You are on page 1of 16

Bernama.

com
Am
05 Ogos, 2005 22:00 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan perlu mengkaji semula program televisyen yang disiarkan oleh stesen TV termasuk rancangan realiti, yang meminjam budaya Barat dengan meluas yang dibimbangi akan mengancam nilai ketimuran rakyat Malaysia. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian semula itu bagi memastikan sama ada rancangan realiti yang kini menjadi fenomena bagi setiap isi rumah di Malaysia meninggalkan pengaruh yang baik atau buruk kepada masyarakat, sehingga membawa kepada keruntuhan moral. "Kita perlu mengkaji semula rancangan realiti ini. Saya rasa kita harus menelitinya semula, untuk melihat sama ada ia baik atau buruk tetapi kita tidak boleh sekadar meniru orang," katanya kepada pemberita semasa diminta reaksi segeranya mengenai rancangan realiti TV yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lepas. Najib menggesa stesen TV supaya tidak meniru bulat-bulat budaya Barat dan terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran sehinggakan mereka mengabaikan isu etika dan moral, sebaliknya mengambil kira objektif pembinaan negara. Sesetengah pihak, termasuk kalangan akademik, menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan isu itu dan mahu kerajaan mengkaji semula semua program TV seperti rancangan realiti TV, drama bersiri malah iklan komersial yang dipinjam atau diterimapakai daripada negara Barat. Sebuah jawatan yang dipengerusikan oleh Najib ditubuhkan baru-baru ini bagi meneliti isu berkenaan. Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan umum bertajuk "Bergerak ke arah masyarakat progresif" yang dihadiri para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam syarahannya itu, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak lagi boleh mencontohi negara Eropah dan Barat untuk maju, memandangkan mereka kelihatannya 'telah kehilangan nilai murni" dan mengalami keruntuhan moral. "Amat jelas modul Eropah dan Barat tidak lagi sesuai bagi kita untuk menjadi progresif," katanya. -- BERNAMA

Rancangan televisyen realiti


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari Rancangan televisyen realiti (bahasa Inggeris: reality TV atau reality show) ialah satu genre rancangan televisyen yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp, merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun-tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancanganrancangan yang disiarkan sejak tahun 2000. Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti. Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada rancangan permainan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big Brother. Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi rancanganrancangan yang dimaksudkannya. Rancangan sedemikian sering menggambarkan bentuk realiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran, yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam caracara tertentu oleh pengendali luar skrin, dan peristiwa-peristiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pascapenerbitan yang lain.

[sunting] Senarai rancangan televisyen realiti buatan Malaysia


Rencana utama: Senarai rancangan televisyen realiti di Malaysia

Akademi al-Quran Akademi Fantasia Dua Dunia Explorace Gangstarz Malaysian Idol Malaysia's Most Beautiful Mentor MyTeam Nescaf Kick-Start One in a Million Please Give Me a Job! So You Think You Can Dance Soccastar Malaysia

What Women Want Jangan Lupa Lirik! Raja Lawak Astro Maharaja Lawak

Program TV Realiti, Mawi Dan Impak Terhadap Masyarakat


Posted on Monday, August 08 @ 17:44:33 GMT+8 Topic:

Kolumnis

Ezaruddin Abd Rahman Rancangan TV Realiti telah banyak merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia yang mempunyai bakat dalam seni terutama bidang nyanyian. Stesen-stesen TV telah berlumba-lumba mengadakan rancangan realiti TV kerana ingin mengaut keutungan yang besar setelah melihat semakin ramai rakyat Malaysia meminati rancangan berbentuk sedemikian. Fenomena itu juga telah membuat Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen TV tempatan supaya tidak terlalu didorongi pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. Sikap telalu mencedok rancangan daripada luar telah menyebabkan rakyat Malaysia hilang kreativiti untuk melahirkan rancangan TV mengikut acuan budaya Malaysia. Tidak dinafikan rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia (AF) telah menarik jutaan penonton untuk berada di hadapan TV bagi mengikut setiap program yang disiarkan. Kegilaan rakyat terhadap program Akademi Fantasia dibuktikan apabila tiket di setiap konsert yang diadakan habis terjual malah ketika pihak Astro mengadakan konsert tersebut secara terbuka di Putrajaya telah menarik lebih 30 ribu penonton. AF3 kali ini juga telah berjaya mewujudkan fenomena yang luar biasa dengan kehadiran Mawi sebagai pelajar. Ternyata rancangan Realiti TV mampu memikat hati penonton kerana ia mempunyai pelbagai elemen seperti drama, emosi, hiburan dan kejutan. Hakikat ini perlu disambut oleh stesen TV yang lain untuk menerbitkan lebih banyak lagi rancangan Realiti TV yang bercorak amal seperti Misi Suara Hati terbitan Astro dan Bersamamu terbitan TV3 kerana ia mampu mengusik emosi jiwa penonton dengan sikap penyayang dan prihatin untuk membantu insan-insan yang malang. Begitu juga rancangan Realiti TV seperti Famili Penyayang adalah di antara yang berkisar mengenai nilai-nilai positif mulia yang menjadi asas sesebuah keluarga bahagia. Untuk itu, stesen-stesen TV seharusnya membuat penyelidikan dengan lebih bertanggungjawab

agar tidak mencedok rancangan realiti TV daripada luar secara bulat-bulat kerana ia mungkin mengandungi elemen-elemen yang tidak bersesuaian dengan jati diri dan Wawasan 2020. Fenomena keberkesanan program realiti tidak dapat dinafikan, ianya menjurus terus kepada naluri serta perasaan dan jiwa penonton. Malah ketika ini tidak boleh tidak untuk mengatakan betapa program realiti TV ini menjadi pelaris kepada sesebuah stesen TV untuk mendapatkan rating yang tinggi di kalangan penonton . Apatah lagi syarikat-syarikat iklan turut berlumba-lumba untuk menaja program realiti kerana di situ merupakan lubuk pelaburan dan promosi mereka. Kejayaan dan keberkesanan program realiti TV ini seharusnya dijadikan sempadan buat penerbit untuk menghasilkan rancangan yang berobjektifkan pembinaan jati diri rakyat Malaysia yang lebih kreatif. Kita tidak mampu membendung minat para penonton terhadap program realiti TV kerana ia telah berjaya menambat hati penonton. Fenomena keberkesanan program realiti telah memenuhi citarasa penonton di mana sahaja bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Impak penyiaran sebagai alat atau perantara berkesan untuk mengimbangi kemajuan, pembangunan insan untuk mempengaruhi pemikiran penonton tidak boleh diketepikan lagi. Walaupun terdapat kesan-kesan negatif yang dibawa oleh program realiti ini namun kita juga tidak boleh menafikan wujudnya kesan-kesan positif kepada rakyat. Untuk itu para penonton perlu bijak menilai sesuatu program realiti TV dengan cara yang memberi manfaat kepada mereka kerana program realiti mengandungi elemen inspirational. Ibu bapa juga bertanggungjawab mengawasi anak-anak mereka agar tidak terlalu taksub dengan sesuatu program realiti kerana ia akan menyebabkan anak-anak mereka mengabaikan pelajaran. Sebagai peminat rancangan realiti TV, kita amat berharap agar format rancangan realiti TV disesuaikan dengan budaya dan adat resam masyarakat timur. Tarikan program realiti TV ternyata memberi kesan luar biasa kepada masyarakat Malaysia khususnya program AF3 yang menampilkan pelajar bernama Mawi. Mawi yang bakal bergelar artis popular dijangka akan memberi kegilaan kepada peminat fanatiknya dan rakyat Malaysia. Inilah dikatakan bahawa program realiti TV akan memberi kesan psikologi kepada sesiapa jua tanpa mengira batasan kaum, umur, darjat dan jantina. Program realiti TV telah mewujudkan budaya baru kepada masyarakat di negara ini. Oleh itu semua stesen-stesen TV perlu memikirkan kaedah-kaedah yang boleh mengunakan program realiti TV untuk kepentingan pembinaan bangsa Malaysia tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

Program realiti TV mampu menjana towering personality kepada rakyat Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Mufti Minta Henti Program Realiti TV
Oleh Anwar Hussin

Rancangan

bertentangan

nilai,

membazir

KUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan.

Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing. Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen, katanya kepada Berita Harian, semalam. Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara. Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni, katanya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak. Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral. Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen bukan budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di khalayak ramai. Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai pencapaian lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan lepak. Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius, katanya yang mahu pengusaha stesen televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai murni dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan hiburan berlebihan. Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-

mata,

katanya.

Malangnya, kebanyakan program realiti diketengahkan stesen televisyen tempatan hari ini tidak sihat kerana lebih membawa kepada maksiat, kelalaian terhadap Tuhan, agama dan diri sendiri, katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20070424002127/Article/
posted by drmaza @ 5:17

PM

Sekian Wassalam..

Pengenalan
Rancangan televisyen realiti ialah satu genre rancangan televisyen yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp, merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun- tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun 2000.Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti. Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada rancangan permainan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big Brother. Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi rancangan-rancangan yang dimaksudkannya. Rancangan sedemikian sering menggambarkan

bentukrealiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran, yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam cara-cara tertentu oleh pengendali luar skrin, dan peristiwa-peristiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pasca penerbitan yang lain. Salah satu contoh ketara ialah program realiti terbitan negara luar yang formatnya hampir sama dengan La Academia sebuah program televisyen popular di luar negara. Ia bukan sahaja begitu diminati

Pada pendapat saya istilah realiti disini bermaksud membantu seseorang individu yang ingin mencapai cita-cita mereka selama ini disamping bakat yang telah sedia ada pada diri mereka itu menjadi satu kenyataan. Rancangan seperti ini bukan sahaja memberikan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat, malah kita tidak dapat menganalisis kesannya kepada dunia yang sedang membangun ini kelak. Sebagai mana yang saya maksudkan disini adalah dimana rancangan realiti ini akan mengubah corak pemikiran manusia yang selama ini tidak pernah puas dengan kehidupan mereka. Hal ini bukan bermaksud saya anti dengan rancangan seperti ini malah jika kita dapat menyedari bahawa kesanya terhadap manusia sangat mendalam. Kita ambil sahaja contoh yang lebih dekat iaitu ahli keluarga kita sendiri yang sebahagiannya mengemari rancangan seperti ini lebih-lebih lagi jika rancangan itu sudah bermula masing-masing

Sekian Wassalam..

Pengenalan
Rancangan televisyen realiti ialah satu genre rancangan televisyen yang

mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp, merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun- tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun

2000.Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti. Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada rancangan permainan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big Brother. Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi rancangan-rancangan yang dimaksudkannya. Rancangan sedemikian

serin g menggambarkan bentukrealiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran, yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan 3

Rancangan televisyen realiti

kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam cara-cara tertentu oleh pengendali luar skrin, dan peristiwaperistiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pasca penerbitan yang lain. Salah satu contoh ketara ialah program realiti terbitan negara luar yang formatnya hampir sama dengan La Academia sebuah program televisyen popular di luar negara. Ia bukan sahaja begitu diminati oleh penonton di negara tersebut malah di Kepulauan Melayu tidak terkecuali penonton di negara ini. Walaupun program tersebut merupakan terbitan negara luar tetapi rasanya tidak salah jika kita membicarakannya kerana kesannya juga turut membabitkan masyarakat negara ini disebabkan

siarannya begitu meluas di negara ini. Tidak hairanlah pengaruh dan kesan program tersebut tidak kurang hebatnya dirasakan di negara ini. Pada pendapat saya istilah realiti disini bermaksud membantu seseorang individu yang ingin mencapai cita-cita mereka selama ini disamping bakat yang telah sedia ada pada diri mereka itu menjadi satu kenyataan. Rancangan seperti ini bukan sahaja memberikan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat, malah kita tidak dapat menganalisis kesannya kepada dunia yang sedang membangun ini kelak. Sebagai mana yang saya maksudkan disini adalah dimana rancangan realiti ini akan mengubah corak pemikiran manusia yang selama ini tidak pernah puas dengan kehidupan mereka. Hal ini bukan bermaksud saya anti dengan rancangan seperti ini malah jika kita dapat menyedari bahawa kesanya terhadap manusia sangat mendalam. Kita ambil sahaja contoh yang lebih dekat iaitu ahli keluarga kita sendiri yang sebahagiannya mengemari rancangan seperti ini lebih-lebih lagi jika rancangan itu sudah bermula masing-masing 4

You might also like