You are on page 1of 6

Kertas 2

Dua Jam

1. Kertas soalan ini mempunyai empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A (i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk menjawab Bahagian C, dan 10 minit untuk bahagian D.

Bahagian A(i) : Ringkasan [20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang sebab-sebab pengambilan makanan segera perlu dihentikan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Makanan Segera sebenarnya bukan sekadar makanan yang dijual di rangkaian restoran makanan segera. Hal ini berdasarkan penjelasan seorang pakar pemakanan ketika diminta menjelaskan definisi makanan segera yang semakin menjadi bualan hangat masyarakat sejak kebelakangan ini. Isu makanan segera ini timbul apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencadangkan supaya iklan makanan segera tidak berkhasiat dan menjadi punca kepada penyakit kronik. Tidak dinafikan bahawa ada makanan segera yang berkhasiat dan ada yang memudaratkan kesihatan. Namun begitu, perkara ini bergantung pada jenis makanan atau cara penyediaannya. Misalnya, tahap kualiti ayam di restoran makanan segera lebih baik kerana kualiti minyak yang digunakan dikawal dan sering ditukar mengikut jadual. Berbeza pula dengan ayam goreng yang disediakan di pasar malam, restoran, atau di rumah yang mungkin lebih rendah kualitinya kerana minyak untuk menggoreng ayam berkemungkinan telah digunakan berulang kali. Oleh itu, jika dilihat dari perspektif ini, tidaklah bermakna bahawa makanan segera di restoran segera kurang berkhasiat berbanding dengan tempat-tempat lain. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan tidak digalakkan kerana akan meningkatkan pengambilan lemak yang menyebabkan peningkatan risiko obesiti. Selain itu, individu yang kerap mengambil makanan segera akan menghadapi komplikasi kesihatan sebagai akibat diserang penyakit. Ramai yang bersetuju bahawa makanan segera seperti mi segera, snek, makanan sejuk beku, dan produk seumpamanya adalah makanan yang tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan kesihatan. Kebanyakan makanan segera tinggi kandungan lemak, garam, dan gula. Hal ini akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara kerap dan berlebihan. Walau bagaimanapun, jika mi segera dimasak dengan menambahkan ramuan berkhasiat seperti sayuran, telur, daging, dan sebagainya akan menjadikannya makanan yang lengkap dan seimbang. Mi segera sememangnya mengandungi bahan penambah yang digunakan semasa penghasilannya tetapi kadar penggunaan bahan penambah tersebut mestilah pada tahap yang dibenarkan di bawah Akta dan Peraturan Makanan 1985. Selain itu, makanan sejuk beku juga mengandungi lemak tepu, lemak tidak tepu, serta kandungan gula dan garam yang berlebihan juga meningkatkan risiko terhadap penyakit yang berkaitan dengan jantung, ketuaan, dan kencing manis. Kalori berlebihan yang disimpan tanpa sebarang tindak balas seperti melakukan riadah boleh menyebabkan masalah obesiti. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Baik Buruk Makanan Segera, Mingguan Malaysia, 4 Mac 2007.)

Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri. 1 2 Berikan maksud rangkai kata menjadi bualan hangat. [ 2 markah]

Nyatakan empat bahan yang terkandung dalam makanan segera yang boleh menyebabkan penyakit jantung. [ 4 markah] Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menangani masalah pengambilan makanan segera dalam kalangan kanak-kanak? [ 4 markah]

Bahagian B [ 20 markah ] Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Bahagian C [ 40 markah ] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara-perkara di bawah ini. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata. a) Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Bincangkan kebaikan membeli barangan buatan Malaysia b) Cuti sekolah hampir tiba. Seorang rakan anda ingin bercuti di rumah anda. Tulis sepucuk surat kepada beliau menceritakan tentang keistimewaan tempat tinggal anda. c) Guru kelas anda akan bertukar ke sekolah lain. Selaku ketua kelas, anda diminta menyampaikan ucapan perpisahan dalam majlis jamuan yang diadakan untuk guru tersebut. d) Keceriaan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang ke arah suasana pembelajaran yang baik. Huraikan cara-cara untuk mewujudkan sekolah ceria. e) Sekolah anda telah mengadakan Hari Kantin bertujuan untuk mengumpul dana bagi melengkapkan pusat sumber sekolah. Ceritakan perasaan anda dan suasana ketika berlangsungnya Hari Kantin tersebut.

Bahagian D [10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji di tingkatan 2. (i) Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini (ii) Timulak Kapal Perang, karya Azman Nordin (iii) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain (iv) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

You might also like