You are on page 1of 10

PANDUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI E-FES 1.

Apakah e-fes E-fes ialah perkhidmatan pembayaran dalam talian yang ditawarkan oleh bankbank yang turut serta dalam serta memudahkan pembayaran pinjaman PTPTN. E-fes menawarkan pembayaran atas talian yang diproses secara masa nyata (real time) iaitu di mana saja dengan secara langsung mendebitkan terus dari akaun pelanggan. 2. Bank yang menyediakan perkhidmatan e-fes Bank Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Hong Leong Bank CIMB Bank atau dikenali (BCB) Public Bank Berhad Maybank 3. Bagaimana saya boleh mendapat faedah dari perkhidmatan e-fes ini? a. Lebih banyak bank bagi bayaran dalam talian. b. Membuat bayaran balik pinjaman pada masa nyata (real time). c. Memudahkan kerana anda boleh membuat pembayaran melalui Internet. d. Masa urusniaga yang tidak terbatas kepada waktu pejabat. e. Selamat; e-fes menggunakan pengesahan dan pensijilan bagi menjamin urus niaga adalah terjamin. f. Kecekapan operasi; e-fes menambah kecekapan melalui automasi. 4. Adakah caj dikenakan untuk bayaran-bayaran melalui e-fes? Caj sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi akan dikenakan kepada peminjam PTPTN jika melakukan bayaran balik pinjaman melalui e-fes. 5. Apakah waktu operasi untuk e-fes? Perkhidmatan e-fes bermula daripada 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am. Bagaimanapun, perkhidmatan e-fes juga bergantung kepada perkhidmatan perbankan internet bank-bank berkenaan. 6. Keperluan Pembayar Pembayar harus mempunyai keperluan seperti berikut : Akaun simpanan atau semasa dari mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan fpx. Mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet dari mana-mana bank yang menyertai fpx.

7. Keperluan Pelayar Internet (Internet Browser) 7.1 Mengaktifkan Javascript Berikut adalah langkahlangkah untuk mengaktifkan (enable) Javascript pada pelayar internet anda. Internet Explorer 6.X dan keatas 1. Mulakan Internet Explorer. 2. Pergi ke menu Tools dan pilih Internet Options. 3. Pada Dialog box di Internet Options pilih tab Security. 4. Klik pada Custom Level di bawah sebelah kanan. Satu paparan berkenaan setting Security akan ditunjukkan. 5. Pada kategori Scripting tandakan Active Scripting pada ruangan yang disediakan. 6. Klik OK. 7.2 Menutup Pop-Up Blocker.

7.3

Bagaimana untuk menutup Windows XP Pop-up Blocker .

7.4

Bagaimana untuk menutup Pop-up Blocker Firefox.

8. Pihak mana yang perlu saya hubungi jika saya mempunyai masalah semasa melakukan pembayaran melalui e-fes ini? Jika anda mempunyai masalah apabila melakukan pembayaran melalui e-fes selain menghubungi PTPTN seperti di laman portal, anda juga boleh hubungi pihak bank yang anda berurusan.

Bank Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Emel : callcenter@bankislam.com.my Public Bank Berhad Emel : customerservice@publicbank.com.my CIMB Bank atau dikenali BumiputraCommerce Bank Berhad (BCC) Emel : callcenter@bcb.com.my Hong Leong Bank Emel :

No tel / no faks 603 2616 8181 603-2698 8008 Fax: 603-2698 0587 1800-88-3323 1-800-88-3318 Fax: 03-2161 9307 603- 22956100 603-26931722 Fak: 603-2698 6628 603-7626 8899 603-2166-5240/1

voc@hlbb.hongleong.com.my Maybank Banking Berhad (MBB)

Fak: 603-2715 8623 1-300 88 6688 603-7844 3696 Fax: 603-27113421

9. Cara-cara membuat bayaran melalui e-fes. 9.1 Selepas mengklik pada hiperpautan e-Penyata PTPTN

a. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan nombor pin yang telah anda perolehi dari PTPTN. b. Klik butang Hantar.

9.2

Skrin semakan baki pinjaman dan pembayaran pinjaman melalui e-fes.

a. Masukkan amaun bayaran pinjaman yang anda ingin bayar dan klik pada ruangan Bayaran Pinjaman yang disediakan.

b. Klik butang Bayar untuk memulakan proses bayaran.

9.3

Pembayaran pinjaman lebih dari satu pinjaman.

a. Jika anda mempunyai lebih dari satu pinjaman, anda mempunyai pilihan untuk melakukan pembayaran balik pada pinjaman-pinjaman yang dipaparkan. b. Masukkan amaun bayaran pinjaman yang anda ingin bayar dan klik pada ruangan Bayaran Pinjaman yang disediakan. Jika anda ingin membayar lebih dari satu pinjaman, sila klik pada kesemua pinjaman yang ingin dibuat bayaran. c. Klik butang Bayar untuk memulakan proses bayaran. 9.4 Skrin proses bayaran PTPTN melalui e-fes.

PENTING: JANGAN TUTUP TETINGKAP INI sebelum hasil bayaran dipaparkan. Ini adalah PENTING kerana jika anda menutup tetingkap ini sebelum pengesahan bayaran PTPTN, pengemaskinian bayaran pinjaman anda mungkin belum lengkap. 9.5 Skrin terma dan syarat e-fes.

a. Taipkan alamat e-mail atau nama yang sah. b. Pilih bank yang menyertai e-fes dari senarai yang dipaparkan. Contoh : Bank Islam.

9.6

Skrin menunggu e-fes.

PENTING: JANGAN TUTUP TETINGKAP INI sebelum hasil bayaran dipaparkan. Ini adalah PENTING kerana jika anda menutup tetingkap ini sebelum pengesahan bayaran PTPTN, pengemaskinian bayaran pinjaman anda mungkin belum lengkap.

9.7

Skrin Login Bank Pembayar (Contoh: BIMB)

a. Untuk mulakan bayaran masa nyata, taipkan pengenalan pengguna dan kata laluan perbankan internet anda di bank berkenaan dan klik pada Logon. b. Peminjam perlu mendaftar dengan bank pembayar sebagai pengguna perbankan secara internet.

9.8

Skrin Akaun Pilihan Bank Pembayar (Contoh : BIMB)

a. Periksa butiran bayaran sebelum klik pada Pay. 9.9 Skrin pengesahan bayaran Bank Pembayar (Contoh : Bank Islam)

a. Periksa butiran bayaran sebelum klik Confirm untuk mengesahkan bayaran pinjaman atau klik pada Change untuk tukar maklumat pembayaran atau klik pada Cancel untuk membatalkan bayaran pinjaman.

9.10 Skrin Pengesahan

a. Skrin ini adalah untuk memaklumkan Peminjam bahawa mereka telah berjaya membuat bayaran. b. Sila cetak penyata dari ini untuk simpanan anda.

9.11 Skrin Pengesahan Bank Islam

a. b.

Skrin ini untuk memaklumkan bayaran Pinjaman berjaya di Bank Islam. Sila cetak penyata Bank Islam ini untuk rujukan pihak anda.

9.12 Skrin Pengesahan PTPTN

a. b.

Skrin ini untuk memaklumkan bayaran Pinjaman anda berjaya di PTPTN. Sila cetak penyata PTPTN ini untuk rujukan pihak anda.

9.13 Skrin log keluar dari Bank Islam.

a. Klik pada Logout pada akhir proses.

10

You might also like