang mikro. Gelombang VHF dan UHF digunakan dalam sinaran radio dan televisyen. Gelombang pendek, sederhana dan panjang (SW, MW, dan LW) sesuai digunakan: Unt uk siaran radio tempatan kerana gelombang ini senang dibelaukan mengelilingi halangan. Unt uk siaran radio jarak jauh kerana gelombang ini dapat dipantulkan
Copyright reserved
Modulasi
Modulasi ialah suatu proses penggabungan isyarat audio ( isyarat maklumat ) seperti suara, muzik dan sebagainya dengan gelombang pembawa ( isyarat pembawa ). Kerja yang dilakukan untuk memindahkan 1 unit cas(1 coulomb) dari satu Beza keupayaan, V titik ke titik yang lain dalam medan elektrik. 2 titik dalam medan elektrik E V = beza keupayaan kerja yang dilakukan V = I = Arus elektrik 1 unit cas yang dipindahkan Q R = Rintangan V = IR E = kerja / tenaga Edited by Mok & Adrian Foo Copyright reserved yang dipindahkan Q = cas
Arus elektrik, I
Nisbah beza keupayaan, V, terhadap arus, I . Resistance is the physical property of an element or device that impedes the flow of current: it is represented by the symbol R. The unit is Ohm. Hukum Ohm menyatakan bahawa beza keupayaan V, yang merentasi satu kondoktor logam berubah secara langsung dengan arus I, jika suhu dan sifat fizik lain adalah tetap. Ohms Law states that the voltage across a material is proportional to the current flow through it provided that the physical quantities (i.e.: temperature) are constant. Bahan yang berkenaan: Konduktor logam V V = pemalar = rintangan R= Hubungan: V I maka, I I Syarat: Jika suhu dan sifat lain tetap
V = beza keupayaan, I = Arus, R = rintangan Fenomena kesuperkonduksian, iaitu rintangan elektrik tiba-tiba hilang apabila disejukkan ke suatu suhu genting tertentu oleh cecair penyejuk seperti cecair oleum. Bahan yang berkeupayaan membawa arus elektrik tanpa sebarang rintangan. Bahan ini berpotensi menjadi bahan industri penting pada masa depan. Keistimewaan: Mengalirkan arus tanpa rintangan dengan kehilangan tenaga yang minimum. Membatalkan medan magnet yang dikenakan. Arus mantap yang mengalir dalam satu arah sahaja dalam suatu litar. It is a unidirectional current of constant magnitude. It is independent of time. Arus yang nilainya(magnitudnya) dan arah pengalirannya sentiasa berubah secara berkala terhadap masa. It is a function in which the signal has positive portion & negative current portion alternately. In our studies we normally refer alternating current as sinusoidal function which its function follows the sine equation for a particular frequency & amplitude. E = D.G.E. R = Rintangan luar (litar) Tenaga elektrik V = beza keupayaan r = rintangan dalam yang I = Arus v = beza keupayaan dalam dibekalkan oleh sumber apabila 1 coulomb cas mengalir melaluinya dari satu terminal ke satu terminal yang lain. E = IR + Ir E = V + Ir E=V+v Rintangan yang diberi oleh bahan kimia (elektrolit) di dalam bateri. Daya yang tak seimbang dalam medan magnet yang terhasil akibat saling tindakan antara medan kekal dengan medan magnet yang dibentuk oleh konduktor lurus yang membawa arus. Ciri-ciri medan magnet hasil daripada dawai lurus yang membawa arus: Garis medan magnet adalah membulat. Medan yang menghampiri dawai adalah lebih kuat.
Copyright reserved
Peraturan genggaman tangan kanan bagi dawai lurus: Ibu jari: arah arus Jari lain: arah medan magnet Peraturan genggaman tangan kanan bagi solenoid: Ibu jari: arah kutub utara Jari lain: arah arus mengalir dalam solenoid Hukum Lenz menyatakan bahawa arus aruhan yang terhasil sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya. Hukum Faraday menyatakan bahawa magnitude D.G.E teraruh berubah secara langsung kepada kadar perubahan fluks magnet melaluisesuatu gegelung atau kadar fluks magnet dipotong.
Ibu jari: arah daya bertindak, motion Jari telunjuk: arah medan magnet ( dari selatan ke utara) , field Jari hantu: arah aliran arus (dari terminal positif ke terminal negatif), current Bagi motor dan ada punca seperti bateri Tenaga kinetik kepada tenaga mekanik Ibu jari: arah gerakan dawai, motion Jari telunjuk: arah medan magnet ( dari selatan ke utara), field Jari hantu: arah aliran arus (dari terminal positif ke terminal negatif), current Bagi penjana dan tiada punca seperti bateri Tenaga mekanik kepada tenaga kinetik Sifat kekonduksian bahan semikonduktor juga dapat ditambah dengan memasukkan kuantiti kecil benda asing yang terkawal ke dalam kekisi hablur bahan semikonduktor. Proses ini dikenali sebagai pendopan. Transistor merupakan suatu peranti elektronik yang bertindak sebagai perintangboleh ubah (transfer resister) yang dapat mengawal arus dan beza keupayaan dalam suatu litar elektronik. Tapak, B (base) Pengeluar, E (emitter) Pengumpul, C (collector) Transfomer ialah suatu alat yang digunakan untuk meningkatkan dan menurunkan beza keupayaan suatu bekalan arus ulang-alik. Get logik ialah peranti elektronik yang mempunyai satu atau beberapa inout dan hanya satu output. Kawasan di mana cas yang berada di situ akan mengalami daya elektrik. Pengurusan tenaga yang cekap & mengelakkan pengunaan tenaga yang berlebihan. Ini merangkumi menjalani aktiviti untuk meminimumkan pengunaan tenaga semasa melakukan sesuatu kerja. Radioisotop ialah atom-atom unsur itu yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. Keradioaktifan ialah proses reputan nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi stabil, misalnya zarah- , zarah-, dan sinar-. Sinaran latar belakang merupakan sinaran radiokatif yang wujud di Bumi (dalam jumlah yang kecil secara relatif), berasal dari sumber semula jadi dan bukan semula jadi serta dari sinaran kosmik. Contoh: Karbon 14 dihasilkan secara berterusan daripada nitragen 14 oleh
Transformer Get Logik Medan elektrik Kecekapan tenaga Keradioaktifan Radioisotop Keradioaktifan
Copyright reserved
+ tenaga
1 4 7
= zarah beta,
N = karbon 14,
1 4 7
N = nitrogen 14
4 2 He 0 e 1
2 4 +1 H 2 He + tenaga
3 4 1 +1 H 2 He +0 n + tenaga 4 4 12 +2 He +2 He 6 C + tenaga
4 2 He
1 1H 2 1H 3 1H
4 2 He
u.j.a.
1 0 n = Neutron = 1.0086649 1 2 6 C = Karbon 12
Pembelahan nukleus
Pemecahan 1 nukleus berat kepada 2 nukleus ringan. Proses pemecahan nukleus berjisim besar (bila dihentam oleh neutron) kepada dua nukleus (jisim hampir sama) yang lebih ringan disertai dengan pembebasan tenaga.
Contoh:
Pembelahan spontan Pembelahan aruhan
235 92 U
Reputan alfa,
Pembelahan nukleus yang berlaku secara semula jadi, iaitu tanpa bantuan agen luar. Ini boleh berlaku atas nukleus berat, seperti isotop uanium 238. Pembelahan aruhan satu nukleus dijadikan tidak stabil secara buatan iaitu dengan dilanggar oleh zarah (sering kali neutron), yang kemudiannya diserap. Tidak semua nukleus yang dapat dibelah dengan cara ini, nukleus yang dapat berbuat demikian, contohnya uranium-235 dan plutonium-239 diterangkan sebagai fisile. Jika terdapat terlalu banyak nukleus yang fisile dalam suatu bahan, neutron yang dibebaskan melalui pembelahan aruhan, tindak balas berantai berlaku. Jika tidak dapat dikawal, letupan berlaku. Reputan alfa berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan memancarkan zarah alfa ( ).
A Z A 4 4 X Z 2 X +2 He + tenaga 238 234 4 92 U 90 Th + 2 He
contoh:
Reputan beta,
A Z X
+ tenaga
Reputan beta berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan memancarkan zarah beta ( ).
0 Z +A X +1 e + tenaga 1 1 1 0 0 n p + e 1 1
contoh:
Reputan gama,
Reputan gama berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan memancarkan zarah gama ( ).
Contoh:
Setengah hayat Jisim genting
60 60 27 Co 27 Co + 214 214 0 83 Bi 84 Po +1 e
Masa yang diambil untuk kereaktifannya/ jisimnya berkurang menjadi setengah daripada nilai asalnya. Jisim sampel uranium yang minimum untuk menyebabkan tindak balas berantai (satu siri pembelahan nukleus yang berterusan.)
Copyright reserved
Copyright reserved